Wednesday, May 26, 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Video Klip)

Shahir AF8 – Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Monday, May 3, 2010

Takziah.. Perginya mereka tanpa di sangka

Petikan dari Kosmo Online

Bayi antara lima maut kemalangan

KUANTAN - Bayi lelaki berusia empat bulan merupakan salah seorang daripada lima sekeluarga yang terbunuh dalam kejadian kemalangan di Kilometer 88, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur dekat Kampung Karak Setia, Karak kira-kira pukul 4 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Rosli Abdul Rahman berkata, bayi tersebut, Mohd. Hakim Abdul Wafi maut di tempat kejadian akibat parah di kepala, muka dan beberapa bahagian badan yang lain.

Ahli keluarga bayi tersebut yang turut maut ialah bapanya, Abdul Wafi Faujan, 41; ibunya, Noraini Ahmad, 29; ibu serta bapa saudaranya, Norhayati Ahmad, 39, dan suaminya, Zulkefle Jalil, 54.


Petikan dari Berita Harian Online

5 sekeluarga maut kereta bertembung
Oleh Irwan Shafrizan Ismail dan Shahrul Nizam Mohamad
bminggu@bharian.com.my
2010/05/02

Bayi empat bulan antara terbunuh

KUANTAN: Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi lelaki berusia empat bulan apabila kereta Proton Wira yang dinaiki bertembung dengan kereta jenis Honda Civic dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 88 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, berhampiran Kampung Karak Setia, Karak semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, dua daripada mangsa disahkan meninggal dunia ialah di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala manakala tiga lagi mangsa meninggal dunia di Hospital Bentong.
Mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu Proton Wira, Abdul Wafi Faujan, 41, dari Jalan Raja Ali Kampung Baru, Kuala Lumpur; penumpang hadapan yang juga isterinya, Noraini Ahmad, 29, dari Felda Kumai, Triang; anak mereka, Mohd Hakim Abdul Wafi, 4 bulan; penumpang belakang yang juga kakak ipar pemandu, Norhayati Ahmad, 39 dan suaminya Zulkefle Jalil, 54, masing-masing dari kampung Sementeh, Lanchang.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman berkata, seorang lagi penumpang kereta Proton Wira itu dan dua orang yang menaiki kereta Honda Civic yang masih belum dikenal pasti, turut mengalami kecederaan.

Beliau berkata, ketika kejadian, Proton Wira terbabit dikatakan dalam perjalanan dari arah pekan Karak ke Lanchang.

"Siasatan awal mendapati Proton Wira terbabit dipercayai cuba memotong sebuah kereta lain di depannya yang dipercayai memandu terlalu perlahan.
"Bagaimanapun, ketika cuba memotong kenderaan terbabit, tiba-tiba sebuah Honda Civic datang dari arah bertentangan menyebabkan kedua-dua kereta terbabit bertembung," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Rosli berkata, akibat pertembungan itu, dua mangsa yang menaiki Proton Wira terbabit maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, muka dan badan.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Bentong turut dipanggil untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta terbabit.

“Siasatan lanjut masih dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222.


Petikan dari Utusan Malaysia Online

5 sekeluarga termasuk bayi terbunuh

KUANTAN 1 Mei - Lima sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia empat bulan maut apabila kereta Proton Wira yang dinaiki mereka bertembung dengan kereta Honda Civic dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 88, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur berhampiran Kampung Karak Setia, Karak hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 4.30 petang itu, dua daripada mangsa terbabit menemui ajal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala tiga lagi mangsa meninggal dunia di Hospital Bentong.

Mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu Proton Wira, Abdul Wafi Faujan, 41, dari Jalan Raja Ali, Kampung Baru, Kuala Lumpur serta isterinya, Noraini Ahmad, 29, yang berasal dari Felda Kumai, Triang.

Turut maut ialah bayi mereka, Mohd. Hakim Abdul Wafi serta penumpang belakang yang juga kakak ipar pemandu, Norhayati Ahmad, 39, dan suaminya, Zulkefle Jalil, 54, masing-masing dari Kampung Sementeh, Lanchang.

Seorang lagi penumpang kereta Proton Wira itu dan dua orang yang menaiki kereta Honda Civic hanya mengalami kecederaan, namun identiti mereka masih belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Rosli Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, ketika kejadian Proton Wira terbabit dikatakan dalam perjalanan dari arah pekan Karak ke Lanchang.

Menurutnya, kereta yang dinaiki keluarga itu dipercayai cuba memotong sebuah kereta lain di hadapannya yang memandu terlalu perlahan.

"Bagaimanapun, ketika memotong kenderaan terbabit, sebuah Honda Civic datang dari arah hadapan menyebabkan kedua-dua kereta terbabit bertembung," katanya.

Menurutnya, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Bentong membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di dalam kereta terbabit.

Katanya, polis menjalankan siasatan kes itu mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09- 2222222.



Saksikan kemalangan keluarga sendiri

BERA 2 Mei - Ahli keluarga kepada mangsa kemalangan ngeri di Kilometer 88, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, Norliza Ahmad tidak menyangka kemalangan yang disaksikannya ketika dalam perjalanan pulang ke Lanchang petang semalam melibatkan ahli keluarganya sendiri.

Menceritakan kembali tragedi tersebut yang meragut nyawa lima anggota keluarganya termasuk seorang bayi, Norliza, 34, berkata, dia tergamam apabila mengetahui kemalangan negeri yang dilihatnya itu membabitkan kakak, adik dan iparnya.

''Ketika itu saya dan suami dalam perjalanan pulang ke rumah di Lanchang sebelum suami saya memberhentikan kenderaan setelah melihat satu kemalangan.

''Saya terkejut apabila mendapati adik, kakak dan ipar saya yang terlibat," katanya ketika ditemui di rumah bapa angkat mereka di Felda Kumai di sini hari ini.

Dalam kemalangan ngeri kira-kira pukul 4.30 petang semalam, lima sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia empat bulan maut apabila kereta Proton Wira yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta Honda Civic berhampiran Kampung Karak Setia Karak.

Mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu Proton Wira, Abdul Wafi Faujan, 41; isterinya, Noraini Ahmad, 29, dan bayi mereka, Mohd. Hakim.

Turut terkorban, penumpang belakang yang juga kakak kepada Noraini, Norhayati Ahmad, 39, dan suaminya, Zulkefle Jalil, 54.

Menceritakan lebih lanjut, Norliza yang masih bersedih dengan kejadian itu berkata, dia bersama ahli keluarga lain segera membantu mengeluarkan mangsa dari kenderaan dan menghantar mereka ke Poliklinik Karak.

''Saya melihat Noraini dan suaminya tersepit di dalam kereta dan dia meraung kesakitan manakala Kak Yati sudah tak sedarkan diri. Kami cuba mencari bayi yang didukung olehnya tetapi tidak ditemui.

''Selepas berjaya mengeluarkan mereka, saya dimaklumkan bahawa semuanya telah meninggal dunia kecuali anak kedua kak Noraini iaitu Nasrul Amana Shafri, 6 tahun," jelasnya.

Norliza berkata, Nasrul Amana kini dalam keadaan stabil di Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh, walaupun mengalami patah tulang pinggul dan kaki.

Sementara itu, adiknya Norhasnah, 24, berkata, dia tidak menyangka kejadian seorang anak saudaranya hampir lemas ketika mandi di Air Terjun Sungai Chamang sebelum kejadian, petanda buruk bahawa insiden lebih tragis bakal berlaku.

''Kami sekeluarga sudah merancang sejak dua minggu lalu untuk berkelah di Air Terjun Sungai Chamang di Bentong.

''Semalam, kami lima beradik bersama keluarga masing-masing berkumpul di rumah Allahyarham Noraini di Lanchang sebelum ke Bentong dengan menaiki tiga kereta," katanya ketika ditemui di Hoshah.

Jelasnya, sampai ke pusat peranginan itu, mereka mandi-manda di air terjun tersebut sebelum seorang anak saudaranya lemas.

''Nasib baiklah isteri kepada abang saya berjaya menyelamatkan Noradriana, anak sulung kepada Allahyarham Noraini daripada lemas," katanya.


Nota : aku rasa ramai yang tau pasal kemalangan ni.. yeap. mereka yang terlibat...Noraini & Norhayati adalah adik beradik. dan.. kedua2nya adalah org kg aku. rumah kami dekat sangat... selang 3-5 buah rumah je.. adik beradik ni dulu la kawan2 aku masa zaman kanak2.. kami mengaji di tempat yang sama.. pergi dan balik mengaji sama2... kedua2nya adalah anak yatim piatu. Arwah Kak Yati merupakan anak ke 2 dan arwah Noraini adalah anak ke 5 dari 7 beradik. Mak dan ayah kedua2 arwah sudah lama kembali ke rahmatullah.. aku rasa sejak zaman aku skolah lagi. selepas semua adik beradik arwah habis sekolah, diaorang berpindah kuar dari Kumai dan hidup berumahtangga dengan pasangan masing2. kami semua terkejut dan amat sedih dengan kehilangan keduanya. walaupun kedua2 arwah nampak garang tp diaorang baik sangat. sama cam arwah mak ayah diaorang. seingat aku, arwah Noraini betul2 ikut macam mak dia. dan... sungguh aku xsangka, announcement lepas subuh pagi ahad lepas rupanya membawa kepada berita kembalinya kedua2 beradik ni ke rahmatullah. padan la malam tu aku dan mak gelisah semacam je.. susah nk tido. sejak berpindah, kami dh jarang berjumpa dan xsangka jumpa dalam keadaan macam ni. jenazah Noraini, suami dan anak dikebumikan di Kumai.. maybe atas permintaan dari keluarga arwah memandangkan rumah pusaka mak ayah diaorang ada lagi kt Kumai dan arwah Kak Yati dan suami dikebumikan di Kg Sementeh, Lanchang. maybe atas permintaan keluarga arwah suami Kak Yati. bila sebut nama Kg Sementeh, tetiba aku teringatkan member kelas aku yang sama2 belajar kt SMDB dulu. apa la khabar kawan aku tu...

since berita kehilangan kedua2 beradik ni.. facebook Generasi Kumai terus mendapat perhatian anak2 Kumai yang berada di seluruh Malaysia dan dunia. banyak kenangan aku bersama arwah dan aku akui... terasa kehilangan keduanya coz aku kenal sangat2 dengan keduanya. kebetulan rumah kawan aku, norzilahayu sebelah rumah arwah so masa sekolah dulu aku mmg selalu lepak kt rumah arwah. arwah mak n ayah arwah jga suka melayan kami.

semoga arwah sekeluarga aman dan tenang di sana... semoga roh kesemuanya di cucuri rahmat ilahi... Al-Fatihah.....