Saturday, December 25, 2010

Hermm....

Lamanya x update blog. Since dh weng dengan FB, blog ni seakan dilupakan. Rasanya saya perlu inactive FB seketika tuk tumpukan perhatian kepada blog ni atau lain2 kerja yang lebih berfaedah. And since saya dh hantar surat tukar ke jabatan lain [skang masih tunggu jawapan].... saya dh delete blog yang satu lagi coz lepas ni saya dh xde kena-mengena dengan jabatan skang. Dan memandangkan skang ni mmg musim bz saya so saya akan fikirkan kembali tuk berehat dari internet [personal metter] buat sementara..

Tuesday, September 28, 2010

Ambil Pekerja Asing | Tamparan Hebat Bakal Berlaku


Sebagaimana semua sedia maklum, saya mempunyai ramai pelanggan. Pagi tadi saya telah berborak mengenai penyakit-penyakit 60-an bersamanya.

Uncle M:
Tahu tak sekarang ini penyakit-penyakit macam batuk kering (TB), sifilis, hepatitis B & C, kudis, sakit-sakit kulit, sakit mata merah dah datang balik ke Malaysia.


Hanief:
Saya tak berapa pasti pula.


Uncle M:
Saya ni selalu berkumpul dengan kawan-kawan, ada yang doktor, peguam, NGO sana-sini. Semua profesional. Semua akan bawa topik isu semasa untuk dikongsi. Salah satunya ialah isu penyakit ni.


Hanief:
Yang saya tahu, penyakit-penyakit tu popular zaman datuk dan nenek saya dulu. Negara kita masa 60-an tak cukup bersih dan ubat-ubatan lagi.


Uncle M:
Tahu tak mana puncanya?


Hanief:
...


Uncle M:
Kedai Mamak.


Hanief:
Haha... Kedai Mamak?


Uncle M:
Memang orang gelak berdekah-dekah bila saya cakap kedai Mamak.


Hanief:
Tapi kenapa dengan Mamak?


Uncle M:
Bukankah diorang guna pekerja asing dari India ? Ada yang bawa penyakit TB, paru-paru dan macam-macam lagi. Lepas itu dia pun potongkan roti canai kau.


Hanief:
Hahahaha...


Uncle M:
Ada kawan saya seorang kena satu penyakit pelik lepas makan di kedai Mamak. Bila jumpa doktor, kata doktor bukan TB, tapi sakitnya serupa TB, tanda-tandanya seperti TB. Akhirnya, doktor itu sahkan yang virus TB itu dah lalui proses mutasi. Jadi, ini satu penyakit baru.


Hanief:
Dah pulih ke dia?


Uncle M:
Doktor tak ada ubat lagi. Macam tu juga.


Hanief:
Seram juga dengar ni. Memang pendatang asing ni tak ada pemeriksaan kesihatankan?


Uncle M:
Mana ada. Datang naik kapal terbang pun tak ada. Itu yang naik tongkang? Lagilah!


Hanief:
Baru-baru ni kerajaan nak jadikan Malaysia sebagai pusat transit pelancongan, tak payah guna visa.


Uncle M:
Itu semua mengarut. Konon singgah Malaysia transit lawat sekejap. Tapi penyakit dia? Siapa tahu?


Hanief:
Ada kemungkinan ke dia hilang pergi cari kerja.


Uncle M:
Apa pula tak boleh? Mula-mula datang naik kapal terbang. Lepas tu tak nak naik kapal terbang. Nak duduk cari kerja pula. Itu yang Indonesia datang naik tongkang. Siapa boleh kawal?


Hanief:
Betul juga. Orang kita sendiri yang undang padah ambil pekerja asing ni. Kedai Mamak memang suka ambil pekerja asing.


Uncle M:
Tahu pun. Saya dah lama tak makan kedai Mamak. Sebab pekerja asing itu mana ada dapat suntikan Polio, TB, BCG dan lain-lain. Orang Malaysia ada semua tu. Sekarang saya makan di kedai Melayu saja. Tapi itu pun saya tanya, ada tak pekerja Indonesia . Kalau ada saya tak makan. Buat apa saya bayar untuk dapat penyakit?


Hanief:
Betul juga tu. Tapi bolehkah kerajaan buat syarat tengok rekod kesihatan. Atau pun beri suntikan?


Uncle M:
Suntikan boleh kita beri. Tapi kosnya siapa nak tanggung? Tahu tak yang datang ke Malaysia ni lebihnya yang bawa penyakit daripada bawa untung? Katakan negara kita dapat untung RM10 juta setahun. Tapi kita nanti terpaksa belanja RM100 juta untuk basmi penyakit yang dibawa pendatang asing.


Hanief:
Logik juga ya?


Uncle M:
Nak buat untung ke? Nak kumpul penyakit? Jadi kau fikir-fikirkanlah lepas ni.


Hanief:
Ini kali pertama saya dengar. Kalau dahulu, paling hebat pun cerita Mamak rendam seluar dalam.


Uncle M:
Itu cerita biasa. Konon nak bagi laris dan sebagainya. Tapi penyakit ni boleh terbang melalui udara, air dan serangga. Ada satu restoran Mamak tu siap gantung kalimah Allah S.W.T dan Muhammad S.A.W. Siap pasang ayat Quran lagi. Rupa-rupanya India . Ayam ambil dari pembekal Cina tak sembelih pun. Pembekal Melayu mahal. Kemudian sayur, kadar racun serangga dia tinggi.


Hanief:
Itu saya pernah dengar. Orang Bangladesh buat pendapatan sampingan dengan tanam sayur tepi pusat pelupusan sampah. Lepas itu jual di pasar.


Uncle M:
Air pun boleh menyebabkan kematian juga. Sebab air kita ada klorin. Klorin ni boleh buat kita mati. Bagi arnab ke ikan, pasti boleh mati. Kalau manusia mungkin pening-pening saja. Kemudian telan Panadol. Panadol ni dia tipu otak kita saja. Sakit masih ada, tapi tak rasa.


Hanief:
Painkiller ke?


Uncle M:
Yalah! Sebab itu tak rasa sakit lepas makan. Semua instant . Itu kalau tak silap dalam teh tarik tu, dia campur sikit serbuk daun ketum. Itu yang lepas minum tu rasa pandang kejap jauh, kejap dekat. Ramai orang suka teh tarik.


Hanief:
Biar betul! Rasa macam Malaysia ni dah diprojekkan untuk terima satu peperangan dalam bentuk bawaan penyakit. Macam warga Red Indian di Amerika dulu.


Uncle M:
Itulah. Ada pelbagai andaian. Kita ramai yang suka makan di kedai Mamak. Sebab? Sama-sama Islam. Kau fikir-fikirlah sendiri.


Hanief:
Kenapa dalam berita tak ada laporan pun?


Uncle M:
Kawan saya doktor pakar di Hospital Selayang. Kata dia, kerajaan terpaksa rahsiakan. Dia tak nak orang Malaysia panik. Bayangkan berapa juta pekerja asing ada di Malaysia ?

Saturday, August 21, 2010

Seminggu di JB

Herm.. actually semalam br balik dr JB...penat sesangat. tp apa nk wat.. kejer dan tanggungjawab... layan je la

JB? hermm. bleh la. aku pn xtau nk jalan mana coz aku mmg jenis spesis yang xberapa suka merayau. mmg dr dulu. kalau outstation pn, abis kejer aku lebih suka stay kt bilik je.. bukan xteringin nk merayau tapi kt tempat org... berseorangan.. aku malas. banyak benda aku nk kener pk. keselamatan aku terutamanya. dh la aku ni pompuan. maybe yang suka merayau n shopping tu, diaorang xkisah. mmg camne pn... jalan tetap jalan. xkisah la, masing2nyer hal

gpn kt JB aku tengok banyak jalan yang sedang dalam pembinaan atau pembaikan so rasanya tuk org yang jarang ke JB cam aku ni.. better dok bilik je la. org ckp bila outstation best.. kejer abis awal. mmg pn abis awal tp kadang2 awal pn sejam 2 je..pastu balik bilik, nk kener ngadap kejer lagi... settle tuk hr ni n prepare tuk esok.. begitulah seterusnya......sampai la hari last

itu blom masuk dokumen lagi.. kalo kener time tu 2 board.... sakit tangan nk mengangkat... sbb tu kalo outstation...pastikan lah bawa beg tarik.. last 2 week masa kt Kuala Terengganu...aku bawa beg jinjit... hermm... putus gak la tali beg mengangkat dokumen yang berlambak. sib bek la time tu dh sampai opis. kalo x, sure la aku kener beli beg lain..........

next week still kt JB... harap2 aku bleh idup lagi la di sana............

Monday, August 16, 2010

Sesuatu yang patut kita ambil tahu.............

Assalamualaikum .Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni .Insya-Allah .Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati .Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release .Banyak kontrevasi tentang video ni .Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah .Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka .Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet .Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..

V
ideo yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik .Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati .Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah ke web ni http://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal .. Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..

D
alam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu
Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video .Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda .




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhXcapdtspsfx8my6wwejP_BPaF_MHol60_U9Dl-XQ84hUKTpts5BDOVfGrelPS_JQ9rMP73OI6gL6BIwcX5ga0U7ZFEqkN-TMIxFt21sHKqcodQwX0wrCcMDO6SzE-1LewAuUO2sSEotM/s320/1.JPG




V
ideo dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.




“I know that we are young.
And I know you may love me.
But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro.”

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi98BL1ZxbWQ43u44y-YFZ1oA18d_KCS3QJ6Y5ZN59-1YQVCH_LTyNpgI0xYFzJW_O2ncUWLfU-lNcd3iDMDB-Mmbet-iKBm6H2UHbC7e57hfn17lvVKopm_h1oNybFoJxu8wTWOM_JG7Q/s320/alej11-e1276353696244.jpg




S
elepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart ? Tengok gambar bawah ..Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa biasatapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus)..Google untuk baca lebih lagi ..




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9aebPkFKmFu9gDSjmsYv8uCjkQ6syt4Y-CbZX7fA4-LkHFOH-6XWAMriCCWvIr8IvJADyp4ufK_DT-9OsFuj3BQl5ybf3orMZPdh7ygurCNms5qElattJZOe4HBP5mDur4IXVcTCvB_U/s320/10.JPG




But I just can’t be with you like this anymore
, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia .Apa dan siapa Alejandro ?




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgtshTZVydeelcSuUAY5Z48A-1ZbfGmuDqiTtMtnkFuxgdzkHi_UbtMJhfSfEwPuhxLYUz2mvLSWQD1ckvwlWWR_REtBj8rrOZ8JoXgxAvW1zyM9F5e_D0_JKDrLWHDD04V4URzgt2NyBk/s320/2.JPG




K
emudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - The All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya .




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-k8adT76zZihC7aV3AXPXID0SIL5-hQuIVzsqqD2jLIFNOmxHs_4Ku4VgWzb-cOtSKbMABBaRRS6CqjM5hLlQn1qBst0HPTYKT8SYzAWOzrhV8LjjMZwoNK1MxrnH69Wn6GVIzQu8XxQ/s320/3.JPGhttp://mindcontrol101.com/images/Illuminati_create_min.jpg




Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang ‘control’ dia .Atau senang kita guna istilah dia adalah ‘mind-control slave’ .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dianampak kosong, nampak bingung betul betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna .




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh20JchATK2dmTFh3nOBP4nu0RyRTsuyl5HGl1rBm_rxGVe4W_hY8baJurAvn84Sgr99Fa0H8u8ewredqiXNfSFjcT1e3F244MAXqIlz71S7zfLaZlIyRBoHzg16MB9lKvx_leRWtmJJXk/s320/alej2-e1276353661279.jpg




Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring ,memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part :
“Stop, please, just let me go, Alejandro” .Sebaik saja dia sebut “Alejandro” Gaga mengangkat dua tangannya kelangit . Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia .




“She hides true love
En su bolsillo.
She’s got a halo ’round her finger,
Around you.”




Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati.Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan .

S
elepas sahaja lirik tu ..Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula ..Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri .Dengan memeluk satu spirituality yang baru .Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian (Syaitan) . Kenapa kata jadi paderi Syaitan ?




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi_FkngOr35DSvwukgsC12OOkgfZRh1aS3qv-xHQFVr_U_Zg9LYJyJwrDSVv-N3FpbpevZztepeL_I-pMWelvbx-ASL9BUaFsDKRgAQdaaOutgeQ2_6EtyhGu1UnjV1BldDnCxR2mONV9M/s320/leadalej.jpg

( Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)




S
aya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas .Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan . Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain .,Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhg53fbuxFbh6bOpi4P7t0eNMUBw2zogrhqLRoWS8kf3mJuuuDuqo8Mr42d6I0HdX9lstI_DnrCIwsRz972cxDpAGmP-jv-PPYrTL7BopN-zo1oz2ExZFrf8jzutWXkIcdfF5Xk0TdC_m4/s320/invcross1-e1276357315143.jpghttp://i284.photobucket.com/albums/ll39/redrumtattoo666/inverted-red-pentagram-with-upside-.jpg

Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan .







https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi7DL85vnkz-5Rr1oOrP3NTh4FgHz9WsvhqIGibGvd4IRXKwhOEFP8FiTs-eUI_HprLCpzIfEBSPEsSprWQ5OZlBKr8KE5-O7nnathkh6-yat7KcY3TFMi4tZgI9tTlhojUrrZMyKf6Dx8/s1600/f_Spraguealtam_cef250d.jpg


“ In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (…)Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore ithas no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of white magic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed.”
- Manly P. Hall
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhWPXfXxf46MyMCS90dHGsL34hVqxWFl8PQUZEeeel5030LLoDw8VgIMgDxd94DMQ0aXpN4sBCsW5GsYfiuOgv8wY5UdXeGwzmuKXux_AwS2v2CTOdPKCGhJrCiWgvwdd4grjELKIKdZBM/s320/alej4-e1276357802560.jpg
Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan .

Dont bother me, Dont bother me, Alejandro (merujuk kepada tuhan)

Don't call my name ,Don't call my name, Bye Fernando .
I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)




Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Di angkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka .




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhOKdLuUHx6flQ8R-0swQ42fmE8qSgnukQrsU1v8gu5rvFvDuOsAIB5J_HV2ruisPqe8w8WeJfYejlRmdIb3ymsMkXrbygQ8od3XL8pzOXReYxUVqJkXsqUQXXjiMdk36QFfkCXWIyfZ8Y/s320/alej5-e1276366336960.jpg





S
ebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih . Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer ..




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj8p0z3O5HiyqR7Ykn9L7kg-U_Eq41eDJTtA6JTQKDjJFWrWKLj7Ao5o_s1Rnp-8NY4bcv2jbdk4moeDcUWChOuZSl2zLY5-2XKOrT8qvwaHEm1tMm9xUDCjnj_GMHSFvdf3q_fG7zX6G4/s320/alej6-e1276372058635.jpghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDxBHAnG-ehBBKlAN2CujbYMVDWxW_XCuwFE72F-sENb2pyAwMc2XA111w3RmtuNBrNQz1XMLsceyEg7Xrl0OFaijvRObcquxNio7iBdXCO07b4B72vigPfDQdLwKuXyAfT288xA8cPQI/s320/sacred-heart-e1276372090314.jpg




I’m not your babe I’m not your babe , Fernando .
Waktu menyebut perkataanFernando ,Gaga membuat simbol tangan macam tu (yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri .Kita yang kena solve apa makna dia ..




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEipsHjXSnd-KpGjXTGfbsVbOs7pB31Epl17etQEkK0Ov0SbtWLkVLPIy6D3TiSLs0oEiT6QbGK8jggbdrwz8E1Np2w7CL9kPtMh22uewF6fvMmGZkXeN8HkYBgbpmZB5jsfxohTL-KwwQU/s320/5.JPG




Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gaga dah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyi sambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :




" Don't call my name, Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-1e-ygSeDwtNGriNthTZ6PrYxCg10gx1nOBYTPXjVB2Vp3HhIxROQ4jLiFBf7ZhfJAcyVJH77t4m8OMcB8AfhFxdFaFETjdRfxvOKDAJ7Y32vWahpV7VJ8AZkeg8tIhX-8Lfi9U37vs8/s320/6.JPG




Dan di akhir video ..Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan ? Insya-Allah pasti .

S
ebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam .bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae.J adi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spiritual lain .Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam ?.Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...




http://api.ning.com/files/bBbijPMupHgqeFN4VmW*Ux-8U3G4kYsnEHQDy8iVpgX2j1*hl6hDX5BFPv6p3x5TFeHlUTPpTqczsHRH3qitPSQAm5E4QRi8/10_stop.jpg




C
ik Gaga ni membawa bersamanya semua agenda illuminati dan taktahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragu dengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhenti mendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga .Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebut La-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai .Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan ia hanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kami dari tipu daya syaitan dan sekutu nya .Amin ya rabbalalamin .sumber asal : vigilant citizen :)




Sesungguhnya pendengaran
, penglihatan dan hati,semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya" (Al-Isra' 17:36)

Friday, July 23, 2010

Cara Rasulullah saw mengekalkan keharmonian rumah tangga

1-Tidur dalam 1 selimut meskipun isterinya haid

Dari Ata' bin Yasar: Sesungguhnya Rasulullah saw & Aisyah r.a biasa mandi
bersama dalam bekas. Ketika baginda sedang berada dalam 1 selimut tiba tiba
Aisyah bangkit. Baginda bertanya, "Kenapa engkau bangkit?”, jawab Aisyah,
"kerana saya haid". Sabda Rasulullah saw, “kalau begitu pergilah, lalu pakailah
kain & dekatlah kembali padaku”. “Aku pun masuk lalau berselimut dengan
baginda”.
(Hadis riwayat Said b Mansur)

2-Menyembur wangian pada bahagian aurat


Dari Aisyah r.a, beliau berkata: sesungguhnya Nabi saw apabila mewangikan
badannya, baginda akan memulai dengan bahagian auratnya menggunakan
nurah (sejenis pewangi), & isterinya akan meminyaki bahagian lain tubuh
baginda.
(Hadis riwayat Ibn Majah)

3-Mandi bersama sama isteri


Dari Aisyah r.a beliau berkata: "Aku biasa mandi bersama Nabi saw dalam 1
bekas. Kami bersama sama memasukkan tangan kami dalam bekas tersebut".
(Hadis riwayat Abdurrazaq & Ibn Abu Syaibah)
Menyikat rambut Nabi
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: Saya biasa menyikat rambut Rasulullah saw,
ketika itu saya sedang haid.
(Hadis riwayat Ahmad)

4-Meminta isteri meminyakkan badan


Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Saya meminyakkan badan Rasulullah saw pada
hari raya Aidil Adha setelah baginda melakukan jamrah aqabah.
(Hadis riwayat Ibn Asakir)
Minum bergantian pada tempat yang sama
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Saya biasa minum dari cawan yang sama
walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawa tersebut & meletakkan mulutnya di
tempat saya meletakkan mulut, lalu menghirup airnya.
(Hadis riwayat Abdurrazaq & Said b Mansur)

5-Mencium isteri walaupun sebelum solat


Dari Aisyah r.a, beliau berkata: Nabi saw biasa mencium isterinya setelah
mengambil wudu', kemudian baginda bersembahyang & tidak mengulangi
wuduknya.
(Hadis riwayat Abdurrazaq)

6-Memanggil dengan panggilan mesra


Rasulullah biasa memanggil Aisyah dengan panggilan yang disukai seperti Aisy &
Humaira (pipi merah delima)
Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra
Nabi saw biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & baginda berkata, Wahai
Uwaisy, bacalah doa "Wahai Tuhanku Tuhan Muhammad, ampunilah dosaku,
hilangkan kekerasan hatiku & lindungilah aku dari dosa fitnah yang
menyesatkan”.
(Hadis riwayat Ibn Sunni)

7-Membersihkan titisan darah haid isteri


Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Aku pernah tidur bersama Rasulullah saw di atas
1 tikar ketika aku sedang haid. Apabila darahku menitis di atas tikar itu, baginda
mencucinya & tidak pula berpisah dari tempat duduk itu, lalu baginda kembali
baring disisiku, apabila darahku sekali lagi menitis, baginda mencuci lagi titisan
darah & tidak berpindah dari tempatnya, kemudian baginda pun bersembahyang
dari tempat itu.
(Hadis riwayat Nasai)

8-Memberikan hadiah pada isteri


Dari Ummu Kalthum bin Abu Salamah, Rasulullah saw bersabda padanya.
"Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah
pakaian berenda & beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui Raja
Najasyi telah meninggal dunia & aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan.
Jika ianya dikembalikan aku akan memberi kepada isteri isterinya masing
masing 1 botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi & pakaian berenda
tersebut baginda berikan pada Ummu Salamah.
(Hadis riwayat Tirmidzi)

sekadar berkongsi maklumat:-

Salam,

Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tam u atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah teru tam a yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tam u atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan tam an awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".

Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

Wasallam

Bala yang di pinta........

siot je pempuan nie.......
org lain pun dressing gak.....ni dah mcm berbogel apahal?
jom sama2 pikiq, apasal org melayu kita nie, boleh jadi sampai x malu mcm nie?
buat malu islam, melayu, kesusilaan melayu.....eeeeeiiiiiii geramnye .....bala datang, marah kat tuhan.....
jenis la...x sedaQ diri......

kesimpulannya...perempuan melayu ini sedang memanggil bala dari tuhan......bala x dtg pada dia saja, tapi pada kita semua.....
tolong la kawan, nasihatkan teman2 tu sama.....cukup la utamakan penampilan sampai aurat terbiar......

ni nasib baikla, x pakai tudung....klu pakai tudung tp baju mcm nie, haru biru jadinyerrr....

patutla nabi kata, akan datang 1 zaman dimana waktu itu, wanita berpakaian tapi bertelanjang,,,,,nak kata waktu tu susah, malahan waktu itu ummat islam teramat mewah.....ini la zamannya............

sedorrrrrrrrr la weiiiiiiiiiiiiiiiii

Weii hagak2 larr ngheeeeeeeeeeeeeee dress cam nihh




Wednesday, July 14, 2010

Sekadar renungan bersama

Petikan dari ceramah Ustaz Abdullah Mahmud bertajuk ’Dasyatnya Doa Seorang Ibu’ . . ....

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
q Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik

q Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

q *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

q Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

q Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata
Ø Membaca quran sehingga menitis air mata
Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

q 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
Ø Anak
Ø Ibu
Ø Suami
Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah J

q Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu

q Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu

q Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut

q Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai

q *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik

q Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”
Ø “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”
Ø *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
Ø Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan J

q Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah

q Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, then cakap dengan Allah
Ø “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”
Ø “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.

q *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

q Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!

q *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
Ø Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .

q Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakalah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time

q Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan

q Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

q Bila nak berbelanja @ shopping duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

q *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .

q Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

q *** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

q Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita



Selalu Bergaduh Dengan Ibu
q Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka
Ø Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar
Ø Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan
Ø Symptom dah terkena saka
v Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
v Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
v Susah nak dapat anak, senang gugur
v Ada rasa kelibat orang lalu
v Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam
Ø Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan

q Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

q 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.

q Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan

q Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari



Anak Lari Dari Rumah
q Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

q Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya


Anak Degil
q *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Ø Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia

You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

Thursday, July 1, 2010

Ramai ‘ibu’ tak tahu

Ramai ‘ibu’ tak tahu

Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
ffarlin@hmetro.com.my
2010/07/01
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Cetek pengetahuan mengenai isu semasa dan tiada maklumat berkaitan proses penempatan bayi tidak dikehendaki, menyebabkan masih ada kes ibu muda yang tidak berkahwin tergamak membuang anak yang baru dilahirkan.
Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof berkata, berdasarkan pengalamannya menguruskan kira-kira 3,000 gadis terlanjur di pusat berkenaan, ketiadaan maklumat menjadi penyebab utama ibu muda membuang bayi mereka.


Katanya, kebanyakan gadis terlanjur yang datang mahu mencari maklumat dengan bertanya di mana tempat untuk berlindung dan serahkan bayi, bukan sekadar menunggu masa untuk bersalin.


“Sepanjang menguruskan gadis terlanjur mereka berasa malu dan takut dikenakan hukuman jika ada menyebabkan mereka mengambil jalan mudah,” katanya ketika dihubungi semalam.


Beliau merujuk laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai kejadian di Seremban dan Rawang apabila dua bayi lelaki ditinggalkan oleh ibu mereka berhampiran tong sampah dan belakang sebuah rumah, walaupun sebuah pusat perlindungan bayi, Orphan Care ditubuhkan 25 April tahun lalu. Dalam dua kejadian itu, bayi berkenaan ditemui penduduk dalam keadaan kesejukan tetapi sihat. Kedua-duanya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.


Yahya berkata, beliau sendiri berusaha menghebahkan mengenai fungsi Kewaja dengan cara mengadakan ceramah di pusat pengajian tinggi dan sekolah bagi memberi kesedaran kepada remaja, selain mereka yang terdesak boleh menghubunginya di laman sosial Facebook.


Beliau berkata, ia bagi membantu gadis terlanjur daripada terus melakukan dosa dengan membuang bayi mereka tetapi pada masa sama usaha untuk memerangi gejala maksiat dan zina harus digiatkan kerajaan serta pelbagai badan bukan kerajaan.


“Ketika ini kami mempunyai 438 pasangan berdaftar yang menunggu giliran untuk mengambil anak angkat daripada penghuni yang tidak mahukan bayi mereka dan semua pasangan berdaftar itu sudah berkahwin lebih lima tahun tetapi masih belum dikurniakan zuriat,” katanya.


Beliau berkata, bantuan diberikan kepada gadis terlanjur juga harus disusuli dengan usaha memberi kesedaran kepada anggota masyarakat baik melalui bimbingan ataupun hukuman undang-undang.

Wednesday, June 23, 2010

Johan Cerita Saat Genting Dibelasah

Johan Cerita Saat Genting Dibelasah
by Nani | 14 Jun 2010

Share







Jumaat lalu, dengan pertolongan Persatuan Seniman, Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan, telah mengadakan satu sidang media khas di Bangi Kopitiam, Taman Melawati.

Di dalam sidang media yang berlangsung selama sejam itu, selain mendedahkan tindakan undang-undang yang akan diambil ke atas pengarah Mohd Javed Mohd Nizar termasuk tuntutan ganti rugi sebanyak RM1juta, Johan turut menceritakan secara terperinci apa yang telah berlaku pada hari itu.

Entah dimana silap Johan sehingga diperlakukan begini
Entah dimana silap Johan sehingga diperlakukan begini





Diimbas kembali, Johan telah mengalami kecederaan akibat dibaling dengan gelas kaca oleh Javed. Kejadian berlaku di Kedai Makan Faizal Maju di Sikamat, Negeri Sembilan kira-kira jam 6 petang.

Ketika itu, Johan dan isteri, Rozlinawaty Ismail atau Ozlyn telah dipanggil untuk berjumpa dengan pengarah berkenaan untuk satu perbincangan berkaitan skrip drama empat episod berjudul ‘Bisikan Arwah’.

“Sehari sebelum kejadian, ibu saya, Salwa Md Dani meninggal dunia kerana sakit tua. Kami berdua telah pulang ke Lembah Permai, Ampang untuk melihat buat kali terakhir arwah mak serta menguruskan jenazah arwah.

“Saya tak cukup tidur menguruskan jenazah mak saya namun Tuhan bagi saya semangat untuk sambung kerja. Kalau diikutkan saya boleh cuti, tapi kerana memikirkan kos yang akan ditanggung oleh pihak produksi nanti, saya gagahkan juga untuk pergi ke lokasi.

“Esok tu saya datang ke lokasi penggambaran dengan penat dan tak tidur semalaman. Pada hari kejadian, saya dan isteri telah diminta oleh penolong pengarah untuk pergi berjumpa dengan Javed di sebuah restoran mamak yang terletak di belakang lokasi penggambaran kami.

“Penolong pengarah cakap nak jumpa bincang pasal pindaan skrip. Saya was-was sebab kenapa nak kena buat kat kedai mamak. Masa tu lebih kurang jam 5.30 petang. Lepas tu, kami tertidur balik, jaga-jaga dah jam 6.05 petang bila penolong pengarah tu kejut sekali lagi.

“Dalam keadaan mamai kami berdua pun jalan lah pergi ke restoran tu. Dah nak sampai restoran tu, kami nampak Javed bagi ‘signal’ kat isteri dia yang juga merupakan jurusolek produksi untuk pergi.

“Dari situ kami dah rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Masa sampai kat meja, ada Javed dan seorang lelaki bernama Halim yang diberitahu kepada kami adalah ‘production manager’ drama tersebut.

Ozlyn pun disepak terajang
“Kemudian kami duduk dan baru saja buat pesanan, Javed dah maki hamun kami dengan mengeluarkan perkataan-perkataan kesat. Lepas tu dia baling gelas kaca ke arah saya sampai gelas kaca tu pecah berderai.

“Darah di dahi saya memancut-mancut keluar sampai saya tak nampak apa-apa. Saya tergamam. Masa tu isteri saya tanya apa hal ni, kemudian Javed menolak meja dan begitu juga dengan Halim. Kemudian bila saya tanya pula apa sebab mereka buat macam ni, Halim tumbuk muka saya di sebelah kanan.

Kesan tumbukan di muka
Kesan tumbukan di muka

Gara-gara dibaling gelas kaca
Gara-gara dibaling gelas kaca






Isteri saya cuba menghalang tapi telah ditendang sekali oleh Javed dan dua kali oleh Halim. Paling hiba sebab isteri saya pun kena sepak terajang. Tak sepatutnya dia buat begitu kerana dia baru saja empat bulan melahirkan anak.

“Akibat insiden itu, Ozlyn telah cedera di bahagian belakang dan mengalami bengkak di kaki. Saya pun kena baling kerusi dengan Halim. Saya tak tahu kenapa mereka secara tiba-tiba naik angin.”

Mengikut emel yang telah dihantar oleh Javed, dia menyatakan Johan tiada komitmen dalam lakonan, tak baca skrip, tak memahami karakter, tak bekerjasama dengan pengarah, tak berdisiplin dan mengganggu tumpuan artis lain untuk berlakon.

“Dia ‘claim’ saya datang lambat walhal saya baru ‘shooting’ dua hari. Saya tak faham mana yang saya datang lambat. Dari segi komitmen, saya buat apa yang dia suruh, tak pernah membantah. Lagipun baru je berapa babak dengan dia.

“Sebagai seorang Islam, saya dah memaafkan dia, tapi apa tindakan yang saya ambil hari ini adalah atas tindakan dia sendiri. Saya ingin pembelaan atas apa yang terjadi. Saya ingin bagi peringatan untuk dia dan juga pengarah-pengarah lain supaya jadikan ini sebagai tauladan agar perkara sebegini tak akan berulang lagi.”

SUNTIK MINYAK MASAK PADA WAJAH KERANA KETAGIH SILIKON


Gila tak gilanya perempuan zaman sekarang. Sampai minyak masak yang patut buat goreng ayam dengan tempe pun dia hentam suntik dekat muka. Akibatnya, kau orang tengoklah sendiri. Dah macam ayam goreng yang baru masak separuh jalan, tiba-tiba gas habis.

Perkara ni dilakukan oleh seorang wanita korea yang berusia 48 tahun, Hang Mioku. Mioku mengaku telah mula menjalani pembedahan plastik semasa berusia 28 tahun. Sejak itu, Mioku mula ketagih untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya. Mioku memilih untuk mendapatkan khidmat pembedahan plastik yang murah dan tidak selamat untuk memenuhi keinginannya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitaqMuQsFLIytds5aKyjREqqjmhdLB1AB50AQCZUyi7qmPR35fMmmUrANjsQUWVlkwuP5PPnvYss1hOYNoiXLdo5v26u17otqMIhS4aru_s_mdxJd3y5PpAi-eJxt5E-qZWS_vJCHoc2sH/s320/hang+mioku.png
Wajah Mioku sebelum dibedahplastikkan.

Makin lama apabila sudah terlalu banyak melakukan pembedahan plastik, muka Mioku mula menjadi tak berbentuk dan membesar. Walaupun begitu, Mioku tetap menganggap wajahnya cantik dan menarik. Aku yang tengok ni macam nak kena sawan tarik lagi ada lah.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXdR68hgtCBsdYcMxy2H_XtuV0sCmFu8m8y3wV4m6XAP6GcoekU27ygB0AMFHlDIKWUp1tzG2qOrQy-pI7ozE-EyiETznRma0Q_JVq-Z9LDqtI7FTgmQCAm1sriA55q9IrYUx8gGj5ouU5/s320/sebelum+dan+selepas+pembedahan+plastik.png
Sebelum dan selepas.

Sampai satu masa, doktor tempat Mioku sering mendapatkan khidmat bedah plastik tidak sanggup lagi untuk melayan permintaannya. Doktor tersebut menasihatkan Mioku untuk berjumpa dengan pakar psychiatric bagi merawat ke-obsess-an Mioku terhadap bedah plastik yang dianggap sebagai suatu sindrom dari masalah psikologis.

Perubahan besar yang terjadi pada wajah Mioku menyebabkan keluarga dia sendiri pun tak dapat nak cam dia lagi. Mak ayah Mioku menghantar Mioku ke doktor untuk merawat wajahnya, tapi oleh sebab rawatan tersebut memerlukan biaya yang besar, Mioku kembali melakukan kebiasaan lamanya iaitu mendapatkan khidmat bedah plastik yang murah dan berbahaya.

Hingga akhirnya, Mioku berjumpa dengan seorang doktor yang bersedia memberikan suntikan silikon. Bahkan, dokter tersebut juga memberikan Mioku jarum suntik dan silikon supaya Mioku dapat menyuntikkan silikon ke wajahnya sendiri. Malangnya, bila dah kehabisan bekalan silikon yang diberi kepadanya, dia menggantikan silikon tersebut dengan minyak masak.

Kejadian yang dialami Mioku akhirnya diketahui oleh orang ramai. Melalui satu rancangan di televisyen, penonton merasa kasihan dan memberikan sumbangan untuk Mioku bagi memperbaiki wajahnya kembali.

Pada pembedahan pertama, doktor berjaya mengeluarkan 60 gram cairan asing dari wajahnya, dan 200 gram dari lehernya. Setelah beberapa kali dibedah, wajah Mioku mulai mengecil. Namun, wajahnya masih belum dapat kembali ke bentuk normal.

Mioku menyesal dengan perbuatannya dan berharap agar wajahnya dapat kembali lagi seperti sebelum melakukan pembedahan plastik.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDPYwa_Yw68-zMphAVNeQLbqowVkG5mAYNHxWOm9KV3E7yFYI7MQx0geVJGXY8S8tRiHFzqKbwYhWpmvxLERuyt_14s51jAts1VaOmoMj7kJwFKMMX7ACcU2lCUb0eJp8XZalSSsLoXZU7/s320/Keburukan+Bedah+Plastik.png
Kesiannya kat Hang.

Pengajarannya, bersyukur lah dengan apa yang dah diberikan Tuhan. Tak apa lah kalau hidung tu pesek pun. Tengok macam aku, hidung penyek. Ok apa daripada tak ada hidung langsung?

p/s: Apsal guna minyak masak? Kenapa tak pakai minyak petrol je terus?