Tuesday, December 29, 2009

Adehh... tolonglah...

Kisah 1.
Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan
rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan imigresen supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya. Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Chot naik dan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambil keputusan untuk berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi.

Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepas gambarnya itu lalu jatuh ke bawah tempat duduk penumpang. Chot tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi berada di bawah tempat
duduk seorang penumpang, Chot berkata,

"Kak... Boleh tolong angkat sikit kain yang akak pakai tu tak? Saya nak ambik gambar..."


Kisah 2.
Chot baru habis main bolasepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di
keretanya, Chot dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu keretanya seperti terkena bolasepak. Keesokkan harinya, Chot membawa kereta itu ke woksyop. Mekanik di woksyop tu yang sememangnya tahu akan kebendulan Chot, cuba nak mempermainkan Chot. Dia memberitahu, sekiranya Chot meniup melalui lubang ekzos keretanya itu... pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala. Maka, Chot pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos keretanya itu.
Tiada apa-apa yang berlaku. Chot meniup dengan lebih kuat lagi namun
tetap juga tiada apa-apa yang berlaku. Teman serumahnya, Chet...
keluar dan bertanya, "Apa hang buat tu?". Chot menjelaskan kepada Chet
bagaimana mekanik di woksyop tadi telah mengarahkannya untuk meniup
melalui ekzos kereta supaya kemik dipintu keretanya akan kembung semula. Chet menggeleng-gelengka n kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata,

"HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hang kena tutup semua cermin tingkap kereta ni dulu. Baru tiup


Kisah 3.
Chot merempuh masuk ke satu perpustakaan awam dan meluru ke meja pendaftaran. "Saya nak buat aduan! Saya nak komplen!" jerkah Chot.

" Ada apa, encik?" tanya pustakawan bertugas.

"Saya ada pinjam satu buku cerita dari sini minggu lepas dan ianya sungguh mendukacitakan! " kata Chot.

"Apa masalahnya?" tanya pustakawan itu lagi.

"Banyak sangat watak dalam buku cerita tu dan saya tak paham langsung apa yang cuba buku tu kisahkan. Tak ada jalan cerita langsung!"

Pustakawan tersebut berkata,

"Ahh... jadi, encik ni la yang ambil buku panduan telepon kami yang dah
hilang dekat seminggu tu!"



Kisah 4.

Chot: Chet, skrang dah pukui brapa?

Chet: 3:15 petang.

Chot: (dgn mimik muka kehairanan) Aku pelik lar, awat sumer orang nak menipu dengan aku ari nih?

Chet: Awat lak? Bila lak aku tipu hang?

Chot: Sepanjang ari aku dok tanya masa kat orang, dan sepanjang ari jugak la aku dapat jawapan yang berbeza. Tak dak sorang pun yang bagi jawapan yang sama...

Monday, December 28, 2009

Kenyataan-kenyataan selepas kemalangan bas 2 tingkat

EDISI BERITA HARIAN...........

Sani Express akur syarat

Oleh Nurhayati Abllah, Rosdalilah Zahari dan Muhammad Saufi Hassan
bhnews@bharian.com.my




JPJ sah kenderaan tepati spesifikasi, rekod pemandu bersih

IPOH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan bas Sani Express Sdn Bhd yang terbabit dalam kemalangan maut di Kilometer 272.8 Lebuh Raya Utara-Selatan kelmarin, mengikut spesifikasi dan mematuhi syarat ditetapkan agensi itu.

Pengarah Penguat Kuasa JPJ, Salim Parlan, berkata bas berkenaan mempunyai ciri keselamatan yang ditetapkan, malah ia tidak mempunyai rekod buruk sepanjang beroperasi.


"Kita sudah memeriksa bas terbabit dan mendapati ia tidak melanggar kriteria yang ditetapkan JPJ.

"Lesen yang dimiliki pemandu bas berkenaan masih berkuat kuasa.

"Pemeriksaan JPJ turut mendapati struktur bas mengikut Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959 dan tempoh cukai jalan masih berkuat kuasa," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kemalangan yang mengorbankan 10 nyawa itu di Hospital Raja Permaisuri Bai-nun, di sini, semalam.

Salim berkata, bas syarikat berkenaan juga tidak terlepas menjalani pemeriksaan yang dikendalikan JPJ di Terminal Bas Klang sebelum meneruskan perjalanan ke Kangar.

"Pemeriksaan yang dijalankan mendapati bas itu menepati spesifikasi dan selamat untuk penumpang menaikinya bagi meneruskan perjalanan," katanya.

Katanya, setiap hari JPJ menjalani pemeriksaan bas ekspres di 19 terminal seluruh negara sebelum membenarkan ia berlepas ke destinasi dituju.

"Kira-kira 589 pemeriksaan dijalankan setiap hari bagi memastikan pengangkutan awam itu selamat teruskan perjalanan," katanya.

Sementara itu, Ketua Trafik Ipoh, Deputi Superintendan Mohd Rodzi Rajab ketika dihubungi berkata, pemandu bas ekspres terbabit tiada rekod jenayah lampau.

"Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan dan mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber termasuk saksi kejadian," katanya.



DAN..............

LPKP disaran kawal lesen bas 2 tingkat

Oleh Nurhayati Abllah, Rosdalilah Zahari dan Muhammad Saufi Hassan
bhnews@bharian.com.my


SURET memeriksa keadaan bas ekspres yang terbabit kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan menyebabkan 10 terkorban, di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, semalam.

Kenal pasti laluan sesuai, pantau cara pemanduan

IPOH: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) disaran mewujudkan mekanisme kawalan dalam pengeluaran lesen bas dua tingkat kepada syarikat pengangkutan awam dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan maut di negara ini.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah, berkata selain faktor kesesuaian muka bumi, pengeluaran lesen itu juga perlu mengambil kira kemampuan pemandu mengendalikan bas berkenaan.


Katanya, kawalan itu penting kerana penggunaan bas dua tingkat bukan saja untuk memberi pulangan berdasarkan banyak tempat duduk, tetapi perlu diikuti tanggungjawab supaya pemandunya diberi latihan mencukupi.

Katanya, lokasi lebih sesuai untuk penggunaan bas dua tingkat juga perlu dikenal pasti supaya kawasan berisiko terhadap penggunaannya dikawal dengan baik.

"Penggunaan bas dua tingkat bukan penyebab utama kemalangan, sebaliknya kaedah pengendalian dan pemanduan bas perlu dipertingkatkan.

"LPKP perlu mengadakan kawalan dan penguatkuasaan selain mengehadkan pengeluaran lesen bagi perjalanan bas dua tingkat.

"Paling penting, kerajaan perlu meningkatkan profesionalisme pemandu bagi mengurangkan nahas maut, sekali gus mendidik mereka lebih peka keselamatan pemanduan di jalan raya," katanya selepas melawat mangsa kemalangan maut di Kilometer 272.8 Lebuh Raya Utara-Selatan, di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 pagi kelmarin, bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan menyebabkan 10 penumpang di tingkat bawah kenderaan itu maut akibat terkena tusukan besi penghadang jalan.

Dr Ahmad Farhan berkata, walaupun bas dua tingkat mempunyai kestabilan yang baik jika dikendalikan dalam keadaan biasa, ia memerlukan pemandu berkebolehan untuk mengendalikannya.

Katanya, kelajuan dan pergerakan pusingan bas dua tingkat berbeza berbanding bas biasa dan lebih sesuai digunakan dalam bandar.

Sementara itu, Dr Ahmad Farhan berkata, semua pihak termasuk media perlu membantu mengenal pasti masalah pemandu kenderaan berat.

"Sekarang tiada profesionalisme dalam sikap pemandu bas kerana mereka kebanyakannya pekerja sambilan, bukan kerjaya tetap.

"Banyak masalah timbul kerana mereka tidak menjalani latihan formal, malah tidak mempelajari kaedah penyelenggaraan dan pemanduan bas yang sempurna.

"Segelintir pemandu pula mengejar jadual perjalanan ketat bagi mendapatkan imbuhan lebih," katanya.

Beliau berkata, kebanyakan kemalangan sebelum ini sukar ditangani kerana masalah pengurusan syarikat bas dan usaha meningkatkan taraf profesionalisme perlu ditangani semua pihak termasuk industri bas.

Katanya, Miros sentiasa menekankan tiga aspek penting mengurangkan risiko kemalangan dan kehilangan nyawa iaitu pemandu, kenderaan serta struktur jalan.

"Tiga aspek itu perlu diselaraskan mengikut Standard Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHE) bagi memastikan perjalanan lebih selamat," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh, berkata pihaknya memuji tindakan pengurusan Sani Ekspres yang sedia bertanggungjawab atas kejadian berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya kini dalam proses mewajibkan penggunaan kod SHE kepada semua pengendali bas ekspres untuk memastikan aspek keselamatan dipatuhi bagi mengelak nahas serius.


LAGI......

Pemandu elok tukar giliran jika mengantuk: Pembawa


KUALA LUMPUR: Pemandu bas ekspres dan pemandu kedua digesa saling bertolak ansur serta tidak berkira dalam menentukan giliran pemanduan untuk perjalanan jauh bagi mengelakkan terlelap.

Yang Dipertua Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa), Tajuddin Yunus, berkata pemandu bas ekspres yang mengantuk tidak harus mengambil risiko meneruskan pemanduan atas dasar giliran dipersetujui dengan pemandu kedua.

Beliau berkata, kedua-dua pemandu perlu bekerjasama untuk mencegah kemalangan demi memastikan keselamatan diri, penumpang dan pengguna jalan raya.


“Pemandu bas ekspres jangan ambil mudah apabila mengantuk kerana keselamatan pemanduan mereka membabitkan nyawa orang ramai.

“Kerjasama dan saling bertolak ansur antara kedua-dua pemandu bas menentukan giliran memandu untuk perjalanan jauh amat penting,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kemalangan bas dua tingkat Sani Express di Kilometer 272.8 Lebuh Raya Utara-Selatan, kira-kira jam 1 pagi kelmarin mengakibatkan 10 terbunuh, manakala dua cedera, termasuk seorang parah.

Laporan akhbar semalam memetik Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Perak, Superintendan Wan Abdullah Ishak, sebagai berkata pemandu bas terbabit ketika disiasat mengaku mengantuk dan terlelap ketika kemalangan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia, Datuk Ashfar Ali, berkata pihaknya tidak mahu membuat spekulasi, sebaliknya menunggu hasil siasatan lima pihak.

Pihak terbabit ialah polis, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) serta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).


LAGI.....

Henti khidmat tengah malam elak nahas tak praktikal


IPOH: Cadangan menghentikan operasi perjalanan bas ekspres pada tengah malam dianggap tidak praktikal dan menggalakkan orang ramai beralih kepada penggunaan kenderaan lain yang lebih berisiko berlaku kemalangan.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah, berkata kajian Miros mendapati kekerapan kemalangan di negara ini bukan dipengaruhi waktu perjalanan, sebaliknya bergantung kepada langkah keselamatan dan sikap pemandu.

“Kajian Miros mendapati tiada waktu signifikan berlaku kemalangan kerana ia boleh berlaku bila-bila masa.


“Risiko kemalangan hanya dapat dikurangkan jika pemandu mematuhi peraturan dan pengusaha bas memastikan mereka mengikuti garis panduan keselamatan terhadap kenderaan,” katanya di sini, semalam.

Dr Ahmad Farhan berkata, faktor mengantuk juga bukan penyebab utama kemalangan pada waktu malam atau awal pagi kerana kajian Miros menunjukkan pemandu turut mengantuk pada waktu petang terutama dari jam 2 hingga 4 petang.

Beliau berkata, pihaknya juga bimbang jika cadangan itu dilaksanakan pengguna beralih kepada kenderaan lain terutama motosikal yang lebih berisiko menyebabkan kemalangan.

“Jika pengguna disekat atau dihadkan penggunaan pengangkutan awam, mereka beralih kepada kenderaan sendiri atau motosikal, sedangkan berdasarkan statistik kemalangan, jumlah tertinggi kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal,” katanya.

Beliau berkata, kajian Miros turut mendapati 62 peratus penumpang bas ekspres tidak bersetuju cadangan henti khidmat bas ekspres pada tengah malam.

Oleh itu, katanya, Miros akan mencari pendekatan lain lebih bersesuaian bagi mengurangkan kemalangan membabitkan pengangkutan awam dari semasa ke semasa.

DAN LAGI................

Syarikat bas terbabit nahas 10 maut kena audit


KUALA LUMPUR: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) hari ini akan menjalankan pengauditan ke atas syarikat Sani Express Sdn Bhd (Sani Express) berikutan insiden kemalangan bas dua tingkat yang mengorbankan 10 penumpang manakala dua lagi cedera di Perak, kelmarin.

Pengerusi LPKP, Datuk Halimah Mohamed Sadique, berkata tujuan utama pengauditan itu untuk mendapatkan maklumat terperinci serta meneliti prosedur kerja, tugasan pemandu yang memandu bas terbabit kemalangan serta elemen keselamatan.

Katanya, syarikat bas berpangkalan di Klang, Selangor itu sudah dimaklumkan mengenainya dan tugas audit akan diketuai Ketua Pegawai Penguat kuasa LPKP Semenanjung, Ariffin Sulaiman di pejabat syarikat itu pada jam 10 pagi.


“Kita akan memberi fokus kepada prosedur kerja dan tugas pemandu kenderaan itu. Laporan audit itu akan dibentangkan bersama laporan lain oleh beberapa jabatan dan agensi lain pada Mesyuarat Jawatankuasa Inkuiri Kemalangan Maut yang saya pengerusikan pada 5 Januari ini.

“Pada hari itu, jawatankuasa akan menilai laporan dan membuat keputusan apa bentuk tindakan perlu diambil terhadap syarikat itu.

“Pada ketika ini masih terlalu awal untuk membayangkan bentuk tindakan, namun berdasarkan kes kemalangan maut terdahulu tindakan tegas pernah dikenakan adalah menggantung keseluruhan operasi syarikat selama sebulan dan ada juga lesen bas yang terbabit dalam kemalangan dibatalkan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, malam tadi.

Beliau mengulas kemalangan itu bas itu yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 272.8 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara, tidak jauh dari Tol Jelapang, Ipoh, awal pagi kelmarin.

Halimah berkata, ahli lain jawatankuasa inkuiri yang akan mengemukakan laporan mengenai kemalangan itu adalah Kementerian Pengangkutan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya (Miros), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) serta Penasihat Undang-Undang LPKP.

Katanya, pengauditan adalah prosedur biasa dilakukan ke atas pengusaha yang bas mereka terbabit dalam kemalangan maut.


ADA LAGI..............

Pemandu perlu latihan keselamatan, kesihatan


KOTA KINABALU: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Niosh) mencadangkan pengusaha dan pemandu bas ekspres mengikuti latihan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) bagi mengurangkan kemalangan maut membabitkan kenderaan awam itu.

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata latihan itu penting kerana ada pemandu mengaku mengantuk dan terlelap ketika memandu.

"Pemandu yang tidak cukup tidur dan rehat melanggar polisi OSH," katanya selepas majlis ramah mesra Niosh bersama media Sabah, di Hotel Promenade, di sini semalam.


Lee mengulas kejadian 10 penumpang bas ekspres dua tingkat Sani Express Sdn Bhd (Sani Ekspress) terbunuh selepas bas itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 272.8 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara, di Ipoh awal pagi kelmarin.

Beliau berkata, pemandu bas ekspres perlu lebih berhati-hati ketika memandu dan mematuhi undang-udang serta mengelak memandu ketika letih.

Katanya, lebih tujuh kes kemalangan maut membabitkan bas ekspres sejak 2003 membuktikan keselamatan penumpang pengangkutan awam itu masih diragui.

"Kami belum berpuas hati dengan tahap keselamatan kenderaan awam di negara ini kerana kemalangan maut termasuk bas ekspres sering berlaku

"Agak membimbangkan apabila ada bukti, kes terbaru itu berpunca daripada pemandu mengantuk dan penat sedangkan isu itu sudah lama dibincangkan.

"Pelbagai kaedah sudah digunakan untuk mengatasinya tetapi masih gagal," katanya.

Sehubungan itu, katanya, pengusaha dan pemandu bas ekspres harus mengikuti kursus berkenaan demi keselamatan penumpang.

Lee berkata, polisi OSH yang perlu dipatuhi pengusaha dan pemandu itu membabitkan kurikulum menjaga keselamatan penumpang dan diri sendiri serta latar belakang pemandu, sama ada mempunyai rekod jenayah atau penagihan dadah.

"Selain bas ekspres, pengusaha dan pemandu feri juga perlu mengikuti kursus OSH bagi mengelak kejadian tidak diingini seperti bot karam di Pulau Banggi, dekat Kudat baru-baru ini," katanya.

DAN MANGSANYA ADALAH..................

Gadis kematian bakal tunang reda majlis batal



KEK istimewa dihiasi wajah Rosma dan Noor Jismi untuk majlis pertunangan mereka.

KANGAR: Gadis yang dijadualkan bertunang dengan seorang daripada 10 mangsa yang maut dalam nahas bas di Plaza Tol Ipoh Selatan kelmarin, sedih tetapi reda apabila majlis yang bakal berlangsung di rumahnya petang semalam, terpaksa dibatalkan.

Rosma Abdullah, 23, bakal tunang Allahyarham Noor Jismi Noordin, berkata beliau dan keluarga membuat persiapan rapi untuk majlis pertunangan yang dirancang selepas solat Asar di rumahnya di Jalan Harumanis, Sungai Batu Pahat, dekat sini.

"Selain menempah kek memaparkan gambar bersama bakal tunang dan menyiapkan kebaya moden untuk dipakai pada majlis pertunangan hari ini (semalam).


"Pagi tadi (semalam), keluarga membawa pulang kek yang ditempah beberapa hari lalu dari kedai di Kangar untuk diserahkan kepada saya. Kami juga sudah membeli cincin tunang di Alor Setar, pada 3 Disember lalu.

"Arwah yang memilih cincin berharga RM280 untuk disarungkan ke jari saya, tetapi kini semuanya tinggal kenangan," kata Rosma di rumahnya, di sini.

Noor Jismi antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas bas dua tingkat, Sani Express Sdn Bhd yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 272.8 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara, awal pagi kelmarin.

SMS Noor Jismi yang dihantar kepada rakan untuk merahsiakan kepulangannya ke Perlis daripada Rosma.

Mangsa baru beberapa bulan bekerja di bahagian percetakan Kumpulan Karangkraf di Shah Alam, menaiki bas itu untuk pulang ke Perlis bagi melangsungkan majlis pertunangannya.

Rosma berkata, kejadian itu sukar dilupakan kerana kehilangan insan tersayang pada saat akhir melangsungkan majlis pertunangan.

"Saya masih menyimpan khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantar Noor Jismi kepada rakannya pada malam sebelum kemalangan yang mahu kepulangannya ke Perlis dirahsiakan.

"Sebelum itu, arwah berkali-kali menyatakan tidak mahu pulang menyebabkan saya hilang tumpuan tetapi sebenarnya arwah mahu merahsiakan kepulangannya dan bercadang membuat kejutan muncul pada majlis berkenaan," katanya.





EDISI UTUSAN MALAYSIA

Terlelap bawa musibah - JKJR

IPOH 27 Dis. - Memandu dalam keadaan mengantuk, terlelap dan memejamkan mata walaupun dalam tempoh sekejap boleh mengundang padah amat dahsyat termasuk mengorbankan nyawa pemandu, penumpang dan pengguna jalan raya lain.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh berkata, perkara tersebut perlu dipandang serius semua pemandu terutamanya mereka yang memandu kenderaan pengangkutan awam.

''Apabila mengantuk, pemandu bas ekspres perlu berhenti serta merta dan tukar dengan pemandu kedua. Jangan bertangguh atau merancang tukar pemandu di lokasi tertentu kerana ia hanya akan mengundang padah.

''Mata terpejam selama satu atau dua saat ketika memandu sudah cukup membahayakan nyawa penumpang. Pertukaran pemandu mesti jadi keutamaan jika mengantuk,'' katanya pada sidang media di sini hari ini.

Semalam, pemandu bas dua tingkat Sani Ekspres yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 272.8, Lebuh Raya Utara Selatan di sini sehingga meragut 10 nyawa. mengaku mengantuk dan terlelap.

Ketua Trafik Daerah Ipoh, Deputi Supritendan Mohd. Rodzi Rejab berkata, pengakuan itu diperoleh selepas polis menyoal siasat pemandu terbabit, Mohd. Kamil Mohd. Rashid, 38.

Polis diberitahu pemandu tersebut merancang untuk bertukar dengan pemandu kedua di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak, Kuala Kangsar walaupun semasa kejadian dia sudah terlalu mengantuk.

Mengulas lanjut, Suret berkata, pihaknya diberitahu syarikat bas berkenaan mempunyai segala kelengkapan mencukupi bagi memastikan perjalanan dari Klang, Selangor ke Kangar, Perlis itu adalah selamat.

Kata beliau, ini termasuklah penggunaan Sistem Pengesanan Global (GPS) serta pengehad kelajuan bas supaya tidak dipandu terlalu laju dan membahayakan.

''Bagaimanapun, faktor kecuaian pemandu menjadi punca kemalangan ngeri itu.

''Bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang, pihak JKJR akan berusaha lebih gigih memastikan pemandu kenderaan awam lebih bertanggungjawab dan mengutamakan keselamatan semua pihak sepanjang masa,'' ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Salim Parlan berkata, bas berkenaan telah diperiksa dan disahkan selamat sebelum dibenarkan memulakan perjalanan ke Kangar.

''Lesen pemandu dan cukai jalan bas tersebut masih sah. Bas itu juga dibina mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh JPJ tetapi malangnya kemalangan tetap berlaku,'' katanya.

ADA LAGI.....

Wajibkan pemandu bas ikut latihan berkala - NIOSH

KOTA KINABALU 27 Dis. - Kerajaan perlu mempertimbangkan cadangan mewajibkan pemandu bas mengikuti latihan keselamatan dan kesihatan pemanduan secara berkala dalam usaha mengelak tragedi kemalangan jalan raya melibatkan pengangkutan awam.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye (gambar) berkata, langkah itu wajar dilakukan bagi meningkatkan tahap keselamatan pengangkutan awam sekali gus menghapuskan kegelisahan pengguna.

''Saya terpanggil untuk mengatakan bahawa saya tidak begitu bangga dengan rekod keselamatan pengangkutan awam kerana ini bukan kali pertama dan dalam ingatan saya, sejak 2007 sekurang-kurangnya enam hingga lapan kes kemalangan telah berlaku melibatkan bas.

''Saya anggap soal keselamatan ini harus mendapat pertimbangan dan diwajibkan kerana faktor keselamatan amat penting dan tidak boleh diabaikan, bagaimanapun NIOSH tidak ada kuasa dan terpulang kepada kerajaan membuat keputusan,'' katanya pada majlis penghargaan media bersama NIOSH di sini hari ini.

Turut hadir Pengurus NIOSH cawangan Sabah dan Labuan, Azhar Ahmad.

Semalam seramai 10 penumpang maut dan dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat, Sani Express terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di Kilometer 272.8 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, lapan kilometer dari Plaza Tol Ipoh Selatan di sini.

Menurut Lam Thye, langkah segera harus diambil oleh pelbagai pihak termasuk kerajaan dan pemilik bas bagi memastikan tragedi yang sama tidak berulang dan menaikkan kembali imej pengangkutan awam.

''Semua pihak harus memastikan pemandu bukan sahaja memenuhi langkah keselamatan ditetapkan tetapi mempunyai sijil yang mengesahkan mereka ada kemahiran dan telah mendapat latihan termasuk mengikuti latihan berulang,'' katanya.

Dalam pada itu katanya, NIOSH sedia memberi bantuan dan kerjasama bagi menganjurkan program latihan di seluruh negara sekiranya diminta berbuat demikian.

Jelasnya, pada masa ini pihaknya telah terlibat menganjurkan kursus keselamatan pemanduan jalan raya melibatkan beberapa agensi di negara ini.

Sementara itu katanya, pihak syarikat bas juga mesti mempunyai dasar yang jelas dalam aspek keselamatan daripada semua sudut termasuk latihan, sikap pemanduan dan penyelenggaraan.

Tambahnya, syarikat bas juga perlu mengutamakan keselamatan dengan melakukan pemeriksaan terhadap pemandunya bagi memastikan mereka bebas daripada dadah.

''Syarikat bas selalu mengatakan sentiasa memberikan keutamaan kepada keselamatan tetapi kemalangan terus berlaku dan semakin ramai nyawa melayang.

''Jadi pemilik bas mesti melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah ini untuk meningkatkan imej keselamatan terhadap industri pengangkutan di negara kita,'' ujarnya


SETERUSNYA.....

Akibat pandu ikut perasaan, cakap ikut sedap mulut

Dulu bas 2 tingkat AB kini Sani

HARI ini adalah Isnin terakhir bagi tahun 2009. Banyak kisah menarik yang mewarnai tahun ini yang akan melabuhkan tirainya Khamis ini. Semoga 1 Januari 2010 yang bermula Jumaat ini akan lebih baik. Menariknya 1 Muharam atau Tahun Baru Hijrah juga jatuh pada hari Jumaat, 18 Disember. Dan menjelang hari-hari terakhir 2009, banyak cerita duka dicatatkan. Kisah sedih tentunya nahas bas dua tingkat Sani Express pada 1 pagi Ahad lalu di Kilometer (KM) 272.8 Lebuh Raya Utara Selatan yang mengorbankan 10 nyawa. Beberapa lagi nahas berlaku sebelum dan selepas itu. Nampaknya, di luar waktu Ops Sikap, banyak kemalangan berlaku. Apakah Ops Sikap perlu diadakan sepanjang masa? Tetapi sikap pemandu adalah lebih penting ketika memandu. Apa pun, berikutan nahas itu, seperti biasa, macam-macam tindakan dilakukan tetapi apakah hasilnya? Menyelak kembali diari 2009, ini bukan kali pertama nahas melibatkan bas dua tingkat. 'Jalan cerita' nahas hampir serupa. Mangsanya juga sama - yang berada di tingkat bawah (kalau bas biasa tempat isi barang). Kematian mereka juga sama akibat besi pembahagi jalan merodok bahagian bawah bas. Bezanya AB terbalik tetapi Sani tidak.

Rasanya masih baru lagi nahas pada awal pagi 13 April 2009 yang melibatkan AB Express. Dalam nahas pada pukul 5 pagi itu, enam terkorban di KM443, Lebuh Raya Utara - Selatan berdekatan Rawang. Setahun yang lalu iaitu pada 7 Disember 2008, nahas bas ekspres Super Nice Grassland meragut 10 nyawa di KM146.5 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Pagoh, Johor. Menyelak lebih jauh, nahas bas ekspres paling buruk ialah pada 13 Ogos 2007 dengan jumlah kematian 20 orang dan lapan parah apabila bas ekspres terhumban ke parit sedalam lima meter di KM229, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang. Begitulah nahas yang melibatkan bas ekspres. Sudah banyak peraturan dan ketetapan dibuat oleh pelbagai agensi berkaitan termasuk melarang perjalanan selepas 12 tengah malam. Ada yang meminta dikaji kesesuaian bas dua tingkat bergerak di lebuh raya. Entah apa pula yang akan dicadangkan selepas ini. Tetapi apakah kesudahannya? Adakah apa yang sudah diputuskan dikuatkuasakan? Atau sekadar ketetapan, peraturan dan undang-undang di atas kertas? Memang ajal maut bukan kita yang menentukannya tetapi manusia disuruh berusaha dan berikhtiar. Dan apa yang pasti, di lebuh raya, sudah menjadi satu pemandangan biasa bas ekspres dipandu laju malah berlumba sesama sendiri atau dengan kenderaan lain.

Teksi: LPKP perlu lebih aktif

LAIN pula kisah pemandu teksi. Mulai Jumaat ini, 31,000 pemandu perlu mengeluarkan resit tambang kepada penumpang. Jika tidak, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) akan menarik balik permit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz menegaskan arahan itu kekal. Langkah itu memang dialu-alukan. Lebih-lebih lagi apabila Nazri mendakwa banyak aduan yang diterima mengenai pemandu tidak amanah, menipu dan tidak ikut meter. Bagaimanapun teguran Nazri disambut dengan desakan oleh Persatuan Usahawan Pemilik Teksi Eksekutif Malaysia (Pupteksm) supaya menteri itu meletak jawatan portfolio LPKP. Puncanya apabila Nazri menyebut 'khidmat teksi lebih teruk daripada tandas'. Disebabkan ada pihak membuat aduan, maka teguran Nazri ada asasnya. Resit yang mempunyai pelbagai maklumat boleh membantu penumpang memastikan ketepatan tambang dan memudahkan aduan. Namun ramai yang tidak kisah dengan resit. Justeru di samping penguatkuasaan resit, perkara yang lebih penting adalah penguatkuasaan terhadap segelintir pemandu yang tidak menggunakan meter, memilih penumpang dan mengubah suai meter untuk mencari tambang lebih. Masih banyak yang berbuat demikian walaupun kerajaan telah menaikkan tambang teksi.

Ada pula yang berkata, pendapatan mereka terjejas kerana jumlah penumpang berkurangan berbanding jumlah teksi. Penumpang kurang kerana ramai yang 'takut' dengan kadar tambang yang dianggap tinggi. Paling merisaukan penumpang apabila terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Jumlah teksi pula bertambah ketika ini apabila ramai yang dulunya memandu teksi syarikat sudah memiliki permit sendiri. Macam-macam teksi ada di Kuala Lumpur termasuk Proton, Wira, Waja, Perdana dan Citra. Maka saingan dalam 'industri' teksi ini semakin meningkat. Pemandu teksi tidak boleh bertumpu di Kuala Lumpur sahaja sebaliknya mencari peluang di kawasan baru di pinggir ibu negara. Masih banyak kawasan perumahan baru yang tidak mempunyai perkhidmatan teksi atau pengangkutan awam.

Kita tidak mahu dalam mengejar saingan ini, ada pemandu tidak ikut undang-undang. Ada yang meminta tambang lebih dengan alasan kesesakan padahal kadar semasa kesesakan sudah 'dikira' melalui meter. LPKP perlu kerap 'turun padang' bukan sekadar di Kuala Lumpur tetapi di sekitar Lembah Klang bagi memastikan pemandu teksi benar-benar ikut peraturan. Jangan hanya menunggu aduan melalui telefon atau SMS kerana ramai pengguna yang sudah 'bosan' untuk membuat aduan.

Apabila polis buat aduan polis

TAHUN ini juga menyaksikan ada pihak tertentu yang 'menyerang' polis berhubung tindakan mereka menembak mati penjenayah. Ada yang mempertikaikan kenapa perlu tembak? Dalam erti kata lain, polis sepatutnya berbincang dengan penjenayah. Kalau dalam filem Melayu, Tamil, Hindi, Cina dan Inggeris, tidak ada penjenayah yang tiba-tiba tampil untuk menyerah diri melainkan akan menembak anggota polis. Penjenayah yang merompak orang juga tidak akan berbincang supaya mereka tidak dicederakan atau mengambil barang-barang tertentu sahaja. Perompak atau penjenayah yang terdesak akan kebas apa sahaja dan lebih kejam merogol, mencedera dan membunuh mangsa. Maka wajarkah polis membiarkan diri mereka diserang? Namun yang menarik mengenai polis dua tiga hari lalu apabila polis membuat aduan polis berhubung kenyataan pemimpin pembangkang. Kenyataan mereka dianggap berbau hasutan dan menakut-nakutkan polis. Jangan ingat polis akan berdiam diri dan takut bertindak.

Memang ada yang cepat membuat andaian apabila orang tertentu menulis dan bercakap mengenai sesuatu isu. Cepatnya mereka mengandaikan tulisan dan percakapan itu sensitif, menghasut dan bersifat perkauman. Tetapi apabila mereka berbuat demikian, itu namanya demokrasi, suara rakyat dan kebebasan bersuara.

Kadang-kadang atas nama demokrasi, ada yang mengeluarkan kenyataan provokasi sehingga mencetuskan kemarahan. Ada juga yang menggunakan 'kekebalan' untuk bercakap apa sahaja. Mereka kemudiannya memang boleh meminta maaf tetapi bak kata orang terlajak perahu boleh berpatah balik tetapi terlajak kata buruk padahnya. Ketika ini, orang membaca apa yang tersurat dan tersirat. Jadi jagalah mulut. Kerana mulut badan binasa!


EDISI METRO HARIAN......

‘Mayat di bawah kaki saya’




Bainun." title="CEDERA ...Md Razip menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri
Bainun." width="300" border="0" height="301">
CEDERA ...Md Razip menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri
Bainun.

IPOH: “Sebaik tersedar, saya nampak mayat seorang penumpang berada di bawah kaki dan satu lagi mayat di hadapan tempat duduk.

“Ketika itu, suasana sunyi sepi dan saya cuba bangun dari tempat duduk, namun gagal kerana sakit di bahagian dada sebelum diselamatkan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),” kata Mejar Md Razip Fadzir, 38, salah seorang mangsa yang terselamat dalam kemalangan bas dua tingkat yang mengorbankan 10 penumpang di Kilometer 272.8 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) awal pagi kelmarin.

Md Razip antara dua penumpang tingkat bawah bas berkenaan yang terselamat dalam kemalangan itu manakala 10 yang lain maut.

Dalam kemalangan itu, Md Razip dan seorang penumpang lain yang cedera, Siti Nur Munirah Hashim, 30, manakala 36 penumpang lain yang duduk di bahagian atas bas berkenaan terselamat tanpa sebarang kecederaan.


Bagaimanapun, pemandu bas dan pembantunya terselamat dalam kemalangan itu.


“Saya bersyukur kerana terselamat dalam kemalangan itu dan pada masa sama sedih dengan kematian yang meragut nyawa 10 penumpang bas lain.

“Saya dalam perjalanan pulang ke rumah di Kangar, Perlis selepas menyelesaikan urusan peribadi di Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui di wad Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini semalam.

Md Razip yang juga Komandan di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Timah Tasoh, Beseri, Perlis berkata, dia tidak mampu berbuat apa-apa sejurus kemalangan itu berlaku sebaliknya menunggu untuk diselamatkan.

LAGI..........

Terkedu lihat mangsa tiada kepala, badan terbujur

IPOH: “Saya terkedu apabila melihat mangsa yang maut kehilangan kepala sedangkan badannya masih lagi terbujur di tempat duduk bas dan darah mengalir serta memenuhi ruang dalam bas berkenaan.


“Saya tidak sanggup melihat mayat mangsa yang kebanyakannya dalam keadaan ngeri namun demi tugas, saya gagahkan diri untuk berdepan dengan situasi menyelamat itu,” kata anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ipoh yang tiba awal di lokasi kemalangan bas ekspres dua tingkat di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) awal pagi kelmarin.

Dia yang enggan dikenali berkata, pasukannya adalah antara agensi keselamatan terawal yang tiba di tempat kejadian dan membantu mengeluarkan mayat yang tersepit dalam kemalangan itu.

“Kami menerima panggilan kira-kira 15 minit selepas kemalangan itu berlaku dan sebaik tiba, semua mayat mangsa masih lagi di tempat duduk bas selain dua tercampak di atas jalan raya manakala mangsa yang terselamat ada di luar bas.



“Awalnya, saya mengesan enam mayat saja manakala dua yang lain tercampak di luar bas dengan kepala hancur berkecai,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, kelmarin.


DAN LAGI............

Pemandu didakwa lepas tangan


IPOH: Pemandu utama bas ekspres dua tingkat yang terbabit dalam kemalangan ngeri awal pagi kelmarin bersama pembantunya didakwa lepas tangan dengan membiarkan penumpang yang cedera dan tersepit dalam kenderaan itu tanpa membantu mengeluarkan mereka.


Seorang penumpang yang cedera, Siti Nur Munirah Hashim, 30, berkata kedua-dua mereka bertindak menyelamatkan diri masing-masing tanpa menghiraukan jeritan mangsa meminta tolong.

“Sejurus kejadian, pemandu bas hanya bertanya sama ada penumpang cedera atau tidak sedangkan mereka sendiri sudah melihat ada penumpang sudah tidak bernyawa.

“Mungkin panik selepas melihat ramai mangsa yang maut menyebabkan mereka terus keluar dari bas berkenaan,” katanya.



Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi di Kilometer 272.8 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) itu, bas dua tingkat yang membawa 50 penumpang termasuk pemandu dan pembantunya dalam perjalanan dari Klang ke Kangar dikatakan tidak dapat dikawal dan terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan.


KOMEN : aku pun ada citer gak pasal xcdent ni.. yang hampir2 mengheret aku dalam situasi sebagai mangsa....

Font size



Usah senda perkahwinan Bung Moktar: Shahrizat

KUALA LUMPUR: "Jangan jadikan ia bahan jenaka, perkahwinan adalah perkara serius," kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengulas isu perkahwinan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin dengan pelakon, Zizie Izette.


Sambil menyifatkan perkahwinan bukan perkara yang boleh dipermainkan, Shahrizat berharap semua pihak menghormati dan tidak mempersendakan isu itu.

"Semua pihak termasuk media jangan terlalu mempersendakan isu ini kerana ia perkara penting dan bukan bahan jenaka," katanya.


Shahrizat mengakui tidak menerima sebarang undangan menghadiri majlis resepsi juga mahu media lebih berperanan melaporkan perkara yang positif...................................


sumber : Berita Harian, Laman Nasional

Komen dariku: nnt akan menyusul..... actually aku mmg ada benda nk taip pasal perkahwinan ni..... so, sabar erk

Sunday, December 27, 2009

10 maut bas dua tingkat terbabas di lebuh raya


KAKITANGAN hospital membawa masuk sebahagian daripada 10 mayat mangsa kemalangan ke rumah mayat Hospital Raja Pemaisuri Bainun, Ipoh, semalam.


IPOH: Seramai 10 penumpang terbunuh, manakala dua cedera, termasuk seorang parah dalam kemalangan membabitkan bas ekspres dua tingkat Sani Express Sdn Bhd (Sani Express) yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 272.8 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, bas yang membawa 48 penumpang itu dalam perjalanan dari Klang menuju ke Kangar dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di laluan terus tanpa henti Kuala Lumpur-Pulau Pinang.

Mereka yang terbunuh ialah pasangan suami isteri, Shaharin Mohd Noor, 61, dan Supiah Adam, 46, dari Klang; dua rakan karib, Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dan Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor; dua pasangan beradik, Ng Kah Kit, 12, dan Ng Ph Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah serta Sharifah Raheel Al Junid Syed Harun, 21, dan Sharifah Hassanah Syed Harun, 15, dari Sungai Petani, Kedah.


Dua lagi ialah Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah dan Noor Jasmi Noordin, 25, dari Kangar Perlis. Anggota tentera, Md Razip Fadzir, 43, dilaporkan cedera parah, manakala Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah hanya cedera ringan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Wan Abdullah Ishak, berkata, 10 penumpang yang duduk di tingkat bawah meninggal dunia di tempat kejadian akibat pendarahan serius dan kecederaan teruk di beberapa anggota badan termasuk kepala, manakala mangsa yang parah masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

"Bas itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya. Ia kemudian melantun serta merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti," katanya.

MANGSA NAHAS: (dari atas, kiri); Sharifah Hassanah Al Junid, Sharifah Raheel Al Junid, Shaharin Mohd Noor, Supiah Adam, Musa @ Ismail Abdullah. (dari bawah, kiri); Noor Jismi Noordin, Mohd Bilal Osman, Ng Ph Ngoh, Ng Kah Kit dan Mohd Shukri Mohd Ali.

Beliau berkata, besi daripada pembahagi jalan menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan pertama (di sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan.

Berikutan itu, katanya, polis menahan reman pemandu bas terbabit, Mohd Kamil Mohd Rashid, 38, selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian.

"Ketika disiasat, pemandu bas terbabit mengaku mengantuk dan terlelap ketika kemalangan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian iaitu kira-kira lapan kilometer (km) dari Tol Jelapang, di sini, semalam.

Katanya, siasatan itu mendapati pemandu terbabit tidak berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol kerana kedua-dua ujian yang dijalankan didapati negatif.

Wan Abdullah berkata, polis masih menjalankan siasatan, termasuk mengumpulkan maklumat daripada saksi kejadian dan laporan pengguna lebuh raya lain yang berada di tempat kejadian.

"Siasatan mendapati pemandu bas dari Klang memulakan perjalanan pada jam 9 malam dan berhenti di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah kerana ada penumpang ingin ke tandas. Pemandu itu juga bercadang untuk berehat (bertukar pemandu) sebaik berhenti di R&R Sungai Perak," katanya.

Kemalangan ngeri itu adalah kejadian pertama berlaku di laluan terus tanpa henti sejak ia dibuka pada 14 Julai lalu. Laluan sepanjang 14.7 kilometer antara Plaza Tol Ipoh Utara dan Ipoh Selatan bernilai RM283 juta itu diubahsuai sejak Jun tahun lalu dan mula dibuka secara berperingkat kepada lalu lintas beberapa bulan kemudian.

Sementara itu, Siti Munira yang menceritakan detik cemas itu, berkata dia sedang tidur di tingkat atas bas sebelum dikejutkan dengan jeritan kuat penumpang terutama dari bahagian bawah.

"Saya tersentak dan melihat penumpang di tempat belakang saya mengerang kesakitan kerana tersepit akibat hentaman kuat. Saya hanya mampu mengucap kalimah Allah selepas mendengar pekikan mangsa yang terkejut dengan dentuman itu," katanya.

KRONOLOGI: Antara kemalangan maut membabitkan bas ekspres

  • 2009

    14 April: Enam termasuk pemandu sebuah bas ekspres maut, manakala tiga lagi parah apabila kenderaan dua tingkat membawa 32 penumpang hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan terbalik di Kilometer 443, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Bukit Beruntung, Rawang.

  • 2008

    8 Disember: Sepuluh penumpang termasuk seorang doktor dari Hong Kong maut, manakala 18 yang lain cedera selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 146.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Tangkak, Muar, Johor.

  • 2007

    15 Ogos: Dua puluh termasuk tiga pasangan suami isteri maut manakala sembilan lagi cedera apabila sebuah bas ekspres terbabas dan terhumban ke dalam parit di Kilometer 229.1 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Bukit Gantang, Taiping.

  • 2006

    31 Julai: Sebelas maut dan 35 cedera termasuk sembilan parah apabila bas pesiaran yang mereka naiki untuk menghadiri upacara keagamaan di Gereja St Anne's di Bukit Mertajam, terbalik di Kilometer 160.8 Lebuh Raya Utara Selatan, empat kilometer selepas susur keluar Plaza Tol Jawi di Butterworth.

  • 2005

    28 Mac: Lima penumpang bas ekspres maut manakala enam lagi cedera parah apabila bas yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 58, Jalan Sibu-Bintulu di Sibu, Sarawak.

  • 2004

    24 Disember: Lima orang, termasuk dua pelancong asing terbunuh, manakala 17 lagi parah apabila sebuah bas ekspres Kurnia Bistari terhumban ke gaung sedalam 25 meter di Kilometer 12, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai dekat Pos Slim, Ipoh.

  • 2003

    1 Disember: Empat belas terbunuh manakala 30 cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres, sebuah bas sekolah yang dijadikan bas tambahan sempena Aidilfitri dan sebuah kereta di Kilometer 63, Jalan Kuala Lipis-Merapoh, Kuala Lipis, Pahang.

Thursday, December 24, 2009

Ku Hadiahkan untuk semua

yang telah kembali menghadap yang mencipta...

Al-Baqarah

Kemalangan Ngeri.. Al Fatihah

Takziah buat keluarga arwah
Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan hambaNya yang dilindungi.. amin

JITRA 23 Dis. – Sambutan ulang tahun kedua perkahwinan pasangan suami isteri ini tidak seperti pasangan lain.

Pasangan itu dan bayi perempuan mereka yang baru berusia sembilan bulan, menemui ajal setelah sebuah lori tanah terbabas lalu menyeret kereta Proton Wira dinaiki tiga beranak itu sejauh 20 meter.

Kemalangan ngeri membabitkan lima buah kenderaan itu berlaku di persimpangan tiga lampu isyarat Jalan Jitra-Kodiang di sini kira-kira pukul 5 petang ini.

Pasangan yang terbunuh itu ialah Benyamin Yaakub, 30, warga Indonesia yang mendapat taraf penduduk tetap dan Normah Md. Isa, 28. Bayi mereka yang dikenali sebagai Ilnur Balkis turut terkorban.

Kereta Wira yang dipandu oleh Benyamin ketika itu sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat tersebut.

Kesemua mangsa tersepit dalam kereta mereka yang remuk teruk. Anggota bomba dan penyelamat mengambil masa selama 30 minit untuk mengeluarkan mayat tiga beranak itu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Sawaluddin Haminuddin berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila lori tanah yang datang dari arah bulatan Hospital Jitra menghala ke pekan Jitra itu mengalami masalah brek.

Lori itu kemudian dikatakan bergesel dengan sebuah kereta Proton Wira sebelum memasuki laluan bertentangan.

Berikutan itu, katanya, pemandu lori tersebut cuba mengelak daripada merempuh sebuah pondok polis di tepi jalan yang ketika itu terdapat ramai orang.

Kenderaan berat tersebut merempuh kereta yang dinaiki tiga beranak itu dan sebuah kereta Naza Sutera yang berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Kedua-dua kereta tersebut berhenti di persimpangan dari arah Kodiang menghala ke Jitra.

‘‘Rempuhan itu mengakibatkan kereta Naza Sutera yang dinaiki sepasang suami isteri terbabas sejauh 10 meter manakala kereta Proton Wira itu pula diseret sejauh 20 meter sebelum berhenti setelah merempuh kedai makan yang terletak di tingkat bawah Plaza Mara Jitra.

‘‘Ketika sedang mengheret kereta Wira itu, lori tersebut melanggar sebuah Perodua Kancil yang memasuki Jalan Kodiang. Bagaimanapun, kereta terbabit hanya mengalami kerosakan kecil,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurut Sawaluddin, pemandu kereta Naza Sutera terbabit, Othman Bakar, 50, mengalami kecederaan parah serta tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah sementara isterinya yang berusia 49 tahun cedera ringan.

Katanya, pemandu lori berusia 34 tahun itu hanya mengalami cedera ringan dan kini ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat ketiga-tiga beranak itu dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh waris mereka.

Sementara itu, ibu Normah, Siti Bedah Husin, 48, memberitahu, hari ini genap dua tahun anaknya itu dan Benyamin melangsungkan perkahwinan.

Dia yang masih bersedih dengan kejadian itu tidak dapat menahan sebak apabila melihat dua batang gigi cucunya ketika melawat jenazah mereka di bilik mayat hospital.

Beliau memberitahu, anaknya tinggal di Cherating, Kuantan, Pahang dan pulang bercuti di Permatang Bongor, Air Hitam di sini beberapa hari lalu.

Katanya, ketika kejadian, menantunya yang merupakan seorang pemborong mahu menghantar kain di pekan Jitra selain keluar makan bersama isteri dan anaknya.

Tuesday, December 22, 2009

Tentang Seseorang


Download video clip Anda Tentang Seseorang



sebenarnya lagu ni pernah diberikan kepada aku oleh seseorang dan dia minta aku fahami dan hayati lirik lagu ni.. hermmm.. bg aku lagu mmg boleh meluahkan isi hati dan maksud seseorang tp menjadikan lagu tuk meluahkan isi hati dan maksud seseorang.... maybe xberapa kena.... nak2 kalo org yang memberi atau menerima tu... xdapat nk menunjukkan hasrat hati dia... so, kebetulan lagu ni best... aku layan je la.. kekekekeke

but.. thanks to yang memberi. saya doakan awak dengan si dia awak yang dh lama bersama tu...... berakhir ke jinjang pelamin. "Cubalah untuk Setia"

Tuesday, December 15, 2009

Jemputan Ke Majlis Perkahwinan

Salam

Saya mewakili keluarga dengan ini menjemput semua yang membaca blog ini ke majlis perkahwinan adik lelaki saya ... seperti yang tertera pada kad yang di upload.





(*klik gambar tuk besarkan)

Saturday, December 12, 2009

Majlis Bersanding..



Hermmm.. malas aku nk taip panjang2.. mood menaip ilang lak.. adesss
K, pas nikah actually ada kenduri sket... kenduri kesyukuran.. tayah la aku insert gambar banyak2 erk

biasa la.. mana2 majlis perkahwinan xkan lengkap kalo xde majlis persanding dan makan beradap.. serta acara selingan... bergambar...

layan ............


sket2 sudah.. nk banyak..minta album dengan dia.. ehikss

Friday, December 11, 2009

Selamat Pengantin Baru




Hari ini bertempat di Masjid Kg Sawa,Lenggong, Perak...dengan rasminya adik aku, Mohd Fuad b. Abd Razak bergelar suami kepada isterinya, Che Zalifah bt Mohamed Ali.. kkekeee.. dh tu sapa g kan?
So, selamat pengantin baru kepada keduanya. Semoga semuanya selamat hingga akhir hayat..
amin.

Aku selitkan sket gambar sekitar majlis pernikahan..... (gambar aku sure la xde)


Last day...

Khamis....

Ahakss.. akhirnya selepas 2 hari di Jitra, aku menamatkan dengan jayanya tugas aku di sini. yarriiibbbbaaaa... bleh gerak. ehiks. tp aku still stay kt Jitra gak sampai esok. coz esk nak terus gerak ke Lenggong. Adik aku dh hantar balik Perlis petang rabu lepas. biar dia dok dediam kt sana.

Jumaat....

Hari ni kalo ikut jadual mmg aku dh xde tugasan di sini tapi disebabkan malam ni adik aku menikah kt Lenggong so aku amik cuti sehari. Pagi2 lagi aku dh kuar coz hari ni depan umah kak long ada nut @ nad @ nat.. ntah, aku pn xtau camne ejaannya. tp kalo bahasa standard...maksudnya adalah pasar pagi. kekekekee.. susah benau.

aku kuar sebelum kol 7am...terus p perlis. amik adik aku kt sana.. disebabkan ini 1st time aku drive balik kg... sorang2... so aku sesat.. mencikss toi la. sik sesat jerk. xsuka tau. tp last2 aku jumpa gak rumah tok ayah.. ehikss.. best best. xaku xbleh berlama kt sana coz aku ada janji kt pekan rabu n aku nk kener shoot ke lenggong lak. kalo sampai awal.. bleh la aku rileks jap. badan dh lenguh2 dek drive sepanjang minggu...

lepas dh salam2 dengan tok ayah dan hulur sket duit belanja.. aku dan adik terus drive ke pekan rabu, alor setar tuk amik barang yang aku order semalam. actually semalam lepas abis kejer.. sebelum kawan2 aku yang len balik putrajaya..aku sempat ajak diaorang p pekan rabu.. cari pa pe yang patut tuk bekalan bawa balik sana. sib bek la aku drive so mudah sket pergerakan. diaorang xbawa keter coz takut nk drive ke utara so, pergi dengan kenderaan jabatan dan balik dengan flite.

pas dh amik barang semua, lebih kurang kol 11 lebih camtu, aku terus gerak ke perak. tp dalam perjalanan masa sampai kt changlun, jammed tetiba. aku rasa sejam gak la tersangkut dalam jammed tu sampai ada yang kuar dr kenderaan dok sembang2 dengan org sebelah menyebelah.. sabau je. dh la cuaca panas... (panas dunia dek non oiitt...opsss), pas dh clear...rupanya kt depan ada xcdent. lori terbalik..melintang atas jalan...adehh..padan la pun.

td masa terperangkap dalam jammed td... sempat la aku wat perbincangan dengan adik aku...sebelum gerak terus ke lenggong, kami singgah rumah mak long kt sg petani. ingat dihati nk rehat jap. badan aku mmg dh weak giler time ni... so lepas makan tengahari... aku dengan adik berbincang la nk berehat dalam sejam dua. last2 kakak aku call bitaw yang diaorang dh nk sampai. actually masing2 pergi asing2. mak,abah, adik aku (pengantin) dan beberapa org kg (3 buah keter) gerak dr pahang. aku dengan adik aku gerak dr kedah/perlis, kakak n family dr bkt jalil, abang dr kedah, adik aku dr kl.. so, sesapa pn bleh sampai dulu. akhirnya aku xjd nk rehat..terus je gerak. puas mak long pujuk soh rileks dulu. aku bukan apa.. semua barang hantaran ada dalam bonet keter aku so kalo aku terlambat... sure jd masalah.

aku amik keputusan tuk ikut jalan dalam je.. highway baling-gerik...erkk... highway ni atau mana2 highway kt utara ni...aku blom penah drive sendiri gik. ni 1st time so perasaan cuak tu mmg berganda2 walaupun kaki aku ni xinsaf2 dok tekan minyak... kekekeke..giler ahh.. setiap kali aku drive laju..sure aku dok nasihat diri... bawa slow2 jerk.. abis laju pn 100km/jam tp kaki aku ni...(ikshhh...kaki gak yang salah...hehehe) slalu tekan sampai 140km/jam. tp kan... aku rasa keter aku ni ringan sangat...sbb tu dia meluncur laju jerk..(erk.. lojik xerk). keter ni abis laju penah aku test adalah masa aku balik dr jb ke kl.. ikut highway utara-selatan... max aku tekan time tu sampai 165km/jam. disebabkan pintu keter ni aku dh sumbat insuflex so xde bunyi angin biler aku pasang aircond n yang bunyi cuma enjin je. sbb tu aku tekan minyak dengan selamba.... ni kalo mak aku tau..sure dia bising

akhirnya setelah meredah hiway yang bagi aku agak mencabar reka bentuknya walaupun hiway tu mmg luas.. kami pun sampai ke lenggong. rupanya kakak aku xsampai pun lagi kt rumah yang disediakan. dia bleh plak p mancing dengan adik kt tasik raban.. yang mancing tu..adik lelaki aku dengan suami kakak aku. yang pompuan2nyer kener ikut la. ampeh..penah je aku.

aku pun apa lagi.. sampai2 je terus punggah barang2. niat dihati nk tido kejap coz penat sesangat. tp xjd. mak plak sampai dengan yang lain2 so kener la p jenguk diaorang jap.. sembang2 pa pe yang patut pastu sambung balik punggah barang. actually kami tido asing2. disediakan 2 rumah dan aku amik rumah hujung tuk geng2 perempuan jerk. itupun pompuan bujang n ibu muda (kakak aku n kakak ipar).. akhirnya... niat aku tuk tido tu terhenti camtu jerk.. dh maghrib pun.

pas maghrib kami semua siap2 tuk ke rumah pengantin sbb malam ni pas isyak.. adik aku akan menikah....

Wednesday, December 9, 2009

Ngantuknyer...

Ya Allah... rasa cam nk soh org jerit kuat2 tepi tinger.. bg aku terjaga jerk. ngantuk sehhhh.. ngantuk sangat2...

ni pn tadi dh xtahan sangat.. aku balik amik laptop kt rumah kak long. kalo tau.. awal2 g aku bawa laptop meh sini. senang citer..sambil2 tu bleh gak aku wat benda lain.

semalam dr Bukit Mertajam.. aku p Kepala Batas jap.. p umah maksu. dh lama aku xjumpa maksu.. hampir 3 tahun. kebetulan dh ada kt area ni..so, aku shoot je la. maksu wat laksa sambut 2 org anak sedara dia ni...kami pn citer la hal2 berkaitan family sambil2 nasihat adik aku. walaupun maksu cuma anak angkat family abah tp hubungan kami rapat mengalahkan rapatnya hubungan dengan sedara betul. maksu sebenarnya sepupu abah tp arwah tok jaga dr kecil so mmg kami rapat.

sebelum balik.. maksu tumpang aku sampai rumah mak mertua dia. pastu kami terus p Sg Petani.. rumah dua pupu aku, Safarina. p hantar kad jemputan. thanks to my GPS sbb dia bleh bawa aku sampai depan rumah Safarina.. mmg best. tp ada gak peristiwa ampeh nyer. aku sampai xde la awal sangat. dalam kol 5.30pm juga la. aku call dia... dia xjawab tp dia 'bg' operator yang jawab... nk marah je aku rasa. then, aku call maklong. dalam 30minit juga la menunggu.. last2 aku cadangkan kt adik aku... masukkan je kad tu dalam peti pos.. tp peti pos lak xde. pastu dia lak dengan berjaya nyer mencadangkan tuk selit je bawah pintu umah. aku setuju je la. bkn apa.. malas nk tunggu lebih lama sbb aku nk kener p Jitra lak. tu pun adik aku dh bising2 soh antar terus balik Perlis... masa dia melangkah nk p masukkan kad tu kt bawah pintu.. tetiba ada orng buka pintu.. cetttt.. rupanya Safarina ada dalam umah. mmg ampeh minah sorang ni. nk kener toi... eee....geram sungguh aku. Ampeh !!!!!

lepas bg kad.. terus kami gerak ke Jitra.. memula p check pusat temu duga dulu. pastu aku cr rumah kak long. memandangkan ini kali pertama aku drive...even dengan bantuan GPS.. aku masih blom yakin. keadaan dunia dh semakin gelap.. cuak sehh... minyak keter pn dh nk abis.. lepas dh isi minyak..kami rasa cam bleh ingat jalan nk ke rumah dia.. pastu try u turn kt traffic lite.. memandangkan situ ada pasar malam.. so, aku xbleh nk wat suka suki. watnyer terlanggar anak orang... mau senak aku nk menjawab.. pastu aku ikut je la jalann yang GPS tunjuk..

oppsps... terlepas simpang,. ampeh. aku cuba g cr jalan nk pusing tp rupanya dh masuk kawasan kampung. korunk bayangkan la camne jalan kampung... satu keter je bleh lalu.. bermula la pengalaman baru aku..cuak seh.. ada satu jalan tu.. mmg betul2 menyeramkan sampai aku rasa cam aku dh termasuk dalam dunia bunian... pa pe pun.. aku ikut je jalan yang GPS tunjuk... sampailah akhirnya.. aku kuar ikut Kg Alor ... mende ntah tp dh dekat2 dengan Alor Setar.. cettt.. pastu aku dh xberani nk wat pandai2 sendiri.. aku ikut je arah jalan GPS.. last2 sampai gak... hehehehe... syukur selamat.

mmg penat giler.. hingga akhirnya aku amik keputusan tuk tido awal... sib bek la tidur aku xterganggu.. pagi ni aku bangun dengan aman walaupun mata aku masih g ngantuk.. ngantuk giler..

ni pun calon2 dok jeling aku menaip..lantak korunk la dak2 oittt. yang pentng aku xngantuk. jap2 g aku nk kener hantar adik aku p balik kg lak. xabis2 dia dok ingatkan aku.. bingit tinger . aku ingat nk hantar sampai rumah mak tih jer kt Sanglang tp xbest la plak kan so.. insyaallah.. aku lajak terus p umah tok ayah la ..kt Kg Sg Padang...Simpang 4, Perlis..

giler ahhh.. jalan pusing Malaysia.. kekekekeke

Monday, December 7, 2009

Sambung balik...

Salam..
Hermm... jap g aku dh nk gerak ke utara sekali lagi. Tapi kali ni aku kener drive sendiri.. punya la cuak coz 1st time drive sendiri ke utara.. aku minta adik aku temankan.. ajak dua orang tapi sorang je bleh ikut.. huhhuu.. bleh la..

Hari ni & esok kt Bukit Mertajam... so, kitaorang mmg lepak sana je la... petang selasa baru gerak ke Jitra tapi petang rabu aku kener hantar adik balik Perlis... huhuhu...sib bek la dh ada gps so berani la aku nk gerak sana sini.

mesti tok ayah sedih sbb aku xdapat nk stay sana... nk wat camne.. kejer aku kt Jitra. xkan aku nk ulang alik dr Sg Padang ke Jitra.. letissss omak..

pa pe pun.. mudah2an ..perjalanan ni selamat pergi dan balik.

chowwwssss

Saturday, December 5, 2009

CARI JODOH ~ Waliband ~

Ahaks...
Maybe entry aku ni agak terlewat iaitu setelah lagu ni ngetop sana sini.. kekeke.
tapi since aku dengar lagu ni... mmg aku dh admire giler. kt lagu je la.. bukan band dia... kalo xsilap, time tu aku masih kt Sarawak...

Tp last week baru aku sempat bluetooth lagunyer dr member.. memula tu aku mmg mainkan ari2.. ekekkee.. ye la. lagunyer cam ada kener mengena dengan aku....(actually mmg ada pn tp aku xde la desprade sampai nk wat pengumuman camtu.. wakakakakkaaaa)..

mesti ada yang kata aku ni salah seorang yang menyokong lagu2 indon. actually aku seorang yang natural.. mana yang best.. itu yang aku suka. aku suka sesuatu yang realistik. even kadang2 aku pun merupakan seorang yang suka berangan tp dalam hal2 tertentu.. aku lebih suka realistik. cam lagu2 indon ni... walaupun lagu dia nmpak cam murah tp setiap liriknya senang tuk catch up...bdak2 pn senang faham. aku faham malaysia nyer lagu sehalus bahasa kita yang beralas...tp kadang2 sampai xfaham.. then, banyak sangat cintan cintun nye..

baru2 ni aku tengok satu video clip dr seorang artis reality yang xde la best sangat pn. org sabah.. aku rasa korunk pun kenal artis ni. lagunyer xde la best mana sangat pn tp video klipnyer.. masya Allah.... dh cam sampahhhh.. bukan sampah sbb xbest (maybe best la bagi sesetengah yang suka video camtu.... dan penyanyi serta yang terlibat).... tp sampah sbb mmg xkena langsng dengan budaya org kita. lagu cam xde kena mengena dengan video clip. boleh katakan kebanyakkan babaknya adalah di atas katil dan ada babak mandi. rasanya dalam lirik xde pn. kalo ye pun nk raih rating atau nk wat video tu menarik.. tayah la sampai camtu. kalo dh alang2 camtu.. bek telanjang je terus... senang citer. sama gak


kalo org ckp xbleh nk salahkan penyanyinya..aku tetap salahkan penyanyi coz apa pun yang terjadi..mesti ada perbincangan. dia dh tau yang diri dia akan digunakan so apa salahnya... actually mmg xde salah pun kalo dia bg guide line.. apa yang boleh dan apa yang xcoz itu hak dia. sesuatu yang akan memberi effect baik atau buruk kepada maruah diri dia dan family. tp kalo dia pn xkata apa... maksudnya mmg dia suka la kalo diri dia di eksplotasi camtu.. lantak kau la.!!!

k.. sambung pasal lagu td... sbb aku suka lagu ni.. dan aku pn nk korunk dengar.. walaupun mungkin ada yang dh penah dengar.. jom...

videonya kt sini http://www.youtube.com/watch?v=44dC-GjFMzc&feature=player_embedded dan liriknya kt bawah tu....

liriknya

Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

*
Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan

**
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

***
Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Back to *, **, ***

Ibu bapak punya anak
Bilang-bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

Back to ***

Friday, December 4, 2009

Berakhir...

Akhirnya.. semuanya berkesudahan hari ni..

Kol 11.30am td.. semua dh habis. lepas lunch, kami gerak balik ke bilik dan bersiap tuk check out. bas dh sedia menanti... sebelum ke bukit mertajam amik dak2 yang lain, kami singgah kt bandar jap,.beli jeruk. tetiba je aku rasa nk demam..paler pening giler. mata berat sangat nk buka so aku amik kesempatan tuk tido. aku rasa lama gak aku tido.. tp biler bangun... paler masing weng.. even now pn... penat sangat ke? xjuga kot. ntah

lepas dh settle semua, kami gerak ke bukit mertajam tuk pick up yang len2. pastu terus shoot ke ipoh tuk antar mahjiah dan masnita. diaorang nk balik kg dulu. perjalanan ke kl diteruskan lagi tp ada gak la stop2 seketika kt RnR... sampai kt Sg Perak, aku tergatal la nk membeli pau. saja nk rasa walaupun aku xsuka sangat. pastu terbau jagung. so, p la beli. uikkss.. ada wafer la. dh lama aku xmakan. since aku xjumpa yang sedap cam aku mamam kt kuching dulu. saja nk try.. aku pn order satu.... peanut + coklat. dalam bas baru makan...

hermmm... sedap gak. nampak gayanya.. pasni kalo aku stop kt mana2 RnR dan jumpa wafer ni...sure aku beli lagi..

sampai mana ntah td.. salah sorang bos aku call.."roy, tolong bagitau bdak2 lain yang minggu depan xde bas erk. so, semua skali kener pergi sendiri2...".. haa. korunk tau xkol baper aku dapat call tu? hampir kol 5pm waktu malaysia, hari jumaat. perasaan aku time tu.. suka bercampur serabut. tau pasal apa?? pasalnyer... mmg aku minta bawa keter.. dan aku happy sbb dapat bawa keter dengan pelepasan sukarela bos aku tp naper time aku merayu2 minta bawa keter last 2 weeks,.. bos aku ye ye xmo bg. pastu rini.. dh last minute... baru diaorang bitaw.

kebanyakkan urus setia yang terlibat minggu depan adalah yang sama terlibat minggu ni. di inform pada lebih kurng pukul 5pm semasa kami otw dr penang ke putrajaya.. masing2 dh gelabah tenuk mencari kenderaan.. aku xkisah tp masalahnya keter aku blom sebis. harap2 esok bleh la sebis. kalo x, masak aku.

penat.. aku nk rehat.

Thursday, December 3, 2009

Sesuatu menanti...

Bestnyer la dapat lepak2 kat atas katil... syahdu je ati sbb time ni la bleh landing2. even kejer kt luar ni xberat mana pn tp penatnyer terasa.

Nk2 cam rini... berubah dr 2 tempat yang jaraknyer agak jauh... sampai je td.. terus check in...pastu cr katil. niat awal mmg nk tido tp sudahnya.. sampai ke saat ni pn aku blom sempat lelapkan mata.. banyak benda nk kener settle sebelum aku dpt beradu

@ Penang

Baru je pas dropkan dak2 ni kt IPG.. so skang ni kami ber4 dengan bas berkapasiti 40 org..kekkekee..mengarut betul kan?? hermm.. destinasi seterusnya adalah ke Gelugor, Pulau Pinang..

xtau la baper lama g baru nk sampai. penat.. aku cuma dok bayangkan katil, bantal n selimut je ni... dan... mandian.. nk basahkan badan... pastu tido. makan len citer...

chowwww skali lgi

Selamat tinggal Ipoh...

akhirnya abis sudah urusan di Ipoh... since 2pm td.. kami dh meninggalkan bandaraya Ipoh dan menuju ke Penang. Esok sehari je kt Penang...pastu balik Putrajaya...

Kes derian..
thanks kepada yang komen... alhamdulillah, saya baca bismillah sebelum makan dan ucap alhamdulillah lepas makan tp maybe sbb sedap sangat derian Gopeng n kurang minum air, tu yang macam2 kener tu. pagi2 td dalam dok elok2 bersembang dengan member, tetiba je rasa nk termuntah.. angin la kot. pastu ada lak yang ckp aku ngandung..bbwweekkk.. jangan nk ngada erk. aku kawen pn blom so xkan mungkin kejadian tu berlaku kt aku... kkeekke.. (minta simpang)

penat dalam perjalanan td.. aku sempat gak la tido. tp faham2 je la. bukan best mana pn tido dalam bas. sakit abis badan.. jaga2 tengok depan dh jammed. rupanya ada bas rosak dan depan sana.. ada org wat jalan. skang ni stop kt tepi jalan sbb tunggu orng harapan tunjukkan jalan.. kekekekee. aku pn xtau apa nama tempatnyer. maklum la. aku bukan orng penang. even selalu gak lalu sini masa balik kg.... tp xde la plak aku tau ..

so wat masa ni.. aku dok ngarut je la dengan laptop dalam bas ni. dh abis bateri nnt... confirm aku terpaksa out. xde tempat yang membolehkan aku charge

ehh... rajin lak aku dok mengupdate blogni.. kekkekekeee...

chow la. nk wat kejer len jap. jumpa tuk citer lain lak malam ni

Wednesday, December 2, 2009

Selesai hari pertama..

Alhamdulillah..
akhirnya selesai jg sesi hari ni... 2 board yang berhampiran.. calonnya ada 32... dr jumlah tu.. 3 org xbleh di interview atas sbb2 xdapat dielakkan dan sorang..... gagal..

pas dh abis semua.. kami p makan tengahari. rini Dato' Salleh lanjer lunch kt Restoran Tasik Raban, depan stadium Ipoh. segan lak memula tp Dato' dh ajak..kami ikut je la..ehikksss

then balik hotel.. rileks jap. petang kami kuar p cr derian. ada gak aku amik gambar tp malas lak nk upload... so, tayah la erk.

skang ni aku menahan sakit perut... waaaahhhhhhhhhhhhhhh... sakit giler... menciksss

Tuesday, December 1, 2009

Outstation lagi....

Aku baru je sampai Ipoh tengahari td... hermm... kt sini sampai hari khamis.. pastu sambung kt penang sehari. sebenarnya.. minggu ni merupakan minggu kedua terakhir tuk program outstation jabatan aku...

kali ni masih nek bas... nasib baik la xjauh mana so xde la terasa pn. nk tido rasa cam xcukup time je. dh sampai hotel.. xnak lak mana ni lelap.. kekekeke.e...

minggu depan pn aku masih di utara tp jumaat ni balik kl dulu.. isnin datang balik...still dengan bas.. tp pastu aku terus stay sini.. means kt Jitra.. sbb jumaat 11 dis, adik aku nikah kt perak..

Thursday, November 26, 2009

Persiapan kenduri...

Penatnyer la.. semalam walaupun amik cuti n balik awal..lambat gak sampai kt rumah.
pas p amik adik kt bangi n amik barang kt kajang.. terus balik. merata2 jalan aku try.. semuanya jammed. last2 masuk kl.. kuar ikut kepong.. terus ke gombak.. kekekekee

sampai dh lewat so..penat. adik dok tep.. tido jer. mencikss aku. ntah biler la nk rasa depa lak drive tuk aku.. huhhhuuu. lepas sembang2 dengan mak, abah n adik2.. hari pn petang. lepas maghrib,.. aku n adik2 bakar satey..bestnyer la. persiapan rasa mak dh siapkan awal. sian mak. anak2 perempuan semua dh kuar kejer.. tinggal la ain yang kecik tu dok ngacau mak wat persiapan.

lepas dh abis makan..dh relaks2 semua... aku start wat sket2 persiapan tuk hantaran adik aku. biasa la.. memula mesti dengan bekas hantaran.. pueh la aku

Balik raya

Bismillahirrahmanirrahim....

Salam...
ahaks.. lately ni mmg aku malas giler nk memblogging. ikshh... nak kener anak dara ni
naper erk?? even aku outstation pn.. aku still galas beg pink aku yang asalnya beg baju tp aku dh wat beg laptop sbb dia ada compartment tuk laptop... hehehee

harap2 cuti raya 4 hari ni dapat la aku update sket2 blog aku. banyak citer aku nk kongsi sebenarnya...

hermmm.. disebabkan adik aku cuti rini, so aku decide amik cuti gak la. jap2 g.. bleh terus balik. tu pun lepas aku p amik dia kt bangi n amik satey yang aku order semalam kt kajang.... malam raya aku nk lanjer family aku makan satey.. kekkeekekee...

pa pepun.... pada korunk2 yang nk memulakan perjalanan rini, selamat menempuh perjalanan dengan selamat. ingatkan insan tersayang... dan ingat yang satu ni....."nyawa dan jiwa korunk dan orang2 lain.... xdijual kt pasar borong. so jaga lek lok. bkn jaga diri sendiri jerk. jaga diri orang lain gak...."

adiosss

Monday, November 23, 2009

Rehat seminggu

Memandangkan minggu ni minggu raya so kami semua xoutstation pn.. dok kat opis je. abiskan kejer apa yang patut dan prepare calon next year. minggu depan start balik....

Wednesday, November 18, 2009

Sambung Outstation..

Dr Kota Bharu td.. terus ke Kuala Lipis.

Hari ni hujan xhenti2 dr awal pagi lg. mungkin banjir dh nk melanda.... nasib baik la hari ni hari last kt Kota Bharu. kalau x, sure terperangkap dalam banjir.

Sampai kt pusat td.. dengar citer dr Datin Rahimah.. Kuala Krai dh mula air naik...adehh.. jangan la sampai banjir dalam perjalanan...

Hari ni calon xramai. maklum la.. hari akhir.. mmg selalu reduce calon..so,cepat sket abis dan cepat la kami gerak ke Kuala Lipis.. yang bestnyer... semua p Kuala Lipis naik bas.. termasuk la ASJ. walaupun terpaksa jaga tatasusila tp kadang2 terkuar gak pangai budak2 kami. ehiks. sib baik la ASJ ni semua layan..xbanyak cakap...

kami sampai Kuala Lipis pn dh lewat so,masing2 dh siap2 beli makanan sbb dh malas nk kuar. Biler dapat je kunci kt tangan...wahh.. xde benda lain yang difikirkan..tidooooooo...

Penat seh..jauhhhhhhhhhhhhhhhh

Monday, November 16, 2009

Outstation...

Minggu ni aku kt Kota Bharu dan Kuala Lipis...

So, skang ni aku kt Kota Bharu...sampai hari Rabu... sebelum sambung kt Kuala Lipis
Nampak cam best je kan tp ketahuilah... kejer camni penat. Yang best, dapat rasa kejer luar dr suasana pejabat, masa kejer yang agak pendek dan jumpa macam2 ragam...

Kami p dengan bas so dalam bas masing2 membuta... sementara nk sampai Kota Bharu.. sib bek la xbanjir..

Perjalanan kami smooth je.. thanks Abang I sbb drive dengan berhati2.. sehingga kami sampai ke destinasi.

Saturday, November 14, 2009

Xtvt Pagi...

Bismillahirahmanirahim..

Hermm...dh lama aku xupdate blog ni. Sebenarnya hari2 aku rasa ada je idea aku nk menaip benda2 baru atau at least topik2 yang selalu aku fikirkan tp haduyaiiii...biler dh ngadap pc... maleh lak rasanya.

Aku lebih suka menaip menggunakan laptop.. aku pn xtau naper aku maleh nk menaip lama2 gunakan pc. tp kalo ngadap benda lain.... boleh je

Agak2nya.. apa erk xtvt pagi yang wajib korunk buat... setiap hari atau at least pada setiap pagi bekerja... kalo aku... aku mesti baca paper xkisah la samada online atau thru surat khabar. aku akan pastikan benda tu aku wat setiap hari. biasanya aku akan baca utusan malaysia, berita harian dan harian metro. dan aku suka bandingkan ketiga2 isi kandungan paper ni. bukan apa, biasanya mmg nampak perbezaan penulisan dalam setiap artikel yang di tulis... samada dari segi fakta atau gaya penulisan. pernah sekali aku terbaca satu artikel dalam salah satu dari paper ni...
sepanjang pembacaan aku... artikel yang mempunyai lebih kurang 300 patah perkataan ini di tulis dengan gaya penulisan remaja 15 tahun....student PMR.

naper aku ckp camtu erk?? sbb nyer, aku bleh nampak penggunaan perkataan yang sama di ulang berkali2 walaupun hanya selepas 2 baris perkataan.padahal terdapat satu atau dua lagi opsyen tuk menggantikan perkataan yang digunakan yang membawa maksud sama. dan, kalau xsilap aku... ia diulang hampir sebanyak 20 kali. aku pun heran, editor dia xcheck ke gaya penulisan wartawan. nak je aku email kt wartawan tu.

bukan la aku nk ckp yang aku pandai tp aku rasa itu bukan gaya penulisan seorang wartawan.

satu lagi...pasal kes flet hijau kt Putrajaya yang dikatakan sebagai sarang maksiat. aku xtau la kebenarannya sbb aku pn dh lama xstay sana. last aku dok sana tahun 2005. itu pun xlama sangat. dalam 5-6 bulan je. gpun citer ni timbul dalam sebulan dua ni. dan aku lak baru je 4 bulan bertukar balik dari Sarawak so, aku xberani nk komen apa2 sbb yang pasti, aku stay kt kl. ehikss... berulang hari2 ke Putrajaya.

Aku bukan la nk komen isi kandungan artikel tu cuma masa aku dan kawan2 lain baca artikel tu, kawan2 yang stay kt Putrajaya menyuarakan rasa xpuas hati. Sebab??? aha... ni yang aku nk citer. Sbbnya gambar yang digunakan untuk diselitkan dalam artikel tu dikatakan adalah gambar kuaters di Presint 16. Hermm.. xbaik la camtu kan. Boleh mendatangkan salah faham. kalo nk citer pasal flet ijau, amik la gambar flet ijau. jangan la amik gambar lain. even aku xtau gambar tu adalah gambar kuaters dari presint mana (sbb Putrajaya ni banyak kuaters kerajaan) tp aku bleh tau yang tu bukan flet ijau sbb flet ijau, sah2 kaler ijau.

So, bagi aku... as a reporter... diaorang ni wajib laporkan sesuatu yang betul supaya xmendatangkan syak bg org lain. takut2 boleh mendatangkan dosa akibat syak wasangka dan salah faham. xperlu la melariskan jualan akhbar dengan benda2 yang panas tapi nonsense sbb aku yakin, seorang yang berakal... akan pandai menilai sesuatu yang baik dan buruk tanpa perlu ada hasutan.

sesungguhnya.... "hujung mata pena itu lebih tajam dari hujung sebilah pedang"............. jadikan rezeki dari kerja kita sebagai rezeki halal sbb rezeki halal itu walaupun sikit ...... lebih berkat.