Friday, August 28, 2009

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN

petikan dr email......


1) Sakit kepala selepas waktu asar keatas.

2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila

Al-Quran sebagai hantaran

macam biasa.. pg2 aku mesti buka forum tuk melihat kalau2 ada sesuatu yang baru... yang memerlukan perhatian aku...

dan... setelah beberapa ketika aku xbuka thread ni... tetiba hari ni terdetik tuk aku tengok.. apakah kandungan terbarunya... dan.. inilah yang menarik perhatian aku tuk di kongsi bersama.. semoga kita sama2 mendapat sesuatu darinya.. insyaallah...

*************************************

HANTARAN AL QURAN

Semoga kita mendapat manfaat dari kandungan cerita ni.....

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil.

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad


Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaani rrahim..ALL. .MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Tit.. Tit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

Wednesday, August 26, 2009

Eira dah jadi anak dara



wow.. terkejut aku biler tengok eira...

makin comel.. comel cam anak cina... mmg lain sangat dr eira yang aku tengok sebelum ni...
comel sangat.. ayu.. jelita.. geram betul

baru2 ni call mak.... mak ckp eira dh pandai meniarap...
tadi mak sms... bitaw nenek eira yang sorang g nk antar eira balik.. baru 4 hari amik... ekekkekee... xsanggup nk jaga kot sbb dia mmg xbiasa jg cucu.. xpenah rasanya...
padahal eira bkn wat pangai pun.. xpe la..
abah yang paling happy sbb nampak sangat abah berat hati nk bg eira ari tu ,.. nk wat camne kan.. eira pn cucu diaorang gak so, walau berat hati.. kener gak benarkan.
mulanya nenek dia nk amik sebulan.. pastu down ke 2 minggu.. last2 td mak cakap dia call.. bitaw yang dia nk antar eira esok...
berkembang balik la senyum masing2... nk2 skang ni eira dh mula 'cerdik'... lagi la.

Saturday, August 22, 2009

Telahanku silap....

aku ingatkan bila aku dh mampu bangun.. mampu duduk dan mampu berjalan.. aku dh sihat sepenuhnya....

nyata.. telahanku silap
malam tadi.. kak dah call... soh ke rumah dia. ada benda dia nk tunjuk. bibah pn dh sampai sana.. so, lepas mandi dan alas perut sket.. aku pun kuar sehelai sepinggang... tp still bawa beg merah jambu aku tuk aku isi benda2 yang aku rasakan perlu....

masa drive ke sana.. dr tasik selatan ke bkt jalil yang anggaran masa hanya 10 minit aku rasakan cam berjam2 lamanya... ntah baper kali plak time tu aku cam ssh nk bernafas... aku xpenah ada asma.. xpenah dalam sejarah family aku ada asma.. dan ini yang wat aku cuak... tp aku kuatkan semangat.. aku cuba tumpukan perhatian.. hingga aku sampai ke rumah kakak...

seyes... langkah aku mmg terlalu slow.. 1st time aku rasa slow macam ni. biar la orng nak kata apa pun. nk kata aku reka cerita ke .. apa ke... tp sekurang2nya.. sekiranya aku 'pergi' dalam masa terdekat.. ada gak sesiapa yang bleh jadikan blog ni sebagai rujukan kepada puncanya...

sampai rumah kakak.. aku rasa terlalu mengah. sampai tercungap2 aku bernafas. last2 aku masuk tido. itu pun siksa aku nk lelap. aku minta tolong adik sapukan balm kt belakang. dia cakap belakang aku banyak bintik2 merah.. muka aku pn.... badan aku panas.. tp aku xrasa pn panas tu. ntah kol baper baru aku terlelap....

sahur.....
berkali2 adik n kakak aku kejutkan... aku dh sedar awal2 lagi cuma bila diaorang panggey.. aku xkuat tuk menyahut. last2 kol 5am.. baru la aku bangun. aku cuba telan nasi walaupun sket. sebagai alas perut tuk pose hari ni... aku tengok slamber jer diaorang telan lauk ayam masak kacang tu... tp aku nk telan... punya la siksanya... bkn sbb xsedap atau apa tp aku rasa ayam tu terlalu masin.. aku tanya kakak n adik... diaorang cakap, rasa dia biasa jerk. hermmmm... naper aku yang rasa bkn2 ni??

sebelum habis sahur.. aku minum sket 100plus. seb bek kt umah kakak ada... harap2 aku dapat teruskan pose hingga waktu berbuka....

napas aku makin sesak.... tp aku cuma sedaya mungkin tuk bernafas seperti biasa......

Friday, August 21, 2009

Sejarah berulang....

Hari ni baru la aku ada kudrat sket nk bangun dan bersembang...

itu pun aku rasa... tuk lakukan sesatu pergerakan.. aku perlukan 2-3 kali ganda tenaga asal...

actually minggu ni bermula isnin lepas...
aku gantikan tempat ziela jd urus setia temu duga. mmg ramai calon yang datang... calon aku plak.. kesemuanya hadir tuk interview tu.. campur lagi dengan calon2 board lain.. guru dan anggota sokongan... musim2 camni, biasa la.. ramai yang batuk. itu yang aku dengar. aku plak xpakai topeng mulut dan hidung coz aku xconcern sangat benda alah ni.

selasa....
aku masih jd urus setia.. tp hari ni aku rasa lain sket.. sampai aku sempat berbisik dengan ros... "hari ni ramai nyer yang batuk.. lg ramai dr semalam..abis la kiter"... dan aku sempat juga cari kalo2 ada yang terlebih simpan topeng mulut dan hidung. tp aku dimaklumkan yang xde stock.. puas juga la aku cr.. tp kebanyakkannya kata... dh abis..

macam biasa.. balik rumah, aku mesti ngadap pc.. sama juga la cam ari tu. tp aku dpt rasa tekak aku cam gatal2 dan aku dh start batuk. sampai haziq pun aku dh xberapa berani nk pegang. pastu aku pesan dengan kak long.. minta tolong abang belikan topeng mulut & hidung sebab aku rasa xselesa... tekak aku makin perit...

rabu...
aku p kejer macam biasa walaupun batuk aku dh semakin menjadi2.. masa drive td.. mata aku sempat terpejam masa aku batuk.. rasa sakit sangat kt bahagian kepala.. risau aku dibuatnya. tp aku masih boleh bergerak so, aku teruskan juga. aku sampai opis agak awal. aku start kejer cam biasa tp menjelang tengahari.. batuk aku semakin menjadi2.. dan sakit kepala pn bertambah2.. setiap kali batuk.. aku rasa kepala aku cam kener himpit kiri dan kanan.. sesak sangat. nafas aku makin laju. dada kadang2 sesak... tekak makin perit.. sendi2 rasa sengal sangat.. kaki dan tangan dh semakin lemah... aku xkira.. hari ni aku mesti ke klinik juga..

selesai urusan temuduga... aku drive ke klinik. aku rasa ni la 1st time aku drive paling sopan... 40-60km/jam je. walaupun xramai time tu... (maybe sbb time rehat) tp no aku kebelakang juga la.. aku cr port paling sesuai tuk park keter. then aku menapak ke bahagian luar klinik yang dikhaskan sejak penularan H1N1... masa nurse tu tanya aku kenapa.. aku cakap batuk. then dia tanya.. selsema x.. aku cakap x.. mmg betul pn. aku xselsema.. dia tanya lagi.. demam x? aku ckp xtau sbb baru semalam aku kener batuk2 ni. then dia amik jangka suhu dia check suhu dahi aku...

39.7 darjah !!! dia sendiri terkejut sbb dia cakap aku demam panas ... suhu aku tinggi.. then aku masuk dalam.. register bagai.. pastu tunggu giliran. sementara nk sampai turn aku.. aku rasa cam nk tercabut anak tekak aku batuk xhenti2.. perit. orang keliling semua dok pandang.. ampeh toi. tp nk wat camne.. aku dh xbleh nk tahan. perit pn perit la. janji lepas...

Q862.. akhirnya no aku dipanggil dan aku masuk dalam jumpa doktor. doktor tanya aku sama cam nurse td tanya.. aku jawab la. bila dia tanya aku demam x... aku cakap nurse td check suhu.. dia cakap demam. then doktor tanya lagi. baper.. aku jawab la 39.7 darjah.. dia terkejut. then dia check balik.. kali ni dh turun sket tp still tinggi 38.9 darjah. doktor check tekak... then dia cakap tonsil aku bengkak... then dia cakap kalo sampai jumaat ni suhu aku xturun... aku kener datang wat saringan H1N1... erk (O_O).. tertelan liur gak la aku.. minta dijauhkan la. tp dalam tempoh 3 hari ni, aku kener rehat dan makan ubat yang dia bagi.

dh settle semua kt bilik doktor.. aku p farmasi tuk amik ubat. selesai semua... aku terus drive balik. aku rasa better aku balik skang dr aku balik time abis kejer sbb time tu mesti banyak keter.. nnt aku gak yang weng sorang2 time drive. sebelum balik, aku sempat stop jap kt petronas presint 11. beli 2 botol besar 100 plus, 1 botol kecil 100 plus dan topeng mulut & hidung (sib bek ada). then aku drive balik. time ni kaki aku dh kremm... kadang2 aku rasa cam tekan minyak terlebih sampai keter laju semacam jerk. risau gak aku.

akhirnya aku selamat gak sampai rumah. naik jerk.. aku terus makan ubat... pastu aku tido sampai xsedar diri.. sedar2 sbb aku dh haus sangat.. tengok jam.. kol 2am.. aku bangun p dapur n minum 100plus yang aku beli tadi.. aku rasa blom pn sempat air tu cecah usus aku.. semua isi yang ada dalam perut.. berhampur keluar laju2.. sampai yang tersisa sket2 tu dh jd kosong.. sekosongnya... setiap kali aku xsihat.. mmg aku akan minum air 100plus.. biar muntah. tp mmg xlarat la sbb walaupun perut aku dh kosong.. rasa nk muntah tu masih ada..

khamis...
aku rasa badan aku dh ok sket... suhu dh turun sket tp batuk semakin menjadi2... sejak semalam.. even tido pn aku pakai topeng. aku tau yang aku bkn mangsa H1N1 tp sebagai langkah berjaga2.. aku perlu buat ni. g pn, rumah aku ada baby... pagi ni aku bangun cam biasa tuk ke tempat kejer... tp setiap titis air yang cecah kulit tubuh masa aku mandi td.. aku rasa cam tulang aku kener pukul dengan besi.. sakit sangat.. ngilu !!

aku drive macam biasa tp aku rasa yang tangan dan kaki aku xkuat tuk handle keter. aku risau sepanjang perjalanan nk sampai ke opis. tp aku perlu gak ke opis sbb semalam aku xminta mc pn dengan doktor. g pun aku ada kejer tuk di settlekan hari ni. nk xnak... aku kener gak masuk opis ari ni. aku rasa setiap langkah kaki aku.. terlalu lambat. laju lagi kak dah n kak long jalan masa diaorang dalam pantang dulu. seksa nya la bila sakit ni...

sampai kt opis.. aku buat apa yang patut aku selesaikan... ramai yang tanya naper aku xminta mc.. aku pn xtau naper semalam aku xminta mc padahal aku kener makan ubat selsema n batuk yang sah2 buat aku mengantuk. xpe la... settle semuanya nnt... aku apply cuti je la. g pun, aku mmg xlarat sangat dh. ddk lama pn xboleh. sengal satu badan....

sampai rumah.. skali lagi aku telan ubat batuk, selsema, demam dan antibiotik.. aku cuma alas perut dengan air je sbb aku xboleh nk makan apa2.. tekak rasa perit. selera xada.. dh 2 hari aku xmakan.. kalo paksa sekalipun.. sure muntah balik.. lg seksa so better aku minum jerk. air pun selain air suam (makan ubat), aku hanya minum 100 plus je.

macam sebelumnya juga... awal pagi baru aku terjaga tuk minum tp cam biasa juga.. mesti aku muntah balik.. seksa nyer la.

jumaat...
hari ni aku xkejer. semalam aku dh apply cuti tuk 2 hari. panas badan dh semakin berkurang tp batuk semakin menjadi2.. dan ada tanda2 aku nk kener selsema... tekak semakin perit... tp hari ni aku gagahkan juga telan makanan sbb perut aku dh betul2 kosong. badan pn dh semakin lemah...

walaupun xbanyak yang dapat lepas masuk ke dalam perut tp sekurang2nya ada juga sesuatu tuk aku alas perut. dan aku sebenarnya dh jemu bertapa dalam bilik. dalam rumah pn aku terpaksa bertopeng.. rimas. harap2 semuanya cepat berlalu. kalo ikutkan hari ni aku kener jumpa doktor... tp itu pun kalo suhu badan aku masih tinggi.. aku rasa skang dh ok... dan xpayah la aku p klinik. g pn aku xlarat nk drive. xkan aku nk harapkan semuanya kt abang. dia pn ada kejer lain gak nk buat. dh la malam 1st aku demam tu..dia sampai tido kt ruang tamu lagi...

aku pn xtau apa sebenarnya sakit aku ni.. tp yang nyata.. ini adalah tahun ke 2 aku demam sebelum puasa. last year benda yang sama berlaku pada hari pertama puasa.... dan tahun ni... 4 hari sebelum puasa. last year aku di suspect denggi... selama 6 hari berturut2 aku berulang alik ke hospital tuk check darah... hingga hari terakhir, aku kener tambah air sbb dh lemah sangat. last2 abah suruh abang bawa aku balik kg. tahun ni xde la plak sampai check darah...

actually aku risau gak sbb badan aku ni ada bintik2 merah dan aku lak sakit2 sendi.. siang td kak jeenie ada call.. dia beria2 soh aku p klinik semula.. takut2 aku kener chikugunya... iksh.. kak jeenie ni wat aku suspen jerk..

but.. thanks anyway to tiha, midon dan kak jeenie yang sudi call dan bg kata2 semangat... dan muaz yang beria2 soh aku minum 100plus banyak2... thanks also to ynizam yang faham situasi aku sbb xdapat nk attend meeting malam khamis lepas.

Selamat Berpuasa kepada Seluruh Umat Islam................


p/s: aku harap tuk stabil semula supaya aku dapat sambut puasa cam orang lain juga..... amin

Sunday, August 9, 2009

Kenduri kawen...


Minggu ni aku balik kg lagi.. kenduri kawen member aku.. dua beradik


agak mengarut la kalo aku xbalik kenduri diaorang sbb rumah pn sebelah2.. kami membesar bersama2...
ye la.. umur kami pn bkn la beza sangat pn...

aku suka tengok pelamin dia...
pasangan pengantin adalah...
Mohd Rozi bin Abd Rahman & Isteri
serta Ramadiah binti Abd Rahman & suami

Saturday, August 8, 2009

Happy Bzday To My Love


klakar rasanya kalo nk citer....

kalo org len sambut bzday biler genap setahun.. lain lak dengan family aku..
baru2 ni kami semua berkumpul.. xde sapa pun yang tertinggal.. semuanya balik kg tuk hadiri majlis kenduri kawen mardiah dan abang dia... gie.

memandangkan masanya cam ngam2 jerk.. kami pn sepakat sambut bzday anak2 sedara dan abang ...tp yang xtahannyer.. bknnyer umur diaorang ni genap dalam bilangan tahun... sebaliknyer genap dalam bilangan bulan...

abang.. 32 tahun setengah, haziq setengah tahun @ 6 bulan dan eira plak genap 4 bulan...
siap beli kek lagi.. kekeke.. tu semua kejer aku dan kakak.. kek lak ain yang pilih sbb hari tu kami kuar bertiga... so, kami beli la barang2 dan kek tuk celebrate bzday anak2 sedara dan abang... bila pk2 balik cam ampeh jerk rasa... nama je celebrate bzday diaorang tp antara ke tiga2 orang tu... sorang tu xmakan kek.. kami je yang beria2 mengabiskan semuanya.. kekkekekee

apa pn.. ni lah yang aku suka dengan family aku.. kami xnampak rapat sangat tp naluri kami menyatukan kami semua.. harap2 ikatan ini akan terus kekal hingga ke akhir hayat....
dan semua ini adalah hasil didikan dan curahan kasih sayang mak dan abah yang mendidik kami dari tapak kaki besar 2 jari hingga la ke hari ni.. namun seandainya ada kepincangan dalam hidup kami.. sesungguhnya.. mak dan abah tidak menyumbang apa2 ke arah kepincangan itu.. hanya kami yang salah menilai....

we love u mak dan abah...............

Monday, August 3, 2009

GPS .. open for booking





Hi all,

Saya dan kawan2 ada dapat GPS dengan harga yang sangat menarik
So, rasanya rugi kalo xkongsi dengan kawan2 yang lain ...
Sesapa yang berkenan.. boleh la contact direct dengan saya... stok saya xpegang tp kalo ada yang nak... terutama di Lembah Kelang.. senang jerk. Kiter set tempat tuk jumpa.. bawa duit... nnt supplier tu datang dengan GPS... dan dia bleh demokan skali tuk sesapa yang nk beli

Harga yang kami dapat ni adalah harga member kelab kami tp xsalah rasanya kalo ada yang berminat nk memilikinya... benda elok xrugi kongsi faedah bersama..
Nk2 skang ni rasanya GPS terlalu berguna tuk semua orang... dengan kemajuan jalanraya yang kejap je wujud.... mungkin bg sesetengah orang harganya agak mahal tp untuk jangka masa panjang..... ia berbaloi tuk poket kita.. jimat minyak... jimat duit.. jimat masa.. sbb dengan GPS ni.. kita boleh cari jalan xbertol.. jalan shoutcut.. kalo salah jalan.. dia akan culculate balik jalan sepatutnya..

Respon dr kawan2 yang dh beli... so far... mmg best la coz multi-functional.

Ni antara spec yang ada pada GPS ni...

1) 4 software build-in (garmin, papago, igo dan mapking. papago adalah the latest software tuk GPS)

2) 3D view area town city

3) multi function (boleh tengok video melalui SD Card, MP3/MP4 support, bleh jd screen reverse kamera, bleh bluetooth dengan hp tuk buat/terima call... ada build in mic n speaker, bleh sambung terus dengan audio dan visual dr cd/dvd player, ada game... plug n play... nnt ingat balik. rasanya banyak lagi)

4) didatangkan lengkap dengan holder, charger (home & car), usb wire

5) gerenti setahun (rosak akan diganti dengan yang baru.. bukan di tukar alatganti)

6) ada skim bayaran sebanyak 2 kali tp abis bayar baru dapat barang.. kalo risaukan duit.. bleh simpan dulu.. dh cukup baru bayar

7) free updated .. bleh update terus dr website atau minta supplier updated kan

8) up to date... azhar maju pn ada dalam maps GPS dia... latest maps

9) local software

10) Malaysia, Singapore & Thailand Maps

Harga bagi yang berskrin 4.3" adalah RM550
Harga bagi yang berskrin 5.0" adalah RM600