Monday, June 23, 2008

I'm Specky Now



Hari ni p Giant Taman Connought... amik spek yang buat dengan kakak malam tu. huhuhuuu.. i'm now a specky girl.. adehhh.. power xle kuat sangat... 50 je tapi silau so, pakai juga la..

so, ini la my 1st and hope the last speck i had....

Thursday, June 12, 2008

Uwaaa...Sadis & Sedih...


uhuk uhuk...

tak sanggup rasanya nak teruskan coretan ni...huhuhu.. rasa nak nangis je

time kiter balik kejer.. kiter terperasan.. bumper keter kiter dh kener sagat... uuwaaaaaaaaa

bukan keter lama tapi keter baru... huhuhu...sadis sesangat... xsanggup rasanya nak tengok.

sapa la yang sagat tu... mmg xsanggup pk.... macam2 terlintas dalam paler..

apa kiter nak bagitau abang pasal ni.. mmg la bukan keter dia tapi kiter rasa kiter perlu bagitau dia... adeh... pening2...
seharian kiter dok pk...sampai demam... huhuhuu..

abis pendapat semua orang kiter tanya... heri pn cakap.. abang xkan marahnya.. cuma kiter je yang rasa kecut perut. ye la..keter baru.. blom sampai seminggu pn kiter drive keter tu... esok baru genap seminggu... sayang giler

tension membawa ke demam... xpernah2 kiter tension camni... ini la pertama kalinya....

alih2... kiter bagitau juga... erm.. sib baik abang xmarah... betul la kata heri... abang xkan marah sebab bukan salah kiter pn... huhuhuu... thanks heri

Monday, June 9, 2008

12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT

>>>Barisan pertama:

Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T : "Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat". Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

>>>Barisan ke-2: Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah "mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk." Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu. "

>>> Barisan ke-3: Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking "mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan." Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

>>>Barisan ke-4: Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut "Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli." Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

>>>Barisan ke-5: Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah.." Inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

>>>Barisan ke-6: Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

>>>Barisan ke-7: Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

>>>Barisan ke-8: Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina. Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

>>>Barisan ke-9: Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh. Mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

>>>Barisan ke-10: Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

>>>Barisan ke-11: Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan. Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

>>>Barisan ke-12: Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat. Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan. Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat. Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"


BACALAH YASSIN RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik."

Untuk renungan semua, Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang ilmu begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.


Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain... tanpa mengharapkan sebarang balasan dan bayaran...wallahualam.

Beza Antara Mamak Ori & Mamak Ciplak

Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya:


Adakah terdapat masakan berlaukkan daging lembu. Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak Muslim dengan bukan mamak yang berlagak Muslim. Kenapa daging lembu?

Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama hindu tergamak hendak menyembelih, memasak dan menghidangkan "tuhan" mereka! Di dalam agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang dianggap tuhan mereka. Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan dihidangkan oleh restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim yang menyamar Muslim. Mungkin mereka boleh menipu pelanggan dengan menggantungkan poster-poster al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India Muslim yang mampu menjawab salam apabila disapa, tetapi mereka tidak akan sekali-kali menggadaikan "aqidah" mereka dengan menyembelih, memasak dan menghidangkan tuhan mereka itu.

Saya pernah membuat kajian rambang di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur , dengan cara begini; Saya memasuki restoran dan meninjau-ninjau di kaunter lauk-pauk. Selalunya akan tercatat pada lauk daging "daging lembu" atau "daging kambing". Sekiranya terdapat daging masakan daging lembu semestinya tuan restoran tersebut adalah mamak Muslim. Seandainya, tidak terdapat sebarang tulisan / tanda pada lauk berkenaan, saya akan bertanyakan kepada pelayan restoran tersebut; "ada lauk daging tak?"


Pernah terjadi, pelayan tersebut menjawab, "kambing ada, daging lembu tiada". Apabila mendengar jawapan tersebut, saya akan bertanya kembali, "kenapa tiada lauk lembu?". Selalunya, pelayan restoran Mamak Muslim palsu akan terperangkan dan tergagap-gagap untuk menjawab. Seterusnya, cabut sahaja daripada restoran tersebut. Antara restoran yang saya dapati memang sebenar-benar mamak Muslim dengan cara ini adalah Restoran Thaqwa di Sri Gombak, dan Restoran Mamak (saya tak ingat namanya) di hadapan Bank Muamalat di Kuala Lumpur.


Sementara restoran yang saya kira sebagai bukan restoran bukan mamak yang menyamar Muslim adalah restoran Mamak (pun saya tidak ingat namanya) di kawasan jalan pudu/jalan pasar, dan sebuah restoran mamak (pun saya tidak ingat namanya) di deretan Bangunan Plaza UMNO di Batu Caves. Restoran-restoran ini menggunakan nama Restoran Muslim, dan restoran tersebut terdapat ayat-ayat Quran dan poster-poster keislaman, tetapi apabila ditanya tentang lauk daging lembu, mereka tergagap dan terpinga-pinga. Anda boleh cuba di tempat anda!


***copy & paste from my email received. tq to the sender.

Kenali Handphone Anda

*Semak Kualiti Handphone ANDA

Adakah handphone anda sebelum ini selalu rosak? Ataupun sejak beli drpd 5tahun lalu masih lagi berfungsi dgn baik??Sekarang, mari kita semak kualiti handphone masing2 agar sesuatu tindakandpt diambil dgn segera...

Langkah 1-Sila taip *#06# pd kekunci handphone anda utk melihat Serial Number.


Langkah 2-Sila semak nombor apakah yg berada pada Serial Number yg bilangan ke tujuhdan lapan (XXXXXX??XXXXXX. ....)


Langkah 3-Berdasarkan perincian di bawah, sila semak dgn nombor yg ke tujuh dan kelapan pd Serial Number handphone anda td.


>>>Perincian 1Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 02 atau 20,
--->ini bermaksud handphoneanda telah dipasang di Emirates & kualiti sgt teruk .


>>>Perincian 2Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 08 atau 80,
--->ini bermaksud handphoneanda telah dipasang di Germany & kualiti biasa .


>>>Perincian 3Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 01 atau 10,
--->ini bermaksud handphoneanda telah dipasang di Finland & kualiti agak baik .

>>>Perincian 4Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 00,
--->ini bermaksud handphone andatelah dipasang di negara pengeluar handphone tersebut & kualiti sangat baik.

>>>Perincian 5Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 13, --->ini bermaksud handphone andatelah dipasang di Azerbaijan & kualiti paling teruk *

Saturday, June 7, 2008

Ahaks... Really supprised....uhuhuu

7 Jun 2008... pepagi lagi abang n adik aku dh bangun. kalo x, bukan men liat g diaorang ni nak bangun...huhuhu..aku ni dh le tido lambat... biler tengok diaorang bangun awal.. blur je rasa paler ni..dh xbleh nak pk...

tapi aku bangun je le. aku tanya abang..."nak balik kol baper bang?" ... "kol 8" ..ringkas jawapan abang... rasanya semalam pn aku ada tanya dia. kalo xsilap dia kata kol 10am.. erm.. xkisah la. blom sempat aku tanya... dia dh bagitau "abang nak p opis, amik barang dulu. kalo lambat satg.. takut lambat lak sampai" ...agaknya abang aku dh nampak aku blur2 kura kot sebab tu dia xtunggu aku tanya dulu... xpe la. dalam blur tu pun.. aku capai tuala terus p bilik air. kakak aku pn awal lak siapnya..... maleh nak pk coz aku mmg tengah mamai. layan forex nyer pasal la ni.

aku bukan jenis yang control ayu...ringkas je. pakai jeans, t-shirt n tudung... make up.. jangan harap la.. sapu bedak powder jer kat muka. lipstick pn xde... mmg simple giler. jap g kuar rumah..aku sarung sliper fish bone aku je.. ringkas n selesa.. kuang kuang kuang.

masing2 bawa la barang2 yang aku dengan kakak dh borong last week.. kakak aku pun siap nak tumpang p kejer... patut la bangun awal.. aku ngantuk g ni... sebelum kol 8am g kitaorang dh gerak kuar rumah. nek keter aku.... kalo nek keter kakak... (kancil), mmg xmuat la nak sumbat barang2 ni...

then, cam abang cakap semalam n pagi tadi... kami singgah opis abang. dia kata nak amik barang... so, aku dengan kakak lepak dalam keter je le tapi yang pelik sket...walaupun cuma keter kami je yang ada... abang tetap masuk parking.. heran gak sebab sebelum ni... kalo nak amik barang pn...dia lepakkan keter tepi showroom je.

erm... dari jauh, aku nampak keter warna putih... waaaaa....SAGA lol. aku cam nak jerit je. tapi tetiba terbantut bila teringat kata2 abang last monday... erm..slow je aku cakap dengan kakak "tu le keter orang nak. saga putih... tapi naper la depa bagi kat orang lain dulu..ampeh toi" ... kakak aku diam je. dia pn xkuar. sama je dengan aku..lepak dalam keter. abang dengan adik je yang dok sibuk panggey budak security tu soh buka pintu opis. tetiba abang pusing belakang n jalan ke keter ... port kitaorang la. "ya, hang kata nak tengok keter. jom arr.." aku pn bukan la excited sangat tapi p je la. sebab color keter tu....putih. mmg color yang aku berkenan sesangat.

then.. aku pn masuk la dalam showroom tu bersama2 abang, kakak n adik aku. belek2 la keter saga tu..cam jakun pn ada kalo aku ingat balik.. kuang kuang kuang.. pastu aku try la buka pintu..ahaks.. xkunci..adeh.. keter kat showroom mmg la xkunci.. sengal!! aku try la masuk...mak ai.. tinggi lol keter ni. bila duduk..adeh.. tenggelam la plak aku.. huhuhu... satu je aku xberkenan...lock stick dia.. xlawa. luasnyer la keter ni. acctually, aku beli keter dulu..xpenah test drive pn. aku men tanya abah, abang n adik aku je. diaorang kata ok..aku beli le..ekekeke.. masa aku tengok kat pasar malam putrajaya pn...aku main2 gitu je.. ni ler 1st time aku belek betul2... tapi apakan daya.. bukan keter aku...uwaaaa... sadis

pastu dh puas aku dok menjakun sorang2 dalam keter tu...abang datang. dia soh aku p tengok bonet. aku ni dh le xde semangat... slamber je aku cakap "alah..dh tau bonet dia luas. david arumugam dh bagitau.. bleh masuk 50 biji durian" ... abang aku diam je..then, dia cakap.. "alah, p je la tengok..." sebagai adik yang baik...aku pn p je la tengok. "wah..luas sungguh. bleh tido dalam ni" kui kui kui...

tetiba mata aku nampak plat no. uiksss.... "keter showroom pn ada plat no ke bang?" ... "ni keter yang dah ada orang, mmg la ada plat no" ... abang aku jawab...ringkas tapi sakit hati aku sebab aku teringat balik kata2 dia last monday. "ooo.. ni la keter orang yang potong 'q' tu" ... sinis aku jawab. sakit hati lol. keter yang aku patut dapat...depa bagi kat orang lain.. "wrk 5..."....waaa... naper la dapat kat orang lain.. mencinyer.. elok je plat no tu tersusun dalam bonet... aku perati je.. pastu aku belek balik bonet tu..acctually dalam bonet tu..ada plat no (depan & belakang), toolbox n sehelai kertas tapi sebab sakit hati nyer pasal..aku tengok plat no je.

agaknya kakak aku bengang tengok adik dia yang blur ni...dia datang kat aku.... "cuba hang tengok kertas tu...nama sapa?" ... "nama tuan keter la" .. blur nyer jawapan aku... mmg la nama tuan keter..xkan nama aku lak.. hahahahaa.. sengal skali g.. adeh.. "tengok je la.. baca skali".. kakak aku xpuas hati.. aku pn amik la kertas tu n baca...

terbeliak mata aku (O_O)... "erk... keter orang ke??" ... uwaaa..cam nak nangis je. aku pandang abang, kakak n adik aku..semuanya senyum n sengeh... waaaaa.. ni ler supprised paling best aku dapat.. terharu giler.. cam nak menitik je air mata aku.. mula la aku excited... waaa...best... mmg best giler. xsangka adik beradik aku wat supprised camni...terharunyer.... huhuhuuu

pastu abang n adik amik plat no tu sorang satu n pasang... abang hulur kat aku salinan geran keter.. iskh...cam xcaya je. mmg aku xbleh percaya lagi ni. abang amik kunci n kuarkan keter dari showroom.

pastu mula la operasi punggah barang dari keter lama ke keter baru. aku mmg terbelek2 keter tu. aku rasa cermin dia semacam je.. belum sempat tanya... adik aku buka mulut "tengok, abang siap tinted g keter ni.. " .. uiksss..padan la pun. "biler dapat keter ni bang?" aku tanya. "isnin" ... mak ai.. padan la isnin lepas abang call... ampeh.. sorok rupanya..

so.. kitaorang p hantaq kakak kat sogo n terus balik kg.. banyak kali gak abang soh aku drive tapi aku xmo..risau lol.. keter baru. biar la diaorang yang drive...

woooooowwweeeeeeeeeeeeeeee......best.... finally, aku dapat juga keter SAGA color PUTIH yang aku idam2kan selama ni... BESTTTTTTTT

Friday, June 6, 2008

Balik kg...adeh, xjadi la plak

6 Jun 2008... Jumaat. abang cakap nak balik kg time aku tanya semalam tapi dia xnak lak balik malam ni cuma dia cakap.. nak balik nek keter aku. xmo nek keter kakak so, balik kejer petang ni... jawabnya aku kener la p sana. ye la, kalo xguna keter aku pn..aku tetap kener balik kl dulu sebab semua kumpul kat sana. erm... maybe sebab keter aku luas sket kot n kali ni aku pn nak bawa balik banyak barang. hantaran kakak aku yang kami p beli kat nilai 3 last week.

Puas gak le aku menunggu abang balik kejer. adik aku dh balik, abang je blom. so, sementara nak tunggu...aku pn layan le forex dulu. kui kui kui... mmg dh terkenan dengan forex aku skang ni. nak2 baru seminggu nfp so, best gak tengok market.

Malam sket baru abang aku balik. lepas dia makan..ada gak aku tanya, bila nak balik. dia kata nak balik esok sebab dia tertinggal barang kat opis. malam ni opis dh tutup so, aku pn teruskan le layan forex...sampai malam. best gak... maklum le... member2 kat room havoc...ahaks

Dah ngantuk sangat baru aku tido... tu pun adik aku dh berpusing2 tido...

Wednesday, June 4, 2008

Minyak oh Minyak

Salam... Petang semalam masa tengah belek2.. Berita Harian & Utusan Malaysia online.... aku terbaca pasal PM panggey reporters tuk announce something...oil price. aku xle heran sangat pasal sebelum ni aku baca, depa kata harga minyak ikut harga pasaran start Ogos...

Kol 5.15pm lebih kurang, aku balik kejer. kebetulan dari semalam lagi meter minyak aku dah bagi warning cuma aku je wat2 xpaham...huhuu.. so, kebetulan time balik, aku lalu kat pam station.. mak ai.. banyaknyer keter... huhuhu...pelik la juga. aku tanya member aku pasai pe. dia lagi la xtau coz dia tumpang aku. adeh, silap la plak p tanya orang. ampeh.. then dok terpk2 puncanya.. aku teringat citer Farah Fauzana kat Hotfm pagi tadi.. dia kata dia dapat sms bagitau harga minyak nak naik...tapi sms tu kelmarin dulu..so, aku pn terpk benda yang sama la walaupun aku xtau pa pe pasal kenaikan harga minyak...then... aku bagitau member aku...

aku : "ja, cepat kuar phone ko."

hajar: " nak wat pe kak??"

konpius minah tu di buat dek aku.....

aku: "ko amik gambar keter2 yang berderet ni"

hajar: "akak ni biar betul..."

aku: "alah... ko amik je.. akak nak add kat blog akak..."...hahahaa..pastu aku dengan dia mula la wat pangai ampeh kitaorang...

seronok gak dok perhati gelagat orang ni... ada brother depan aku tu....siap goncang g keter dia.. konon2 nak bagi masuk banyak la tu... iskh.. xpaham aku. disebabkan mmg aku xberniat isi minyak pasal kenaikan harga so, aku maintain je la isi rm50. sebelum masuk keter lepas isi minyak.. aku sempat gak toleh belakang... mak ai.. dah bersusun keter... huhuhuu...
balik rumah.. cam biasa la.. aku on laptop kesayangan aku.. masuk room yang selalu aku 'lepak'....then aku tengok diaorang ni dok sembang pasal harga minyak naik....rm0.78 & rm1 tuk diesel.. dengan pantasnya.. aku buka web Berita Harian Online.. perghhhhh...mmg betul la. then, cam biasa la.. budak2 ni dok sembang kat room.. bukan ada berita lengkap. aku dengan rajinnya.. copy berita lengkap kat BH tu.. then paste kat room.. perghhhhhh... xsampai 5 minit pn... panas..panas...panas.. room tu disebabkan berita tadi. awal2 tadi mmg dah kecoh tapi lepas berita penuh 'disiarkan'... habis segenap rakyat kuar.. adeh....

maka kuar la bermacam2 spekulasi.. maki hamun..sumpah seranah.. macam2 g la.. geleng kepala aku baca. bagi aku, nak wat pe g. dok mengata pn.. benda dah jadi. so, buat sakit hati lagi ada la. benda2 ni ada pro dan kontra so bergantung pada kita la nak amik dari side mana. kalo nak ikut perasaan terbeban.. aku lagi terbeban tapi maleh nak pk pasal benda2 camni.. kusut!!

dan orang dok berlumba2 nak p isi minyak sampai jammed merata2..for what?? kalaupun dapat isi minyak sebelum tengah malam ni... abis2 kuat pn.. seminggu lepas tu nak kener isi balik..sama juga la. lain la kalau nak amik kira kata2 abah aku.." kalo xmau minyak mahai... p isi minyak penuh2.. pastu lepakkan keter kat garaj.. taip2 pagi panaskan enjin. tapi panaskan enjin pn.. pakai minyak gak kan...so, sama je la"... ada betoi gak kata2 abah aku tu. orang yang skolah xtinggi pn bleh pk benda2 remeh tu.. ni kan plak kita. kadang2 aku dok perhati.. rakyat Malaysia ni cepat sangat melatah..pening2...

pa pe pn.. benda dah jadi so buat camne tetap akan sama. silap2 lagi teruk. cam kata ina.. " saya malaih nak layan kak. cam anjing menyalak bukit je"... so, faham2 la sendiri.

kalau kita xmampu... time ni la kita jenguk balik kat mana salah silap kita. Allah tu bagi kita rezeki dari usaha kita. kalau pandai guna.. mmg dah cukup cuma kita ni je kadang2 'xsedar diri'. bila jadi benda2 camni.. mula la nak melatah. pastu cam biasa balik so apa pekdah kat situ.. nothing !!!

bukan la sebab aku ni kejer gomen...aku kener sokong gomen. cuma aku rasa ada sebab dan kalau pk leklok pn... kita sendiri bleh tau apa sebabnya... tayah tunggu orang bagitau. aku pn bengang gak sebab benda ni tetiba je jadi. pastu tinggi lak harganya. mmg xready langsung...

so, nasihat aku... muhasabah diri balik.. kalau diaorang tu mmg menganiaya rakyat...jangan la bimbang.. Allah akan tanya gak diorang kat SANA... so, kita ni teruskan la apa yang patut....
-----end-------

Monday, June 2, 2008

A phone call

pagi ni aku dapat call dari abang. lebih kurang camni la :-

aku: "hello, assalammualaikum".
abang: " waalaikummussalam".
aku: "naper bang?"
abang: "ya, plat 1980 xdak la. kalo lain2 plat boleh x? "
aku: "lor, ingatkan dh lupa pasal plat tu (senyum). xpe bang, amik je pa pe pn. xkisah. errr... keter dh ada ke?"
abang: "ada tu mmg la ada tapi depa bagi kat orang lain pulak. sepatutnya turn hang. tengok la nanti, abang cari lain ke"
aku: "hermm... (mode patah semangat)
abang: "confirm balik ni. ok ke no lain selain no tu?"
aku: "xkisah pn. kalo ada 1980 ok juga tapi kalo xde amik je la apa2 pn. skang ni plat apa bang?"
abang: "wrk... "
aku: "banyak lagi x? pasni plat apa lak?"
abang: "xtau la. skang ni pn dh masuk 5000. pasni wrl"
aku: "ermm.. wrl? cam xbest je. nak sebut pn susah"
abang: "dh tu hang nak plat mana?"
aku: "kalo amik wrk.. ada ke keternya?"
abang: "kalo hang nak, abang cuba la cari"
aku: "wrk la ok bang. wrl nak sebut pn cam xbest je. naper la depa bagi keter tu kat orang lain. ampeh sungguh"
abang: "erm.. xpe la. t abang try cari kat branch lain. color putih kan?"
aku: "haah. antara 3 color. putih, hitam or silver"
abang: "nanti la abang cari. kalau ada nanti, abang habaq"
aku: "erm.. ok. assalammualaikum"
abang: "waalaikummussalam"

so.. berakhir la perbualan aku dengan abang pagi tu. ampeh toi, sapa la potong 'q' aku...

'Dating' reramai...


Ermm... monday bluess... besak la. dah 2 hari cuti...pastu kener masuk opis laks.. hari isnin mmg hari yang xbest tuk masuk opis tapi aku happy2kan juga diri.. nnt buatnya xceria seharian.. baru tau.
2 jun 2008..nama aku tersenarai tuk ke perhimpunan bulanan JPM.. so, hari ni aku kuar awal dari rumah..tapi awal xawal juga la.. cam biasa je kot...huhuuuu. fuhhhhhhh..sib baik la 'parking aku' masih kosong...kalo x, mau puas gak aku melayan cari parking. actually, xde pn ditetapkan parking lot tuk sesiapa cuma aku dah selesa parking kat situ. xkira la.. samada parking motor atau keter.. aku selesa tuk parking kat tempat yang sama.. kira cam setia pada yang satu la ni..mukekekeee... bercinta dengan parking lot la plak.
masuk opis aku terserempak dengan Kak Nora...then berlaku la perbualan ringkas kat punch card 'mechine',

aku : "hari ni nama akak naik gak kan p perhimpunan? nnt akak ajak saya erk."
Kak Nora: "ok. nnt kak nora bagitau. ari ni kener berjalan je la...driver dah kener culik bawa p taman negara".
aku: "k la tu. exercise" then aku senyum ...kak nora senyum... aku lajak g masuk bahagian aku...

drop all my stuff kat atas meja.. kemas pa pe yang patut.... then bancuh milo...instant je.. kekeke.. sambil2 tu cam biasa la.. awal2 g dah on pc... check email.... kalo yang perlu di reply.. reply terus then yang xperlu tu.. lepas baca..delete je. xpn...tayah baca..terus je delete. maleh.
erm.. abis satu bab. sambil2 hirup milo panas ni.. belek2 kejer pe yang nak disettlekan ari ni... erm.. xla banyak sangat tapi bukan leh caya pn.. isnin ni selalu mood malas nak kejer tu datang xpayah nak ajak...ampeh.
tepat kol 7.45am.. kitaorang memulakan perjalanan ke JPM (parcel A). hari ni xde bas coz driver p Taman Negara so kener la jalan kaki. xpe la.. bukan selalu pn. aku jalan dengan Kak Nora. yang lain2 dah xtau katner. Sampai je kat sana.. Dato' SU n TSU(K) dah sedia menunggu. cam biasa la. kitaorang nyer line ditengah2 antara MARITIM dan JAKIM. bangga je tengok geng2 MARITIM dengan uniform diaorang. aku dah la minat orang beruniform..ekekekee.
Tepat kol 8.15am... Pak Lah dan menteri2 di JPM dah tercegat kat depan kami. tapi sesuatu yang xbest ari ni ialah.. pepagi g dah panas gilos. dah le angin xdo. mmg paneh..huhuu.. then aku minta la kipas mini dengan cik dah.. alahai.. mmg halus giler. xrasa angin pn...
lepas nyanyi lagu Negaraku dan satu lagu lain...koir dari jabatan mana ntah.. (aku rasa berterabur je diaorang nyanyi)... then, terus Pak Lah berucap... tapi ada satu ayat tu yang wat aku menegur..(aku rasa aku cakap slow je tapi Pak Lah bleh lak dengar...maybe ada menteri di JPM yang perbetulkan..huhuuu). ayat dia lebih kurang camni la...

Pak Lah : "syukur alhamdulillah. bertemu lagi kita dalam acara tahunan kita ini.....bla bla bla..."
waaaaa... dari jauh aku memperbetulkan....

"bukan tahunan la Pak Lah... tapi bulanan"

...aku mmg yakin sesangat yang aku cakap slow je.. kalo dengar pn maybe dak2 MARITIM dan JAKIM je.. tapi tetiba aku dengar kat depan nun...Pak Lah dah betulkan ayat dia...huhuuuu
Lepas lebih kurang menyampaikan ucapan yang berkisar dari pengalaman beliau semasa di Jepun.. kami dilepaskan... huh... amannyer. dah la panas... angin lak xde. maybe Pak Lah pn rasa apa yang kitaorang rasa.... mmg paneh sesungguhnya...
time balik...mak ai.. bersesak tol staff2 ni nak kuar. maklumlah..wakil2 jabatan dibawah JPM. then Cik Dah n Kak Farah ajak lalu ikut depan.. perghhhhhhhh jauh tu. erm. xpe la.. exercise. tapi xlama pn. kitaorang jumpa Kak Liha.. dengan xsegan silu.. Cik Dah minta tumpang bas opis dia ...huhuhuuu... anyway.. tq Kak Liha n staff2 B7..
dah abis rasanya.. maleh nak taip panjang2.....