Saturday, August 30, 2008

New Look Of My BLM

Assalammualaikum wbt,


Hai kengkawan,

Hari ni saya happy sket coz BLM saya dh berubah wajah. Dan yang lebih menggembirakan adalah kerana kosnya adalah kos yang saya mampu. Actually, last wednesday saya dan kakak ada hal so, saya amik halfday. Dalam pukul 2pm, saya kerumah kakak di Bukit Jalil tapi di sebabkan hujan lebat, kami terpaksa membatalkan niat asal kerana masa dh lewat.



Then, saya dapat sms dari member BLM... remando. he ask me "berminat nak pasang bodykit n spoiler. siap cat n istall rm700 tp twrn cuma untuk hari ni".... hermm... tawaran yang mmg sukar tuk di tolak. kami decide tuk jumpa dan ke kilang yang dimaksudkan. tempatnya di balakong


kat sana kami jumpa tokey kilang tu. barang tu actually adalah percubaan diaorang yang pertama tuk design ni so diaorang perlukan satu keter BLM tuk dijadikan model. kalau ikut pasaran skang, memandangkan BLM masih baru so barang2 mahal tapi saya kira bertuah kerana saya mendapat at least half price dari member lain. so, lepas berbincang dan bayar deposit.... kami gerak balik.


Kebetulan hari ni saya ada hal lain so semalam saya dh pas kan keter tu kepada remando tuk diuruskan. tengahari lebih kurang, Aa sms bagitau keter saya dh ada dengan diaorang (hari ni PROSBOC adakan konvoi dari Bukit Jalil ke Stadium Shah Alam). perghh... macam2 gak le dia puji.. nak2 pasal skirting. adehhh.. makin teruja rasanya nak tengok coz orang lain dh tengok dulu... huhuu..sungguh xadil!


lepas abis hal tersebut, saya terus ke Putrajaya dengan kereta lama tuk amik keter tu tapi diaorang masih kat Shah Alam. xpe la, tunggu dulu. lebih kurang kol 6.30 petang, mando dan arepeace hantar keter.. Herm... lawa juga cuma calar tu mencacatkan pemandangan. one more, keter tu tengah kotor... hehehhe...xpe, slow2...


lepas dapat keter.. terus mulakan perjalanan balik Pahang dengan adik n member dia......

"SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN & SELAMAT BERPUASA"


---End---

Thursday, August 28, 2008

To The Owner Of Saga BLM

Hai kawan2...

K, sini saya nak war warkan la.... sebuah kelab khas untuk owner BLM Saga telah diwujudkan dan terbuka untuk owner2 ini la...bagi seluruh Malaysia. Sekiranya anda adalah pemilik Saga BLM, anda di alu-alukan untuk mendaftar diri di kelab ini yang di beri nama PROSBOC dan pelbagai aktiviti telah, sedang dan akan dijalankan. Berikut adalah link2 ke site yang berkaitan dengan PROSBOC.

Selain menjalankan aktivti, PROSBOC juga telah mengeluarkan sticker untuk kereta bagi ahli berdaftar. Berikut adalah senarai harga bagi 2 jenis sticker ini dan contoh sticker yang dikeluarkan.

i) KL & Selangor: (1) By HAND - RM 20 (2) By POST - RM 25
ii) Other states: (1) By HAND - RM 25 (2) By POST - RM 28

Untuk tempahan, sila hubungi prosboc@thesagaclub.com dan sila sertakan maklumat anda seperti berikut :-

Nama:

Nickname di Forum:

Alamat Penuh:


No Tel:

Untuk keterangan lanjut, anda boleh PM our committee, RynnaStiles. Bagi Sagarian area Perak, anda boleh menghubungi Degoberto 017-4803557 untuk tempahan dan sebarang pertanyaan bolehlah di majukan di prosboc@thesagaclub.com .

Jangan ketinggalan...........kepada anda yang mempunyai kawan2 yang memiliki Saga BLM, bolehlah war warkan hal ini kepada mereka... thanks ya

Maut... xkira tempat

Saya peroleh info ini dari email seorang kawan. thanks to him. mmg nampak info ni macam remeh tapi ia amat berguna kepada saya yang masih belum berkeluarga dan anda yang telah berkeluarga. semoga kejadian ini memberi iktibar kepada kita semua. insyaallah.

Seorang ibu mendapati anak tercintanya telah maut terbujur kaku dengan kepala tersepit ditempat tidur, bayi tersebut didapati maut saat berusaha turun dari tempat tidurnya ketika baru bangun pagi, melihat tanda di tempat kejadian, diyakin bayi tersebut maut akibat kekurangan oksigen , dia tidak dapat membebaskan kepalanya dari sepitan kayu, mulut dan hidungnya tertutup cadar sehingga teriakannya tidak dapat didengar siapapun sementara kakinya menjuntai kebawah tidak dapat menyentuh lantai. Melihat carikkan pada kain cadar, dapat dibayangkan penderitaan bayi tersebut saat menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Bagi rakan-rakan yang masih mempunyai bayi………………harap berhati hati.
Perhatikan keselamatan setiap saat karena ditempat tidurpun kecelakaan pastikan terjadi bila kita tidak mengutamakan keselamatan

Tips Percintaan Jarak Jauh

Ramai yang bertanyakan tips bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh. Bermacam-macam perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan bila kita berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu kita hadapi.
Sudah banyak cerita yang kita dengar mengenai perkara ini. Ada yang dapat survive dan ada yang kecundang. Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa kesunyian. Namun begitu, di sini, kami ingin berkongsi dengan anda semua mengenai bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh.

Percaya pada pasangan

Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pernah baca 5 Tips dalam Berpasangan? Di dalam tips itu ada dinyatakan betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.

Setia walaupun jauh

Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?

Berjumpalah walaupun seketika

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.

Tanyalah khabar

Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

Sambut hari ulang tahun bersama

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.
Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

Thursday, August 14, 2008

Syukur KuSedar

Tangisku luruh
Bercucuran

Berkilau cahaya di ufuk pandangan
Masih ku nampakkan
Wajahmu…yang ku rindu-rindukan

Chorus 1:
Baru ku sedar kenapa tercipta kesepian
Kenapa hidup harus berpasangan
Kerana Tuhan mahu menyatakan
CintaNya…
Kepada kita insan…

Makin ku lawan
Makin ku sedih
Tangis ku tangis
Berlarutan

Sandaran asmara
Hanyalah harapan
Esok ku dambakan
Di sisimu…
Tak lagi ku angan..

Chorus 2:
Baru ku sedar kenapa tercipta kesepian
Kenapa hidup harus berpasangan
Kerana Tuhan mahu menyatakan
CintaNya…
Kepada kita insan…

Syukur kusedar sebelum bercerai nyawa badan
Sempatlah diri buat perhitungan
Janganlah pulang dengan kekesalan
Cintanya…tak pernah ku agungkan




Friday, August 1, 2008

Luahan Dari Pejuang Bangsa

Bukan ayat2 saya tapi ayat2 mereka yang sedar...dimana diri mereka...
(sumber:- http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=12593&postdays=0&postorder=asc&start=15)


1) ---> kesimpulannya....
'Bukan melayu' yang punya angkara... Kalau ikut sejarah pun, melayu tak pernah kisah dengan sapa depa nak kena berurusan. Zaman melaka dulu bukan setakat cina, malah mangkuk-mangkuk lain dari benua mana-mana ntah pun datang berdagang dengan orang Melayu..

takdak sapa kisah pun..
AS LONG AS... JANGAN KACAU HAK-HAK MELAYU. JANGAN GANGGU GUGAT MARUAH MELAYU.

Tapi aku heran kalau MELAYU sendiri yang kata MELAYU pencetus huru hara..

2) ---> "Selepas saya muslim dan menziarahi kubur ibu mertua ku di Danau Kota, saya ternampak tersusun satu baris perkuburan yang bersaiz kanak-kanak dan tertulis tarikh peninggalan mereka sebagai Mei 14, 1969. Saya mula sedar tentang signifikan tarikh tersebut. Saya mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk mula menyelami beratnya makna disebalik dua nombor dan satu bulan dalam hidup rakyat kita...."

(sumber:- http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=14425#397898 )

Peristiwa Yang Harus Jadi Pedoman: 16-30 Ogos 1945 dan 13 Mei 1969

Monday, May 28, 2007

oleh Datuk Raduan Taib (r_taib@yahoo.com),

GombakAgendaDaily, April 27, 2005


Pengajaran dari dua peristiwa iaitu Pemerintahan Tanah Melayu selama empat belas hari oleh Pasukan Tentera MPAJA/Parti Kominis Malaya (PKM) atau Bintang Tiga dan Peristiwa 13 Mei 1969.
Ramai dikalangan generasi muda bangsa kita yang kurang mengetahui kedua-dua peristiwa tersebut dan implikasi mereka dalam perkembangan sejarah negara amnya dan sejarah orang Melayu khasnya.

Peristiwa yang pertama ialah apabila Tentera Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA), satu pertubohan Parti Kominis Malaya (PKM) atau juga dipanggil Bintang Tiga yang memerintah Tanah Melayu selama empat belas hari pada tahun 1945 iaitu jangkamasa dari Tentera Jepun mengaku kalah kepada Tentera Bersekutu pada 16hb Ogos 1945 sehinggalah Tentera British sampai kembali ke Tanah Melayu menubuhkan Kerajaan Tentera British empat belas hari kemudiannya.
Dalam masa empat belas hari tersebut banyak orang Melayu yang dibunuh oleh Tentera MPAJA atau Bintang Tiga atas tuduhan bersubahat dengan Tentera Jepun. Kebanyakan mereka adalah bekas ahli pasukan polis yang ditubohkan oleh Jepun untuk menjaga keamanan di Bandar-bandar. Tentera Jepun memang anti kaum China .

Ini adalah lanjutan dari penaklukan negara China oleh Jepun dimana ramai orang China yang telah dibunuh terutamanya di Nanjing dalam apa yang panggil Massacre of Nanjing. Tentunya mereka tidak mempercayai orang China dan begitu juga orang China amat memusuhi Tentera Jepun.

Sikap permusuhan ini jugalah yang menyebabkan tunjuk perasaan besar-besaran anti Jepun di China baru-baru ini. Oleh itu, orang Melayulah yang majoritinya menganggotai Pasukan Polis Jepun di Tanah Melayu.

Jadi, bila Tentera Jepun mengaku kalah, maka berkeliaranlah anggota Bintang Tiga ke kampung-kampung mencari bekas polis tersebut yang kebanyakannya orang Melayu. Di kampung di mana saya dilahirkan yaitu Kampong Sungei Manggis, Kalumpang terdapat cerita-cerita yang sampai kepada kami bagaimana anggota Bintang Tiga ini mencari dan membunuh mangsa-mangsa mereka.

Mereka akan dibawa ketepi hutan dan disuruh menggali lubang. Kemudian mereka akan dihentam dengan belakang cangkul dan ditanam kedalam lubang yang sudah siap digali. Mungkin ditanam hidup-hidup. Sampai sanak saudara tidak tahu dimana mereka ditanam.

Boleh dikatakan perkara ini berleluasa di Selangor dan di negeri-negeri lain seluruh Tanah Melayu. Kita tidak tahu berapa banyak yang terbunuh dan cara-cara mereka dibunuh. Pakar-pakar sejarah perlu mengkaji peristiwa tersebut lebih terperinci kerana ia banyak mempengaruhi sejarah nasionalisme orang Melayu kemudiannya. Oleh kerana yang membunuh ialah anggota Bintang Tiga yang kebanyakannya orang China dan mangsa mereka pula kebanyakannya orang Melayu, peristiwa tersebut telah bertukar menjadi pergaduhan antara kaum. Ramai orang Melayu yang bertindak balas terutamanya di Batu Pahat, Johor dan Sungei Manik, Teluk Intan, Perak.

Selepas peristiwa tersebut kemarahan orang Melayu kepada kaum pendatang mulai mendalam dan menebal. Mulai timbul semangat nasionalisme di kalangan orang Melayu. Bila kemudiannya pihak British cuba memperkenalkan konsep Malayan Union yang menghapuskan sistem Raja-raja Melayu, penghapusan hak istimewa orang Melayu, dan pemberian kerakyatan dan hak samarata kepada semua kaum, ianya telah mendapat tentangan yang hebat dari semua lapisan orang Melayu.

Mereka telah berarak dan menunjuk perasaan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Lalu akibatnya, lahirlah UMNO, parti yang menjadi tunjang Kerajaan Barisan Nasional pada hari ini.

Peristiwa 13hb Mei 1969 pula adalah akibat dari perayaan dan sambutan kemenangan yang mengila dan berlebihan yang dilakukan oleh penyokong parti-parti pembangkang (Cina), apabila mereka menang banyak kerusi dalam dalam Pilihanraya Umum 1969, terutama di Selangor di mana Perikatan dan pembangkang menang sama banyak kerusi di Dewan Undangan Negeri.
Penyokong-penyokong parti pembangkang seperti Gerakan, DAP, dan Socialists Front telah berkeliaran di Kuala Lumpur dengan lori, kereta dan motosikal sambil berteriak dan menjerit-jerit “Melayu bodoh!”, “Melayu balik kampung!”, “Melayu sudah hilang kuasa!”,

(kalau pembaca perasan, gambar sebelah atas tu, ada satu benda petak berkayu yang dipegang oleh mereka. Itu merupakan simbol penyapu dan dilaungkan bersama kata2 yang telah saya highlightkan dengan warna hijau)
dan sebagainya.Mungkin dalam penyokong-penyokong pembangkang itu ada anasir subversif dan kongsi gelap yang cuba memprokasi orang Melayu supaya negara kucar-kacir.Tindakan provokatif pembangkang itu tidak di biarkan begitu saja oleh orang Melayu di Kuala Lumpur di kawasan seperti Kampung Baru, Kampung Keramat, Gombak dan Ampang.


Maka, berlakulah tindakbalas dan akhirnya menumpahkan darah dikalangan mereka yang tidak berdosa. Contohnya, orang yang membeli belah dan mereka yang menonton wayang di pawagam-pawagam di kawasan Chow Kit.



Kedua-dua peristiwa tersebut banyak mempengaruhi politik dan ekonomi orang Melayu. Peristiwa berdarah semasa Tanah Melayu diperintah selama empat belas hari oleh Bintang Tiga banyak membawa kesedaran kepada orang Melayu. Ini kemudian menggembelingkan orang Melayu untuk bersatu menentang Malayan Union. British yang cuba menghakiskan keistiwaan pribumi kepunyaan mereka. Dan ia membawa kepada kelahiran UMNO itu sendiri. Sementara Peristiwa 13 Mei 1969 pula menyedarkan orang Melayu mengenai ketinggalan bangsa mereka dalam bidang ekonomi yang tidak diperjuangkan dengan lebih tegas sebelum itu.Lalu lahirlah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal semasa perintahan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Kemudiannya timbul konsep penubohan Masyarakat Perniagaan dan Perindustrian Bumiputra atau “Bumiputra Commercial and Industial Community” (BCIC). Dengan DEB banyaklah anak-anak Melayu yang di hantar keluar negeri melanjutkan pelajaran mereka dalam berbagai lapangan professional untuk membanyakkan Orang Melayu dalam berbagai bidang professional seperti peguam, doctor, arkitek dan sebagainya.Kakitangan kerajaan lebih banyak terdiri dari orang Melayu. Sebelum itu kakitangan kerajaan banyak terdiri dari kaum lain.



Pokoknya kedua-dua peristiwa tersebut banyak meninggalkan kesan kepada orang Melayu dan ini haruslah disedari oleh generasi muda Melayu sebagai pertunjuk kepada mereka dalam meneruskan perjuangan bangsa.

Rujukan :- http://pesanan-pesanan.blogspot.com/

13 Mei 1969

13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita semua lupakan buat selama-lamanya. Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya-bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.

Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai. Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah, maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.

Oleh itu, amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama-sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman, hormat-menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan.

- Tunku Abdul Rahman, 1969 -Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 adalah peristiwa tragis yang terburuk dialami oleh Malaysia. Peristiwa itu hampir-hampir memusnah-kan negara ini. Alhamdulillah, dengan kebijaksanaan pemimpin dan semangat setia kawan rakyat, bencana itu telah dapat ditangani dan negara kembali pulih seperti sediakala. Banyak pengajaran yang boleh dipelajari daripada bencana itu. Antara yang terpenting ialah peri mustahaknya memperkukuhkan perasaan muhibah dan ikatan perpaduan antara kaum demi kestabilan politik dan keselamatan Malaysia yang berbilang kaum ini.

Penerbitan buku ini adalah tepat pada waktunya memandangkan pada akhir-akhir ini terdapat usaha oleh pihak-pihak tertentu yang cuba memutarbelitkan fakta dan menimbulkan kekeliruan tentang peristiwa berdarah 13 Mei itu. Pertengahan Mei yang lalu sebuah buku yang memperkatakan tentang peristiwa 13 Mei juga telah diterbitkan. Namun pendekatan yang digunakan jelas menolak bingkai kepercayaan lama bahawa kekacauan 1969 berpunca daripada ketidakseimbangan dalam sioekonomi kaum di negara ini, sebaliknya penulis buku tersebut mengemukakan tesis baharu iaitu kapitalis Melayu yang diketuai Tun Abdul Razak yang cuba untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman menjadi punca utama kepada tercetusnya peristiwa itu.

Walaupun sukar untuk mencari motif sebenar penulis buku itu membangkitkan sejarah berdarah 13 Mei, namun trend semasa menunjukkan wujud usaha untuk memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin negara, khususnya Tun Abdul Razak, Datuk Harun, Tun Mohammad Ghazali Shafie dan lain-lain, termasuk juga anggota-anggota keselamatan. Pandangan serong tersebut jelas sekali bersifat prejudis dan olahan perbincangannya, kiranya dibiar tidak dijawab, ditakuti akan dianggap sebagai satu dokumen yang sah untuk melegitimasikan dakwaan bahawa peristiwa 13 Mei itu adalah dirancang oleh 'kapitalis Melayu'.

Buku ini adalah hasil renungan Tunku tentang peristiwa 13 Mei. Beliau terpanggil untuk menulis buku ini bagi menjelaskan 'hal-hal sebenar yang telah berlaku menurut pandangan saya, sekalipun ia amat dahsyat'. Dalam penelitiannya, Tunku merumuskan bahawa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 itu adalah angkara golongan pelampau dan golongan komunis. Kedua-dua golongan ini, tegas Tunku, sejak sebelum merdeka lagi berusaha untuk mencetuskan kekacauan di negara. Golongan ini telah terlibat dalam mencetuskan ketegangan dalam peristiwa hartal (1967), hukuman gantung (1968) dan pemulauan pilihan raya (1969), perarakan mayat pada 9 Mei dan perarakan kemenangan oleh parti-parti pembangkang pada 12 Mei 1969. Akibat provokasi golongan ini ketegangan kaum terjadi dan rusuhan kaum berlaku.Dakwaan kononnya rusuhan kaum dirancang oleh 'kapitalis Melayu' adalah tidak benar sama sekali. Dalam penulisannya Tunku tidak pernah menganggap peristiwa itu sebagai satu rampasan kuasa. Memang benar Tunku mengakui bahawa akibat peristiwa berdarah itu ada segelintir ahli j UMNO yang beliau labelkan sebagai 'pelampau' ataupun 'bijak pandai' yang tidak menyenangi beliau kekal sebagai Perdana Menteri. Tetapij perasaan tidak puas hati bukan menjadi penyebab kepada berlakunyal rusuhan. Hal ini telah diperjelaskan oleh Tunku dalam Bab 15 bertajuk 'Sepucuk Surat' dan Bab 16 bertajuk 'Perebutan Kuasa dalam UMNO'.

Buku ini ditulis oleh Tunku berasaskan pengalamannya yang lama sebelum dan semasa menjadi Perdana Menteri serta bersandarkan sumber sahih yang telah diberikan oleh Polis Diraja Malaysia. Keadaan ini ber-beza dengan buku yang diterbitkan sebelum ini yang menyandarkan penulisannya semata-mata kepada sumber diplomat dan wartawan asing yang kesahihan sumbernya adalah diragui.

Rujukan :- http://www.ujanailmu.com.my/pd_13_mei.cfm

Petikan Akhbar Utusan Malaysia 15 Mac 2008

Jakam: Penyokong kerajaan kurang senang

Oleh FAUZI JAAFAR dan AZIMI MUSTAPHA

KUALA LUMPUR 15 Mac - Cadangan ditubuhkan Jabatan Kemajuan Agama-Agama di Malaysia (Jakam) oleh seorang penyokong kerajaan menimbulkan rasa kurang senang Ahli-Ahli Parlimen pembangkang dan penyokong kerajaan.

Loh Seng Kok (BN-Kelana Jaya) yang berucap menyokong usul terima kasih terhadap titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini mengusulkan cadangan itu berdasarkan kepada prinsip kebebasan hak beragama mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Malah, Ahli Parlimen itu percaya pelan tindakan pragmatik menggalak dan memupuk persefahaman serta hubungan harmoni rakyat berbilang agama perlu bermula dari sektor awam.

Beliau berkata, persamaan nilai yang universal antara agama perlu ditonjolkan, selaras peruntukan Perlembagaan Persekutuan supaya kebebasan hak beragama dihormati manakala Islam sebagai agama rasmi negara difahami semua.

``Sebagai langkah pengiktirafan kepada agama lain, mematuhi prinsip kebebasan hak beragama mengikut Perlembagaan, mungkin sudah tiba masanya saya mencadangkan kerajaan menubuhkan Jakam.

``Selama ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berjaya mengurus dan mengendalikan hal ehwal Islam dengan baik, maka hal ehwal kerohanian penduduk bukan beragama Islam perlu dititikberatkan dan dipelihara kerana mereka adalah sumber manusia yang signifikan terhadap pembangunan negara,'' katanya.

Jakam yang dicadangkan itu kata beliau, boleh berfungsi dan bertanggungjawab mengikut rujukan bidang kuasa seperti Jakim bagi agama bukan Islam.

Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) yang nyata kurang senang bangun mencelah meminta Seng Kok supaya berhati-hati dengan cadangan itu kerana ia boleh menjejaskan hubungan antara kaum.

``Janganlah cuba kita timbulkan seolah-olah ada rasa tidak senang di kalangan penganut agama lain kerana kalau kita bangkitkan perkara sensitif, ia tidak akan selesai di majlis perundingan.
``Tafsiran terhadap cadangan Yang Berhormat Kelana Jaya itu boleh dipelbagaikan oleh orang awam,'' katanya.

Seng Kok kemudian menegaskan, beliau berpegang kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang pernah menyebut persefahaman dan perpaduan bangsa perlu dipupuk jika negara berhasrat membentuk bangsa Malaysia yang jitu.

Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) bangkit dan berkata, titik hitam 13 Mei 1969 berlaku disebabkan jurang ekonomi yang luas antara kaum di negara ini ketika itu.

``Itu adalah fakta yang tercatat menerusi kajian bertulis golongan pengkaji sejarah tetapi kalau kita menyerap terlalu banyak fakta lain, ia boleh mencetuskan suasana kurang senang dan jurang perbezaan yang semakin jauh akan lebih meluas pada masa akan datang.

``Saya hormati dan bangga dengan kenyataan Ketua Pemuda MCA (Datuk Liow Tiong Lai) baru-baru ini yang mengatakan kita perlu menghormati kontrak sosial negara, itu tandanya beliau memahami konsep hidup bersama di Malaysia,'' katanya.

Datuk Badruddin Amiruldin (BN-Jerai) yang turut mencelah berkata, kaedah penyelesaian terbaik terhadap masalah membabitkan kaum ialah kefahaman mendalam terhadap Perlembagaan Persekutuan.

``Kita kena faham kandungan Perlembagaan, bukannya menghafal. Kalau rakyat Malaysia terutama generasi muda faham dan saling menghormati, tidak akan timbul isu yang kurang disenangi,'' katanya.

ps: Pernah x kiter pk, kenapa penganut agama lain terlalu mengambil tahu pasal Islam? Pelikkan??? Tapi kita masih xnampak, motif di sebalik semua tu. Kalau kebebasan beragama yang dimaksudkan itu di praktikkan... ia akan sama macam menyokong permintaan IFC.

Kesan Kes Lina Joy kepada Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan

Maybe ramai yang mengatakan kes ini dah basi tapi bila anda tau apa sebenarnya PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN & KONTRAK SOSIAL... saya pasti anda akan menjadi seperti saya. Menyelongkar kisah2 lama sebagai panduan dan iktibar. Biarkan orang kata kita dungu kerana mencari hak dan kebenaran daripada orang kata kita DUNGU TAK TAHU MENGHARGAI KEISTIMEWAAN....

-----------------------------------------------------------
Implikasi Kes Lina Joy lawan Majlis Agama Islam, Wilayah Persekutuan, Jabatan Pendaftaran Negara & Kerajaan Persekutuan di hadapan Mahkamah Persekutuan

Hakim:Tun Ahmad Fairuz bin Sheikh Halim
Datuk Allaudin Sheriff
Datuk Richard Malanjun

Permohonan untuk pemansuhan (deletion) perkataan “ISLAM” sebagai agama dalam kad pengenalan Lina Joy. Permohonan ini ditolak oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Isu:
Samada Artikel 11(1) membenarkan seorang Melayu / Muslim mengishtiharkan diri keluar Islam dengan sendiri tanpa perlu pengesahan Mahkamah Syariah dan memilih agama lain untuk dianuti dan diamalkan. Ini adalah kes pertama isu Artikel 11(1) dibawa ke peringkat Mahkamah Persekutuan untuk ditafsirkan. Kes ini menarik perhatian ramai dan Lina Joy menerima sokongan beberapa NGO bukan Islam (seperti Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Buddha dan Sikh, dan pemerhati luar negara seperti wakil kedutaan Amerika, Australia, dan lain-lain).

Kesan kepada status dan peranan “ISLAM” di dalam Malaysia.
1. Artikel 3 : Islam sebagai Agama Persekutuan akan tidak bermakna sama sekali kerana Islam akan dianut dan diamalkan seperti agama lain.
2. Mengikut Perlembagaan, Islam diletakkan di status yang tinggi dan berbeza daripada agama lain. Contoh, Artikel 12(2) kuasa untuk mengurus dan menghulur bantuan oleh kerajaan (Persekutuan & Negeri) kepada institusi-institusi Islam seperti Masjid, Sekolah Agama Rakyat, dan lain-lain akan terhapus.
3. Artikel 11(4), kerajaan negeri boleh menggubal undang-undang menyekat dakyah agama lain kepada orang Islam. Jika kes Lina Joy dibenarkan, Artikel 11(4) akan tidak bermakna lagi dan orang bukan Islam boleh memurtadkan orang Islam.
4. Artikel 160 — MELAYU ditafsirkan sebagai beragama ISLAM. Membenarkan kes Lina Joy bermakna membuka ruang untuk bangsa Melayu dihapuskan. Ini juga bermakna orang Melayu yang dibenarkan murtad secara automatis melupuskan status, hak-hak dan keistimewaannya sebagai Melayu.

Kesan kepada Institusi-institusi di bawah naungan Raja-raja Melayu
1. Kes Lina Joy mencabar dan menghakis kedaulatan dan kuasa Raja¬raja Melayu dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri.
2. Menjejaskan Kuasa Mahkamah Syariah di negara ini dalam semua perkara berhubung dengan Islam.
3. Seseorang Melayu Islam bebas menganut dan mengamal Islam mengikut kehendak dan tafsiran dia sendiri, dan tidak ada mana-mana institusi seperti Majiis Raja-raja, Majiis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam dll. tidak ada hak untuk mengawalselia cara dan kaedah penganutan dan pengamalan Agama Islam. Ini bermakna tidak ada tindakan penguatkuasaan diambil terhadap mana-mana individu beragama Islam seperti berkhalwat, berzina, minum arak dsb.
----------------------------------------------------------------------------------
MAKLUMAT KES

Lina Joy vs Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Dan 2 Lagi [2005] 5 AMR 663, A recent decision of the Court of Appeal. The judgment was delivered on 19 September, 2005. In this case, the appellant was born on 8 January 1964 of Malay (Muslim) parents. She was therefore born a Muslim with the name of Azlina binti Jailani. She claims that she had never believed in Islam, since 1990 had believed fully in Christianity and had been attending Mass every Sunday. She further claims that on 11 May 1998 she was baptised and had a certificate of baptism, which was exhibited in court. By an originating summons dated 15 May 2000 (when she was thirty-six years of age), she sought in the High Court certain declarations against the Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (the first respondent) and the Government of Malaysia (the second respondent) on the basis of clause 1 of Article 11 of the Federal Constitution, which guarantees to every person “the right to profess and practise his religion”. She contended that this clause gave her absolute freedom to renounce Islam and become a Christian, which could not validly be restricted or controlled by any law, such as the Administration of Islamic Law (Federal Territory Act) 1993, by the Syariah Court or by any other authority. The effect of the declarations, she claimed, would be to uphold her contention and confirm her status as a Christian, so that, she hoped, her progress in life would no longer be hampered by any uncertainty as to her religion or by any claim that she is a Muslim. She also sought an order that the defendants enter in whatever records or registers about her that may be in their possession the fact that she had renounced Islam. She also expressed the problem she faced in trying to get the word “Islam” deleted from her identity card, saying that she desired to contract a non-Muslim marriage and set up home and have a family, but so long as her identity card shows that she is a Muslim she would not be able to achieve her desire. What happened was that the National Registration Department (NRD) had refused to accept her application for the deletion of the word “Islam” from her identity card.

WARISAN

(Lagu Patriotik)

Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Air Mata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang

Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman

Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir .... Ketangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri

Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati .... Terkunci Mati
Maruah Peribadi Sudah Hilang

Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati .... Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri

Kita Sudah Tiada Masa
Majulah Dengan Maha Perkasa
Janganlah Terlalai
Teruskan Usaha

Melayukan Gagah Dinusantara...3x

download untuk dengar :- http://www.btn.gov.my/penerbitan/downloads/anakkecil.mp3

ps:- Sekiranya lagu tadi saya minta anda hayati keadaan kita selepas merdeka, lagu ni saya mohon anda nyanyi sambil hayati keadaan sekarang.....masa depan generasi kita yang akan datang. Sesuaikan dengan keadaan bangsa Melayu sekarang.

MENARA BANGSA

(Lagu Patriotik)

Suria Muncul Di Pagi Hari
Kita Bangun Sederap Kaki
Menara Bangsa Akan Kita Bina
Perkasa Tiada Rebah Lagi

Mentari Sudah Ada Disini
Pasti Bersinar Beribu Tahun Lagi
Biar Berhembus Angin Sangkakala
Malam Pasti Tiada Datang

Kita Sudah Tiada Perlu Tidur
Kerna Mimpi Ada Di Depan Mata
Embun Jernih Pengganti Keringat
Berkilau Bagai Mutiara

Rimba Akan Terus Hijau
Unggas Riang Ria Berkicau
Air Jernih Meriak Di Sungai
Udara Nyaman Tenang Di Rongga

Darah Kembali Berharga
Merah Buat Penyeri Muka
Senyum Terus Meniti Dibibir
Kasih Sayang Jadi Milik Semua

Kita Bebas
Terbang Laksana Burung
Terikat Hanya Ditali Cinta

Kita Bebas
Terbang Laksana Burung
Terikat Hanya Ditali Cinta


download untuk dengar:- http://www.btn.gov.my/penerbitan/downloads/MenaraBangsa.mp3


ps:- Apabila anda menyanyikan lagu ini, hayati liriknya dengan membayangkan negara kita selepas merdeka.