Thursday, July 16, 2009

I'm back

sesungguhnya... xada yang lain melainkan ini yang aku harapkan saat dan ketika ini.....


Lepas aku balik dr bercuti dan bercuti sakit pada 22.6.2009.. aku dikejutkan dengan berita penarikan balik aku ke HQ... ahakss... mmg terkejut tp kejutan ini mmg aku harapkan..

actually aku mmg terpk tuk minta balik sementelah aku rasakan yang aku hanya buang masa di sini sbb xbanyak benda yang aku pelajari... tp target aku adalah selepas setahun aku di sini or at least biler dh genap 5 tahun aku di jabatan ni.. boleh la aku minta tukar jabatan... tp, peluang aku datang lebih awal..

kebetulan ada sorang opismate di HQ yang baru pas kawen n apply balik sana... dia minta pertukaran ke jabatan lain tp memandangkan skang ni urusan pertukaran dibekukan tuk serap staff dr satu kementerian ni ke lain2 jabatan (akibat penggabungan kementerian yang berlaku), s0 jabatan aku wat pertukaran dalaman... ehkekkekekee.. best

walaupun xsampai setahun aku kt sini, aku rasa banyak juga benda yang aku belajar.. banyak juga ragam yang aku kenal.. dan biasa la... pengalaman tetap menjadi agenda setiap manusia yang menghirup setiap udara percuma ini... itu juga yang aku perolehi.. syukur Ya Allah, Kau ada setiap kali aku memerlukanMu ... hanya aku yang selalu lalai untuk mengingatiMu....

dengan ini... detik 15 July 2009... jam 6.25pm, aku dh berlepas meninggalkan bumi kenyalang yang menjadi penempatan aku selama lebih kurang 8 bulan kebelakangan ni... dan, detik 8.30pm.. aku dh menjejak kaki ke bumi Sepang.... KLIA tuk aku meneruskan perjuangan aku di sini ... dan aku ada lebih kurang 5 hari tuk selesaikan semuanya sebelum aku menyambung kerja di HQ....

aku mmg excited tuk meneruskan semuanya.......

Tuesday, July 14, 2009

Orang Islam bertutur baik

Orang Islam bertutur baik

DALAM Islam kata-kata kotor, makian serta ucapan menghina merupakan satu perkara yang sangat tercela dan dilarang. Sesungguhnya segala sumber kata-kata kotor atau nista itu timbul daripada watak yang rendah dan jiwa yang hina.

Kerana itu ada pendapat mengatakan “Bahasa Jiwa Bangsa” dan kerana itulah Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa: Jauhilah olehmu semua kata-kata kotor sebab Allah tidak suka kepada kata kotor atau yang menyebabkan timbulnya kata kotor dari orang lain.

Kata-kata kotor, nista, umpatan dan kejian menyebabkan manusia berkonflik, bergaduh dan seterusnya bersengketa sehingga berlakunya pembunuhan, pertumpahan darah dan lenyap sama sekali. Mungkin kita boleh jadikan teladan, bagaimana masyarakat Islam terus membenci bekas Presiden George W. Bush apabila beliau menyifatkan Iran dan Iraq sebagai “paksi kejahatan.”

Seluruh masyarakat Islam, sama ada secara langsung atau tidak langsung mengutuk pemberian gelaran itu terhadap negara-negara Islam.

Mempersendakan

Kita mungkin teringat dengan hukuman yang pernah diberikan oleh Ayatollah Khomeini apabila Salman Rushdie melukiskan perwatakan Nabi Muhamad SAW sebagai karikatur dan mempersendakan baginda. Mungkin juga kita tidak lupa dengan kata-kata pedih yang pernah dikeluarkan oleh pemimpin tertentu bagi menggambarkan watak yang tidak disukainya. Dengan menggunakan kata-kata kesat, umpatan dan nista, Shahnon Ahmad telah meloyakan khalayak pembaca melalui perulangan kata-kata dalam novel Shit, dan pernah menimbulkan kontroversi kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan politik negara suatu ketika dahulu.

Mungkin kerana marah atau ada sesuatu yang terguris di hatinya, Shahnon Ahmad telah lupa bahawa Rasulullah SAW pernah memberikan peringatan bahawa: Seorang Mukmin bukanlah tukang mencela, tukang melaknat orang, tukang berkata kotor dan berkata rendah. Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang berkata kotor untuk memasukinya.

Dalam membuat sesuatu tuduhan, berkata-kata kita seharusnya menjadikan perilaku dan tutur kata Rasulullah SAW sebagai contoh yang terbaik. Baginda tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat, walaupun berhadapan dengan musuhnya.

Sebaliknya baginda membalas dengan senyuman dan menasihati secara berhemah dan tidak menyakiti atau melukai perasaan orang lain.

Anas bin Malik r.a pernah merakamkan bahawa: Tidak pernah Rasulullah SAW melakukan perbuatan keji, tidak pula kotor lidah (suka mengutuk) dan tidak pula mancaci maki. Ketika seseorang mencela baginda sebagai seorang yang kotor (berdebu) kerana banyak (sujud), baginda hanya mengatakan apa yang dia miliki.

Rasulullah SAW adalah seorang yang benar-benar memelihara lisannya. Sekalipun terhadap orang-orang kafir yang menentang dakwahnya. Baginda tidak mudah mengeluarkan kata-kata laknat atau menyakitkan hati.

Abu Hurairah berkata bahawa ia menemui seorang lelaki yang ketagihan arak. Lalu dihadapkan lelaki itu kepada Nabi Muhamad SAW agar dihukum. Di antara para sahabatnya ada mengatakan: “Saya memukul dengan tangan”, “saya memukul dengan kasut” dan “saya memukul dengan baju.”

Ketika lelaki itu berpaling (ke arah sahabat), seorang sahabat menyatakan semoga Allah SWT menghinamu! Maka bersabdalah Rasulullah SAW yang bermaksud: Janganlah kamu meminta bantuan syaitan dalam menghadapinya.

Daripada Abu Darda r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Aku memohon kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, doakanlah (kecelakaan) bagi orang-orang musyrik. Rasulullah menjawab: Sesungguhnya aku diutus bukan untuk melaknat (mengutuk), tetapi aku diutuskan untuk memberi rahmat.

Begitulah citra peribadi Rasulullah SAW, dengan akhlak yang luhur telah memberikan contoh kepada manusia agar selalu menghindari sebarang tindakan secara melulu dan selalu sabar dalam menghadapi setiap rintangan atau masalah.

Dalam konteks ini jelas sekali sikap berlebih-lebihan dalam beragama yang menjadi pegangan sesetengah orang bukanlah daripada ajaran Islam. Ini kerana Islam lebih mendahulukan sikap pertengahan atau kesederhanaan dalam setiap aspek kehidupan. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan Islam mengingatkan setiap umatnya agar tidak terjerumus pada dua kesesatan iaitu berlebih-lebihan atau sikap lalai. Firman Allah SWT yang bermaksud:

Tunjukilah kami jalan yang lurus (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka dan bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. (Surah Al-Fatihah: 6-7)

Di dalam masyarakat Islam tidak ada tempat bagi kaum Muslimin untuk meremehkan nilai-nilai luhur yang dijunjung oleh Islam. Masyarakat Islam menjunjung tinggi nilai-nilai moral dan kemanusiaan yang luhur dalam kehidupan umat manusia. Rasulullah bersabda yang bermaksud:

Tahukah kamu siapa yang disebut orang bankrap itu. Para sahabat menjawab: Orang yang tiada lagi mempunyai wang dan harta.” Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Orang yang bankrap adalah yang datang pada hari kiamat amalan solat, puasa dan zakat, tetapi bersamaan itu juga ia telah mencaci maki, menuduh, memakan harta tidak halal, mengalirkan darah (tanpa hak) dan memukul ini dan itu.

Maka amalan baiknya dilimpahkan kepada orang yang berhak menerimanya (yang ia caci) dan jika amalan baiknya habis pada hal belum dapat menutup kesalahannya maka kesalahan (orang yang dicaci itu) dilimpahkan kepadanya, kemudian ia ditempatkan ke dalam neraka.

Seorang Muslim itu perlu memelihara lisan atau lidahnya daripada mencaci maki, walaupun dengan alasan yang kuat. Lebih utama memadamkan api kemarahan itu agar tidak terjadi permusuhan yang menyeret kepada perbuatan dosa.

Daripada Ali bin Abi Talib r.a, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

Yang berbuat keji dan menyiarkan kekejiaan itu berada dalam keadaan sama-sama berdosa.

Firman Allah yang bunyi: Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap pencaci dan pengkeji. (Surah Al-Humazah:1)

Dalam ayat ini, Allah SWT mengutuk perbuatan jahat iaitu menyebarkan fitnah, bercakap ataupun mengisyaratkan perkara yang jahat sama ada terhadap seorang lelaki atau perempuan dengan kata-kata ataupun secara isyarat, atau perangai, atau secara mengajuk-ajuk, ataupun sindiran atau caci maki.

Sesungguhnya Allah SWT itu pemalu, penutup (cela), menyukai malu dan tertutup, maka apabila salah seorang kamu mandi maka hendaklah ia ditutup.

Demikian juga firman Allah SWT yang bermaksud: Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Bukanlah tergolong daripada orang mukmin yang suka mencela, mengutuk dan mengeji. Dan bukan pula mereka yang berlidah kotor. (Surah An-Nahl: 25)

Dari ayat-ayat al-Quran serta beberapa hadis yang tersebut jelaslah membuktikan bahawa Islam melarang umatnya mencarut dan memaki hamun sesama muslim.

Ini kerana kerja-kerja mencarut adalah kegiatan dan perbuatan syaitan. Bagi mereka yang masih tegar dengan pengucapan negatif bagi mewajarkan kenyataan berbaur fitnah, nista dan cela bersandarkan pendapat bahawa Islam tidak melarang umatnya mencarut adalah satu usaha pemesongan dan bertentangan dengan budaya Islam. Mohonlah perlindungan Allah SWT daripada sifat yang buruk.


p/s: yang semakin terhakis dr nilai murni hidup kita

Monday, July 13, 2009

Agak2 korunk.... kiter camni ker??

Errmm.. actually hari ni pagi2 lagi dh janji dengan diri.... masuk kejer ari ni, nk ngadap kejer jerk. Xmo wat benda lain. nk settlekan apa yang blom settle gik.. supaya mudah tuk tempuh hari2 yang semakin mendekati (suspen kan??? kekekekee)
tp bila check email pagi ni, teringat lak email yang member 4ward last week.. tentang kajian Dr Haji Fadzillah Kamsah mengenai sifat manusia melalui bulan kelahiran... reality atau kebetulan.. tp dia wat kajian kan? so, kredit to him la...
so far, seingat kiter kajian beliau ni almost 70% sama dengan sifat kiter sebagai insan yang lahir pada bulan ....
*************

APRIL

*************


Sangat aktif dan dinamik (aktif?? dh agak kurang tp boleh la)


Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal (yeah..betul3... tp bkn slalu la. biasanya kalo berada dalam keadaan tertekan)


Sangat menarik dan pandai menjaga diri (alhamdulillah.. setakat ni masih selamat. maruah tu penting)


Punya daya mental yang sangat kuat (kkekeee.. umur dh semakin naik. tp bab2 bzday date family tu.. mmg xkan lupa la)


Suka diberi perhatian (sapa yang xsuka kan? tp kalo nk wat 'iklan' murahan tu.. minta maaf la yerk. xde dalam senarai)


Sangat diplomatik (pandai memujuk ) (alhamdulillah.. xsuka tengok org down tp kalo sendiri cr pasal.. dh pujuk n nasihat..pastu nk ngadu2 gik.. kim salam la. 3 kali je erk. mencikss org ngengada n terlalu manja)


Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang (alhamdulillah.. cam atas gak la. kalo sendiri cari pastu nk ngadu lelebih.. kim salam. 3 kali je sanggup layan.. pas dr tu, kalo diam jerk. sendiri mau ingat)


Sangat berani dan tiada perasaan takut (xde la sampai xtakut langsung.. nama pn manusia tp kekadang berani xhengat sampai menakutkan diri sendiri)


Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah (insyaallah.. selagi mampu)


Emosi cepat terusik (mudah terusik xbermakna mudah mengalirkan air mata)


Cuba kawal perasaan (seboleh mungkin la... keep cooling bebeh. terutama bab hati dan perasaan.. jangan harap la nk luahkan.. malu i taw.. hik hik hik)


Kecenderungan bersifat pendendam (yeahhh.. ni ngaku cuma skang ni dh nampak sangat berkurangan. kalo dulu.. perghhhhh.. sehingga menakutkan diri sendiri.. cuba buang sifat ni)


Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan (betul3.. cam kiter bitaw sebelum ni. terutama dalam keadaan tertekan.. tp still diplomatik so ada gak la pro n kontra dalam bab ni)


Kuat daya ingatan (alhamdulillah.. kener jaga ni tp acik pn dh makin tuo nak)


Gerak hati yang sangat kuat (hermmmm... biasanya wat sesuatu based on instict n 1st impression. nk2 dalam mengenali seseorang..)


Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain (eerrrr... jangan la. malu i taww... gedikss la plak rasa.. kekeke.. boleh la sket2)


Berpenyakit disekitar kepala dan dada (lately ni mmg slalu sakit paler.. )


Sangat cemburu dan terlalu cemburu (errr.. bukan cemburu buta kot.. ntah, so far blom teruji dan diuji. tp tayah la nk wat kiter cemburu coz nnt xpasal2 kiter blah jerk. for me.. kalo dh ada yang lain, just leave me coz xguna tunggu org yang dh xnk.. am i rite?? hidup perlu diteruskan tanpa menyiksa batin sendiri)


sapa2 yang kenal kiter.. bleh la tinggalkan komen2 bernas anda.. tayah wat komen amik ht pn xpe.. janji ikhlas

Semangat baru...

Hari yang dinanti semakin mendekati tp aku rasa cam blom bersedia..
adehh.. banyak lagi yang belum selesai ni.. erghhhhhhh... mmg sesuai la member2 panggey aku "Aya last minute".. huhuhu
bukan aku xmo wat awal2 tapi banyak sangat procedurenya.. last2 jadi last minute.. salah aku gak ker erk? iksh..sian diriku ini... dh la insan yang lemah.. sob sob sob
mesti korunk tertanya2 kan?? apa yang sedang menanti tu?? ahaks.... resia (ejaan tiha.. pinjam jap)
just wait n see...papai... see ya

Sunday, July 12, 2009

Neverland Ranch

R.I.P Michael Jackson...

Semoga MJ a.k.a Muhammad Mikael mengadap yang Esa sebagai seorang muslim.. Al Fatihah..
apapn pegangan dia.. itu antara dia dengan Allah... so, no more query..

Herm.. menarik tuk dikongsi walaupun dh ramai yang tau.. pasal rumah taman arwah... NEVERLAND RANCH (NR) ... yang mana xsemua org nampak apa yang arwah inginkan..
semoga cerita2 buruk selama hidup arwah akan bersemadi bersamanya..

Walaupun kiter xkenal sangat sapa dia ni.. actually i'm not a fanatic fan to any singer or entertainer... tp biler dengar suara arwah mendendangkan lagu.. kiter rasa dia ni xseperti yang digambarkan. ntah la. Maybe korunk ada pendapat sendiri tp kiter menyampaikan pendapat kiter. Dan bila tengok gambar sekitar NR... rasanya dan pastinya arwah menyimpan seribu satu keinginan dan kenangan di situ..

Dari cerita2 yang umum tahu.. arwah semasa zaman kanak2nya xsegembira seperti kebanyakkan kanak2 lain dan maybe itu yang membuatkan arwah membina rumah ladang bersama taman2 permainan untuk kanak2.. dan yang penting, arwah mendirikannya tanpa menjatuhkan sesiapa.... tp xtau dimana silapnya.. ramai sangat yang mahu menjatuhkannya....

Wallahualam.. benar atau x, kisah pencabulan arwah ke atas kanak2.. itu kita semua xtau dan xde sapa pn boleh nilai. Benar atau tidak.. semuanya akan arwah hadapi di sana nanti.. so kita cuma mampu berharap yang terbaik.

Walaupun dh hampir sebulan arwah mengadap Ilahi namun kisahnya masih belum sunyi.. sesuai dengan glem nyer arwah semasa hayatnya. Semoga roh dan jasad arwah akan sentiasa diberkali dan dilindungi.. amin..

p/s: saya bercerita di sudut diri saya.. kalo ada sesapa yang xsuka saya menggelarkan arwah dengan gelaran tersebut... saya xbleh nk wat apa. i'm trying to be +ve to all muslim..

Saturday, July 4, 2009

Beg mak kener toreh

Aku dok rehat2 kt rumah sambil mengemas barang2 yang patut dimasukkan dalam kotak.. tetiba adik aku sms.
"mak kener ragut. tau x??" berderau rasanya darah aku masa tu... aku bersms je la dengan dia coz kredit xkaya nk call... dia cakap dia call mak pn xdapat.. cuma dia bitaw mak kener masa p pasar malam pudu dengan kak dah so aku sms kakak... soh dia call balik.

then kakak call balik. sembang la dengan dia camne benda ni bleh jadi... pastu dia soh cakap sendiri dengan mak...

mak cakap masa tu kt pasar malam jalan TAR (misinfo la ni dr adik).. org ramai. aku tau sbb aku penah p sana.. mmg ramai giler la. mak dengan kak dah, ain dan eira... saja la jalan2 cari barang.. mmg dia xsedar langsung masa tu.

masa nk balik.. mak nk amik duit bayar duit tiket LRT.. seluk2 xjumpa duit. then.. cari2... xjumpa lak purse.. pastu staff lrt yang tegur beg mak kener toreh... mmg kurang ajaq betul la. mak cakap dia bukan bawa handbag pn. dia bawa beg pakaian eira jerk dan purse mmg dia dh sorok awal2. beg pn berzip. xtau cmne org tu bleh tau. sampai aku terpancul sebaris ayat.... "dia bela toyol apa yang bleh tau kt mana org simpan duit"

geram tol aku biler dengar citer mak. sian kt mak. suara dia tersekat2 cam tahan nk nangis. nk bitaw abah pn xberani coz faham2 je la org laki ni. hermmmm... nasib baik la xapa2.. mak cakap dalam purse dia ada RM140 (bagi org susah cam aku ni.. duit tu dh cukup banyak.. termasuk duit kak zai bg kt ain.. semuanya RM150).. kad pengenalan, kad bank mak dan adik2..sib bek la dalam kad xde duit dh.. sbb mak dh kuarkan awal2 n simpan kt tempat lain..

aku doakan org tu xselamat dunia dan akhirat... kalo mati semalam jugak pn xpe.. geram giler