Wednesday, December 17, 2008

I'm Busy

~~(",) Sori la erk. Buat masa ni ... mmg saya tengah bz (",)~~

Thursday, December 4, 2008

Makwe Koi-lirik lagu

(klik tajuk lagu untuk melihat video)

Alkisoh bemula ceghite
Seingat kawan peghentan deghejoh lime
Ati koi berkenan dekat anok daghe
Wei anok tok lebei namenye Nine

Makwe koi

Pukui satu abih sekoloh
Tok lengoh-lengoh teghuih balek ghumoh
Teghuih pegi mandi lepaih ter kene ngaji
Sura nempuh rumohnye buoh hati

Makwe koi

Nine Nine Nine
Nine Nine Nine

Nine Nine ni makwe koi
Suke sangat kome beloh petang
Main konda kondi ande yg main tayang
Keknye kawan kecor main pondok pondok
Nine jadi emok koi jadi bapok

Makwe koi

Jenuh bertughut baghu nok balek
Buat tok cakne sebak tengoh ghalik
Bedeghui ke sungei teghejun ghamei ghamei
Nine pulok cuok mandi becedok

Makwe koi

Memang banyok kenangan manih
Ceghita hei kampung tak mboh habih
Bekubang dalam paye kendughi kendaghe
Koner je koi pegi
Nine sokmo ande

Makwe koi

Ndok tak ndok bepisoh jugek
Koi caghi ilmu nun di bando sane
Kala luluih tinggi masuk universiti
Ceghohlah mase depan Nine suke ati

Nine Nine Nine
Nine Nine Nine

Nine Nine ni makwe koi
Nine di kampung blajo bagei gaya
Temasuk memasok menjait megheka
Bekei mase depan kala jodoh ande
Mintok mintoknye dan koi pinang Nine

Makwe koi

Sengkat ini dulu ceghite
Seingat kawan peghentan deghejoh lime
Ati koi berkenan dekat anok dare
Wei anok tok lebei namenye Nine

Makwe koi
Nine Nine Nine
Nine Nine NineNine
Nine ni makwe koi


Creadit to : HERI (MOHAMED SHAHRILL MAT SALIMAGRI REGIONAL OFFICER,CAMERON HIGHLANDSMALAYSIAN AGRIFOOD CORPORATION (MAFC)
Subsidiary of Khazanah Nasional Berhad


Wednesday, December 3, 2008

Bulan dan Planet Pun Tersenyum...

1.12.08

Syukur...maha suci Allah, pentadbir seluruh alam dan seisinya. Ilmu Allah amat hebat dan segalanya tidak mustahil terjadi. Inilah bukti kekuasaan Allah SWT untuk hamba-hambanya melihat, dan berfikir tentang kebesaran dan kekuasaan Allah yg tidak terhingga. Saksikan gambar di bawah. Musytari (Jupiter), Kejora (Venus) dan Bulan kelihatan harmoni dan dekat antara satu sama lain (seolah sedang tersenyum) sedangkan pada hakikat sebenar, 3 makhluk Allah itu adalah berbilion-bilion tahun cahaya jaraknya antara satu sama lain. MasyaAllah...kejadian Allah yg mengagumkan aku malam ni...Bulan bersama-sama dengan Mustytari (jupiter) dan Kejora (venus) berhimpun di dalam kawasan yang sama dan membentuk sebuah segitiga seperti sedang tersenyum.Bayangkan, walaupun ketiga-tiga objek ini dilihat seolah-olah hampir antara satu sama lain, tetapi dari segi hakikatnya tidak. Cahaya dari Bulan mengambil masa 1.3 saat untuk sampai ke mata kita. Cahaya dari Kejora (objek sebelah kiri), mengambil masa lebih kurang 8 minit untuk sampai. Manakala Musytari yang dilihat itu ialah keadaannya 48 minit terdahulu. Kepada semua, aku ucapkan semoga berjaya and dpt result yg gempak2 belaka. Kita semua telah berusaha sedaya upaya yg termampu. Kini terserah padaNya...Takdir Kita Seseorang pernah berkata..."dalam hidup ini kita cuma perlu percaya dengan satu perkara sahaja iaitu takdir" Seseorang yang lain juga pernah berkata " takdir mampu kita ubah, asalkan kita tidak terlalu taksub dan melampau dalam setiap gerak dan laku" Percayakah anda akan takdir? Pernahkah anda terfikir bahawa semua benda yang kita alami, kesemua pengalaman yang kita perolehi adalah semuanya takdir? Bahawa kita sebenarnya terikat untuk terus berada di dalam lingkungan takdir-takdir tersebut hingga sampai suatu masa kita akhirnya berserah segala-galanya pada takdir. Kesemua kita tidak minta untuk menjadi seperti apa yang kita jadi seperti hari ini. Semuanya adalah yang tersirat disebalik segala yang tersurat. Begitu ramai yang kerap menyalahkan takdir berbanding menyalahkan diri sendiri tentang setiap hal yang terjadi. Hidup ini sebenarnya indah. Pandanglah di sekeliling kamu dan berfikirlah. Jadilah pengkagum betapa keindahan ini tidak dapat diperbandingkan dengan apa-apa. Dan ketahuilah bahawa setiap apa yang berlaku itu adalah yang terbaik untuk kita dari Tuhan dan kesemuanya mengandungi hikmah-hikmahnya yang unik dan tersendiri.


Akhirnya pada tanggal 10 September, saintis2 ini telah melakukan eksperimen mereka yang pertama, iaitu eksperimen untuk mengesahkan teori "big bang" yang menakrifkan kejadian bumi adalah berpunca daripada perlanggaran partikel2/zarah2 hardon jutaan tahun yg lampau. Ramai yang mempertikaikan kajian ini dengan bermacam-macam alasan termasuk akan memusnahkan bumi, memberi kesan buruk pada manusia....sehinggalah ke kelompok yang melabelkan kajian ini sebagai sesat bertujuan untuk mencabar kejadian Allah yang menciptakan keseluruhan alam semesta ini. Namun bagi aku, kita sepatutnya melihat kajian ini dari sudut yang amat positif. Sebagai seorang Islam, aku memang yakin yang Allah jua yang menciptakan semesta ini, tapi kita tidak boleh menolak mentah2 akan cara kejadiannya. Mungkin betul bumi terhasil akibat letusan kuat di cakerawala (big bang)....itu rahsia Allah. Semua ini tidak mustahil bagiNya. Ini bertepatan dengan Surah Al-Hadiid (besi) ayat 25: "Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa." Para Saintis Islam dan barat bersetuju bahawa besi dan logam amnya bukanlah unsur asal dari bumi, tetapi logam datangnya dari letusan dari sumber selain bumi, kemudian logam ini menghentam bumi dan menghasilkan taburan jisim, jenis dan kualiti berlainan, mengikut kesesuaian geografi dan suhu penyejukan tempat tersebut. Saintis juga meramalkan bahawa pembentukan bumi juga berlaku sedemikian, iaitu terdapat satu letupan yang kuat yang dikenali sebagai BIG BANG. Letupan yang dasyat itu menyebabkan berlakunya hentaman unsur-unsur seperti silica (pasir, batu dll), logam (besi, kuprum, emas dll) dan segala unsur-unsur kimia (rujuk jadual berkala unsur kimia) yang kedapatan di bumi pada hari ini beserta dengan gas. Tidak salah untuk mempercayai bahawa bumi ini diwujudkan oleh Allah hasil dari letupan dasyat atau dikenali BIG BANG, kerana Allah berkuasa melakukan segala-galanya. Jadi, maka jadilah. Jika diperhalusi, teras bumi kita masih lagi panas dan cair, menyerupai lahar gunung berapi atau lebih tepat seperti cairan logam dan gas yang terbakar dipermukaan matahari.
Dalam Surah Al-Anbiya' ayat 30...Allah berfirman: “Apakah orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya bercantum satu kemudian Kami pisahkan (letupkan) antara kedua-duanya.”

Menurut teori 'big bang', alam ini pada asalnya bercantum padu, kemudian berlakulah satu letupan yang kuat ( cosmix explotion ) 10 hingga 20 bilion tahun yang lampau, yang dinamakan 'big bang'. Sejak itu berlakulah pengembangan dan penyejukan ( expending and cooling ) sehingga akhirnya lahirlah bintang-bintang, galaksi dan seumpamanya. Teori ini pada asalnya diasaskan dari formula General Theory of Relativity yang diutarakan oleh Albert Einstein pada tahun 1915.
Kemudian, pada tahun 1922, seorang pakar fizik Rusia, Alexandar Friedmann mengembang dan mengukuhkan lagi teori ini. Pada tahun 1929, Edwin Hubble menemui bukti-bukti kukuh yang menyokong teori 'big bang'. Dengan menggunakan alat yang canggih, beliau mendapati alam ini sedang mengembang.

Dalam Surah Az-Dzariyat, ayat 40...Allah berfirman: "Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya."

So kalau benar2 la bumi dan semesta ini terhasil akibat big bang, ia adalah satu keajaiban ciptaan Allah yang menguasai seluruhnya. Sekiranya kajian ini berjaya, ia hanya akan mengesahkan lagi keEsaan Allah SWT yang telah menceritakan kejadian ini di dalam Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu. Ia juga akan meguatkan yang Al-Quran adalah mukjizat Muhammad SAW yang sentiasa sesuai sepanjang zaman, hinggalah ke hari kiamat.