Saturday, April 18, 2009

Tambah penyeri

(ini la ekzos standard aku. lepas pasang bodykit last year....sampai skang aku xpasang tip so keter aku ni cam keter yang xde ekzos...kekeke)
Lepas tengok Exora, Syah balik dulu coz dia kener amik wife dia... then aku balik dengan Kikull.
Dia cakap nk p tengok GPS coz dia nk beli tp aku mana la tau katner kedai yang ada jual benda alah tu.. tetiba aku teringat Stephen... aku call dia tp stok dh xde so, tunggu je la. Pastu kitaorang decide nak balik je terus.
(pandangan sisi... ha, kan betul. nampak sangat keter ni cam xde ekzos kalo tengok dr depan)
Kuar dr simpang Proton Edar tu... sementara nk tunggu turn masuk bulatan Batu 3, tetiba Kikull soh aku belok satu simpang coz dia kata nk p tengok accesories keter.. aku yang xtau pa pe pn drive je la.. pastu sampai la kitaorang ke satu kedai ekzos.. cari parking n masuk dalam tu...

aku ingat dia nk survey ekzos tuk keter dia.... rupanya dia tengah 'racun' aku tuk tukar ekzos... ampeh toi le. dh la skang ni aku tengah kering... siap cina kedai tu pn ikut racun skali... soh tukar tabung bagai.. adehh adehhh
setelah agak lama di racun, akhirnya aku decide (aku dengan blur nyer tanya kikull.."diaorg nak pasang tip je kan? naper sampai tabung diaorg nk patahkan / potong?" then... kikull jawab balik "itu bukan patah or potong la dol. itu nak lenturkan sket... bagi rendah. nnt senang la diaorng nk adjust tip tu masuk"....."ooooo". aku kan perempuan. mana aku biasa benda2 camni...huhuu)

tuk pasang muffler tip je. xkose aku nk tukar tabung sampai RM300++. Itu pn Kikull loan tuk aku sbb aku ni mmg jenis p jalan jarang bawa cash..... kalo shopping pn aku cari pasaaraya yang bleh pakai kad... malas aku nk pegang cash.
(mamat ni tengah adjust tip baru untuk di pateri ke batang ekzos yang dh dipotong... pendek je dia potong rupanya)

Actually mmg dh lama aku nk pasang tip tu tp aku bukan tau pn katner nk wat. Kebetulan dah pegi, so pasang je la. Memula aku nk pasang yang lebar dan leper sket tp xmuat lak ruang sedia ada pada bodykit tu so, aku amik yang ngam2 je la.(nk last step baru la aku nampak mamat ni guna safety tools. itupun just tok cover mata dia xmo bagi silau...ahai.... safety last rupanya diaorang ni)
(haaa... sapa kata kalo pakai enjin turbo je ekzos bleh berapi.... tengok keter aku..... xstart pn bleh berapi pe...wahahhahaa...... kagum2)
Inilah hasilnya setelah kuar duit aku RM80...... huhuhu(finally, this is the look... ngam2 je kan dengan ruang kt bodykit tu. kalo aku nk pasang yang lebar n leper sket boleh tp kener potong bodykit tu sket.... ikshh... xmo la. tu pn dh ok)

Exora

Exora..... MPV pertama Malaysia
(emblem Exora.. cantik Proton wat skang ni... untuk semua model keter dia)
Hari ni aku xkejer... mmg cuti pn coz aku kejer 5 (lampu break belakang. di bahagian atas... siap ada spoiler gik.. cayalah. errr,... org panggey benda tu spoiler kan??? (mode blur))
hari seminggu... tp kalo sampai time sengal, aku kejer 7 hari seminggu (no claim)...
Actually aku dh set dengan bdk2 ni nk p tengok Exora so, kol 10 am aku dengan Syah ke rumah Kikull tuk sama2 ke sana. Lgpun Kikull tumpang aku coz keter dia member dia pinjam. Mak aii.. blom bangun gik mamat ni. Jadi kejer lak kitaorng p kejutkan dia....pastu dia jemput masuk. Sementara menunggu dia.. sempatlah kitaorng membaham makanan yang ada...kekekekek (mmg xsarapan pn lagi)(lampu belakang + lampu break + signal... cun seh. siap guna lampu LED gik tu..)

Lepas semua dh settle, aku, syah n kikull pn bergerak ke Proton Edar Batu 3 dengan 2 buah kereta. sampai kat sana, org xramai lagi so sempat la belek2 Exora tu. Ada sebiji je..kaler biru.(yehaaaa... ini la idaman Syah masa tengok Exora. berkali2 dia cakap dia nk benda alah ni.. hak hak hak.nasib la. tp mmg cun seh. tengok sistem gear dia tp bg aku bahaya sket kalo ada bdk2 kecik main kt area ni. nk2 tengah drive coz keter ni auto kan.. gear dia lak mmg jenis lembut. tersentuh sket je dh gerak. mesti korunk tanya katner tempat letak air yang cam dalam BLM. kalo BLM tempatnya bawah dr dashboard yg area radio tu tp untuk Exora kedudukan dia kt depan handbreak. sama je tp kedudukan gear BLM dan Exora ni yang xsama. So, bg aku....sesapa yang tinggi n ada tangan yang panjang, sesuai la pakai Exora coz nk capai tu payah sket.... kalo aku la)
Ok la Exora ni. Actually ni 1st time (Exora pakai rim 15". tp kalau nk letgo pn aku xbleh amik coz dia pakai 5 lubang. BLM pakai 4 lubang so, kesimpulannya xsesuai) aku p tengok keter yang baru di launch. Semua sudut aku belek. Interior n exterior dia mmg best. (Kalo xsilap aku ni ruang tengah. lupa laa... adehh.. pintu bleh buka dedua dan ruang ni agak luas dan selesa la kalo nk masuk 3 org dewasa yang godang2. bila lipat kerusi tu tuk laluan org belakang.... mmg selesa gila la... tayah nk senget2 kaki kuar. tp yang xbestnyer, bila lipat kusi ni sampai abis, dia cepat bidas. so, part ni kener hati2 sket la. xtau la plak aku kalau yg ni je ada problem camtu....maklum le 1st batch)
Kalo aku ada duit lg, mmg aku angkat satu tp masalah aku ni lak, mmg xberminat keter yang xde bonet luas
(berapa punya luas ruang belakang dia. bagi aku untuk perjalanan bersama family dengan jarak yang jauh dan muatan yang agak banyak, Exora ni memadai untuk dinaiki oleh 5 org dewasa (max). itu adalah unttuk keselesaan la coz faham2 la. mana2 mpv pn mmg bonet xluas)
Aku tengok Syah mmg nampak berminat cuma(ni yang aku jeles... LED signal tu.. bebdk kelab aku pn dh ramai yang tukar ke LED tp aku tunggu ada duit dulu la.ehiksss...acik ni semedang je pokai)
aku je yang cam layan xlayan. ekkekeke... Pape pn, congrats to (pandangan belakang Exora. cun juga)
PROTON coz dapat built MPV pertama cuma harap2 semuanya akan berjalan lancar la(emblem depan dia cam pesona sket. lampu depan cam mata belalang. tp fog lamp area..... aku xnafikan...cantik gik BLM nyer...hahahhaa. yg aku jeles sbb Exora come with GPS device... ampeh toi)
So, kat sini ada sket gambar yang sempat di snap

Friday, April 17, 2009

Haziq makin tembam


Hari ni aku bersms sepanjang hari dengan kakak ipar aku, Kak Long. Memula dia mms gambar Haziq.. gambar Haziq pakai kopiah... kebetulan lak hari Jumaat.. nk tergelak aku tengok.
Pastu berderet2 mms masuk. semua nya gambar Haziq....
Ya Allah, tembamnya dia skang. xpadan dengan masa lahir dulu. Actually dulu dia lahir pn xde la kecik sangat tp baru dua bulan berat dia dh 5kg lebih. Sampai umi dia pn mengadu dh xlarat nk mendukung. Ayah dia lak hari2 bertelefon sbb nk bersembang dengan Haziq. Skang ni kakak ipar aku kt Kedah n abang aku kt KL so, telefon je la jadi alat perhubungan. 1 May nnt baru abang aku p amik Kak Long.
Korunk tengok la gambar latest Haziq ni. Maybe dia cepat membesar tuk pertahankan diri dari maksu dia yang ganas dan suka buli dia..... skang ni lak maksu dia dh ada tag team.... baby baru. tengok muka baby tu pn ganas semacam je. Dah la suara besar....

Thursday, April 16, 2009

Happy Bzday To Me


Allah Selamatkan Kamu Allah Selamatkan Kamu Allah Selamatkan Rohaya binti Abd Razak Allah Selamatkan Kamu.....

ahaks, ni lagu bzday yang Ijat nyanyikan tuk aku kat forum semalam...

Thanks to kawan2 yang wish Happy Bzday for me... actually bukan start hari ni jerk. ada yang dh wish 3 hari lepas gik. kononnyer nk jadi orang pertama..
hermm... mmg la org pertama tp awal sangat. anyway, thanks

the 1st person yang wish me on my real day n date are Shag, my club member. Tersipu2 gak le aku segan walaupun xde org nampak. ahaks...

Pastu bersusun la wish dari kengkawan n family. Dalam family lak, adik aku, Fakrol adalah org pertama yg wish tp tercepat 20 minit. kui kui kui. Slalunyer adik perempuan aku wish dulu... mesti dia tension coz xbleh jadi orang pertama... padan muka.

Anyway, thanks to all yg ingat bzday date aku....
Celebrate?? hermm.. blom dipkkan lagi tp no need la rasanya coz umur pn dh makin banyak.

And xlupa gak bzday wish secara maya....

So many thanks to all

Wednesday, April 15, 2009

Eira Syazira..

(alahai, tomeynyer Eira. join muka mama n abah dia. besar nnt mesti muka anak cina ni coz kakak aku dengan abang ipar mmg ada muka cina sket. tp alhamdulillah, Ain, Haziq n Eira jenis yang xbanyak songeh. Senang nk jaga)

Hermmmm... akhirnya hari ni abang ipar aku dh namakan baby dia. Actually mmg dh lama Abang Lan nk letak nama tu cuma masih was2 tp last, mmg itu je nama yang dia ada...
So, aku panggey dia nnt Eira je la... pendek sket....
Tadi adik perempuan aku ada mms beberapa gambar Eira n lepas dapat gambar tu aku pn call kakak.. Kak Dah bagitau yang cara Eira tido sebijik cam dia tido masa ngandungkan Eira....
hehhehee.... anak mama.....
Dan Eira ni lak tido mmg buas giler... berpusing2 atas tilam... adehh, kan aku dh cakap. Eira dengan Mak Su Ain ni ganas... sbb tu la Haziq terpaksa cepat membesar coz xmo dibuli oleh sepupu n mak saudara dia. Pasni aku xtau la saya yang guard sapa. Semua cam ganas2 jerk.
Tp alhamdulillah coz lepas Eira lahir, at least Ain ada teman. Masa Haziq balik Kedah dulu coz nk jumpa tok wan dia dan family sebelah sana.... Ain demam 2 minggu. Hari2 mak call aku citer perkembangan Ain. Aku lak naik risau coz aku mmg xsuka dengan family aku sedih2 atau sakit. Kawan2 aku pn coz aku cepat risau bab2 ni....(aku ada pengalaman penah kehilangan org tersayang, adik bongsu aku)
Actually Eira sepatutnya lahir awal bulan 5 coz kakak akunyer due dalam 5.5.09 tp dh nk kuar awal... xkisah la. Janji semua selamat. Maybe dia tau maksu dia sedih2 dan nk temankan maksud dia.. so, Ain berpisah dengan Haziq cuma 2 minggu je sebelum ada ganti
Masa Ain demam dulu, mak citer hari2 dia masuk bilik Haziq....cari n panggey Haziq. Xjumpa dalam bilik, dia cari seluruh pelusuk rumah... terpanggey2 nama Haziq. Pastu kalo jumpa baby, dia panggey baby tu "Hajik" (Ain baru 2 tahun, pelat)... mak cakap dia perlakukan baby tu sama cam dia wat kat Haziq. Pagi n petang dia amik bear dia, amik tempat mandi Haziq (actually tempat mandi dia dulu)... dia 'mandikan' bear tu camne kitaorang mandikan Haziq.(sama je cara tido Ain & Haziq. kecik2 g dh ada problem...hehheee)
Ain sebenarnya praktis tuk jadi maksu yang baik sejak Haziq dalam perut lagi. Masa tu dia belajar cara2 mengasuh baby dengan menggunakan bear dia. Aku pn xtau mana dia belajar tp cara dia mmg cukup baik. Sama cam kita buat kat baby yang betul. So, bila Haziq lahir, dia mmg excited giler. Selalu minta dukung Haziq. Kadang2 kitaorg layankan juga. Maybe sbb dia xde adik so, dia yang terasa lebih kot.
Skang ni Ain dh semakin ok. Dah happy balik coz dh ada geng yang nampak cam ganas lebih kurang dia jer.

Telur Rebus??

Aha.. ni ada satu info camne caranya nk rebus telur supaya bila masak, ianya jadi cantik jerk.
Ikut step2 ni erk :-

1) Letakkan 2 helai tisu dipermukaan periuk nasi elektrik anda.
2) Masukkan telur yang hendak direbus dan renjis2 sket dengan air
3) Tutup periuk dan tekan butang "Masak" @ "Cook". Sius on power
4) Tunggu sehingga butang tersebut terangkat dan buka tutup periuk serta keluarkan telur tadi dari periuk
5) Lihatlah hasilnya

Selamat mencuba

Boleh ker??






Assalammualaikum.
Hermm.. Aku dapat email dari member. Xde huraian tuk email tu tp ada gambar.
Aku xtau apa citer nyer tp korunk tengok la sendiri erk.
So, pk2 kan la erk.....

Thursday, April 9, 2009

Kak Dah start berpantang

Hari ni hari ke 3 kakak aku bersalin. Pg tadi mas kat opis, mak call bagitau yang diaorng maybe balik Pahang petang ni coz Kak Dah akan berpantang kt rumah mak. Bukan xnak berpantang kat rumah mak mertua dia tp sbb mak mertua kejer so, nnt xde sapa nk tengok (baik dia berpantang kt rumah dia je kalo camtu)

Dalam kol 2pm, mak call lagi bagitau yang semua urusan dah selesai tuk bawa kuar Kak Dah n baby. Alhamdulillah, walaupun baby xcukup bulan tp xde masalah. Cam Haziq, baby ni pn xkener demam kuning so, semua berjalan lancar. Tayah lama2 kat spital.

Sepanjang perjalanan dari KL balik Bera, aku bersms dengan Kak Dah coz baby mak pegang. Xselesa duduk kt depan. Nasib baik la keter adik aku ada. Kalo x, puas berpanas la coz keter kakak aku kancil je. Keter husband dia wira aeroback tp tinggal kt kampung.

Nama baby ni masih blom dimuktamatkan lagi. Mesti jadi kes abang aku gak ni. Last minute baru yakin nk namakan baby. Tu la mak aku pesan, tayah cari nama dulu coz nnt mesti cari nama lain. Masa nk letak nama tu baru la terpk samada sesuai atau x dengan baby. Kakak aku rupanya dh ada perjanjian dengan husband dia. Kalo baby perempuan, abang ipar aku akan namakan dan sebaliknya. So, skang ni mmg turn abang ipar aku la namakan baby ni...

Kita tunggu je apa namanya.

Tuesday, April 7, 2009

Anak saudara ke--2

Hermmmm....
Semalam mak sms bagitau yang Kak Dah dah masuk wad. Actually, saja nk pergi check (monthly checking) coz due dia lambat lagi. Skali check, doktor cakap dah buka 2cm... so, sbb tu la dia kener tahan...pelik gak coz due dia sebulan lagi tp xpe la. maybe sbb dia banyak sangat bergerak kot

Malam semalam sempat juga la aku bercakap dengan dia. Ketar semacam je suara. Dia cakap dia sakit pinggang... nk tido pn xselesa... tp xlama sangat la kami sembang coz dia xtahan sakit..

Then, pagi tadi aku try sms dia lagi. Call.... tp xberjawab. Risau gak aku. Then... aku call husband dia. Husband dia call pn dia xjawab.. maybe tido gik kot. Pastu aku call mak. Rupanya mak on da wat ke KL. Naik bas je....huhuhuu... coz semua org kejer n xdapat balik kg amik mak.

Masa mak dalam perjalanan, cam biasa la. Aku sms mak... mak cakap Ain dalam bas duduk sorang2 satu kerusi coz org xramai. Aku dapat bayangkan camne lebarnyer senyum dia... alahai, rindunya aku dengan family.

Dalam pukul 10am lbh adik aku, Fakrol call. Tengah sibuk2 bersembang, aku dengar suara baby. Aku tanya dia, kat mana? Dia cakap kt HUKM. Aku cam dh bleh agak sesuatu.. then xpayah tanya pn, dia bagitau yang Kak Dah dh bersalin pagi tadi...

Lebih kurang 15 minit pastu abang ipar aku sms, "Dah jadi ayah pn". Hehhehehee.. tp yang hampehnya, kakak aku masuk labour room... sapa pn dia xinform. Termasuk la husband dia. Sabar je la.... mmg supprise giler kakak aku ni. Sapa yang datang jenguk dia kat spital je yang tau dia dah bersalin.

Pastu mak plak call.... diikuti adik perempuan aku. Ya Allah, berderet2 call masuk. Cam aku lak yang bersalin... adehh.. excited betul family aku. Ye la, cucu kedua dalam satu tahun. Betul2 sebulan selepas cucu pertama coz Haziq lahir pada 8.2.2009 dan cucu kedua ni pada 7.4.2009.

Bila baby ni lahir, maka kelahiran bulan 2 dan 4 dalam family aku = seri. Bulan 5 masih mendahului dengan 4 org termasuk abang ipar aku. Heheheee.. yang masih belum berteman adalah abah aku, bulan 10.

Sempat juga la aku dengar suara baby ni... perempuan. Kuat bukan main bila dia nangis tp masa adik sms bagitau berat dia, rasa cam xmatching lak dengan suara. Baby perempuan dengan berat 2.8kg. Mmg xcukup bulan tp alhamdulillah... semuanya selamat dan baik. Kakak aku pn cam Kak Long juga, bersalin normal tp Kak Long dulu sakit agak lama.

Then... inilah wajah comel baby perempuan kedua dalam family aku yang memakai pangkat anak sedara dan cucu. Happy abah dengan mak coz dapat sepasang cucu dalam setahun. Yang klakar nya, cucu ke2 ni bila lahir baru tau jantina coz masa kakak mengandung dulu, setiap kali p scan.... ada je problem.

Aku dengan sepantas kilat bila tau berita ni... cam biasa la, sms semua org2 yang berkenaan (habis satu kg aku sms) bagitau tentang kelahiran baby ni... happy2 tp lambat lagi aku nk dapat tengok...

Gambar kt atas tu adalah gambar ehsan dari adik aku, Fakrol. Macam anak cina. Ikut mama dengan papa dia juga. Tp kecik jerk... geramnyer aku tengok. Itu gambar masa umur baby 2 hari. Macam juga dengan Haziq dulu .... bila umur 2 hari baru dapat tengok.

Thursday, April 2, 2009

Kenapa degil??

Post ini saya copy paste dari email seorang kawan... rasanya ada baik kita kongsi bersama2....


Seorang anak saudara saya yang berusia 10 tahun mengemukakan soalan ini dan saya gagal menjawabnya. Dia bertanya kenapa tandas rumah-rumah moden sekarang ini ditempatkan dalam bilik. Biasanya tandas ada dalam bilik utama selain di bahagian belakang (dapur).

Katanya, ustaznya memberitahu setiap kali azan, syaitan akan terkentut-kentut dan cirit birit, melarikan diri ke dalam tandas. Pendeknya syaitan suka duduk di tempat-tempat kotor seperti tandas. Tetapi kenapa rumah-rumah sekarang ini, tandasnya ada dalam bilik? Takkah itu bermakna kita membela syaitan dalam bilik, katanya membuatkan saya bingung.

Betul juga cakap budak ini. Orang sekarang makin teruk dan degil, mungkin salah satu sebabnya membela syaitan dalam bilik. Anak-anak degil, berkali-kali cakap atau panggil buat tidak tahu sahaja. Suami juga degil, cakap perkara sama berulangkali, buat sakit hati isteri. Isteri juga sama. Semua degil-degil. Sebab dalam biliknya ada tandas.Punyanya malas orang kita, kalau nak ke bilik air, tak perlu jauh-jauh,di sebelah katilnya sudah ada bilik air.

Nampaknya orang Islam nak ikut stail orang Barat. Mereka nak jadikan rumah mereka macam hotel. Dalam bilik hotel ada tandas, jadi orang Islam yang membina mahligai mereka pun mahu buat macam itu - ada jamban dalam bilik.

Orang dulu, kalau bina tandas, mereka cari tempat jauh-jauh dari rumah. 'Bank kecil' ini memang berasingan daripada rumah mereka. Tetapi kini, orang bukan saja membina tandas dalam bilik, malah ada melengkapkan tandas mereka sebegitu hebat seolah-olah macam tempat tidur! -

Moral of the storey.... SENTIASA LAH TUTUP PINTU BILIK AIR ANDA... (dalam erti kata lain agar syaitan2 tu tak berkeliarran dalam bilik tidur anda)....... Itu adalah yang terbaik...

Pendak kata: saya akui kebenarannya...