Wednesday, December 17, 2008

I'm Busy

~~(",) Sori la erk. Buat masa ni ... mmg saya tengah bz (",)~~

Thursday, December 4, 2008

Makwe Koi-lirik lagu

(klik tajuk lagu untuk melihat video)

Alkisoh bemula ceghite
Seingat kawan peghentan deghejoh lime
Ati koi berkenan dekat anok daghe
Wei anok tok lebei namenye Nine

Makwe koi

Pukui satu abih sekoloh
Tok lengoh-lengoh teghuih balek ghumoh
Teghuih pegi mandi lepaih ter kene ngaji
Sura nempuh rumohnye buoh hati

Makwe koi

Nine Nine Nine
Nine Nine Nine

Nine Nine ni makwe koi
Suke sangat kome beloh petang
Main konda kondi ande yg main tayang
Keknye kawan kecor main pondok pondok
Nine jadi emok koi jadi bapok

Makwe koi

Jenuh bertughut baghu nok balek
Buat tok cakne sebak tengoh ghalik
Bedeghui ke sungei teghejun ghamei ghamei
Nine pulok cuok mandi becedok

Makwe koi

Memang banyok kenangan manih
Ceghita hei kampung tak mboh habih
Bekubang dalam paye kendughi kendaghe
Koner je koi pegi
Nine sokmo ande

Makwe koi

Ndok tak ndok bepisoh jugek
Koi caghi ilmu nun di bando sane
Kala luluih tinggi masuk universiti
Ceghohlah mase depan Nine suke ati

Nine Nine Nine
Nine Nine Nine

Nine Nine ni makwe koi
Nine di kampung blajo bagei gaya
Temasuk memasok menjait megheka
Bekei mase depan kala jodoh ande
Mintok mintoknye dan koi pinang Nine

Makwe koi

Sengkat ini dulu ceghite
Seingat kawan peghentan deghejoh lime
Ati koi berkenan dekat anok dare
Wei anok tok lebei namenye Nine

Makwe koi
Nine Nine Nine
Nine Nine NineNine
Nine ni makwe koi


Creadit to : HERI (MOHAMED SHAHRILL MAT SALIMAGRI REGIONAL OFFICER,CAMERON HIGHLANDSMALAYSIAN AGRIFOOD CORPORATION (MAFC)
Subsidiary of Khazanah Nasional Berhad


Wednesday, December 3, 2008

Bulan dan Planet Pun Tersenyum...

1.12.08

Syukur...maha suci Allah, pentadbir seluruh alam dan seisinya. Ilmu Allah amat hebat dan segalanya tidak mustahil terjadi. Inilah bukti kekuasaan Allah SWT untuk hamba-hambanya melihat, dan berfikir tentang kebesaran dan kekuasaan Allah yg tidak terhingga. Saksikan gambar di bawah. Musytari (Jupiter), Kejora (Venus) dan Bulan kelihatan harmoni dan dekat antara satu sama lain (seolah sedang tersenyum) sedangkan pada hakikat sebenar, 3 makhluk Allah itu adalah berbilion-bilion tahun cahaya jaraknya antara satu sama lain. MasyaAllah...kejadian Allah yg mengagumkan aku malam ni...Bulan bersama-sama dengan Mustytari (jupiter) dan Kejora (venus) berhimpun di dalam kawasan yang sama dan membentuk sebuah segitiga seperti sedang tersenyum.Bayangkan, walaupun ketiga-tiga objek ini dilihat seolah-olah hampir antara satu sama lain, tetapi dari segi hakikatnya tidak. Cahaya dari Bulan mengambil masa 1.3 saat untuk sampai ke mata kita. Cahaya dari Kejora (objek sebelah kiri), mengambil masa lebih kurang 8 minit untuk sampai. Manakala Musytari yang dilihat itu ialah keadaannya 48 minit terdahulu. Kepada semua, aku ucapkan semoga berjaya and dpt result yg gempak2 belaka. Kita semua telah berusaha sedaya upaya yg termampu. Kini terserah padaNya...Takdir Kita Seseorang pernah berkata..."dalam hidup ini kita cuma perlu percaya dengan satu perkara sahaja iaitu takdir" Seseorang yang lain juga pernah berkata " takdir mampu kita ubah, asalkan kita tidak terlalu taksub dan melampau dalam setiap gerak dan laku" Percayakah anda akan takdir? Pernahkah anda terfikir bahawa semua benda yang kita alami, kesemua pengalaman yang kita perolehi adalah semuanya takdir? Bahawa kita sebenarnya terikat untuk terus berada di dalam lingkungan takdir-takdir tersebut hingga sampai suatu masa kita akhirnya berserah segala-galanya pada takdir. Kesemua kita tidak minta untuk menjadi seperti apa yang kita jadi seperti hari ini. Semuanya adalah yang tersirat disebalik segala yang tersurat. Begitu ramai yang kerap menyalahkan takdir berbanding menyalahkan diri sendiri tentang setiap hal yang terjadi. Hidup ini sebenarnya indah. Pandanglah di sekeliling kamu dan berfikirlah. Jadilah pengkagum betapa keindahan ini tidak dapat diperbandingkan dengan apa-apa. Dan ketahuilah bahawa setiap apa yang berlaku itu adalah yang terbaik untuk kita dari Tuhan dan kesemuanya mengandungi hikmah-hikmahnya yang unik dan tersendiri.


Akhirnya pada tanggal 10 September, saintis2 ini telah melakukan eksperimen mereka yang pertama, iaitu eksperimen untuk mengesahkan teori "big bang" yang menakrifkan kejadian bumi adalah berpunca daripada perlanggaran partikel2/zarah2 hardon jutaan tahun yg lampau. Ramai yang mempertikaikan kajian ini dengan bermacam-macam alasan termasuk akan memusnahkan bumi, memberi kesan buruk pada manusia....sehinggalah ke kelompok yang melabelkan kajian ini sebagai sesat bertujuan untuk mencabar kejadian Allah yang menciptakan keseluruhan alam semesta ini. Namun bagi aku, kita sepatutnya melihat kajian ini dari sudut yang amat positif. Sebagai seorang Islam, aku memang yakin yang Allah jua yang menciptakan semesta ini, tapi kita tidak boleh menolak mentah2 akan cara kejadiannya. Mungkin betul bumi terhasil akibat letusan kuat di cakerawala (big bang)....itu rahsia Allah. Semua ini tidak mustahil bagiNya. Ini bertepatan dengan Surah Al-Hadiid (besi) ayat 25: "Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa." Para Saintis Islam dan barat bersetuju bahawa besi dan logam amnya bukanlah unsur asal dari bumi, tetapi logam datangnya dari letusan dari sumber selain bumi, kemudian logam ini menghentam bumi dan menghasilkan taburan jisim, jenis dan kualiti berlainan, mengikut kesesuaian geografi dan suhu penyejukan tempat tersebut. Saintis juga meramalkan bahawa pembentukan bumi juga berlaku sedemikian, iaitu terdapat satu letupan yang kuat yang dikenali sebagai BIG BANG. Letupan yang dasyat itu menyebabkan berlakunya hentaman unsur-unsur seperti silica (pasir, batu dll), logam (besi, kuprum, emas dll) dan segala unsur-unsur kimia (rujuk jadual berkala unsur kimia) yang kedapatan di bumi pada hari ini beserta dengan gas. Tidak salah untuk mempercayai bahawa bumi ini diwujudkan oleh Allah hasil dari letupan dasyat atau dikenali BIG BANG, kerana Allah berkuasa melakukan segala-galanya. Jadi, maka jadilah. Jika diperhalusi, teras bumi kita masih lagi panas dan cair, menyerupai lahar gunung berapi atau lebih tepat seperti cairan logam dan gas yang terbakar dipermukaan matahari.
Dalam Surah Al-Anbiya' ayat 30...Allah berfirman: “Apakah orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya bercantum satu kemudian Kami pisahkan (letupkan) antara kedua-duanya.”

Menurut teori 'big bang', alam ini pada asalnya bercantum padu, kemudian berlakulah satu letupan yang kuat ( cosmix explotion ) 10 hingga 20 bilion tahun yang lampau, yang dinamakan 'big bang'. Sejak itu berlakulah pengembangan dan penyejukan ( expending and cooling ) sehingga akhirnya lahirlah bintang-bintang, galaksi dan seumpamanya. Teori ini pada asalnya diasaskan dari formula General Theory of Relativity yang diutarakan oleh Albert Einstein pada tahun 1915.
Kemudian, pada tahun 1922, seorang pakar fizik Rusia, Alexandar Friedmann mengembang dan mengukuhkan lagi teori ini. Pada tahun 1929, Edwin Hubble menemui bukti-bukti kukuh yang menyokong teori 'big bang'. Dengan menggunakan alat yang canggih, beliau mendapati alam ini sedang mengembang.

Dalam Surah Az-Dzariyat, ayat 40...Allah berfirman: "Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya."

So kalau benar2 la bumi dan semesta ini terhasil akibat big bang, ia adalah satu keajaiban ciptaan Allah yang menguasai seluruhnya. Sekiranya kajian ini berjaya, ia hanya akan mengesahkan lagi keEsaan Allah SWT yang telah menceritakan kejadian ini di dalam Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu. Ia juga akan meguatkan yang Al-Quran adalah mukjizat Muhammad SAW yang sentiasa sesuai sepanjang zaman, hinggalah ke hari kiamat.

Friday, November 28, 2008

Yang mane tahap keserasian anda?

KESERASIAN PASANGAN

Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:-

* Sulung dengan sulung*
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.
(abang dengan kak long...ehiksss)

* Sulung - Tengah*
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika sitengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

* Sulung - Bongsu*
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

* Tengah - Tengah*
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu,mereka berdua dapat saling melengkapi. Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.
(kak dah dengan abang lan - tp cam xbetul jerk)

*Tengah - Bongsu*
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

* Bongsu - Bongsu*
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan.Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

** yang penting..tau tanggungjawab masing2.. insyaallah selamat dunia akhirat.

Thursday, November 27, 2008

Sebahagian Semenanjung mungkin 'bergelap'

Oleh SUWARNI MOKHTAR dan SARAH NADLIN

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Selangor, Kuala Lumpur dan sebahagian besar kawasan selatan pantai barat Semenanjung berdepan dengan risiko terputus bekalan elektrik dalam tempoh tiga hingga empat bulan akan datang jika projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) di Rawang, Selangor gagal disiapkan sepenuhnya.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, pihaknya bagaimanapun benar-benar berharap perkara itu tidak akan berlaku dan sedang berusaha untuk mengelakkannya.

''Sebenarnya TNB tidak dapat berbuat apa-apa lagi kecuali bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlaku gangguan kerana segala urusan pengambilan tanah di Kampung Sungai Terentang melibatkan bidang kuasa kerajaan negeri,'' katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau menambah, projek CAR yang bernilai RM400 juta dan sebahagian besar daripadanya telah pun dibelanjakan, tidak dapat diteruskan ekoran terdapat bantahan segelintir penduduk di kawasan berkenaan.

Projek CAR adalah usaha TNB untuk meningkatkan bekalan elektrik ke Lembah Klang daripada 33 kiloVolt (kV) dan 125kV kepada 275kV membabitkan laluan Bukit Tarek dan Chubadak sejauh 60 kilometer.

Che Khalib menjelaskan, sebanyak 98 peratus daripada projek itu berjaya disiapkan dan hanya tinggal dua peratus atau satu kilometer sahaja lagi yang masih tergendala.
Katanya, projek tersebut hanya memerlukan penanaman empat menara jenis monopole (bertiang satu) sebelum tenaga elektrik dapat disalurkan kepada hampir 6.5 juta isi rumah yang sudah tertangguh sejak setahun lalu.

Che Khalib berkata: ''Keadaan (masalah bekalan elektrik) semakin kritikal seperti seurat getah yang sudah terlalu lama ditarik, sudah genting. Kalau getah ini terputus, seluruh Selangor, Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan. Bukan itu sahaja, gangguan ini boleh berjangkit sehingga ke Johor."

Seperti yang sedia dimaklumi, menurut beliau, Selangor dan Kuala Lumpur merupakan kawasan perindustrian utama.

"Kalau terputus bekalan, ramai terpaksa menanggung kerugian berpuluh-puluh juta ringgit atau lebih. Mengikut penilaian teknikal kami, bekalan elektrik boleh terputus dalam tempoh tiga hingga empat bulan lagi.

''Saya tidak tahu apa isu yang sebenarnya dan saya hanya memberikan kenyataan sebagai seorang profesional. Apa yang saya minta ialah tolong berfikir secara rasional. Jika tidak, saya cuma boleh berharap agar getah tersebut tidak putus,'' ujarnya.

Ditanya adakah negara akan mengalami gangguan bekalan elektrik sebagaimana yang pernah berlaku pada tahun 1992, beliau enggan meramalkan sebaliknya sekadar mengulangi harapan agar kejadian seumpama itu tidak berulang.

Che Khalib menjelaskan, tanah kampung tersebut merupakan tanah milik TNB tetapi telah bertukar milik selepas berlakunya kejadian yang tidak dapat didedahkan kepada media.
Sebelum ini, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor memberitahu, projek itu tergendala dipercayai berpunca daripada hasutan pihak-pihak tertentu.
Menurutnya, kementerian bersedia untuk membayar ganti rugi sehingga berjumlah RM10.4 juta kepada pihak yang terbabit, selain mengambil Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina San Yuk sebagai sekolah angkat demi memastikan projek CAR dipersetujui penduduk di kawasan berkenaan.

Peringkat-Peringkat Isteri

Peringkat-Peringkat Isteri Dalam Memberi Ketaatan dan Meminta Nafkah:
Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.
Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya. Isteri Solehin Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.
Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah,sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami,apatah lagi dengan Tuhan.
***Ingat Allah.. ingat tanggungjawab... insyaallah, semuanya selamat

40 TIPS UNTUK JIMAT PETROL KERETA

1. Servis kereta ikut jadual - kereta yg di maintain dgn baik akan beroperasi pada kecekapan maksimum
2. Penapis udara dan penapis minyak petrol kena check! (Penapis minyak petrol kene tukar 40 000 km sekali)
3. Spark plug perlu dlm keadaan baik ( Tak hitam & gap OK )
4. Tayar perlu diisi angin dgn pressure yg betul, kalu tayar tak cukup angin, minyak makan...
5. Pakai kereta yg CC rendah tapi kalau nak pakai yg CC tinggi pun boleh cuma system kene bagus la macam Honda i-VTEC, Toyota VVTi atau pakai sistem
6. Jangan tarik pick-up lebih 3000 rpm setiap gear , tapi sekali-sekala boleh la takut engin lemau
7. Go slow man ! jangan speeding .90-100 km/j tu kira ok la.., tapi kalau terbakar sebab ada orang ajak race - kejar.. jgn tak kejar
8. Elakkan kesesakkan jalan raya, lagi lama tersangkut (engin idle) lagi makan minyak (kene tukar gear selalu)
9. Kalau parking menunggu tu, matikan engin
10. Berkongsi kereta
11. Naik motor (4 lejang)
12. Naik Basikal
13. Naik pengangkutan awam
14. Guna tayar kereta yang low profile dan ada special rubber compound (Grip tinggi rintangan kurang)
15. Pakai rim tayar biasa dah le, kalu nak pakai sport rim biar sesuai dgn kereta (dapat pakai macam rim motor lagi bagus - ringan maa... macam kereta klasik)
16. Isi minyak kat stesen minyak yang pakai meter analog
17. Tingkatkan tahap kecekapan pembakaran engin, kalau kereta biasa - 80% daripada campuran bahan api dibakar dgn sempurna. Kalau nak tingkatkan ke 90% pakai high frequency converter dlm sistem spark plug seperti Stromberg ataupun pakai special magnet pada talian minyak (Dah terbukti !!!)
18. Isi minyak slow-slow masa kat stesen minyak. Isi minyak sambil minum kopi dan borak-borak
19. Elakkan jalan berbatu dan tanah merah
20. Gunakan engin Hybrid (gas-electric)
21. Guna engin Electric (pakai bateri)
22. Gunakan tenaga solar
23. Kurangkan penggunaan air-con,
24. Kalau kat highway tu, cucuk angin kereta lain (follow belakang kereta lain utk kurangkan daya tolakan angin (Di sarankan cucuk angin kereta yg power sahaja seperti Mercedes, BMW, EVO )
25. Buang Catalytic converter pada system ekzos dan ganti dgn free flow center bullet (Tapi sebelum buat pastikan tahap kecekapan pembakaran engin anda ditingkatkan, kalu tidak banyak asap keluar beb)
26. Ganti ekzos belakang dgn free flow ekzos (Kalu takut bising, cari yg brand baik punyeee, mesti marii)
27. Loweredkan kereta anda
28. Pakaikan kereta anda skirt labuh tapi jangan cecah jalan dah la.Ini bertujuan untuk kurangkan rintangan angin, tapi skirt tampal tak main sebab takut angin tembus
29. Kalau nak pergi kedai kat rumah tu, jalan kaki lagi bagus, boleh exercise
30. Cari tempat kerja dekat dgn rumah, kalau dapat tidur,makan, berak,mandi kat office lagi best.
31. Petrol mudah terpeluwap, jadi kalau nak isi minyak isi time pagi atau waktu sejuk dan kalau dapat parking tempat redup lagi best. Cuba korang kene jemur.. masak dibuatnye.
32.. Kalau nak isi petrol kat stesen minyak pastikan isi penuh, tak payah nak ulang alik cari stesen minyak
33. Jangan bawak banyak barang. Kalau boleh bawak yg perlu sahaja. Penggunaan minyak bergantung kepada weight/power ratio - power kereta dah fix, bila berat bertambah - nisbah meningkat dan penggunaan minyak pun meningkat. Lagi satu, cuba-cubalah kuruskan badan tu sikit dan turunkan perut tu....
34. Tinted cermin kereta anda (Semua cermin). Lagi kurang cahaya matahari masuk, lagi bagus (cthnya gold dust 95% block heat) sebab ia berkaitan dgn penggunaan air-con dan emosi anda. Contohnya, kalau air-con kurang guna atau guna pada tahap minimum, minyak pun save dan anda pun kurang terbakar atau kurang nak marah sebab ada kajian menunjukkan cuaca panas akan meningkat tahap kebrutalan seseorang itu Bila dah 'panas' mula la jadi samseng jalan raya
35. Terdapat juga teknologi baru dimana kadar ketembusan cahaya pada cermin kereta anda boleh diubahsuai (Kat negara kita belum dikomersialkan) menggunakan tenaga elektrik drp bateri anda. Bila nak parking - gelapkan cermin kereta, bila nak drive cerahkan balik. Rujuk [ fcp://@
fc.ramunia.com,%2318476420/ MailBox/_ blank/home.howstuffworks. com/smart- window.htm ]http://home.%20howstuffworks.%20com/smart-%20window..htm
36. Gantikan Air filter kereta anda dengan filter K&N sebab filter K&N diperbuat daripada gentian kapas dimana kadar aliran udara adalah lebih tinggi daripada filter biasa yg diperbuat dari kertas dan mudah tersumbat
37. Boleh cuba pakai micro-compressor (
http://www.micro-compressor.com/) atau Air Injector (http://www.air-injector.com/)
38. Kalau nak pergi kerja tu, keluar la awal sikit, takde la terkejar-kejar. Rilek je drive dan tak sakit kepala.
39. Perbanyakkan stesen Petronas
40. Pasang intercooler pada enjin anda (bila suhu enjin diturunkan, power meningkat dan boleh save minyak)


***yang no 7 tu susah nak dielakkan...waakkakaaaa

Kisah tadika .. .. disebalik nama SmartKids

Berhati2lah sblm register anak masuk tadika, berkorbanlah sedikit, carilah yg dapat menjamin masa depan islam dan keluarga kita sendiri. Semoga kita semua dilindungi Allah, dunia dan akhirat .. Amin

Assalamu'alaikum saudara/saudari sekelian. Diharap dapat mengesan jika anak-anak saudari belajar di Tadika Smartkids sekarang ini di tukar nama kepada JC Kindergarten (JC maksudnya Jesus Christ) ini diakui sendiri oleh pemilik ini.
Juga pemilik k/gerten ini beritahu bahawa ia (tadika) ini milik syarikat Singapura yang mengembangkan modulnya di Malaysia ..
Tujuan saya mengutarakan isu ini berbangkit daripada seorang guru melayu Islam di k/garten ini yang memberitahu bahawa beliau dibayar gaji sebanyak RM900 sebulan. Tetapi, di tempat beliau mengajar, beliau ditekan dan dipaksa menganut agama kristian. Beliau akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Sebelum berhenti kerja, beliau diugut dengan kata "nak ambil nyawa seorang bukan susah sangat".
Perkara ini telah dilaporkan ke Jabatan Agama Islam untuk tindakan selanjutnya. Oleh itu, saudari sedarlah jika guru itu seorang dewasa dipaksa berbuat demikian, bagaimana pula anak-anak kita yang masih kecil yang menelan semua pesanan, ajaran ajakan guru di situ dan bagaimana pula dengan guru yang lemah imannya kerana gajinya boleh tahan dgn kerja sebagai guru tadika.
Zaman sekarang mcm2 cara digunakan utk menyesatkan kite org islam. Maka kita kena extra precaution. Takutlah! gerakan2 diorang ni dapat sponsor yg besar dari badan2 tertentu..

****prestij is nothing kalau nak dibandingkan dengan akidah.

Jemputan Perkahwinan



Assalammualaikum...
Not really sure kalau2 ada ex-student POLISAS kursus SMD intake Nov 2001-Okt 2003 membaca blog ni tp kalau2 la ada kan... so, ini jemputan tuk korunk. Dari tuan punya diri yang di emailkan kepada akak (sbb korunk mmg panggil camtu pun kek den)... FADLI dan ASUE.

Butiran mengenai majlis adalah seperti berikut:-

::~(",) Majlis Perkahwinan -sebelah perempuan (",)~::

ASUE & FADLI
06 Disember 2008, Sabtu
Kg Bukit Tong @ Jong, Kelantan



::~(",) Majlis Perkahwinan - sebelah lelaki (",)~::

FADLI & ASUE
13 Disember 2008, Sabtu
Kg Sg Siput Batu 11, Jementah, Segamat, Johor



Selamat Pengantin Baru Kepada Kedua Mempelai. Semoga jodoh berpanjangan. Akak tau korunk boleh coz korunk pn dh lama kawan.. since 2001 g. Dah macam2 korunk tempuh. Insyaallah, kalau sempat akak pergi rumah Fadli tp xjanji. Apapn, akak doakan korunk berbahagia. Thanks for da invitation.

Monday, November 24, 2008

Ladang babi sistematik selesai masalah rakyat - Pas

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Dewan Pemuda Pas menganggap cadangan mewujudkan ladang babi sistematik di Selangor dan Kedah adalah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat dalam isu penternakan haiwan itu.
Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, masalah yang berpunca daripada penternakan babi yang tidak terurus telah lama wujud di negara ini iaitu sejak 51 tahun lalu dan kerana itu, ia perlu dimodenkan.
''Soal penternakan babi tidak perlu diungkit, kita nak selesaikan masalah rakyat dan itulah isu yang kita bincangkan sama ada mampu atau tidak untuk kita sediakan kawasan penternakan yang sistematik mengikut piawaian antarabangsa," katanya sewaktu dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan Pas kini tidak mampu bersuara malah banyak tindak-tanduknya hanya untuk memuaskan parti lain termasuk membenarkan penternakan babi di kawasan kampung orang Melayu.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, orang Melayu sudah tidak boleh mengharapkan Pas mempertahankan hak mereka, malah parti itu juga tidak lagi berani bercakap mengenai penubuhan negara Islam.
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, pihak yang mendakwa Pas tidak mempertahankan keistimewaan Melayu perlu merujuk kepada dokumen penubuhan pakatan pembangkang yang ditandatangani Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Katanya, dokumen itu mengandungi pendirian Pas untuk mempertahankan kontrak sosial dan hak istimewa orang Melayu yang terkandung dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.


***nak buat... buat la. dh xbleh nak kata apa sbb nak juga kan?? tp korunk p la buat kat area 100% orang yang makan binatang haram tu. yang hang nak p buat kat area orang Islam tu apa kejadahnya. Orang depa pn xmo buat area depa... awat hangpa nak aniaya orang yang xdak sangkut paut langsung. Itu je sbb orang bising.... ada PAHAM PAKCIK2??????????

Pewaris anjur jelajah pertahan hak bumiputera

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
Anggota Majlis Pemuafakatan Ummah melaungkan Hidup Melayu pada majlis pelancaran siri jelajah Pewaris di Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 23 Nov. - Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bagi meminta pihak berkuasa mempertahankan kedaulatan agama Islam serta hak kaum Melayu dan bumiputera seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Jurucakapnya, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, siri jelajah yang akan bermula bulan depan di Selangor sebelum diperluas ke seluruh negara itu, bertujuan menjamin kesejahteraan hubungan kaum dan keamanan di Malaysia.
Menurutnya, siri jelajah itu penting bagi menyedarkan semua pihak bahawa terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab kini cuba menggugat keistimewaan Islam, Melayu dan bumiputera, seterusnya mengancam keharmonian masyarakat berbilang kaum.
Kata beliau, siri jelajah itu bertujuan mendapatkan persefahaman di antara semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi mengadakan resolusi dan memberi penjelasan kepada rakyat mengenai ancaman-ancaman tersebut.
''Selepas itu, memorandum dan resolusi yang terhasil akan dihantar kepada Perdana Menteri dan wakil Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada pemberita selepas pelancaran siri jelajah itu di sini hari ini.
Dalam majlis itu, kira-kira 500 ahli gabungan Pewaris berarak dari Wisma Sejarah ke balai polis Jalan Tun Razak di sini, bagi membuat laporan polis meminta siasatan dijalankan ke atas lima perkara antaranya Hindraf dan penghinaan ke atas Islam.
Laporan penghinaan ke atas Islam itu dibuat apabila sebelum kumpulan itu mula berarak kira-kira pukul 1.50 petang tadi, seorang wanita berdiri di atas jejantas di situ sambil melemparkan kata-kata kesat ke atas agama Islam dan bangsa Melayu.
Kekecohan berlaku dan beberapa anggota polis yang berada di situ terpaksa mengiringi serta melindungi wanita berkenaan ke kenderaannya.

*** Sapa2 yang berminat, boleh la join tp pastikan ilmu didada dahulu sbb nak buat benda baik ni bukan senang.. orang akan banyak soal... cam statement kat bawah ni ...

Sementara itu. menjawab satu soalan, Maamor berkata, Sisters in Islam patut bermuhasabah diri sebelum membuat sebarang teguran ke atas perkara yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai isu pengkid.
''Ketetapan majlis itu mengikut lunas Islam, al-Quran serta hadis dan Allah sendiri melaknat golongan perempuan yang membawa perwatakan lelaki dan sebaliknya," tegasnya.


Laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan semalam menyebut, Pengurus Acara Sisters In Islam, Norhayati Kaprawi mendakwa, pengharaman pengkid dikhuatiri bersifat diskriminasi terhadap golongan perempuan beragama Islam di negara ini.

*** Diaorang ni xtau la nak kata apa... Sisters tu kalau xsilap.... orang K******* selalu gunakan tuk kaum perempuan mereka. Naper la depa ni guna nama tu.. then ada lak tu perkataan ISLAM.... Ya Allah Ya Tuhanku... Kau tunjukkanlah kebenaranMu.

Drama wanita ancam terjun bangunan

SELAMAT... Akhirnya wanita ini berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital untuk rawatan.- Gambar AZLAN BAHRUM


HULU TERENGGANU 23 Nov. - Baru dua hari seorang gadis mengancam untuk terjun bangunan kerana ditinggalkan kekasih, seorang suri rumah berusia 38 tahun pula cuba mengambil tindakan yang sama kerana menyangka suaminya berkahwin lain.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, wanita itu yang dikatakan bekas pesakit mental didakwa bertengkar dengan suaminya, di Ajil dekat sini, sebelum menunggang motosikal ke Bandar Kuala Berang.
Dia yang merupakan isteri kedua itu kemudiannya naik ke bumbung sebuah bangunan yang dalam pembinaan dan mengugut menikam empat pekerja Bangladesh dengan pisau ketika mereka cuba menahannya.
Pihak polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat yang bergegas ke tempat kejadian cuba memujuk wanita tersebut yang ketika itu kelihatan sudah hilang pertimbangan apabila membuka baju kurungnya sambil mengacu-acu pisau.
Sepanjang usaha memujuk, ibu kepada seorang anak lelaki itu menghabiskan tiga batang rokok, dua air kotak dan dua air mineral yang diberikan anggota bomba.
Keadaan bertambah cemas kira-kira pukul 3.15 petang, apabila wanita itu yang berundur sedikit demi sedikit tergelincir di tebing bangunan tersebut.
Mujur tindakan pantas anggota bomba berjaya mengelakkannya daripada terjatuh.
Kejadian tersebut disaksikan ribuan orang ramai termasuk suami dan ahli keluarganya.
Menyambar
Anggota bomba yang hanya ingin dikenali sebagai Zahari berkata, dia sempat menyambar tangan wanita tersebut yang ketika itu hanya berpaut pada tebing bangunan tersebut.
"Sebaik sahaja saya mencapai tangannya, anggota bomba lain memegang rambut dan bahagian badan lain. Kalau lambat sesaat tentu dia sudah jatuh," katanya yang memberitahu seorang rakan setugasnya cedera akibat terjerut tali di leher.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Deputi Supritendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah mengakui wanita itu mungkin meniru aksi remaja perempuan di Kuala Terengganu tiga hari lalu.
Katanya, wanita berasal dari Bukit Sawa, Marang itu berbuat demikian kerana masalah rumah tangga ekoran suaminya sudah lama tidak pulang ke rumah.
"Pihak polis akan membuat siasatan lanjut sebelum mengambil tindakan termasuk mendakwa wanita berkenaan," ujarnya.
***Betul2 Menyusahkan Orang....

Sisters In Islam pertikai keputusan Majlis Fatwa

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Sisters In Islam (SIS) menolak keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan senaman yoga kerana tiada sebarang bukti dikemukakan bagi mewajarkan yoga diharamkan.

Pengurus Program SIS, Norhayati Kaprawi berkata, sehingga kini negara tidak pernah menerima apa-apa aduan atau bukti yang mengatakan ada individu beragama Islam bertukar kepada agama Hindu selepas mengamalkan senaman yoga.

''Jadi, mengapa perlu ia diharamkan? Mengapa terburu-buru untuk meletakkan undang-undang terhadap aktiviti senaman itu sedangkan ia tidak mengancam kedudukan agama Islam setakat ini?" soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, yang mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik kerana dibimbangi akan menghakis akidah jika pengamalnya meneruskan amalan itu ke peringkat lebih tinggi.

Menurut Norhayati, pihaknya mempunyai alasan kukuh mengapa pengharaman itu tidak patut dilakukan memandangkan amalan yoga tidak lebih daripada sekadar satu senaman untuk kesihatan.

''SIS tidak nampak ia boleh memesongkan akidah seseorang pengamalnya sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam.

''Ini kerana yoga tidak lebih dari sekadar senaman untuk kesihatan jasmani, sama juga seperti senaman Tai Chi dan Qigong, '' katanya.

Sambil menyifatkan ia sebagai satu pengajaran, beliau bagaimanapun meminta supaya Majlis Fatwa lebih peka sebelum membuat sebarang tindakan membabitkan isu-isu sensitif seperti itu.
Dalam pada itu, beliau berkata, SIS juga akan memberi sokongan penuh sekiranya Majlis Fatwa mengambil langkah untuk mengkaji semula perkara tersebut bagi mengelak kekeliruan masyarakat.


***alahai pompuan... tahu xhalal dan haram tu apa?????? faham la dulu maksud fatwa tu kalo nak bersuara pn.. sedihnya tengok anak2 Melayu yang mengaku beragama Islam skang ni.... buka minta .. tutup mata. mesti faham. Kalau pun fatwa dh kata yang benda tu haram.. korunk nak buat.. korunk buat juga kan???? so, tayah la nak bising2 dan kelirukan orang lain.
Fatwa tu dikeluarkan bagi orang2 yang nak buat tp still memikirkan akidah mereka. So, that's y la dalam penyataan berkaitan fatwa tu, mereka mengatakan masih boleh melakukan yoga tapi tidak secara sistematik... FAHAM BETUL2 DULU YE MAKCIK!!!!! Rasanya SIS ni dalam komuniti IFC. Kalau betul la korunk nak bersuara, naper xpersoalkan permintaan IFC tentang Islam yang 14 perkara tu. U all guna nama Islam dalam pertubuhan so, jangan pertikaikan perkara berkaitan agama kalau ilmu agamanya paras buku lali. Sepatutnya korunk bersama2 perjuangkan agama bukannya pertikaikan agama.

Wednesday, November 19, 2008

World's Tallest Man Becomes a Father


The world's tallestman, Bao Xishun, 2.36 metres tall, cradles his newborn child Tianyou in his large hands at home in Zunhua in northern China's Hebei province. The gentle giant, formerly a goatherder from Inner Mongolia, is riding high after an eventful two years in which he lost, then regained his Guiness Book ranking and which saw the world's most elevated bachelor finally marry and in October become a father.

Tuesday, November 18, 2008

ISTERI SENTIASA DARA

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan)

Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

(ingat tu.. tuk rumahtangga sendiri jer..bukan rumahtangga orang lain)

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara(yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.

'KISAH YANG MUNGKIN NYATA'

BACALAH UNTUK DIAMBIL IKHTIBAR DAN MUHASABAH DIRI

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak nampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata. Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempa tbertanya.... . siapa dia.... tiba2 aku merasa dada ku sesak...sukar untuk bernafas.... namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.

Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku...... terus berjalan..... kekerongkongku. .sakittttttttt. .......sakit. rasanya. Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,...Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku.....Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku...kkhh. ........ khhhh..... kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya,amat teramat sakit..... Seolah tak mampu aku menahan benda tadi... Badanku gementar... peluh keringat meluncur deras....mataku terbelalak.. ... airmataku seolah tak berhenti.Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku.

Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu... pergi... berlalu begitu saja.... hilang dari pandangan. Namun setelah itu......... aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat,segar,cerah... tidak seperti biasanya. Aku heran... isteri & anak2 ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku.. Disitu aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofayang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru.

Siapa dia???????... Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis...mereka menjerit... histeria . Terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi... Siapa dia......... ..????? ??? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia........ dia....... dia mirip dengan aku.... ada apa ini Tuhan...???? ???? Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu..... Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku.

Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak... ..tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku...Dan mereka terus-menerus menangis.... aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati... aku telah mati. Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis.... berteriak. ......Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis....... masaku telah terlewat.... aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja. Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum sholat.

Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa membaca E-mail ini sungguh aku amat sangat bahagia. Karena aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia. Sebarkan e-mail dakwah ini ke 5 orang terdekat Anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Cukup lima saja! Ini bukan surat ancaman berantai. Yang jelas jika Anda tidak meneruskan e-mail ini, maka Anda telah menyia2kan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal shalih. Jika anda lakukan dengan ikhlas insya Allah Anda akan menuai kebaikan. Mari berlumba dalam kebaikan.'Sesungguhnya Allah Tidak Dapat Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu, Melainkan Mereka Sendiri Yang Mengubah Diri Mereka'?..


*** dengan syarat, kita sendiri juga wajib melakukannya (Solat & kebaikan lain)

Monday, November 17, 2008

Aku sebuah kerusi.....

(wajahku setelah dibuka baju)
Hermmmm... kadang2 aku rasa macam dh xberguna sejak 7 tahun aku di rumah tuan aku... dengan keadaan aku yang semakin lusuh... aku seperti tak bernilai lagi. namun ..tuan aku tidak sedikitpn meminggirkan aku. xtahu la samada aku masih disayangi atau aku hanya dipergunakan..

3 tahun lepas... tuan aku dengan baik hati telah memberikan aku 'baju' baru... yang lebih bermakna adalah kerana 'baju' tersebut dijahit sendiri oleh tuan aku.... namun.. tahun berlalu.. kini 'baju' tersebut telah lusuh sepenuhnya. keadaan tuan aku yang sekarang bekerja jauh juga menyukarkan beliau untuk menjahit 'baju' baru untukku... tambahan lagi, kerja2 menyukur, menggunting dan menjahit 'baju' ku agak sukar.. aku xsalahkan tuan aku...

sebelum raya baru ni...aku dikejutkan dengan sesuatu yang aku sendiri xterduga. adik beradik tuan aku telah bercadang untuk membuang aku kerana kelusuhanku walaupun aku masih kuat untuk memberi jasa....... aku sedih.. teramat2 sedih. aku tahu. kalau tuan aku tahu perkara ini.. mesti dia membantah kerana aku di beli dengan hasil titik peluhnya.. sejak 7 tahun yang lalu....


beberapa hari sebelum raya.. tuan aku balik. kemudian adiknya balik. adik tuan aku bawa beberapa gulung kain pembalut kusyen.. banyak jenis kainnya dan aku terdengar perbualan mereka...

"apa kata kita pasang balik je kain sofa ni. ok lagi sofa ni cuma sarung dia je yang dh teruk. ni pn semua kejer kucing2 dulu la... dari nak buang...sayang. dh la kak yang beli"... kata tuan aku memulakan perbualan.

"hang buat la kalau rajin".... adiknya menjawab. "alah.. bukan susah pn. kiter tayah la jahit cam sarung yang kak buat ni. kiter pakai stapler atau gun.. senang sket. tembak je.. warna hitam ni pn ok gak.. banyak sket dier nyer kain.. lepas ni kalau nak buat. sementara awal lagi ni.. bleh la buat. raya ni dh ada kerusi baru".... tuan aku masih mempertahankan untuk mengekalkan aku di sini. terasa sedikit lega. (lapisan luar yang asal mula di tanggalkan)
jadi.. bermula lah kerja tuan aku.. dari awal... membuka 'baju' ku dari badan.... terserlahlah betapa buruknya aku waktu ini.. kemudian mengukur baju baru aku... 'badanku' mula di ukur dan dipadankan)
memotong.. menjahit di bahagian tertentu dan seterusnya memasang pakaianku yang baru... tuan aku sanggup bersengkang mata sehingga jam 2 pagi selama 3 hari untuk menyiapkan aku.. betapa terharunya aku..
kini...aku kelihatan seperti baru kembali... bahagianya aku bertuankan tuan ku.. kini dan selamanya... (wajah terbaruku... masih belum siap sepenuhnya)

Wednesday, November 12, 2008

Khasiat & Rahsia Solat

KHASIAT SOLAT

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik,
~Cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdoa.

Untuk menghilangkan stress,
~Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.

Untuk pelembab, agar awet muda,
~Gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlakku). (HR Ahmad).-DOA TENGOK CERMIN

Untuk punya bibir cantik ,
~Bisikkan kalimah-kalimah Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

Agar tubuh langsing , mulus,
~Diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS. Contoh:- selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Untuk mengembangkan diri ,
~sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Assalamua'laikum wr wb......... .. Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

RAHSIA SOLAT

1 -Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 -Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 -Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 -Al-Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 -Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 -Iktidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 -Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 -Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 -Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10 -Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 -Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 -Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 -Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T. Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam. "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Tuesday, November 11, 2008

Innalillahiwainailaihiraji'un....

Petang semalam baru je sembang dengan ttm... uncle dia meninggal dunia jumaat lepas dan segalanya telah selesai.....

Pagi ni.. elok je sampai kat pejabat...masih dalam kereta mendengar gelagat penyampai Sinar FM.. tetiba mesej dr hp berbunyi.... mesej dari mak

Dengan sayunya.... mak inform yang Mak Long dan Pak Su Hajar telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi... Mak Long pada pukul 3pagi di Kedah dan Pak Su lebih kurang pukul 6pagi tadi....

Mak Long adalah jiran satu block aku di Pahang... dan juga merupakan guru mengaji Al Quran serta ibu angkat aku... aku amat merasakan kehilangannya. elok je baca mesej dr mak tadi.. aku rasa sebak sangat. Mak Long mmg dh lama sakit sebenarnya... sakit sendi tulang dan dah macam2 pembedahan dan rawatan yang di terima sehinggalah dr Pahang ke Pulau Pinang iaitu rumah anak sulung arwah.. dan akhir sekali.. mungkin arwah minta balik ke Kedah untuk berubat secara tradisional. Kalau tak silap aku... dh hampir setahun arwah pulang ke Kedah untuk berubat. Anak2 arwah pn xramai... 3 orang je dan setahu aku semuanya berada di utara tanah air. Anak sulung.. aku panggil Abang Mat.. kalau xsilap aku berada di Kedah, yang kedua aku panggil Abang Yunus... di Penang dan anak bongsu... Kak Idah di Lumut, Perak. Alhamdulillah... semua anak2 arwah sudah berumahtangga dan mempunyai anak. Sekurang2nya.. aku rasa arwah puas coz sempat tengok anak2nya berjaga dan berkeluarga...

Pak Su Abd Hajar... kenalan keluarga aku dari kampung di utara sehingga la sekarang. Di Pahang juga kami menetap di felda yang sama cuma block lain2. Mengusahakan sebuah kedai runcit dan mempunyai anak2 yang berjaya serta comel2... dan arwah juga sebenarnya telah mempunyai cicit. Seingat aku, xpernah pula aku dengar arwah sakit. Tapi itulah kehendak dan ketentuan Ilahi... setiap yang Dia mahukan...tiada yang dapat melawan...

Kepada keluarga kedua arwah.. aku dan keluarga mengucapkan takziah....

Al-fatihah......

Monday, November 10, 2008

Keretaku dah tiba....

Tadi agen penghantaran barang2 dan kereta call..

"Cik Rohaya, kereta dh keluar dari pelabuhan. Nak kita hantar ke mana ye? Rumah ke pejabat?"... aku rasa PA GM company tu yang call....

"Ye ke? Ok, saya masih kat opis so, hantar kat opis je la erk. Boleh? Jauh x?"... aku buat2 ramah.. kekekeee....

"Boleh, xjauh pn. Dalam 15 minit je".... dia pn jawab dengan ramah.

"Ok. Kalau camtu, saya tunggu kat opis je la erk. Nanti dah sampai, bagitau je la ye"... aku balas.

"Ok tp sebelum tu Cik Rohaya, saya nak minta cik sediakan salinan surat pertukaran dan salinan ic untuk tuntutan pembayaran"... uiksss.. ada lagi ker??

"Baik. Nanti saya sediakan. Bye".... tetttttttt... tamatlah perbualan pada petang ni.

Sementara aku menunggu staff dr company tu deliver keter aku ke opis.. aku pn sediakanlah apa yang patut. Memula tadi cam nak balik lambat je walaupun kejer semua dh settle tapi memandangkan keterku akan tiba dalam beberapa minit je lagi... so, siap je buat salinan tuk benda2 yang diperlukan tadi.. aku terus berkemas.

Elok je aku kuar pintu opis.. aku nampak keter aku lalu depan mata tp dh terlajak ke depan la so, aku pn pusing ke belakang... dan xlama pastu.. ada call....

"Hello cik, kami nak hantar kereta. Cik kat mana ye? Kami belakang perdana ni"... aku rasa budak2 agen tu yang call sbb suara xsama cam suara bos dia atau pn PA bos.

"Ye, saya otw. Tunggu jap ye. Jap lagi saya sampai"......cepat2 aku jalan kesana... xsabar rasanya nak melepaskan rindu dendam kat keter aku. Dah 2 minggu aku berpisah dengan kereta kesayanganku ini....

Aku terus je menuju ke arah keretaku.. diaorang xde la park betul2 belakang perdana.. tp xkisah la. aku mmg kenal keter aku sendiri. So, bila kunci bertukar.. maka tamatlah riwayat perdana tu dr tangan aku. Best gak drive perdana diaorang coz minyak save juga.

Tp bila aku masuk je keter aku.. adehhh.. rasa lain lak. tinggi je.. kekekeee.. pastu function dia pn aku sik tersasul je... sbb sebelum aku ke sini.. aku guna keter lama.. dan perdana ni ...function diaorang lebih kurang je. function keter aku ni lain sket.. coz terbalik so selalu la tersasul.. kah kah kah.. ampeh

but.. the important thing is... keretaku dh sampai dengan selamatnya dan akan hilanglah rinduku.... ye ye

Double Standard.....

Klakar... sakit hati pn ada juga sebenarnya... pagi2 lagi aza dh pas surat dr HQ kepada cc Loni... satu surat tu KPP dan satu g tuk aku. CC pn pas dedua surat tu kat aku... hermmm... aku buka surat tuk aku jer.. KPP nyer surat.. xmo le aku buka coz rasanya benda yang sama

????? Elaun gangguan yang aku tuntut....xsampai pn rm500... boleh dikatakan xdapat di bayar coz of xcukup peruntukan... hermmmmm... nonsense tol ler.

Tp claim yang bukan2 tu bleh plak diluluskan... ntah la.... Mentang2 la aku ni hanya kakitangan sokongan................................... adakah ini dinamakan double standard...

Kahwin lewat beri kesan terhadap sistem demografi

sumber : Utusan Malaysia, 10 Nov 2008

KANGAR 9 Nov. - Pendidikan tinggi, kerjaya hebat dan pendapatan besar adalah punca utama menyebabkan golongan muda di negara ini memilih untuk berkahwin lewat tanpa menyedari perbuatan itu memberi kesan terhadap sistem demografi dan kesihatan.

Pemangku Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Hairil Fadly Mat Akir berkata, fenomena kahwin lewat adalah antara isu berkaitan golongan penduduk muda yang sedang diberi tumpuan.

Berucap merasmikan program sambutan hari penduduk sedunia 2008 peringkat negeri Perlis yang bertemakan 'Memperbaharui Komitmen' di Pauh dekat sini hari ini, beliau berkata, isu-isu berkaitan perlu dikupas untuk diketengahkan kepada penggubal dasar, para perancang dan pengurus program untuk diambil kira dalam perancangan pembangunan negara.

"Isu kependudukan ini amat penting difahami kerana mereka turut sama menjayakan usaha perancangan dan penggubalan dasar demi meningkatkan kesejahteraan penduduk dan masyarakat di negara ini," katanya.

Hairil Fadly berharap setiap agensi pelaksana sentiasa peka kepada kebolehan dan keperluan penduduk muda dalam proses perancangan dasar dan program.

"Dasar dan program yang sedia ada perlu diteliti supaya lebih peka dan mesra remaja, contohnya kerajaan telah bersetuju untuk memantapkan lagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menerusi modul yang akan menitikberatkan kesihatan reproduktif dan seksualiti remaja, kesaksamaan gender dan nilai-nilai kekeluargaan bermula Januari ini," katanya.

Forum sehari itu berlangsung di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh di sini dihadiri lebih 250 peserta yang terdiri daripada para pegawai kanan kerajaan.

Friday, November 7, 2008

Release Tension...

GAMBAR
Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya.Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya diadapat membuat pasport baru untuk dirinya.Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Chot naikdan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambil keputusan untuk berdirisahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi.Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepas gambarnya itu lalu jatuhke bawah tempat duduk penumpang.Chot tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadiberada di bawah tempat duduk seorang penumpang, Chot berkata, "Kak...Boleh tolong angkat sikit kain akak tu tak? Saya nak ambik gambar..."

KEMIK
Chot baru habis main bolasepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba dikeretanya, Chot dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu keretanyaseperti terkena bolasepak.Keesokkan harinya, Chot membawa kereta itu ke woksyop. Mekanik di woksyoptu yang sememangnya tahu akan ke'bendul'an Chot, cuba nak mempermainkanChot. Dia memberitahu, sekiranya Chot meniup melalui lubang ekzoskeretanya itu... pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanyaakan kelihatan seperti sediakala..Maka, Chot pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzoskeretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Chot meniup dengan lebih kuatlagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.Teman serumahnya, Chet... keluar dan bertanya, "Apa hang buat tu?" Chotmenjelaskan kepada Chet bagaimana mekanik di woksyop tadi telahmengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di pintukeretanya akan kembung semula..Chet menggeleng-gelengka n kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata,"HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hang kena tutup semua cermintingkap kereta ni dulu!"

BUKU TEPON
Chot merempuh masuk ke satu perpustakaan awam dan meluru ke meja pendaftaran."Saya nak buat aduan! Saya nak komplen!" jerkah Chot." Ada apa, encik?" tanya pustakawan bertugas."Saya ada pinjam satu buku cerita dari sini minggu lepas dan ianya sungguhmendukacitakan! " kata Chot."Apa masalahnya?" tanya pustakawan itu lagi."Banyak sangat watak dalam buku cerita tu dan saya tak paham langsung apayang cuba buku tu kisahkan. Tak ada jalan cerita langsung!"Pustakawan tersebut berkata, "Ahh.... jadi, encik ni la yang ambil bukupanduan telepon kami yang dah hilang dekat seminggu tu!"

MASA
Chot: "Chet, skrang dah pukui brapa?"Chet: "3:15 petang."Chot: (dgn mimik muka kehairanan) "Aku pelik lar, awat sumer orang nakmenipu dengan aku ari nih?"Chet: "Awat lak? Bila lak aku tipu hang?"Chot: "Sepanjang ari aku dok tanya masa kat orang, dan sepanjang ari jugakla aku dapat jawapan yang berbeza. Tak dak sorang pun yang bagi jawapan yang sama..."

Monday, November 3, 2008

03 Nov 2008.... lapor diri

pagi ni aku bangun cam biasa... 5.30am... tp tempat je dh berubah... awal kol 5.00am tadi..aku xtau samada aku ngigau ataupun kenyataan... sayup2 je dengar suara azan... lepas bersihkan diri dan buat apa yang patut... aku kuar rumah tuk ke tempat kejer.. hari ni hari pertama aku kat sini so, aku xmo lambat. lagipun hari ni aku kener p kejer sendiri. xde sapa amik or hantar aku...

jam baru kol 6.45am... buka je pintu rumah... mak aiiiiiii.......... terangnya dunia.. adehh.. jam aku salah ke ni?? puas la aku membelek2 setiap jam yang ada kat rumah ni.. pastu aku hidupkan enjin keter... belek jam keter.. hermm.. mmg awal lagi. xlama pastu aku dapat sms dr kak zaharah.... "dah terang kan kat sana??"... cam dia tau2 je. kekekekee...

dalam kol 6.50am.. aku mulakan perjalanan... harap2 aku xlupa la jalan2 yang kak dayah tunjukkan semalam... suasana malam dengan siang ni lain.. so, aku cuma ingat2 signboard je la... kuar dr roundbout rumah aku tu... aku ingat... mesti ke kiri...hala ker serian.. jalan tun jugah... dengan confidentnyer... aku pn drive.. alih2.. aku terlajak.. hermm.. rasakan.. pusing la sekali dulu...pastu aku jumpa balik jalan tu.. sob sob...
terus jer.. then.. nampak petronas.. aku mesti amik kanan terus.... adehh.. xlepas lak.. kedua dari kanan.. huhuu.. kat sini aku dh nampak signboard batu kawa/jalan rock tp.... blur2 sket coz aku xpakai spek..sob sob... aku terus je.. uwaaaaaa... salah jalan.. puas gak le aku cari u-turn.. haah.. jumpa akhirnya.. then masuk balik jalan tu....

akhirnya, aku jumpa gak traffic light kat simpang terakhir tuk aku ke opis... haa.. aku dh nampak wisma hong.. best...yessss.. jam waktu ni dh kol 7.15am... jangan la aku lambat. aku nak masuk kol 7.30am gak...cam masa aku kat sana... lampu ijau...aku dengan yakinnya drive lagi... amik kiri sekali.... uiksss.. terlajak lak... adehh.. camne ni.. uwaaaaaaaaaaaaaaa.. nak kener u- turn lagi la jawabnya... hampeh.. mmg hampeh.. setiap jalan aku kener ulang dua kali.. tp sib baik la u-turn nya xjauh mana... sob sob.. mmg hari ampeh aku...

sampai kat opis...dh elok2 parking keter... aku masuk opis.. kenalkan diri dan bagitau aku nak report duty...alhamdulillah.. 1st impression aku kat sini..cam best jer.. so, aku harap best tu berlanjutan la hendaknya... aku bagitau cc kat sini..aku nak WP1... xle jammed sangat

cukup time .... 4.30pm... aku balik. alhamdulillah... time balik xde lak sesatnyer.. kekekeke... amin. sekian perjalanan hari pertama aku di tempat baru.............

sini semuanya awal.... subuh kol 5.02am, zohor 12.26tengahari, asar 3.46pm, maghrib 6.26pm, isyak 7.37pm.... awal kan... pening gak le nak sesuaikan diri awal2 ni............

Sunday, November 2, 2008

02 Nov 2008....... last day

pagi ni aku bangun dengan agak malas... penat masih berbekas... tp aku perlu juga bangun... ada lagi yang belum beres....

kemas2 rumah... lipat baju2 yang aku cuci semalam.. ada sket lagi yang xkering so aku letak kat mana2 yang senang kener panas dan angin...maklum je la... rumah flat ni... camni la keadaannya....

lepas mandi aku bersiap2 tuk kuar p jumpa abah. talib masih g tido... dia ni kener kejutkan. kalau x, confirm la tengahari baru nak bangun... pagi ni kitaorang makan meggi jer.. malas nak masak. lagipun kat rumah cuma tinggal kami berdua.....

dah settle semua kat rumah... kitaorang kuar dan menuju ke kl... jumpa abah... sebelum tu aku call abah... hermm...abah kat seri gombak... dengan fakrol. tengah angkut barang tuk dimasukkan ke hostel pekerja company yang abah kejer skang... abah soh aku tunggu lebih kurang sejam... xpe la. sementara aku nak kesana.. so, xle banyak sangat masa aku menunggu...

actually nak drive slow2 je tp tertekan gak ke 100km/jam.. ampeh tol ler..dh sampai cepat. maybe pagi ahad so jalan xjammed. tp kat jalan tun razak tadi jammed gak le.. hermm... pertembungan simpang dan dekat lak tu dengan bas stand pekeliling ...faham2 je la.. masalah biasa... akhirnya aku sampai gak kat rumah abah.... xsampai 30 minit perjalanan.... adehh... ada lagi 30 minit aku kener tunggu....

sambil2 buat giler dalam keter dengan talib... tetiba talib panggil aku... "tu, tengok bawah pokok tu.....ain"... secepat kilat aku menoleh... haah.. sebijik cam ain... cara dia ikat rambut... dressing dia.. dengan spek yang dia pakai....sebijik cam ain... tp budak tu bukan la ain... arghhhh...dugaan tol ler. xlama pastu, fakrol sampai.... then, abah sampai.... borak2 jap.. then aku balik coz masa pn dh xbanyak....

salam dengan abah dan adik2... ni la kali terakhir tahun ni aku jumpa diaorang... aku terkilan cox jumaat ari tu xsempat nak bersalam dengan mak. aku ingat mak nak balik malam...tp tetiba lak abang ajak balik kol 3pm.. masa tu aku otw p jumpa TTM.... hermm.. xpe la. aku dh call mak pn. lgpun aku xsanggup tengok mak nangis.... aku balik kg last week pn.. nada suara mak dh lain.. makcik pakcik kat area2 rumah aku pn dh merungut...naper la aku p jauh sangat... hermm... nak wat camne.. hanya Allah yang tahu..apa yang sedang aku alami dan lalui...mudah2an.. ini la jalan terbaik untuk aku..........

then aku drive balik ke kl...amik barang2 yang perlu...kemudian ke Putrajaya... ada lagi barang yang blom aku kemas.. xde la banyak sangat..cuma sekadar sebuah beg pakaian (trolley bag) dan laptop... yang lain2 aku dh post dengan kereta........

cuaca pn dh mula gelap... jap g hujan la ni... elok je pukul 3pm.... hujan turun...tp xle lebat sangat. aku tinggalkan kereta kat putrajaya... nnt minta adik aku amik dan aku tumpang kereta pakwe Sarah tuk ke erl...sarah pn ada skali la.. kalau x, jangan harap aku nak tumpang...

4.20pm........... tren sampai.....
masa aku melangkah masuk tren....aku rasa cam ada satu perasaan yang lain sangat dalam diri aku. xmampu aku ungkapkan.... tp bila aku pandang ke luar tingkap tren... aku rasa sebak yang teramat.... bukan sebak sbb xde sapa2 yang hantar aku ke airport tp sebak sebab akhirnya... ini keputusan yang terpaksa aku ambil... semoga semuanya akan berjalan lancar walaupun masalah aku di sini ada yang masih belum selesai... xpe la. mungkin ini dugaannya............

sampai kat KLIA dalam kol 5 lbh...aku terus check in..malas nak dok lama2 kat luar. lagipun bukan ada sesapa yang aku bleh sembang.... dan yang aku ingat... terminal aku nnt jauh so better aku cepat supaya xterkejar2..... flight aku kol 6.30pm.... sementara tunggu tu....aku call mak... sms kawan2.... syahdu je suara mak tp aku xmo la layan sangat. nnt xpasal2 tumpah lak air mata aku kat sini..........

penerbangan ke kuching dari KLIA berjalan lancar...semuanya ok.... syukur.. aku sampai kuching dalam pukul 8.10pm.... cepat 5minit dari jangkaan awal... lepas dh declare everything dan amik bagasi... aku keluar.. tunggu kak dayah coz flight kak dayah dr LCCT kol 7.40pm....

sambil2 tu.. aku dok bersms dengan mak.. perbualan kat KLIA tadi xberakhir lagi. nasib baik suara mak xsyahdu macam sebelum ni.... dari jauh dengar suara ain menjerit2... happy je dia.. seronoknya kalau diaorang ada dengan aku skang ni.... then, aku terima sms dr kak dayah....

"aya, flight akak delay"..... adehhh.... xtau baper lama lak delaynyer.. aku sms tanya dia tp xberjawab... sementara tunggu kak dayah... aku berborak dengan kakak cleaner kat airport ni. ramah kakak tu...senyum je. aku suka tol tengok orang senyum ni... berseri muka diaorang... nasib baik ada kakak ni melayan aku. tp ye la.. dia pn ada kejer..kejap je la dia sembang dengan aku.... then, aku sorang2 balik. bosannya la menunggu...

dua tiga orang lalu depan aku dengan aiskrim mcd... xbleh jadi ni... aku mesti dapatkan juga.. xlama pastu... aku terima call dari en ahmad zain, agen yang bawa keter aku ke sini.. hermm.. keter dh sampai. aku tarik la beg aku ni..simpan dalam keter lagi baik. senang aku nak bergerak. en ahmad datang hantar keter je..pastu dia terus balik... aku la still menunggu kak dayah...

xlama pastu ada sorang budak kecik lalu lalang depan aku.... cute budaknya. ooo...rupanya mak dengan nenek dia pn ada situ... tengah menunggu ayah si kecik ni.. agaknya satu flight dengan kak dayah la tu.. pastu sembang2 la dengan diaorang. rupanya diaorang xtau yang flight tu delay... so, kami pn terus la menunggu sama2.....

dalam kol 11.00pm lbh baru kak dayah menunjukkan mukanya.. mak ai... lama giler menunggu... siap dua kali aku sembang dengan kakak cleaner tu. masa kak dayah sampai tu.. aku ajak dia p makan kat mcd...memula nak tapau je tapi takut xtermakan lak..maklum je la...memasing dh letih so, kitaorang makan situ jer... then, terus balik rumah.....

sebelum balik... kak dayah tunjukkan jalan yang akan aku lalui esok tuk ke opis.. hermm.. xle jauh sangat tp jalannya berpusing2... harap2 esok ok la.. coz esok aku drive sendiri.. opis kak dayah kat opis lama aku... so, aku kener berdikari dalam erti kata sebenar la ni....

aku dh letih...pas buat pa pe yang patut.... aku nak tidoo..... nite all.........

Saturday, November 1, 2008

Ko nak tau Faty................


(gambar last kita berdua... plus ain... tuk tahun ni la)
ooooo....rupanya dalam diam ko skodeng blog kiter erk??? sapa g ni yang slalu skodeng blog ni... nak kenerkan tol la kalau camni... kekekekek..

dh alang2 ko baca ni kan faty... kiter nak citer dengan ko pasal hari sabtu 1 nov 2008.... dengan kata lain...post ni kiter dedikasikan tuk ko....FATY @ SITI FATIMAH BT EMBONG..

hari sabtu...sah2 ko dh sedap lepak kat kg kan?? huhuuuu... ko tau. hari khamis tu.. masa ko lambai2 kat kiter time kiter nak balik... kiter rasa sayu sangat.. masa melangkah keluar dr opis,..menitik air mata kiter. nasib baik ain ada...kalau ain xde masa tu..confirm kiter dh nangis.. sedih tau nak berpisah dengan ko.. kiter banyak kongsi suka duka.... kan??? ye la, ko la orang pertama yang kiter kenal masa masuk kejer.. start hari lapor diri kat audi.. sampai la posting... even...sampai skang.. kiter masih berkawan. xpenah rasanya kiter gaduh... stakat salah faham tu maybe ada tp xpenah la dalam sehari kiter xbersembang melainkan kalau kiter berjauhan...

lepas ni kita dh xbleh nak p makan nasi ayam, roti john, satey, abc, lay chee kang kat taman warisan.... sedihnya la.. dh xbleh nak balik lambat2 dengan ko.... mempoyokan diri kat mana2... dh jauh tuk citer isu semasa dan bincang tentang satu2 hal... ko jangan la nangis erk faty biler baca post ni...

ko tau faty.....
hari jumaat kiter p jumpa TTM kiter ... ko dh tau kan?? ye la. ko cakap ko baca kat blog. maknanya ko dh tau la... dia xhensom (walaupun hakikatnya dia ensom tp xbleh kata dia ensom nnt dia pasan) tp dia cute n sweet... ada rupa la. kalau dia bujang lagi... mmg kiter ngorat dia.. kekekeke... tp xmo la. kitaorang kan TTM dan xbleh break the rules.. once salah sorang berkahwin... tutup perasaan lain.. alah, ko pn tau kan.. itu mmg rules kiter.. no heart feeling... biar xde dari merampas.... huhuuu

ko nak tau faty.... (ntah apa la yang ko poyokan dengan ain tu)
sabtu kiter masuk opis coz ada g kejer blom settle.. kiter masuk dalam kol 8pagi... sorang2 je kat service. selalunya ada gak ko dan yang lain2... bukan xmo wat time opis hour.. tp faham2 je la.. banyak gangguan.. so, xtenang. lagipun bukan claim ot datang weekend... so, kiter try settlekan semua yang ada tu... alhamdulillah.. akhirnya semua selesai... nasib baik ada abang bai temankan... kalau x...cuak gak le...
(gambar sekitar jamuan perpisahan hari tu)
ko tau faty.....
kiter balik kol 8pm ... punya la nak siapkan juga kejer2 tu semua coz kalau xsiap hari ni...esok dh tentu kiter kener masuk opis so, nak xnak...kiter kener siapkan hari ni gak.. tadi abah call... soh p jumpa dia esok. ada hal sket. lagipun kiter mmg nak p jumpa abah sebelum kiter berangkat ke kuching.....

mmg penat tau faty.... semalam dh la tido lambat... kol 3am kiter tido.. tunggu adik datang amik barang tuk bawa balik kg...
( faty sedang bagi taklimat kat 'bos' baru)
ko tau faty....
kiter rindu kat ko.... nnt kalau ada masa.... kiter p melancong erk. tp kener gak tengok bajet... kiter p tenangkan fikiran.. tp ko jangan lupa bawakan kiter semua makanan yang kiter selalu makan kat taman warisan tu. kalau ko nak minta pindah.. jangan lupa bagitau...

i miss u... huhuuuu... (kiter bukan lesbian kan.. rindu seorang kawan je...) . korunk yang len tu.. jangan nak salah faham... nnt xpasal kiter blasah korunk...

kekekekee...

1 nov 2008.....

lepas abis kejer... terus balik rumah sewa... amik baju2 yang blom basuh...kemas2 sket pastu terus balik kl.. mata mmg ngantuk. badan dh penat tapi nak wat camne... inilah kehidupan.... ada kejer baru ada pendapatan. walaupun kejer aku ni mmg berpendapatan tetap tp aku tetap perlu berusaha.. xkisah la apa orang nak kata kepada gov serv cam aku ni... cuma aku selalu ingatkan diri sendiri.. semua ni rezeki Allah... mempertikaikannya samalah seperti aku mempersoalkan kekuasaan Allah cuma yang aku sentiasa ingatkan..... aku wajib mensyukuri nikmat ini dengan cara yang sepatutnya....apa orang nak kata.. itu aku xpeduli..

xde sapa2 kat rumah.. mak, abang, kak long dan ain dah balik kg semalam... fuad balik kg kot. gelap je ruang tamu tp dalam bilik cam ada bunyi tv.. aku xmasuk la.. maybe fuad. aku terus on suis tv kat ruang tamu... lepas on suis lampu... lepaskan lelah sekejap atas kerusi kemudian bergerak ke mesin basuh... semua baju2 tu aku masukkan dalam mesin. kalau aku cuci guna tangan....aku rasa xsempat kering coz xsampai 24 jam je lagi aku akan meninggalkan bumi semenangjung ni..........

then aku ke depan balik... tengok tv... ada orang buka pintu bilik... hermmm.. rupa2nya talib. ntah bila dia datang sini.. rupanya mmg dh seharian dia kat rumah.. yang lain2 semua balik kg....

aku penat sangat. rasa nak tido terus je... tp memandangkan ada lagi kejer yang blom settle so, lepak dulu la.. sambil2 tengok tv dan surf tenet.

bila semuanya dh selesai.... aku terus masuk tido... sebelum tu aku sempat berpesan dengan talib ............... "lib, esok teman kak p jumpa abah kat kl......."

ZzzzzzzZZZzzzzzzz

Friday, October 31, 2008

Jumpa TTM.......first time

semalam bincang dengan TTM... nak jumpa. kebetulan hari ni dia cuti so, aku lak lately ni selalu halfday... kesempatan ni kitaorang amik tuk jumpa....for the 1st time..
dah lama sangat sik berchatting... inilah masanya tuk kitaorang jumpa... baru best nak kutuk depan2... kekekee...

dia tau pn sapa aku... kalau dalam ym dan phone..dia la slalu dok membuli dan mengutuk aku... bila plan nak jumpa ni.. dia tau la nasib dia... tp petang semalam sempat lagi dia sms aku...bagitau yang dia segan nak jumpa aku.. xde maknanya nak segan2.... aku nak gak 'blasah' dia depan2....

so, kami berjanji tuk jumpa kat tesco saujana impian, kajang.. walaupun aku xbiasa kat area sana tp aku akur coz xle susah mana pn nak mencari kalau area klang valley ni. banyak signboard.....so redah je la.. tu pun siap tersesat p masuk kajang mewah...kekeke.. ntah pa pe . kajang mewah tu rumah bos aku...ampehsss

actually pagi ni aku bawa ain p opis...dh seminggu mak kat kl... saja datang. memula nak hantar aku p airport... tp last minute aku cam xsampai hati nak tengok mak kat airport so aku bagitau mak...tayah la hantar.. sesapa pn aku xmo sbb aku xmo perasaan xsanggup tu ada... aku rela p sorang2... so, tengahari aku hantar ain balik kl.. then aku patah balik ke putrajaya.... lepas dh siap lebih kurang... dalam kol 3pm...aku gerak ke kajang... tadi kat opis ada farewell sket so aku dh makan kat opis je dengan ain and kawan2....for the last time... huhuuu

aku drive keter lama ke sana.... best gak pakai keter ni... laju... kadang2 performance dia lebih best dr keter aku skang...kekekee.e... ye la.. keter baru skang ni 1.3 je.. keter lama tu 1.5... tu yang best..... nak2 lak dapat driver cam aku ni..perghhhh.... tp sebenarnya aku takut drive laju2 ni.. cuma kekadang gian... buat juga la. dengan cara hidup kat kl ni yang selalu mementingkan kecepatan so aku pn terikut gak.....

k, lepas dh tersesat kat kajang mewah n u turn balik (coz aku xtau kalau2 ada jalan yang bleh tembus ke saujana impian dr kajang mewah)....aku pn jumpa la tesco saujana impian... jauh gak nak u turn dr simpang ke saujana impian tuk ke tesco... ampeh tol.

masa aku sampai...aku xtau TTM katner.. aku park keter then call dia.. ampeh...rupanya dia xde pn lagi kat situ... tadi ye ye soh aku cepat... ntah pa pe. then.. xlama pastu dia pun sampai.. dengan petunjuk2 yang dia bagi tu...aku pun p la jumpa dia...wow...cute TTM aku...waakakakaa.. kalau dia baca post ni..confirm kembang kempis idung dia... kekeke.. jangan marah ek. kitaorang decide nek satu keter jer..keter dia dan tinggalkan keter aku...

sian TTM aku... jumpa2 je terus dia ngadu lapar... so, kitaorang p la cari kedai makan.... then biler order dh sampai... rasa mee goreng yang dia pesan tu...masin giler ... dia pn xmo makan...siannyer. dh la lapar..pastu dapat mee masin lak...huuuhuuuu.. tp banyak gak le songeh TTM aku ni...kekekeek...kalau aku, aku diam je..dia siap complain. xpe la. mmg dh hak dia. cuma aku je malas nak bising2.... serius aku cakap... comel TTM aku ni.. nama dia erk?? xbleh bagitau.. itu rahsia... coz dia TTM aku... aku pn TTM dia tp kami hanya sekadar TTM ....xboleh lebih dr tu... dan xmo lebih dr tu....kekkekeeke

lepas makan... kitaorang p jalan2... ronda2 habiskan minyak keter.. dan tanpa sedar.. ntah camne kami dh sampai ke semenyih..kekekee.. tu la. merapu sangat tp kan.. yang bestnyer TTM aku ni mmg pemalu... org camni la yang aku seronok nak 'blasah'... apa lagi... aku bagi la cukup2.. aku kutuk dia 'rapat'... ha.. padan muka dia. suka sangat kenerkan aku.. skang ni time dia lak.. tp bukan dia xkenerkan aku langsung.

agaknya pas dh xsanggup sik kener kutuk je... dia lak bagi kat aku...padan muka aku... best2.. umur dh sama...paler otak pn sama gak...sama2 giler2... kekekee....

then...lepas hampir 2 jam 'dating'.... dia hantar aku balik ke tesco.. then...memasing amik jalan sendiri... balik rumah masing2..

kepada TTM ku yang cute miut... sori la erk kalau saya xdapat penuhi permintaan awak..