Hari ni genaplah umur abah 56 tahun.
Semalam aku dh wish... tepat2 kol 12 tengahmalam
Tapi disebabkan semalam ku tido umah kakak.. so, aku xdapat la nk post dalam blog coz laptop aku kt umah abang...
pa pe pn... semalam..lepas wish kt abah... aku sms semua adik beradik.. kekekekee..
Tahniah abah...
Kami semua sayang sangat kt abah...
Wednesday, October 14, 2009
Epy Bzday Abah
Wednesday, August 26, 2009
Eira dah jadi anak dara
wow.. terkejut aku biler tengok eira...
Saturday, July 4, 2009
Beg mak kener toreh
Aku dok rehat2 kt rumah sambil mengemas barang2 yang patut dimasukkan dalam kotak.. tetiba adik aku sms.
"mak kener ragut. tau x??" berderau rasanya darah aku masa tu... aku bersms je la dengan dia coz kredit xkaya nk call... dia cakap dia call mak pn xdapat.. cuma dia bitaw mak kener masa p pasar malam pudu dengan kak dah so aku sms kakak... soh dia call balik.
then kakak call balik. sembang la dengan dia camne benda ni bleh jadi... pastu dia soh cakap sendiri dengan mak...
mak cakap masa tu kt pasar malam jalan TAR (misinfo la ni dr adik).. org ramai. aku tau sbb aku penah p sana.. mmg ramai giler la. mak dengan kak dah, ain dan eira... saja la jalan2 cari barang.. mmg dia xsedar langsung masa tu.
masa nk balik.. mak nk amik duit bayar duit tiket LRT.. seluk2 xjumpa duit. then.. cari2... xjumpa lak purse.. pastu staff lrt yang tegur beg mak kener toreh... mmg kurang ajaq betul la. mak cakap dia bukan bawa handbag pn. dia bawa beg pakaian eira jerk dan purse mmg dia dh sorok awal2. beg pn berzip. xtau cmne org tu bleh tau. sampai aku terpancul sebaris ayat.... "dia bela toyol apa yang bleh tau kt mana org simpan duit"
geram tol aku biler dengar citer mak. sian kt mak. suara dia tersekat2 cam tahan nk nangis. nk bitaw abah pn xberani coz faham2 je la org laki ni. hermmmm... nasib baik la xapa2.. mak cakap dalam purse dia ada RM140 (bagi org susah cam aku ni.. duit tu dh cukup banyak.. termasuk duit kak zai bg kt ain.. semuanya RM150).. kad pengenalan, kad bank mak dan adik2..sib bek la dalam kad xde duit dh.. sbb mak dh kuarkan awal2 n simpan kt tempat lain..
aku doakan org tu xselamat dunia dan akhirat... kalo mati semalam jugak pn xpe.. geram giler
Saturday, May 2, 2009
Eira.... budak botak
(Eira lena dalam dakapan mamanya. Aku rasa Eira tu wat2 tido je coz xmo dibotakkan...nasib la. Kenit betul tengok Eira bila mama dia dukung... camne la gamaknyer ek)
semalam cuti umum...labour day kebetulan jatuh lak hari jumaat. dan semalam gak adalah bzday abang ipar aku...."Happy Bzday Abang Lan"..aku dh sms dia tp hari ni baru dia reply.. adehhh
So, sempena hari yang teramat2 sesuai tu maka kakak dan abang ipar aku buat kenduri cukur rambut anak dia.... Eira Syazira. pasni confirm Ain akan menjaja satu rumah.... "Eiya botak"(style pelat dia tu la)...
(Eira dh selamat dibotakkan. Budak ni pn dh jadi cam mak su n Haziq, xsuka pakai baju....adehh, seksinyer anak sedara mak lang ni)
dapat aku bayangkan camne.... betapa untungnya jadi Ain... tp kami pn untung ada Ain... dia lah pelengkap hidup kami sekeluarga disaat kami mengharapkan sesuatu... aku mmg sayang gila kt dia dan xtau camne keadaan aku bila Ain xde ............ (minta simpang)
So, pagi tadi adik perempuan aku ada mms beberapa gambar Eira dari last berambut hingga dh jadi botak.... cam shaolin la plak aku tengok.. waakakakakaaa
(Eira tengah daring mama dia sebab botakkan paler dia... "apa la mama ni, dh Eira xcun")
Friday, April 17, 2009
Haziq makin tembam

Hari ni aku bersms sepanjang hari dengan kakak ipar aku, Kak Long. Memula dia mms gambar Haziq.. gambar Haziq pakai kopiah... kebetulan lak hari Jumaat.. nk tergelak aku tengok.
Pastu berderet2 mms masuk. semua nya gambar Haziq...
.
Ya Allah, tembamnya dia skang. xpadan dengan masa lahir dulu. Actually dulu dia lahir pn xde la kecik sangat tp baru dua bulan berat dia dh 5kg lebih. Sampai umi dia pn mengadu dh xlarat nk mendukung. Ayah dia lak hari2 bertelefon sbb nk bersembang dengan Haziq. Skang ni kakak ipar aku kt Kedah n abang aku kt KL so, telefon je la jadi alat perhubungan. 1 May nnt baru abang aku p amik Kak Long.
Korunk tengok la gambar latest Haziq ni.
Maybe dia cepat membesar tuk pertahankan diri dari maksu dia yang ganas dan suka buli dia..... skang ni lak maksu dia dh ada tag team.... baby baru. tengok muka baby tu pn ganas semacam je. Dah la suara besar....
Wednesday, April 15, 2009
Eira Syazira..
(alahai, tomeynyer Eira. join muka mama n abah dia. besar nnt mesti muka anak cina ni coz kakak aku dengan abang ipar mmg ada muka cina sket. tp alhamdulillah, Ain, Haziq n Eira jenis yang xbanyak songeh. Senang nk jaga)
So, aku panggey dia nnt Eira je la... pendek sket....
Tadi adik perempuan aku ada mms beberapa gambar Eira n lepas dapat gambar tu aku pn call kakak.. Kak Dah bagitau yang cara Eira tido sebijik cam dia tido masa ngandungkan Eira....
hehhehee.... anak mama.....
Dan Eira ni lak tido mmg buas giler... berpusing2 atas tilam... adehh, kan aku dh cakap. Eira dengan Mak Su Ain ni ganas... sbb tu la Haziq terpaksa cepat membesar coz xmo dibuli oleh sepupu n mak saudara dia. Pasni aku xtau la saya yang guard sapa. Semua cam ganas2 jerk.
Tp alhamdulillah coz lepas Eira lahir, at least Ain ada teman. Masa Haziq balik Kedah dulu coz nk jumpa tok wan dia dan family sebelah sana.... Ain demam 2 minggu. Hari2 mak call aku citer perkembangan Ain. Aku lak naik risau coz aku mmg xsuka dengan family aku sedih2 atau sakit. Kawan2 aku pn coz aku cepat risau bab2 ni....(aku ada pengalaman penah kehilangan org tersayang, adik bongsu aku)
Actually Eira sepatutnya lahir awal bulan 5 coz kakak akunyer due dalam 5.5.09 tp dh nk kuar awal... xkisah la. Janji semua selamat. Maybe dia tau maksu dia sedih2 dan nk temankan maksud dia.. so, Ain berpisah dengan Haziq cuma 2 minggu je sebelum ada ganti
(sama je cara tido Ain & Haziq. kecik2 g dh ada problem...hehheee)Skang ni Ain dh semakin ok. Dah happy balik coz dh ada geng yang nampak cam ganas lebih kurang dia jer.
Thursday, April 9, 2009
Kak Dah start berpantang
Hari ni hari ke 3 kakak aku bersalin. Pg tadi mas kat opis, mak call bagitau yang diaorng maybe balik Pahang petang ni coz Kak Dah akan berpantang kt rumah mak. Bukan xnak berpantang kat rumah mak mertua dia tp sbb mak mertua kejer so, nnt xde sapa nk tengok (baik dia berpantang kt rumah dia je kalo camtu)
Dalam kol 2pm, mak call lagi bagitau yang semua urusan dah selesai tuk bawa kuar Kak Dah n baby. Alhamdulillah, walaupun baby xcukup bulan tp xde masalah. Cam Haziq, baby ni pn xkener demam kuning so, semua berjalan lancar. Tayah lama2 kat spital.
Sepanjang perjalanan dari KL balik Bera, aku bersms dengan Kak Dah coz baby mak pegang. Xselesa duduk kt depan. Nasib baik la keter adik aku ada. Kalo x, puas berpanas la coz keter kakak aku kancil je. Keter husband dia wira aeroback tp tinggal kt kampung.
Nama baby ni masih blom dimuktamatkan lagi. Mesti jadi kes abang aku gak ni. Last minute baru yakin nk namakan baby. Tu la mak aku pesan, tayah cari nama dulu coz nnt mesti cari nama lain. Masa nk letak nama tu baru la terpk samada sesuai atau x dengan baby. Kakak aku rupanya dh ada perjanjian dengan husband dia. Kalo baby perempuan, abang ipar aku akan namakan dan sebaliknya. So, skang ni mmg turn abang ipar aku la namakan baby ni...
Kita tunggu je apa namanya.
Tuesday, April 7, 2009
Anak saudara ke--2
Hermmmm....
Semalam mak sms bagitau yang Kak Dah dah masuk wad. Actually, saja nk pergi check (monthly checking) coz due dia lambat lagi. Skali check, doktor cakap dah buka 2cm... so, sbb tu la dia kener tahan...pelik gak coz due dia sebulan lagi tp xpe la. maybe sbb dia banyak sangat bergerak kot
Malam semalam sempat juga la aku bercakap dengan dia. Ketar semacam je suara. Dia cakap dia sakit pinggang... nk tido pn xselesa... tp xlama sangat la kami sembang coz dia xtahan sakit..
Then, pagi tadi aku try sms dia lagi. Call.... tp xberjawab. Risau gak aku. Then... aku call husband dia. Husband dia call pn dia xjawab.. maybe tido gik kot. Pastu aku call mak. Rupanya mak on da wat ke KL. Naik bas je....huhuhuu... coz semua org kejer n xdapat balik kg amik mak.
Masa mak dalam perjalanan, cam biasa la. Aku sms mak... mak cakap Ain dalam bas duduk sorang2 satu kerusi coz org xramai. Aku dapat bayangkan camne lebarnyer senyum dia... alahai, rindunya aku dengan family.
Dalam pukul 10am lbh adik aku, Fakrol call. Tengah sibuk2 bersembang, aku dengar suara baby. Aku tanya dia, kat mana? Dia cakap kt HUKM. Aku cam dh bleh agak sesuatu.. then xpayah tanya pn, dia bagitau yang Kak Dah dh bersalin pagi tadi...
Lebih kurang 15 minit pastu abang ipar aku sms, "Dah jadi ayah pn". Hehhehehee.. tp yang hampehnya, kakak aku masuk labour room... sapa pn dia xinform. Termasuk la husband dia. Sabar je la.... mmg supprise giler kakak aku ni. Sapa yang datang jenguk dia kat spital je yang tau dia dah bersalin.
Pastu mak plak call.... diikuti adik perempuan aku. Ya Allah, berderet2 call masuk. Cam aku lak yang bersalin... adehh.. excited betul family aku. Ye la, cucu kedua dalam satu tahun. Betul2 sebulan selepas cucu pertama coz Haziq lahir pada 8.2.2009 dan cucu kedua ni pada 7.4.2009.
Bila baby ni lahir, maka kelahiran bulan 2 dan 4 dalam family aku = seri. Bulan 5 masih mendahului dengan 4 org termasuk abang ipar aku. Heheheee.. yang masih belum berteman adalah abah aku, bulan 10.
Sempat juga la aku dengar suara baby ni... perempuan. Kuat bukan main bila dia nangis tp masa adik sms bagitau berat dia, rasa cam xmatching lak dengan suara. Baby perempuan dengan berat 2.8kg. Mmg xcukup bulan tp alhamdulillah... semuanya selamat dan baik. Kakak aku pn cam Kak Long juga, bersalin normal tp Kak Long dulu sakit agak lama.
Then... inilah wajah comel baby perempuan kedua dalam family aku yang memakai pangkat anak sedara dan cucu. Happy abah dengan mak coz dapat sepasang cucu dalam setahun. Yang klakar nya, cucu ke2 ni bila lahir baru tau jantina coz masa kakak mengandung dulu, setiap kali p scan.... ada je problem.
Aku dengan sepantas kilat bila tau berita ni... cam biasa la, sms semua org2 yang berkenaan (habis satu kg aku sms) bagitau tentang kelahiran baby ni... happy2 tp lambat lagi aku nk dapat tengok...
Gambar kt atas tu adalah gambar ehsan dari adik aku, Fakrol. Macam anak cina. Ikut mama dengan papa dia juga. Tp kecik jerk... geramnyer aku tengok. Itu gambar masa umur baby 2 hari. Macam juga dengan Haziq dulu .... bila umur 2 hari baru dapat tengok.
Sunday, March 1, 2009
Majlis Bercukur Haziq
Hari ni hari ke-2 aku kt kg n hari ni gak mak wat majlis cukur rambut tuk cucu sulung dia. Agak besar gak la majlis ni... cam kenduri bertunang lak aku tengok... hehehee
Mmg excited la mak aku dengan kelahiran cucu pertama ni. Naik pangkat la katakan...
Penat nk taip so, korunk tengok je la gambar sekitar majlis ni erk. Actually bercukurnya dh awal cuma majlis lambat sket coz mak nk tunggu aku balik
Saturday, February 28, 2009
Ain vs Haziq
(Ain sedang mengusha Haziq tuk sembang dengan dia)
akhirnya aku sampai gak kat kg semalam
(tengok la betapa sayangnya Ain dengan Haziq)
punya la penat....
flight sepatutnya kol 6.50pm tp delay sampai 7.20pm
so, sampai sini pn lambat la...
(Ain cuba pujuk Haziq yang majuk)
pastu tunggu abang datang amik.. melangut la juga kat airport
then, p amik adik ipar abang kat rawang... balik tasik selatan jap... terus balik pahang
hari ni cuma rehatkan diri jer...
(Ain dh abis akal nk pujuk coz Haziq wat bo layan jerk... Ain start 'main' kasar...Haziq redha je la maksu)
sambil melayan pangai adik dan anak sedara...
kat sini aku attachkan sket aksi ain dan anak sedaranya... haziq
(ntah apa la disembangkan Ain sampai Haziq tersenyum)
Sunday, February 8, 2009
My sister in law... finally delivered
ahaks... akhirnya petang tadi dalam pukul 6pm aku terima sms dari adik perempuan aku...
"kak long dh selamat bersalin. kiter semua dh naik pangkat. baby boy, berat hampir 3kg, lahir di hkl pukul 5.50pm, 8.2.2009". nama baby blom tau g tp tadi aku sms dengan adik perempuan aku. dia cakap dia penah sembang dengan kak long pasal ni. kak long cakap nnt nk letak nama wan mohd...... something la. heran gak aku. naper ada wan coz setahu aku keturunan aku xde wan. rupanya, baru2 ni masa abang aku balik kg dalam bln 1, pak ngah aku bagitau yang tok ayah aku (ayah abah) keturunan blah raja siam... perghhhhhhhh... aku ada darah siam ker?? adehhh.... xtau le plak selama ni. so, kebetulan kakak ipar aku nk bersalin, dia soh la guna nama wan tu... hermmm... ntah la. tengok camne nnt. xk isah apa2 pn. janji semua selamat. xsabarnya aku nk balik kg.
dan yang paling bangga tentulah abang aku coz what?? this is hadiah bzday dia yang paling berharga. hari ni juga adalah bzday abang aku ke 32. dan pada hari ulangtahunnya, dia terima putera sulung sebagai hadiah dari isteri tercinta... bangga beb
aku blom tengok pn gambar baby tu coz semua blom dapat tengok. mak pn sms bagitau yang dia belum tengok. esok kot. so, hari ni masing2 berkampung kat rumah abang di tasik selatan. nasib baik gak esk semenanjung xkejer. cuti thaipussam. so, kalo xde pa pe aral dan boleh kuar esok, abang akan terus bawa kak long balik pahang. coz aku m asih ada sorang g adik yang bersekolah. even dia bleh jaga diri, tp mak aku xbetah nk biar dia time hari skolah.
actually, aku suka gak sususan yang secara tak sengaja berlaku dalam family aku ni. mana xnyer. mak abah aku, masing2 anak ke dua dalam family (satu mak satu ayah coz atuk nenek aku kawen lebih dari skali). kebetulan gak, dalam adik beradik mak abah aku yang satu mak satu ayah ni... mmg ada 2 anak je. so, dedua kira anak kedua merangkap bongsu la. beza mak dan abah aku 7 tahun.
abang aku dengan kak ipar pn sama. beza 7 tahun. abang anak pertama, kak long pn anak pertama... dan baby yang lahir ni adalah cucu pertama kedua2 keluarga.
kakak aku dengan abang ipar?? herm... kedua2nya adalah anak kedua dalam family masing2. nnt bulan 4 ni kakak aku deliver, baby tu merupakan cucu kedua dalam family aku.
aku??? iksh... blom ada jawapan.
adik aku plak.. baru2 ni dia bertunang. kebetulan gak, tunang dia tu anak keempat. sama cam dia. so, aku nnt kener cari anak ketiga gak ler...ehikss
so, semua kebetulan ni mmg menyeronokkan. actually masa adik aku nk bertunang baru ni abah aku terperasan. kalo x, xde sapa pn amik port.
kebetulan lagi... sepatutnya kak long dijangka bersalin 14 feb tp maybe baby dh xsabar nak tengok ayah dia.. so, dia pn menjenguk dunia pada hari ni. sama tarikh lahir dengan ayah dia. rasanya berbaloi abang dan kak long menanti selama hampir dua tahun untuk melihat zuriat sendiri. semoga hidup mereka akan lebih berma
kna... tahniah.
*** yes... akhirnya dapat gak gambar baby dari ibu dia.. ehiks.. wahh..anak sedaraku. xsabar rasanya mak lang nak peluk cium. tunggu mak lang balik tau. tp nama blom tau lagi
Kak Long dh start sakit...
semalam kak long call aku... minta no tipon mak.. dan juga la aku tanya naper. dia cakap dia macam dh turun darah... lagipun skang ni adalah tempoh dia nk due.. maybe tanda2 kot.
pagi ni masa aku dok surf tenet... dapat sms. ingatkan dari sapa, rupanya dari kak long. sempat gak la aku tengok jam... kol 2.30am. kak long bagitau yang dia dh kener tahan kat wat. bukaan dh 2cm.
hermm.. maybe dh xlama la masa tuk dia deliver. kat opis aku ni pn ada sorang staff yang wife dia akan deliver hari ni...kalo ikut due kak long... 14hb tp maybe anak sulung kot. tp masa kak long sms aku tadi.. dia cakap yang nurse bagitau kalo anak sulung, selalunya sakit lama. hermm... xbleh harap gak coz member aku last 5 days.. subuh sakit... kol 2pm lbh dh bersalin. anak sulung gak.
apa2 pn.. aku rasa abang yang paling happy kalo baby tu lahir hari ni coz hari ni kebetulan sama tarikh dengan bzday dia. kalo betul, nilah hadiah bzday paling bermakna tuk dia. setelah hampir 2 tahun tunggu untuk melihat zuriat sendiri.. apa pn, aku cuma harap kak long n baby akan selamat.
dengan ini juga bermakna, yang xlama g aku akan jadi mak lang... wow,, bestnyer. naper la saat dan ketika ni aku xde dekat dengan kak long. yang xbestnyer, dengan ini juga....akulah orang paling last tengok baby tu coz hujung bulan ni baru aku balik kg.
dan paling best....pasni abah dengan mak dengan rasminya akan bergelar atuk dan nenek... ehikss.. dh xbleh la abah nk fight dengan adik beradik dia yang dia muda lagi. selalunya abah suka usik mak anjang nani coz mak anjang nani walaupun adik abah, dh ada 3 cucu kalo xsilap aku.....hehehehe
aku cuma berdoa dari kejauhan...semoga semuanya selamat..amin
Friday, September 12, 2008
Double Happiness
erwaaaa....best giler la dapat berita semalam. Tp terasa cam ampeh pn ada gak. Last Sunday kiter dapat sms dari kakak. Dia kata dia xsihat. Husband dia lak xde so dia minta kita bawakan dia ke HUKM. Ye la, sebagai seorang adik n kiter lak mmg sayang giler ngan kakak kiter so, kiter pun p le amik dia kat Bukit Jalil tuk di bawa ke HUKM.
Friday, July 4, 2008
Undangan Ke Majlis Persandingan
dengan pasangannya seperti didalam kad. Thursday, July 3, 2008
Salam Takziah
Al Fatihah....
Hari ini.. keluarga kami telah kehilangan seorang ahli akibat barah usus yang dideritai olehnya sekian lama. Semoga kembalinya beliau ke sisi Ilahi akan lebih menenangkannya dan semoga roh beliau dicucuri Allah SWT.
Beliau ialah ibu mertua kepada abang kiter Puan Hasmah Binti Baharum. Menghembuskan nafas terakhir beliau pada pukul 5.45pm semalam di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Diharapkan dugaan ini dapat ditempuhi oleh kakak ipar kiter yang sedang mengandung anak pertama.
Beliau akan di kebumikan hari ni di Jitra, Kedah (kalau xsilap kiter. Xberani nak tanya kakak ipar coz dia pn tengah sedih...)
"Semoga Allah Mencucuri Rahmat Ke Atas Roh Beliau.....amin"
Sunday, May 11, 2008
Selamat Hari Ibu
(",) Assalammualaikum
Bismillahirahmanirrahim...
Erm.. dah 11 may kan?? cepatnya la masa berlalu..pejam celik pejam celik dah nak masuk tengah tahun.
1st of all, bangun pagi2 tadi saya terus call mak.. "SELAMAT HARI IBU" itulah ucapan pertama selepas salam diberi. dapat dengar mak ceria kat hujung talian dah cukup menggembirakan hati saya. maklum la, call dari kejauhan. xdapat nak balik bersama2 mak menyambut hari ibu. apa pn saya rasa mak faham. dan seronok dapat sembang2 dengan mak. saya dengan mak beza umur cuma 20 tahun so, xbanyak masalah. cam kawan2 cuma respect must put at the 1st place la.
Beruntung rasanya masih ada mak. sekurang2nya masih dapat berteduh kasih dan bermanja2 walaupun umur semakin naik. hehehee... nak tumpang kasih mak mertua belum tahu bila so, ambil kesempatan dulu la dengan kasih hakiki seorang ibu yang melahir dan membesarkan saya serta memberi kasih sayang xberbelah bahagi antara semua anak.
Kalau saya balik kampung, selalu lepak2 dengan mak. Sembang2 pasal hidup masa lampau dan akan datang cuma kadang2 suspen gak bila mak buka citer pasal kawen. hehehee... maklum la, anak dia yang sorang ni blom buka mulut pun citer pasal kawen so, sambil2 sembang tu, kadang2 mak berkias gak le. cuma buat xtau. tapi saya bersyukur sebab mak saya faham dan kenal sapa anak dia yang sorang ni. dan saya amat2 bersyukur sebab mak xpernah halang atau paksa saya buat sesuatu keputusan. sebab tu dalam banyak2 hal yang memerlukan saya membuat keputusan, perkara pertama yang saya pk adalah family. saya xde pa pe melainkan keluarga yang menjaga dan menyayangi saya sejak lahir lagi. baik buruk susah senang yang kami alami, insyaallah kami akan bersatu sebagai sebuah keluarga.
Citer2 pasal hidup seorang ibu, saya pn teringin nak jadi seorang ibu sebab saya memang suka budak2. nak juga rasanya camne menghadapi detik2 menjadi seorang ibu. mesti excited kan. benda paling saya cemburu dalam dunia adalah apabila melihat perempuan mengandung. memang saya teramat2 cemburu masa tu. seronok tengok perempuan mengandung. cahaya pada muka diaorang ni pn lain. orang kata, kalau perempuan mengandung seri dia lagi indah dari seri seorang pengantin baru. best kan?? hehehee. cuma maybe masa saya belum sampai. so, keep praying.
K la, kepada yang membaca artikel ni... saya mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu2 didunia. hargailah ibu kita selagi berkesempatan. seronok tau ada mak ni... apapun panggilan kita kepada ibu kita... HARGAILAH IBU SEBAIK MUNGKIN...amin
wassalam (",)



