Saturday, February 28, 2009

Ain vs Haziq

(Ain sedang mengusha Haziq tuk sembang dengan dia)

akhirnya aku sampai gak kat kg semalam(tengok la betapa sayangnya Ain dengan Haziq)
punya la penat....
flight sepatutnya kol 6.50pm tp delay sampai 7.20pm
so, sampai sini pn lambat la... (Ain cuba pujuk Haziq yang majuk)
pastu tunggu abang datang amik.. melangut la juga kat airport
then, p amik adik ipar abang kat rawang... balik tasik selatan jap... terus balik pahang
hari ni cuma rehatkan diri jer... (Ain dh abis akal nk pujuk coz Haziq wat bo layan jerk... Ain start 'main' kasar...Haziq redha je la maksu)
sambil melayan pangai adik dan anak sedara...
kat sini aku attachkan sket aksi ain dan anak sedaranya... haziq(ntah apa la disembangkan Ain sampai Haziq tersenyum)

Wednesday, February 25, 2009

Layakkah kakitangan awam naik gaji lagi?

MERUJUK kepada berita di Utusan Malaysia, semalam, saya berpendapat bahawa cadangan CEUPACS supaya kerajaan mengkaji semula gaji ahli-ahlinya sebagai melampau dan akan membebankan kerajaan.

Kenapa kesatuan itu tidak turun padang dan saksikan serta nilai sendiri prestasi kerja ahli-ahli CEUPACS. Adakah ia setimpal dengan gaji dan elaun yang dibayar sekarang? Rata-rata mereka ini dibayar lebih dari apa yang mereka lakukan.

Sebagai seorang pesara di Perkhidmatan Awam (bersara pilihan) saya rasa berdosa kepada umum kerana menerima gaji dan elaun yang tidak sepatutnya.

Pada usia persaraan sekarang 58 tahun, apa yang mereka boleh lakukan?

Di kebanyakan jabatan di peringkat umur ini mereka hanya berehat-rehat dan memikirkan masa persaraan sahaja.

Sikap melampau CEUPACS ini semacam satu ugutan kepada setiap Perdana Menteri baru.

Tengok-tengok sendiri berapa ramai dari penjawat awam yang betul-betul menyokong kerajaan.

Dengan alasan apakah permohonan kenaikan gaji yang dipohon kali ini?

WALLANG ANGGUN
Gerik, Perak

### SAYA SETUJU SANGAT!!! walaupun saya seorng kakitangan awam. "Kejer gomen senang.. terjamin... gaji every month masuk..." so, jenis2 manusia yang berfikiran camni la yang menghancurkan masa depan negara. Bukan setakat yang lama.. yang baru pn sama je. Saya MMG XSETUJU BILA CUEPACS MINTA BONUS MASA GOMEN BARU NAIKKAN GAJI, MINTA DIPANJANGKAN UMUR PERSARAAN, MINTA DIPANJANGKAN TEMPOH CUTI BERSALIN... masa CUEPACS minta semua ni... saya xtau dia tanya sapa.. saya rasa dia xde pn buat survey ke atas semua kakitangan kerajaan.. tetiba je kuar permintaan camni.. dan kami diperingkat bawah ni.. tertanya2 dan terpinga2.. naper perlu minta semua ni.
Kalau masuk kejer pagi..pastu punch.. then p cafe.. sampai 2-3 jam.. then... masuk opis balik...sembang.. pastu kuar lagi tuk lunch.. sebelum waktunya.. for 2-3 hours... then.. masuk sembang2.. main game.. tengok youtube.. pastu pakai tipon opis.. call sedara mara, kawan2, settlekan permohonan anak beranak..adik beradik.. pastu tepat waktu balik..punch out. esok masih ulang benda yang sama...
cukup bulan.. terima gaji. mmg xsemua orang lakukan perkara ni.. tp kebanyakkan.. saya rasa CUEPACS kener kaji semua benda ni dalam2 sebelum buat permintaan bukan2.
Saya sebagai kakitangan awam yang masih baru.. rasa terlalu 'xbermaruah' bila org mengata kami disebabkan apa yang kami xtau langsung.
Apapun yang CUEPACS nk minta... lain kali buat survey ke atas semua kakitangan awam... buat keputusan berdasarkan survey. kita hidup dengan gaji dari duit rakyat tp kalau jawab telefon pn malas.. cakap kasar2.. kejer tunggang terbalik.. berbaloi ke semua tu nnt... ingatlah.. kebanyakkan kakitangan awam adalah berbangsa Melayu... beragama Islam... semua tu akan dihitung kemudian hari.....mmg la alasan diaorang jaga kebajikan kakitangan awam peringkat bawah tp masalahnya.. jaga tu biarlah berpada dan jaga sampai kami masuk kubur nnt kalo bleh coz saham masing2 kongsi kalo dh tau kejer cam ampeh tp masih nk naik gaji.. sapa xnak kejer camtu... that's y la ada sesetengah kakitangan awam yang selesa kejer bertahun2 malah berpuluh tahun di sesuatu jabatan... tp bila kiter tanya pasal fungsi jabatan...ampeh xtau. cuba hantar p training kat mana2 GLC untuk tempoh beberapa bulan tengok.. confirm minta berhenti.... jangan terlalu selesa didunia RENUNG-RENUNGKAN.. Selamat Beramal ###

Wednesday, February 11, 2009

Yummy..

sejak aku try wafer kat Wisma Wan, aku jadi minat lak... yummy.. mmg lazat
memula dulu xtau pastu camne ntah aku bleh terlibat dengan wafer ni... dulu abang aku pn slalu gak beli time kitaorang balik kg... beli kat Petronas Highway Karak-KL tp xde la sesedap yang ni. aku ni simple jer. kalo aku dh suka, aku xbanyak cakap n aku biasanya akn setia dengan yang tu je.
sejak kat sini, ada la 2-3 tempat yang aku mmg suka p makan.. orang cakap sini susah cari makanan halal.. maybe juga la tp itu mula2. dh lama2 ok la
xsusah sangat pn cuma kener selalu tanya orang la.
antara tempat yang aku slalu p makan atau tapau makanan adalah di Magic Bite, Wisma Wan (waffer coklat+peanut butter), nasi ayam + air asam (SCR), mee jawa (Labu Labi), seafood (Top Spot). yang lain2 tu xde la sangat..... tp aku biasa gak le ke Simply Sedap dan JnJ Cafe. ni antara restoran yang biasa dikunjungi dalam area Kuching. selain tu... Cili Padi dan Chilli Peppers

Monday, February 9, 2009

End of CNY

aku baru je balik dari makan malam..

hermmm..hari ni aku terima undangan makan malam sempena penutup CNY dari kung kung dan appo yanti... dia pn p skali. actually, bila aku kat sini... aku boleh dikatakan ada keluarga angkat cina la. time CNY hari tu pun aku p gak rumah dia tp raya ke 4 . then..dapat ang paw g.. jangan jeles. masakan yang di sediakan tuk kitaorang, mmg kawan melayu dia yang masak n bekas pn bekas baru.. so xde ragu2 la.

macam malam ni.. mmg dia dh niat nk celebrate dengan kitaorng... makan seafood kat top spot. ni 1st time la aku p sana. xsusah pn nak cari sebenarnya tp aku jarang drive kat kuching ni so, semedang la sesat. cam ari tu.. dari pasar satok.. bleh lak aku lepas ke pending industrial area... citer dengan bebdk kuching.. sesia je kitaorang kener gelakkan. time jalan2 dengan mmbr2 kat sini....lor, rupanya jalan yang kitaorang sesat tu xde la jauh pn dr kawasan kitaorang...ampeh tol tp kalo xsesat, xtau... xchallenging...kkekkeee

macam2 yang kitaorang bedal malam ni.. last2 ada sket la yang xabis. perut dh penuh... sedap2 lak tu.. huhhuuu... best. thanks appo n kung2.

dalam perjalanan balik... kitaorang lalu depan The Spring.. tengok je la. sepanjang aku kat sini, baru sekali kot aku ke sana.. aku xsuka sangat suasana dia. tp maybe akan datang, aku akan ke sana lagi la.. kalo p sana.. aku pasti akan tuju kedai coklat ...kekkee.. nang sik boleh ditangga la. mun di tangga juak... mok satu kedey mek borong ... tp bila p sana... automatik rasa nk balik langkawi....huhuhuu... rindunya pada coklat.

otw balik rumah... waaa.. banyaknya la kerdipan bunga api di angkasa... maklum le. malam last. itu blom lagi tengok malam tahun baru. 1st time aku betul2 berada dalam kawasan chinese yang sambut tahun baru... macam terkena kejutan juga la. meriah gila2.. walaupun bising yang boleh sampai tahap nk pecah gegendang telinga tp apa yang boleh aku katakan... mmg best

yang xbest adalah time raya cina.. seminggu kedai tutup. yang buka kat area aku ni.. cuma KFC n Sugar Bun jer.. adehhh... kononnyer satu petang tu aku nk la p beli wafer kesukaan aku kat Wisma Wan..last2 tengok.. perghhhh...mata aku ni cam xmo lak tertutup. semua kedai tutup. xpenah2 la aku tengok keadaan camni... pastu aku terus p one stop n kebetulan kikull call aku ajak p makan kat j n j cafeteria.. ada gak teman aku nak berborak.

eh....melalut lak. so, sepanjang lebih kurang 2 jam kami dengan kung kung dan appo tadi... ada la sket2 gambar yang aku sempat snap. yang nyata.. makanan malam ni... nang best la. Thanks appo dan kung kung... happy chap goh meh..

Permintaan Terakhir aka Trilogi Cinta aka Perangkap Cinta



Sunday, February 8, 2009

My sister in law... finally delivered


ahaks... akhirnya petang tadi dalam pukul 6pm aku terima sms dari adik perempuan aku...
"kak long dh selamat bersalin. kiter semua dh naik pangkat. baby boy, berat hampir 3kg, lahir di hkl pukul 5.50pm, 8.2.2009". nama baby blom tau g tp tadi aku sms dengan adik perempuan aku. dia cakap dia penah sembang dengan kak long pasal ni. kak long cakap nnt nk letak nama wan mohd...... something la. heran gak aku. naper ada wan coz setahu aku keturunan aku xde wan. rupanya, baru2 ni masa abang aku balik kg dalam bln 1, pak ngah aku bagitau yang tok ayah aku (ayah abah) keturunan blah raja siam... perghhhhhhhh... aku ada darah siam ker?? adehhh.... xtau le plak selama ni. so, kebetulan kakak ipar aku nk bersalin, dia soh la guna nama wan tu... hermmm... ntah la. tengok camne nnt. xk isah apa2 pn. janji semua selamat. xsabarnya aku nk balik kg.

dan yang paling bangga tentulah abang aku coz what?? this is hadiah bzday dia yang paling berharga. hari ni juga adalah bzday abang aku ke 32. dan pada hari ulangtahunnya, dia terima putera sulung sebagai hadiah dari isteri tercinta... bangga beb

aku blom tengok pn gambar baby tu coz semua blom dapat tengok. mak pn sms bagitau yang dia belum tengok. esok kot. so, hari ni masing2 berkampung kat rumah abang di tasik selatan. nasib baik gak esk semenanjung xkejer. cuti thaipussam. so, kalo xde pa pe aral dan boleh kuar esok, abang akan terus bawa kak long balik pahang. coz aku m asih ada sorang g adik yang bersekolah. even dia bleh jaga diri, tp mak aku xbetah nk biar dia time hari skolah.

actually, aku suka gak sususan yang secara tak sengaja berlaku dalam family aku ni. mana xnyer. mak abah aku, masing2 anak ke dua dalam family (satu mak satu ayah coz atuk nenek aku kawen lebih dari skali). kebetulan gak, dalam adik beradik mak abah aku yang satu mak satu ayah ni... mmg ada 2 anak je. so, dedua kira anak kedua merangkap bongsu la. beza mak dan abah aku 7 tahun.

abang aku dengan kak ipar pn sama. beza 7 tahun. abang anak pertama, kak long pn anak pertama... dan baby yang lahir ni adalah cucu pertama kedua2 keluarga.

kakak aku dengan abang ipar?? herm... kedua2nya adalah anak kedua dalam family masing2. nnt bulan 4 ni kakak aku deliver, baby tu merupakan cucu kedua dalam family aku.
aku??? iksh... blom ada jawapan.
adik aku plak.. baru2 ni dia bertunang. kebetulan gak, tunang dia tu anak keempat. sama cam dia. so, aku nnt kener cari anak ketiga gak ler...ehikss

so, semua kebetulan ni mmg menyeronokkan. actually masa adik aku nk bertunang baru ni abah aku terperasan. kalo x, xde sapa pn amik port.

kebetulan lagi... sepatutnya kak long dijangka bersalin 14 feb tp maybe baby dh xsabar nak tengok ayah dia.. so, dia pn menjenguk dunia pada hari ni. sama tarikh lahir dengan ayah dia. rasanya berbaloi abang dan kak long menanti selama hampir dua tahun untuk melihat zuriat sendiri. semoga hidup mereka akan lebih berma kna... tahniah.


*** yes... akhirnya dapat gak gambar baby dari ibu dia.. ehiks.. wahh..anak sedaraku. xsabar rasanya mak lang nak peluk cium. tunggu mak lang balik tau. tp nama blom tau lagi

Kak Long dh start sakit...

semalam kak long call aku... minta no tipon mak.. dan juga la aku tanya naper. dia cakap dia macam dh turun darah... lagipun skang ni adalah tempoh dia nk due.. maybe tanda2 kot.

pagi ni masa aku dok surf tenet... dapat sms. ingatkan dari sapa, rupanya dari kak long. sempat gak la aku tengok jam... kol 2.30am. kak long bagitau yang dia dh kener tahan kat wat. bukaan dh 2cm.
hermm.. maybe dh xlama la masa tuk dia deliver. kat opis aku ni pn ada sorang staff yang wife dia akan deliver hari ni...kalo ikut due kak long... 14hb tp maybe anak sulung kot. tp masa kak long sms aku tadi.. dia cakap yang nurse bagitau kalo anak sulung, selalunya sakit lama. hermm... xbleh harap gak coz member aku last 5 days.. subuh sakit... kol 2pm lbh dh bersalin. anak sulung gak.

apa2 pn.. aku rasa abang yang paling happy kalo baby tu lahir hari ni coz hari ni kebetulan sama tarikh dengan bzday dia. kalo betul, nilah hadiah bzday paling bermakna tuk dia. setelah hampir 2 tahun tunggu untuk melihat zuriat sendiri.. apa pn, aku cuma harap kak long n baby akan selamat.

dengan ini juga bermakna, yang xlama g aku akan jadi mak lang... wow,, bestnyer. naper la saat dan ketika ni aku xde dekat dengan kak long. yang xbestnyer, dengan ini juga....akulah orang paling last tengok baby tu coz hujung bulan ni baru aku balik kg.

dan paling best....pasni abah dengan mak dengan rasminya akan bergelar atuk dan nenek... ehikss.. dh xbleh la abah nk fight dengan adik beradik dia yang dia muda lagi. selalunya abah suka usik mak anjang nani coz mak anjang nani walaupun adik abah, dh ada 3 cucu kalo xsilap aku.....hehehehe

aku cuma berdoa dari kejauhan...semoga semuanya selamat..amin

Saturday, February 7, 2009

Selamat Pengantin Baru Nora & Hadi

hermmm... cepat tol masa berlalu. dh lebih sethun rasanya diaorang ni bertunang... tup tup... hari ni dh melangsungkan perkahwinan...
tahniah la tuk hadi dan nora... semoga jodoh korunk akan berpanjangan... dan bahagia. tunggu kiter balik sana erk. nnt boleh blanjer korunk. sori la xdapat datang..

Wednesday, February 4, 2009

Tentang KFC

UNTUK MAKLUMAN SEMUA, PENULIS EMAIL NI IALAH ADIK KANDUNG UNCLE SENDIRI...
_______________________________________
salam semua...
tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC. banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata "baik ko berenti keja ngan KFC. ko dok bunuh orang palestin"... .dah banyak sms yang saya dapat...daripada kawan2 sekolah, universiti dan segenap lapisan masyarakat.

untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik malaysia. tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US mahupun Israel. KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja.akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation, pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US.

ini adalah usaha yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings (M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu :Pizza HutKedai AyamasRasaMas RestaurantAyamas Food Corporation Sdn BhdRegion Food Industries (Sos life)bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam.oleh itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada orang islam malaysia?oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini.

diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa sahaja.sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam.inilah dinamakan Jihad Bisnes.sekian.

Muhamad Ammar Abdullah
Halal Audit Executive
KFC Holdings (M) Bhd
03-20263388 ext 282
012-5678443

Komen : aku ade call amar 3 hari lepas...emm die sah kan yang memnag dia yang tulis email ni dan die tegaskan ape yang dia katakan benar...harap maklum..MCD tak tau lagi kan?