Wednesday, September 24, 2008

Harga Minyak Turun

hermm...balik kejer tadi terus ke rumah abang kat Tasik Selatan. kalau ikut plan...sepatutnya p umah kakak kat Bukit Jalil tp dia sms bgitau kakak ipar ajak berbuka skali. so, terus je la balik rumah abang.
sementara nak tunggu waktu berbuka.. surf la tenet n tengok tv coz pc n tv sebelah2 je. 5.30pm....tv3...bzness news... wow start esok.. harga minyak turun 10sen...
10sen??? mesti ramai yang mengeluhkan?? ok la tu. bersyukur. at least ringan gak sket beban tu...

k, esok pakat2 p isi minyak erk. kiter dh isi semalam.....sob sob...

Tuesday, September 23, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalammualaikum wbt,

Saya dengan rendah diri ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI...Maaf Zahir & Batin kepada semua yang melawat blog ini.
Semoga kita dengan seikhlasnya bermaafan di hari yang mulia ini. Dalam kita bergembira, jangan lupa kepada yang tiada... & jangan lupa bayar zakat..

Jemput la datang rumah. Alamat?? cari balik post jemputan perkahwinan yang lepas....

Kadangkala....


Kadang kala...
Kadang kalaketika kita menangistiada orang nampak tangisan kita
Kadang kalaketika kita sedang menderitatiada orang nampak derita kita
Kadang kalaketika kita risautiada orang nampak kerisauan kita
Kadang kalaketika kita gembiratiada orang nampak kegembiraan kita
---------tapi kalau KENTUT!! Sekali je cukup.... Semua orang tau!! Hahahaha!!GOTCHA!!! Korang ingat ni nak buat cerita menyayat hati ker? Pi buat keja tu jangan asik kat PC aja?? Kuang Kuang Kuang!!!. JUST DO IT !!!!!

Kisah aku dan adik......

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.
"Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut;
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,
"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,
"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!""
Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak."Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam.Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis."Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!""Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak."Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat....."Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa; "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!""Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh.

Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.

Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu."Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.""Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan."Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya."Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik."Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik."Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.""Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kataku memujuk."Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidakku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar.""Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

***bestnya kalau aku pn ada adik camni....sob sob sob........

Monday, September 22, 2008

WASPADA !!!

Al-Qur'an Palsu buatan Amerika

Jangan abaikan ini, sebarkan ke semua muslim
Al-Quran baru buatan amerika, berbahaya dan sedang didistribusikan di kuwait ,berjudul "The True Furqan" isinya bertentangan sekali. Dibuat oleh 2 perusahaan percetakan 'Omega 2001'dan 'Wine Press'. Judul lain buku ini 'The 21st Century Quran'! berisi lebih dari 366 halaman baik bahasa Arab dan Inggris, sekarang kabarnya didistribusikan kepada anak2/generasi muda di Kuwait di sekolah2 berbahasa Inggeris disana. Bukunya sendiri memuat 77 surah, termasuk Alfatihah, Al-Jana andAl-Injil.

Semuanya dimulai dengan sebuah versi panjang gabungan kepercayaan Kristen tentang tiga tuhan.Dan banyak sekali bertentangan dengan berbagai kepercayaan dalam Islam, seperti mempunyai lebih satu isteri dianggap perbuatan Zina, perceraian itu dilarang, dikatakan juga bahawa Jihad adalah HARAM. Buku yang sangat menyesatkan. Jadi tolong sampaikan kepada semua muslim sedapat kita tentang pemberitaan ini semoga Allah melindungi kita semua dari orang2 Kafir yang jahat, mendustakan Agama Allah SWT. Kalau mau lihat isinya silahkan kunjungi situs ini http://www.islam-/ MailScanner has detected a possible fraud attempt from "exposed.org" claiming to be exposed.org/furqan/contents.html
Contoh:

Cover
Error! Filename not specified.

Contents
Error! Filename not specified.

The Blessing - Al Basmalah
Error! Filename not specified.

The Opening - Al Fateha
Error! Filename not specified.


Mudah2an Allah s.w.t. melaknat orang/kelompok yang mencoba menghancurkan Islam.
Amin....

Thursday, September 18, 2008

Aku & Dato

Ketuk pintu bilik Dato...

aku : assalammualaikum Dato. Boleh saya jumpa Dato sekejap x?
Dato : waalaikummussalam. Masuk la. Boleh je. Hermm.. kenapa ni?
aku : sebenarnya saya ada hal sket nak bincang dengan Dato.
Dato : k, duduk. hal apa ni?
aku : terima kasih Dato. (sambil duduk). saya nak minta transfer ke Sarawak. sebenarnya tadi saya cari En Taupik tp PA dia cakap dia cuti sampai esok. Kebetulan jumpa Mr Chin, saya bincang dengan dia. dia pn dah call Sarawak, katanya ada kosong.
Dato : sapa yang kosongkan kat sana.
aku : Puan Welda. naik pangkat kot.

Dato : kalau dh macam tu ok la. internel je so, xde masalah kot. saya pn ok la. so, keluarga u camne?
aku : saya bujang lagi Dato sbb tu nak minta transfer. cari pengalaman kat tempat orang.
Dato : u dah berapa lama kat sini? bahagian mana?
aku : 3 tahun lebih dah. saya kat service.
Dato : hermmm... (sambil mendail no2 tertentu).. aku xtau dia call sapa..

Dato : Hello, waalaikummussalam. Ha (xperasan dia sebut nama sapa). kita ada polisi x jawatan di Sarawak di isi oleh orang tempatan... herm.. xdak? k, ok la. i nak tau yang tu ja. x, ni ada sorang staff sini nak transfer p sana. xtau la. dia cari orang sana kot. (sambil sengeh kat aku. aku pn sengeh je la...ekekeke). ok la. thanks na. xtau la kalau u nak tambah cawangan kat sana. ok. waalaikummussalam.

pastu aku pn sembang la dengan Dato... aku xberapa nak ingat coz semalam aku mmg pening kepala giler2.....

Dato : dah tu.. u nak start bila?
aku : kalau boleh lepas raya la Dato.
Dato : tengah bulan 10? boleh? i nak buat surat ni.
aku : errrr.. bulan 11 boleh x Dato? saya nak settlekan kejer2 saya kat sini dulu. nak cari rumah kat sana lagi. kalau boleh rumah saya kat sini pn saya nak cari penyewa. banyak juga la nak kener settlekan sebelum pergi.
Dato : u nak bawa keter x p sana? kalau nak bawa, kener bagitau awal2. boleh opis cari agen. tapi kener buat cepat la. kalau x, lambat la keter tu sampai. u kener bagi keputusan awal. senang nak buat gaji u.
aku : ok Dato. confirm bulan 11 ni.
Dato : k, kalau u rasa nak bawa keter, u tanya admin. u bleh minta mana2 elaun dulu sebelum u p. nnt i buat surat pertukaran.
aku : terima kasih banyak Dato. saya kuar dulu erk Dato. Assalammualaikum....

aku pn meninggalkan opis Dato dengan senyuman.. Muktamadkah keputusan aku ni??? YEAP. apa pn jadi lepas ni...aku akan hadapi sorang2... biar jauh dari orang lain... selama ni pn, susah aku sorang2 juga. senang aku jer orang nak kongsi... jadi, lepas ni.. biar susah senang...aku sorang2.

cuma aku kener hadapi sebarang kemungkinan coz lepas ni aku jauh. bukan bleh balik nek keter... kener naik 'belon'...kekekekeee

Aku & Mr Chin

Hari ni aku tercari2 KPSU aku... En Taupik tp xjumpa. Try tanya PA dia... Aleya...

aku : Lia, En Taupik xdatang erk
lia : X, dia cuti dua hari...
aku : adehh. k, tq

hermm..padan la xnampak... huhuuuu. xlama pastu Mr Chin, TSU(K) aku lalu... terus aku p kat dia n aku ajak dia masuk bilik KPSU.

aku : Ha.. good. Mr Chin, i nak jumpa u kejap... boleh x??
Mr Chin : ok, come2. u nak bincang apa ni?
aku : alah Mr Chin... kejap je. i nak tanya u sesuatu. ni personal plus kejer la. jom, kat bilik KPSU

aku dengan Mr Chin jalan beriring masuk bilik KPSU....

aku : have a seat Mr Chin..
Mr Chin : k, thanks. u pn duduk la. . K, Rohaya.. apa yang i boleh bantu u
aku : actually, i nak cakap dengan En Taupik dulu tapi Aleya kata dia cuti 2 hari so kebetulan u turun, i nak tanya u... Sarawak ada kosong x? i ingat i nak p sana la. tukar angin.
Mr Chin : kenapa u nak p sana?
aku : sebenarnya...........

Mr Chin : ok, sekejap ye. i call Rosli kat Sarawak. .... u xkisah ke tinggal boyfriend u kat sini?
aku : ... boyfriend?? xde maknanya Mr Chin. U pun boyfriend i juga. semua lelaki boyfriend i.. .. alah Mr Chin, i bujang lagi apa. ok la tu, cari pengalaman kat tempat orang..

Mr Chin : .. Hello , ya Rosli. I nak cakap secara cepat dengan u ni. Sarawak ada kosong x? Coz kita ada staff dari HQ yang volunteer nak ke sana. No la.. bukan Muna.. Rohaya.. yang pergi interview dengan u kat Melaka dulu. Entah la.. dia maybe nak jadi orang sana atau nak cari orang sana... hahahahaa..... ok, u reserve tempat tu sampai dia datang. thanks Rosli.

aku : so, camne? ada kosong x?
Mr Chin : for u... i makesure ada kosong punya la. sekarang i dah tanya mereka, turn u pergi jumpa Dato'. tanya dia boleh atau x u ke sana. tp nnt u kener bagitau En Taupik juga.
aku : thank a lot Mr Chin. Dato' ada x?
Mr Chin : hari ni dia ada. i rasa esok dia xmasuk opis. better u go now.
aku : dia xde meeting ke skang?
Mr Chin : xde. i rasa dia free now.
aku : thanks again Mr Chin. i go now.

aku pn kuar le dari bilik KPSU.. tinggal TSU aku tu sengsorang kat situ. xkisah la dia nak wat apa pn.... menapak ke bilik Dato SU kat tingkat 3...

Uikss... pintu bilik Dato tertutup rapat. yang ada cuma PAP dia je, Abang Lan. aku sengeh...dia sengeh..ekekeke

aku : Abg Lan, Dato ada x?
Abg Lan : hermmm.. ada kot. solat rasanya. kenapa? Nak jumpa Dato?
aku : haah... Dato balik kol baper erk?
Abg Lan : biasanya lambat. Aya balik kol baper? nnt kalau Dato ada, Abg Lan call Aya. Ke nak tinggal pesan.
aku : errrr... xkot. Personal sket. Nak cakap sendiri dengan Dato. Saya balik 4.30 tp selalunya kol 6 baru saya kuar. K, nnt Abg Lan call saya ek. Thanks

aku pn blah.. tp bukan balik tempat aku coz aku nak p jumpa Kak Shima jap... on the way....

Isham : Dato kat IT. ada perbincangan dengan En Bakar.
aku : uikss.. mana ko tau kiter nak jumpa Dato...
Isham : ko mmg nak jumpa dia kan. Ha, dia kat IT. dah nak abis dah rasanya
aku : k, thanks Sham. kiter tunggu dia kat sini.

teruskan perjalanan ke tempat Kak Shima...AKS. Sampai je terus aku pinjam phone.. tp phone opis la. Pinjam sat na...ekeke

aku : helo kak ani. nnt kalau Abg Lan call, soh dia call kat tempat Kak Shima na. Chek ada sini.
Kak Ani : Lan Dato ka? ok.

aku : kak, chek mintak tukaq.
Kak Shima : tukaq p mana? chek baik betul. sungguh ka ni?
aku : sungguh la ni. p Sarawak. . chek dh tanya Mr Chin. dia call sana... ada kosong. dia soh jumpa Dato. Bincang dengan Dato.
Kak Shima : awat yang nak p sana.....
aku : sebenaqnya .....
Kak Shima : xpa. chek pn bujang lagi. sementara boleh ni, p la....
aku : iskhh.. mana la Abg Lan ni. xcall pn lagi. k, la kak. chek p bawah dulu la. sat g hingaq plak depa.

kringgg....kringgg... tipon kat tempat Kak Shima berbunyi...

aku : mesti Abg Lan.
Kak K : Hell0, ha.. Aya. ada ni. kejap ye.
aku : Hello. ermm...Dato dh ada erk? k, saya p skang juga. thanks Abg Lan.

aku pn bergerak ke opis Dato...

Tuesday, September 16, 2008

INI ADALAH FAKTA SEJARAH....

Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan-kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.....

1508: Alfonso de al Buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pengaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera

1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,...

Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. . Seminggu selepasnya

FEB 1512: Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah ( telah di alih bahasa)

Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)
Alfonso: selamat pagi
Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis,Kedah dan Pulau Pinang
Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)
Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal HangTuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis,Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu Hang..
Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya Hang sihat, Hang buat apa, Hang apa habaq, Hang lagu mana, Hang pi mana, Hang nak pi mana, Hang kat mana, Hang singgah dulu, bapak Hang, mak Hang,adik Hang, tok Hang dan macam macam lagi Hang ada kat sana.....

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri....... ini kan pula nak berhadapan beribu ribu Hang kat situ.

Fakta sebenar adalah dibawah...
Hang dok buat apa lagii...PUASA-2 Hang dok mengulat??...HANG PI BUAT >GHEJA >> LA...!!!

jangan marah na.. kami pn terkena juga tadi. tu yang pekena hang pa lak tu. saja ja la.. kita lawak2. release tension sket.

Mari Memasak...

Tadi kakak ipar minta carikan resepi ikan siakap 3 rasa.. punya la search kat tenet... alih2 jumpa website ni so, banyak gak le resepi dalam tu.. apa kata kiter kongsi2... ehikss.. korunk masak.. kiter p mamam erk.. good luck


Resepi Masakan
Menu:
Ayam Panggang Bermadu
Udang Masak Serai Wangi
Ikan Siakap Kukus
Ikan Masak Berlada
Ikan Kerapu Masak Asam Manis
Ayam Masak Cendawan Ala Cina
Pajeri Nenas
Mee Hailam
Ketam Bertelur
Ayam Kepak Masak Minyak Bijan
Nehari (Kari Kambing Kashmir)
Ikan Tiga Rasa
Ikan Pari Lemas!!!!
Tandoori Kurau
Tom Yam
Nasi Ayam Hakka
Mee Rebus
Gulai Tempoyak Ikan Kembung
Ayam Golek Seri Pahang
Kari Kepala Ikan
Black Pepper Steak
Gulai Tempoyak Ikan Kembung
Asam Pedas Tumis (Melaka)
Soto Ayam
Nasi Paprik
Nasi Dagang
Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)
Gulai nenas ikan kering orang utara
Ayam Bercili masak ketumbar
Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style

Sambung lagi tp web lain lak...
Big Bro Lamb Shank
Nasi Lemak Rendang Ayam
Kue Teow Goreng
Mousse au Chocolat
Spaghetti
Roti Jala & Kari Ayam
Terrine de Crevettes
Assam Laksa
Soupe de Pomme
Ikan Dori & Nasi Ayam Kunyit
Carre D'agneau Provencal
Gado gado
Gulai Tempoyak
Mee Rebus Johor
Sayur Campur & Siput Sedut
Mee Bandung Highway
Daging Kicap Pale Lauk
Laksa Harum Kasturi
Bakso Harum Kasturi
Kari Kepala Ikan Merah
Soto Harum Kasturi
Tempe Sos Tiram
Teh Bistro
Nasi Ayam Harum Kasturi
Keli Berlada
Kuih Samosa

Rendang Sotong
Bubur Durian
Cucur Udang
Ikan Terubuk Bakar
Kerabu Perut
Sambal Petai Udang
Sayur Keladi
Rendang Hitam
Minuman Tiga Rasa
Siakap Tiga Rasa
Asam Pedas Ikan Pari
Masak Lemak Ayam Cili Padi
Bubur candil
Ikan kembung taucu
Ikan cencaru lada hitam
Sayur campur goreng
Ayam goreng kunyit
Udang goreng tepung
Siakap masak haba pedas
Belut masak sup
Belut masak sambal
Air halia madu & Beras perang
Keli masak cekur
Belut masak lemak cili api

cuba jangan xcuba.....

Al-Quran ada jawapannya

JANGAN MENGELUH ..........

Kita selalu Bertanya....................dan Al-Quran sudah menjawabnya................

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? QURAN MENJAWAB :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' ('I am full of faith to Allah') sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." - Surah Al-Ankabut ayat 2-3 -

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN? QURAN MENJAWAB :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216 -

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? QURAN MENJAWAB :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286 -

KITA BERTANYA : KENAPA RASA KECEWA? QURAN MENJAWAB :
"Jaganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139 -

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? QURAN MENJAWAB :
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." - Surah Ali 'Imran ayat 200 -

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? QURAN MENJAWAB : "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." - Surah Al-Baqarah ayat 45 -

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI? QURAN MENJAWAB : "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan mereka syurga. Mereka berperang pada jalan Allah lalu mereka membunuh atau terbunuh. Itu telah menjadi janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janji selain daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan besar." - Surah At-Taubah ayat 111 -

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129 -

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!! QURAN MENJAWAB :
'... ..dan jaganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.' - Surah Yusuf ayat 12 -

Kalau nak mengeluh lagi ............ jom gi ngaji

Mari Memasak ...Part 2

K, kita sambung balik erk dengan resepi juadah berbuka puasa yang seterusnya... selamat mencuba..



Resepi Keempat

***SUP TULANG***


Bahan-bahan
1 kg tulang
2 s/b minyak makan
3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
4 biji kentang [belah 4]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
1 batang serai [ketuk]
2 biji tomato [belah 4]
garam
bawang goreng
Air secukupnya


Bahan tumbuk
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam

Bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buak pelaga


Cara Memasak
1.. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata.
4. Rebuskan sehingga daging di ulang betul-betul lembut.
5. Masukkan kentang, carrot, air dan garam. Biarkan mendideh.
6. Biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut.
7. Tutup api dan masukkan tomato.
8. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang

Resepi Kelima
***RENDANG TOK***




Bahan-bahan
1 kg daging [potong sebesar 3 inci]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1/2 cawan kerisik
1/2 biji kelapa [dipotong nipis]
3 s/b gula merah
3 keping asam keping
Daun kunyit [koyakkan]
garam



Bahan mesin
2 s/b ketumbar
1 s/b jintan manis
1 s/b jintan putih
1 s/b lada hitam
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
25 biji cili kering
20 biji bawang merah
5 cm halia
5 batang serai
3 cm lengkuas


Cara Memasak
1.. Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit, kerisik dan asam keping dalam kuali.
2. Masakkan dengan api perlahan sehingga pekat dan naik minyak
3.. Bila telah pekat masukkan daun kunyit, asam keping dan kerisik. Kacau rata.
4. Masakkan lagi sehinggan naik minyak dan cukup pekat. [sebaiknya keringkan sikit rendang ni]
5. Hidangkan.



Resepi Keenam
***DAGING MASAM MANIS***


Bahan-bahan
500 daging [hiris nipis]
5 s/b sos tomato
5 s/b sos cili
kunyit
garam
minyak


Bahan Hiris
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 biji cili merah
2 biji cili hijau

Cara Memasak
1.. Perapkan daging dengan sedikit garam dan kunyit sebentar.
2. Panaskan minyak dan masukkan daging.Goreng sehingga lembut.
3. Masukkan sos tomato dan sos cili.
4. Masukkan pula bahan hiris. Kacau dan gaul sebati.
5. Angkat dan hidangkan.




Resepi Ketujuh
***RENDANG SOTONG***


Bahan-bahan
500 gm sotong sederhana
1 biji kelapa
2 s/b kerisik
daun limau purut
daun kunyit [jika suka]
garam
gula
minyak

Bahan mesin
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
3 sm lengkuas
3 sm halia
2 sm kunyit hidup


Cara Memasak
1.. Bersihkan sotong.Buangkan kulitnya dan basuh. Toskan kering.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan emsin sehingga naik minyak
3. Masukkan santan, kerisek, daun limau dan daun kunyit.
4. Kacau sekali sekala dan biarkan sampai naik minyak dan pekat dan agak kering.
5. Masukkan sotong dan janggutnya [kepalanya]. Rasakan garam dan masukkan sedikit gula.
6. Masakkan sekejap dan biarkan sampai naik minyak . Jangan terlalu lama nanti sotong akan liat.
7. Angkat dan hidangkan.


Resepi Kelapan
***SAMBAL UDANG***


Bahan-bahan
500 gm udang [buangkan kulit dan bersihkan]
30 biji buah petai
1 labu bawang besar [potong gelang]
½ cawan jus asam jawa
3 s/b sos tomato
Minyak
Garam
Gula



Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara Memasak
1.. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak.
2.. Masukkan jus asam jawa dan sos tomato. Kacau rata dn biarkan sehingga naik minyak.
3. Masukkan udang, petai , bawang besar dan garam serta sedikit gula. Masakkan sehingga pekat dengan api kecil.
4. Bila dah nampak pekat boleh tutup api dan masukkan dalam mangkuk hidangan.


Resepi Kesembilan
***SWEET SOUR KETAM***


Bahan-bahan
4 ekor ketam [potong 2 dan bersihkan]
3 s/b minyak masak
3 s/besar sos cili
6 s/b sos tomato1 cawan air
1 s/k garam
1 s/b gula
1/2 cawan nenas - jika suka [dipotong dadu]
2 biji tomato [dibelah]
1 biji telur [pukul sikit]
1 pokok daun bawang [mayang 1 inci]



Bahan hiris
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar

Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi.
2. Masukkan air, sos cili, sos tomato dan ketam. Biarkan mendideh.
3. Masukkan garam dan gula sedikit.
4. Masukkan telur dan kacau sikit. Biarkan mendidih.
5. Masukkan buah tomato dan nenas dan kacau rata.
6. Bila dah nampak pekat masukkan daun bawang dan angkat.
7. Masukkan dalam pinggan besar..

Mari Memasak...part 1

Assalammualaikum wbt..

Ye tuan2 & puan2 sekalian, hari ni kita akan belajar pula cara2 memasak juadah berbuka puasa. Dari lauk pauk ke sayur mayur ye. Resepinya mudah dan boleh la di cuba untuk mengetahui hasilnya... Ahaks.. poyo ahh.. Chef la kunun...pegi daaa.. muekekekekee

K, le kengkawan.. kat sini saya try masukkan resepi yang di kirim melalui email oleh seorang kawan saya. Terliur sehhhh.. korunk try erk. Agak2 sedap tu.. jangan lupa jemput kiter p berbuka sama... kalau xsedap, makan sendiri je la..heheheee


Resepi Pertama

*** IKAN BAKAR TOMYAM***

Bahan-bahan
2 ekor ikan selar
daun limau purut
jus limau nipis atau kasturi
aluminium foil

Bahan Mesin
3 biji cili merah
5 biji ciliapi
3 tangkai serai
1 biji tomato
garam

Cara Memasak
1.. Gaulkan semua bahan mesin dan letakkan dalam aluminium foil.
2. Letakkan ikan dan daun limau purut. Bungkus kemas.
3. Bakar diatas dapur atau dalam oven suhu 200'C selama 20 minit.
4. Perahkan limau semasa menghidang.



Resepi Kedua

***HATI GORENG BEREMPAH***

Bahan-bahan
300 gm hati lembu [ potong kecil & nipis]
2 biji bawang besar - dihiris bulat2
2 biji tomato buah [belah 4]
3 biji lada hijau [potong 2 serong]
5 urat kacang panjang [potong pendek]
kobis bulat [potong kasar]
daun kari
minyak
garam

Bahan mesin
3 cm halia
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih2
s/b rempah kari daging
1 s/b jintan manis

Cara Memasak
1.. Panaskan minyak dan tumiskan daun kari . Masukkan bahan mesin dan kacau sehingga naik minyak.
2. Masukkan hati lembu.. Kacau sebati dan biarkan reneh sehingga naik minyak.
3. Masukkan kacang panjang dan kobis.
4. Masukkan bawang hiris, lada hijau, tomato dan garam.
5. Kacau lagi dan biarkan naik minyak semula.
6 Hidangkan dengan nasi atau roti.

NOTA:sesuai untuk masakan orang semasa mengandung dan juga dalam pantang melahirkan anak..


Resepi Ketiga

***DAGING LADA HITAM***

Bahan-bahan
500 gm daging lembu [potong kecil dan nipis]
2 s/b kicap pekat
2 s/b tepung jagung [ bancuh1 cawan air ]
2 s/b lada hitam [tumbuk]
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...

bahan tumis [mayangkan/hiriskan ]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia1 labu bawang besar

bahan hiasan
2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang [potong 1 inci]
1 biji tomato [belah 6]
2 biji cili merah
2 biji cili hijau

Cara Memasak
1.. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut.
3. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kicap pekat.
4. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
5.. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.


Saturday, September 13, 2008

Alahai warga Malaysia....(mesti baca)

Makin hari kita semakin tension dengan perangai rakyat Malaysia... cakap ikut suka hati dan xmau langsung dengar cakap orang lain bila dh mula buka mulut. Bagi kita, kitalah yang tahu segala-galanya. Orang lain know nothing. Orang lain bodoh...dungu.. xtau fakta. Kitalah yang cerdik, celik sejarah... tau segala2 fakta.

Kadang2 terfikir gak... sebenarnya rakyat Malaysia ni suka ke x duduk kat sini. Maybe diaorang ni ada tempat lain tuk di duduki sebab tu suka sangat berdemonstrasi. Tp kan..diaorang ni tau xapa motifnya diaorang berdemo semua ni. Diaorang kaji x, demo tu tuk apa dan apa kesannya. Bagi saya la, orang2 yang suka berdemo ni adalah manusia paling xde akal n xberperikemanusiaan. Dan orang2 yang menganjurkan demo ni adalah orang2 yang boleh di samakan dengan Yahudi. Xkisahlah apa pn agama dia. Coz, xde agama yang menggalakkan pergaduhan melainkan Yahudi. So, kat situ pun dh nampak. Kalau dia kata tuk keamanan dan keadilan... suruh dia terjun gaung atau bunuh diri lagi baik. Tuk keadilan apa ke jadahnya.. kalau menyusahkan semua orang. Benda yang boleh di selesaikan cara baik... tp demo gak diaorang buat. Apa?? Sbb orang xmo layan erk?? Ye lah, kalau dah xtau hujung pangkal...pastu minta bukan2... ingat orang nak layan ke? Kita ni kan... kalau nak sesuatu..kita kaji dulu...kita ni tau xsesuatu yang kita nak tu! Atau kita ni jenis main ikut cakap je. Kalaupun diri tu BODOH.. jangan nampakkan sangat kebodohan tu dengan membiarkan orang mencucuk dan menarik hidung kita. Lembu pun kadang2 melawan !!!

Kasarkan bahasa saya kali ni. Tau sebab apa?? Sebab saya dh bosan dengan perangai rakyat Malaysia ni. Makin lama nampak cam makin bodoh..... padahal sekolah dan universiti semakin banyak. DAN.. yang suka dok buat kacau tu adalah dari kalangan yang kononnya terpelajar.. kuar universiti...ada ijazah. P belajar tu sebenarnya wat diaorang ni semakin DUNGU ke erk?? Hairan betul. Kalau camtu..lebih baik la tayah study tinggi2... kalau dengan study tu boleh MEMBODOHKAN diri sendiri.

K, saya sebenarnya bukan nak sentuh hal2 perkauman tp sejak dua menjak ni semakin banyak isu ni dikeluarkan. Kalau dulu, kaum India dengan Hindraff nya..skang ni nampak gayanya..kaum Cina pn dah mula terlibat. Melaga2kan sesama kaum. Terbaru adalah kes penahanan wartawan dan EXCO berbangsa Cina. Semuanya sebab perkauman kan???? K, kat sini saya cuma nak bentangkan satu fakta yang saya perolehi dalam satu kursus. Kalau u all nak kata coz of kursus tu di kendalikan oleh kerajaan dan faktanya dah tentulah fakta kerajaan..silakan cuma saya nak bagitau... yang fesi saya masa tu bukanlah orang kerajaan dan kelas kami di jalankan secara tertutup. Kalau dia nak 'butakan' kami dengan fakta dia.. xde sapa pn tau... tp naper dia bagitau kami pasal fakta ni...

K, sebelum ni saya pernah post tentang Kontrak Sosial & Perlembagaan Persekutuan. Tau sebab apa?? Sbb benda ni semua ada kaitan antara satu sama lain. Tau sebab apa pentingnya perpaduan??? Tau sebab apa kita ni jangan nak ngada2 minta bukan2... Tau sebab apa isu perkauman tu diberi perhatian?? Tau sebab apa Kontrak Sosial & Perlembagaan Persekutuan tu diwujudkan??? SEBAB...semua benda ni bersangkut paut antara satu sama lain...

Saya dari dulu mmg xsuka kepada sesuatu yang menyusahkan orang sebab bagi saya, bila kita menyusahkan orang....nak xnak..satu hari, orang yang sama atau orang lain akan menyusahkan kita lagi teruk dari apa yang kita buat.

Masa rakyat Malaysia xkira kaum berdemo pasal HINDRAFF...saya rasa kalau ikut hati ni...saya nak tembak je sorang2 yang ikut tu. Sebab perangai diaorang ni menyusahkan orang lain. Kononnya berdemo tu tuk tuntut keadilan bagi kaum India tp diaorang pk x... betapa diaorang tu menyusahkan rakyat yang ada. Merosakkan harta benda yang ada sepanjang jalan diaorang lalu tu. Apalah salahnya benda2 alah tu semua. CERDIK KE DIAORANG2 NI??? Saya tau...ada antara diaorang ni lulusan universiti. Pemegang ijazah coz salah sorang kawan saya yang kuar U pn join juga perhimpunan ni. Bagi saya la..secara personal.. no respect from me for them. Diaorang ni terlalu fanatik sampai xbleh pk. Saya xrasa yang diaorang ni berdemo tuk tujuan yang diaorang cakap tu...diaorang sebenarnya nak melawan kerajaan...dan mencari isu2 yang diaorang boleh rasa menimbulkan minat orang tuk ikut serta. Ini kerja penganjur. Dan pengikutnya adalah yang dungu2 ni la. Sori la erk. Saya geram tau coz saya meluat tengok benda2 camni. Ini adalah golongan yang FANATIK POLITIK sebenarnya. Bukan golongan yang memperjuangkan sesuatu. Yang membuatkan saya paling geram adalah...diaorang ni menggunakan anugerah akal yang ada pada diaorang ni...tuk perbodohkan orang lain... yang mmg jenis suka di cucuk hidung.

Pernah xkita terpk... kenapa kaum2 di Malaysia ni boleh jadi banyak. Padahal asalnya cuma kaum Melayu dan peribumi sahaja. Semuanya bermula pada zaman Melayu lama dan penjajahan British. Kaum Cina berdagang dari China ke Tanah Melayu. Kaum India di bawa masuk oleh British sebagai askar dan pekerja ladang. Bila tercetus peperangan... xkira kaum..semuanya bersatu mempertahankan Tanah Melayu. Semuanya boleh hidup elok je. Sbb masing2 tau peranan dan hak masing2.

Tp ada juga jenis setan yang suka mencucuk2 suruh bergaduh ni so, terjadilah peristiwa 13 Mei 1969. Kalau sapa2 tau...sebenarnya peristiwa 13 Mei tu terjadi dua hari lebih awal cuma tidak diceritakan kerana isu tersebut mmg terlalu menyentuh perasaan orang Melayu. Untuk tidak membuakkan perasaan marah, isu tersebut tidak di ceritakan secara umum. Mulanya adalah di Pulau Pinang... keesokkannya di Panggung Odean dan Jinjang kemudian pada 13 Mei itulah di Kampung Baru yang diceritakan secara meluas. Apa kisahnya?? Xperlulah di ceritakan sbb orang2 yang kata dia berjuang tuk keadilan ni rasanya lebih tau FAKTA.

Tau xkita kenapa British xmo layan permintaan HINDRAFF?? Mesti ada sebabkan. K, semuanya bermula sebelum tertubuhnya MALAYSIA. Kisahnya.... masa British menubuhkan MALAYAN UNION untuk mentadbir Tanah Melayu..hanya orang Melayu yang bangkit membantah coz they know that they are penduduk asal Tanah Melayu dan diaorang dh xsanggup di jajah. Mereka berjuang sehingga MALAYAN UNION tertubuh hanya untuk sementara sahaja. Dengan tertubuhnya MALAYAN UNION..kuasa Raja-raja akan hilang. Mmglah orang Melayu xsetuju sebab yang kita tau.. orang Melayu ni setia kepada raja. Itu orang dulu2 la. Orang sekarang... ntah.

Ini salah satu petikan ucapan Tunku Abdul Rahman .... Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman (kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama) menyatakan bahawa "...apabila kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan." Bagaimanapun, dia menambah bahawa "Bagai mereka yang mencintai dan berasi bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-orang Melayu." -rujukan http://ms.wikipedia.org/wiki/Kontrak_sosial_(Malaysia)#Syarat-syarat_kontrak

Berbalik kepada permintaan HINDRAFF. Kenapa British xlayan diaorang?? Maybe fakta ni xsemua orang tau so skang kita kongsi erk. K, fakta yang saya terima...sebelum tertubuhnya MALAYSIA atau sebelum Tanah Melayu ditadbir sendiri oleh orang Melayu... British telah memberi beberapa pilihan kepada 3 kaum yang ada disini. Opsyen pertama adalah :-

1) Sekiranya orang Melayu mahu mentadbir sendiri, mereka perlu memberi kewarganegaraan kepada 2 kaum yang lain ini. Disamping itu, 2 kaum ini juga di tawarkan KEWARGANEGARAAN BRISTIH dan dibawa ke BRITAIN atau dihantar pulang ke negara masing2. U know what??? 2 kaum ini menolak kerana sekiranya mereka ke sana... kehidupan mereka akan lebih susah. Kita semua pn tahu yang kedua2 kaum ini mempunyai sebuah negara dengan berkepadatan penduduk yang tinggi. Jadi, kalau mereka pulang ke negara asal, mereka akan bersaing sesama mereka dan peluangnya adalah tersangat tipis. Sebaliknya, apabila mereka menerima tawaran British... mereka mungkin hanya menjadi buruh jika dilihat dari kehidupan orang2 Britain sendiri. Dalam hal ini, semua kaum tidak bersetuju. Jadi, British memberi opsyen kedua :-


2) Opsyen kedua ialah ketiga2 kaum ini perlu mewujudkan satu perpaduan sesama mereka sebelum British setuju melepaskan kuasa kepada mereka.

Untuk opsyen kedua ini memperlihatkan bagaimana Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun VT Sambathan duduk semeja berbincang bagaimanakah caranya untuk meloloskan Tanah Melayu dari cengkaman British dengan tanpa tumpahan darah yang lebih banyak. Dan, akhirnya mereka mencapai kata sepakat untuk membentuk perpaduan dengan itu juga, wujudlah KONTRAK SOSIAL yang di realisasikan dalam bentuk PERLEMBANGAAN PERSEKUTUAN. Walaupun orang Melayu tidak bersetuju namun mereka perlu menerimanya. Yeap, mmg betul Kontrak Sosial tu xwujud secara bertulis tp ia ada dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kandungan KONTRAK SOSIAL telah saya masukkan ke dalam post saya sebelum ini tp saya perlihatkan kembali secara ringkas. Untuk detail, boleh rujuk kembali ke post saya sebelum ini.

1) Orang Melayu menerima 4 perkara
a) Agama Islam sebagai agama persekutuan
b) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
c) Kuasa2 Raja Melayu tidak boleh di sentuh
d) Hak2 orang Melayu tidak boleh dihapuskan (rizab Bumiputera, kuota dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, kuota untuk lesen perniagaan, dan kebenaran untuk memonopoli industri-industri yang tertentu, jika kerajaan membenarkan) dan....

2) Orang Melayu memberi 1 perkara
a) Kewarganegaraan kepada kaum Cina dan India

Tapi saya nak tanya.. 4 perkara yang orang Melayu dapat ni.. terutama hak2 keistimewaan orang Melayu, kaum lain xdapat langsung ke?? Untuk agama misalnya... ada ke kaum lain dihalang untuk anuti agama mereka atau lain2 agama?? xde kan. Sebaliknya mereka menarik orang2 Melayu beragama Islam ni untuk join mereka. Sebagai orang Islam.. saya pasti kita2 tau mengapa kita perlu pertahankan agama saudara segama kita. Jadi, di situ sebenarnya xde masalah kalau masing2 faham dan hormati hak beragama masing2.

Contoh kedua... bahasa pertuturan... kaum lain kena terima mengapa bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan...kerana penduduk asal Tanah Melayu adalah orang Melayu namun mereka tidak sekali2 di halang untuk bertutur dalam bahasa ibunda mereka. Malah, xada pn seorang kaum Cina atau India yang di sabitkan kesalahan apabila orang Melayu bertutur bahasa mereka. Dan mengenai hak2 istimewa orang Melayu...mereka juga masih boleh menikmatinya cuma peratusannya agak kurang.

So, kenapa nak bising2 mempertikaikan semua tu??? Orang Melayu walaupun tidak bersetuju dengan KONTRAK SOSIAL ini.. terpaksa menerima bagi mewujudkan perpaduan. Dan setelah sekian lama perkara ini berlangsung dengan baik..kenapa sekarang..terutama generasi muda yang melaungkan mereka CELIK SEJARAH... mempertikaikan perkara ini. Apa sumbangan mereka selama ini. Apa sebenarnya mereka perjuangkan???? Kesimpulannya... kita kener tahu sejarah... kaji betul salahnya dan fikir. Perkara2 ni semua xperlu pn dibangkitkan coz everybody dapat apa yang diaorang sepatutnya dapat.

Bagi saya..anda tidak tahu apa2 sebenarnya. Anda hanya bercakap dari fahaman politik sempit anda. Anda tidak tahu apa anda perjuangkan. Anda adalah FANATIK POLITIK. Bercakap dan bertindak sebagai seorang yang gila dan taksubkan politik. Bukan sebagai orang yang perjuangkan suara rakyat seperti yang ada laung2kan tp sebenarnya adalah kalangan yang IKUT CAKAP. So, bangkitlah dan kajilah apa yang anda tidak tahu. Saya bukanlah seorang fanatik politik atau bercakap bagi pihak tertentu.

Saya pn seperti anda... tidak tahu pada asalnya tp saya bukanlah jenis yang mudah ikut cakap atau jenis dengar cakap. Saya suka menilai kebenaran sesuatu sebelum saya mengiakan dan saya rasa berfikir adalah jalan terbaik. Apabila kita membenarkan diri di kuasai bisikan syaitan... kita akan tutup mata hati kepada akal fikiran.

Mengenai dakwaan SJK(T) dan SJK(C) dianaktirikan dan SK adalah sekolah Melayu.... nak tau x satu perkara. SK sebenarnya bukanlah sekolah Melayu sebab dalam SK tu semua kaum ada. SK ditubuhkan untuk percampuran semua kaum yang ada. Sekolah Melayu adalah SAR (Sekolah Agama Rakyat). Itu sebenarnya sekolah Melayu. Kenapa nak kata SJK(T) dan SJK(C) dianaktirikan??? Tahu x, kedua2 sekolah ini adalah dibawah KPM.... kementerian kerajaan dan menerima semua peruntukan dari kerajaan persekutuan. Layak dan memang menerimanya. Sampai xsampai tu kener tanya yang diberi kuasa la coz mereka yang lebih tahu. SAR???? Hanya merupakan sekolah dibawah kerajaan negeri so, skang ni sapa yang dianaktirikan sebenarnya??? Lately ni je baru SAR diambil alih oleh kerajaan persekutuan. Itu pun ada kerajaan negeri yang xbagi. Terutama yang dikuasai pembangkang la. Dan dijadikan modal berpolitik. Kesian anak bangsa kita. Seawal sekolah rendah dah didedahkan dengan politik kotor yang sebenarnya diaorang ni xperlu ambil tahu pun. Maybe sebab tu anak bangsa Malaysia sekarang ni dah jadi bukan2. Salah sapa tu???

So, selagi anugerah akal yang diberi ni belum di tarik balik...jom la kita berfikir. Jangan jadikan catatan saya ni sebagai satu catatan politik coz saya mmg xberminat dengan politik tp saya tetap ambil tahu. Saya bukan orang yang taksub dengan politik dan saya benci sesangat orang yang taksud dengan politik ni. Kalau kita xsuka politik, terjemahkan melalui pilihanraya. Apa je pilihan yang kita buat... terima je la keputusan dan kesannya. Ada hak mengundi..pergilah mengundi. Jangan nak memekak cakap itu ini... tp apa pn xada. Then, bila dah ada result, terima je la. Itu yang kita pilih. Jangan cam anjing menyalak bukit lak. Xde maknanya...

Sebab setiap apa yang kita buat... ada yang mencatat dan keputusannya adalah di akhir kewujudan dunia yang fana ini. Kita memilih jalan sendiri. Bukan orang lain yang tentukan jalan kita....

Sebagai seorang yang sayangkan negara...saya cuma nak minta kita sama-sama berfikir tentang satu perkara ini. AS tu Yahudi kan??? Apa agenda Yahudi erk?? Kat sekeliling negara kita ni....di mana lagi yang xde pangkalan Yahudi???? So, kalau jadi apa2 kat Malaysia ni... sapa orang pertama yang akan amik kesempatan???

Renung2kan...selamat berfikir..... wassalam.

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al- Hujurat ( 49 ):6 ).

Friday, September 12, 2008

Bina Peribadi Waktu Makan

Pakar motivasi bebas Ustaz Sobri Abd. Rani menyarankan agar ibu bapa menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk membetulkan kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu makan adalah program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup. Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu makan:

1. Tunggu orang yang paling tua
'Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau tidak ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan begitu selama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat kepada yang lebih tua walaupun di luar pandangan kita. Jadi kalau kita hendak tahu macam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok waktu makan.'

2. Baca bismalah dan guna tangan kanan
'Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan ke mulut atau memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk ke mulut dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan kanan. Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh syariat. Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang banyak tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah.'

3. Ambil lauk terdekat dulu
'Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat. Kenapa? Melatih sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa, itu dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik. Ia mempengaruhi corak kehidupan dan corak kita bekerja. 'Kalau ayah atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang pertama letak di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain. Kalau dia tak mahu lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak. Kalau kita buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang lain. Kita sudah bina masyarakat penyayang di dalam rumah kita. Malah untuk latih anak cinta pada saudaranya yang lain, itulah waktunya.'

4. Kawal suapan
'Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan diangkat suapan seterusnya selagi di dalam mulut itu belum ditelan. Sesudah ditelan, baru angkat suapan seterusnya masuk ke mulut. Untuk apa? Melatih jangan tamak dan bersifat qanaah ? mencukupi apa yang ada. Atau lebih tepat, melatih syukur terhadap apa yang Allah kurniakan.'

Ustaz Sobri berkata, 'Perkara ini kalau dilatih betul-betul, ia akan menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri. Sebab makan adalah perkara yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu ia mempengaruhi roh.'

Trend jenayah ganas membimbangkan

Oleh ASSIM HASSAN

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Kematian seorang suri rumah yang ditikam dan dikelar penjenayah di rumahnya di Shah Alam kelmarin adalah antara kes yang menunjukkan trend jenayah pecah rumah melibatkan kekerasan dan bunuh semakin membimbangkan kebelakangan ini.
Allahyarham Raja Noriana Raja Ahmad, 41, dari D’Kayangan, Seksyen 13, Shah Alam adalah mangsa terbaru trend penjenayah ganas itu yang akan direkodkan polis dalam statistik kematian akibat kes pecah rumah.
Tidak seperti dalam kes-kes seumpamanya beberapa tahun sebelumnya, kini penjenayah kes pecah rumah makin agresif dan bersenjatakan pistol automatik dan semiautomatik selain pisau serta parang.
Buktinya, pada 2 September lalu, enam orang yang ditembak mati iaitu empat di Lebuh Raya Persekutuan, Shah Alam dan dua lagi di Changlun, Kedah adalah penjenayah berbahaya yang diburu polis kerana terlibat banyak kes jenayah samun bersenjata dan pecah rumah di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.
Mengikut statistik pula, 33,599 kes pecah rumah dilaporkan pada 2007 meningkat 4,727 kes berbanding 28,872 kes pada 2006, manakala sehingga sembilan bulan pertama 2008, polis tidak menolak kemungkinan angkanya akan terus meningkat.
Menyedari peningkatan kes pecah rumah dan trend menggunakan kekerasan termasuk membunuh, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin yang ditemui Utusan Malaysia semalam, mengakui ia suatu cabaran kepada pasukan polis.
Jelasnya, penjenayah sekarang terutama melibatkan penjenayah warga asing merupakan golongan yang kejam, rakus dan begitu berani bertindak liar di luar jangkaan polis dan mangsa, iaitu tidak sama seperti penjenayah dahulu.
Beliau tidak menolak kemungkinan kumpulan penjenayah yang aktif di negara ini mempunyai hubungan dengan kumpulan lain di negara asal mereka.
“Trend penjenayah termasuk dalam kes pecah rumah sekarang ialah mengikat, mendera dan seterusnya membunuh mangsa, malah ada yang sanggup mencincang dan membakar mangsa bagi menghapuskan bahan bukti.
“Tindakan mereka ini kejam dan polis akan sentiasa meningkatkan prestasi serta kecekapan dalam menangani cabaran berdepan dengan penjenayah,” katanya.
Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi kes pecah rumah, Selangor merekod jumlah tertinggi pada 2007 iaitu 8,798 kes pada 2007 diikuti Kuala Lumpur (3,846 kes), Johor (3,205 kes), Kedah (2,356) dan Sarawak (2,233 kes).
Ditanya mengenai kes-kes jenayah pecah rumah yang semakin meningkat, Mohd. Bakri mengulangi bahawa ia banyak dipengaruhi oleh sikap dan kecenderungan golongan penjenayah menjadi lebih agresif.
Menurutnya, pada masa yang sama, para penjenayah ingin mengaut untung serta habuan dengan cara yang mudah dan lumayan walaupun terpaksa mengorbankan nyawa mangsa.
“Penjenayah tidak kira sama ada perbuatan mereka betul atau tidak, asalkan dapat duit dengan mudah dan banyak,” katanya.
Mohd. Bakri menegaskan, peningkatan statistik dan kecenderungan penjenayah menggunakan kekerasan kes-kes pecah rumah bukan menggambarkan kegagalan polis.
“Pelbagai usaha telah dilakukan oleh polis dalam membanteras jenayah di negara ini, kita melihat ini sebagai cabaran yang perlu dihadapi polis dengan bersungguh-sungguh terutama apabila penjenayah kini menggunakan senjata berbahaya.
“Kita juga berharap orang ramai akan bekerjasama akrab dengan polis dengan memberi banyak maklumat bagi membolehkan usaha mengurangkan kegiatan jenayah lebih berkesan,” katanya.
Sementara itu, Mohd. Bakri memberitahu, sebagai usaha mengurangkan kes-kes jenayah pecah rumah, polis kini kini giat meningkatkan rondaan di sekitar kawasan perumahan.
“Walaupun ia tidak menjanjikan pengurangan kadar jenayah pecah rumah kepada tahap sifar, tetapi kita yakin kekerapan rondaan dan operasi tentunya dapat membantu mengawal jenayah itu,” katanya.


***so jangan nak kondem kejer polis kalau penjenayah tu kita sendiri. diaorang ni xbuat kacau kat negara sendiri tp beza lak dengan kita kat sini. kita kat sini... suka buat onar kat tempat sendiri...konon2 Wira tp sebenarnya...orang2 ni...spesis BACUL !!! Kalau agak2 xboleh nak tolong orang... jangan memandai menyusahkan orang.

Double Happiness

erwaaaa....best giler la dapat berita semalam. Tp terasa cam ampeh pn ada gak. Last Sunday kiter dapat sms dari kakak. Dia kata dia xsihat. Husband dia lak xde so dia minta kita bawakan dia ke HUKM. Ye la, sebagai seorang adik n kiter lak mmg sayang giler ngan kakak kiter so, kiter pun p le amik dia kat Bukit Jalil tuk di bawa ke HUKM.


Lupa lak hari ni hari Ahad, klinik biasa kat HUKM tu tutup so menapak le ke emergency. Kalau last year dia bawa kiter p HUKM coz kiter xsihat, this year nampak gayanya bertukar lak. Tapi kedua2 peristiwa berlaku dalam bulan puasa.

Lama juga la menunggu. Kalau kat HUKM ni menunggu lama pn kiter tak kisah sangat coz doktor kat sini kalau dia check.. mmg puas hati. Cam last year, kiter sakit ... memula pergi kat klinik kat Putrajaya. 2 hari berturut2 berulang amik darah. Masa amik darah ok. Diaorang cucuk pn xsakit sangat cuma hari kedua xjumpa urat... kener 2 kali cucuk. Kiri n kanan. Lebam tangan kiter..uwaaaa. Tapi yang sakit hatinya bila masuk bilik doktor. Tau apa doktor tu buat?? Dia duduk kat kerusi dia... patient lak kat kerusi patient la. Normal je kan?? Pastu dia tanya "U sakit apa?" Bla...bla..bla.. Sikit pun dia xbangun dari kerusi dia tuk check keadaan patient tu. Tangan dia ni...sibuk dengan mouse komputer. Kiter ni le dok terangkan apa yang kiter rasa. Tak de langsung inisiatif dia nak bangun check tekanan darah ke, denyutan nadi ke... kiter yang dah memang xlarat nak bangun ni... rasa cam nak mati on the spot je. Hari pertama tu ok lagi la.. boleh drive ke klinik. Masuk hari kedua...mmg dh xlarat giler. Tp sbb xde orang... gagahkan juga diri. Sama gak. Sampai sana... p amik darah..pastu masuk bilik doktor yang sama. Itu juga la yang dia buat.

Hari ke 3 pn xboleh bangun gak. Last2 call adik kat kl.. minta dia datang amik bawa balik KL coz abah soh balik kg. Actually petang tu bos bagi minum air kelapa coz badan bintik2. Nak confirm samada denggi atau campak. Pagi keempat tu...badan mula bengkak n bintik2 halus kuar seluruh badan....merah giler. Abang, kakak n adik tengok pn terkejut. Pastu abang bawa p HUKM. Mmg best cara pemeriksaan kat sana. Doktor tu check serba serbi. Kener lak tu doktor handsome..wakakakakaa... tp nek segan lak biler dia check sampai ke paras lutut.. waaa..dia selak kain kiter time tu...ada nurse la cuma ye la.. segan giler wehhhhhh. Doktor lelaki check sampai paras lutut. Buat2 xnampak je la..... So, time tu doktor tambah air n bagi ubat soh makan. Maknanya... mmg xpose la.

Actually hari ke 3 time balik KL...adik belikan 100plus. Baru je masuk seteguk... dah muntah. Pastu diaorang paksa lagi minum.... lepas dari tu ok sket. Kalau x, mmg xlarat langsung nak bangun. Agaknya kalau guna termometer check kepanasan badan... mercury termometer tu pn dh xjumpa bacaan. Mmg panas giler.... Nasib baik la ada adik2 jagakan.. sob sob...tq. Kat HUKM dua kali kiter pergi. Puas hati sesangat. Thanks doktor2 kat HUKM. Promote lol tapi betul. Sampai skang pn, kalau sakit kiter n adik beradik mmg akan ke sana. Biarlah dari Putrajaya pn.

Hari ke 5, abah call soh balik kg. Berubat kat kg. Alhamdulillah.... masuk hari ke 13.. kiter rasa dh ok sket. Tp lepas tu...rambut kiter start gugur. Maybe kesan kepanasan masa sakit tu. Bayangkan, dari bulan 9, 2007 sampai bulan 2, 2008 rambut kiter gugur. Nasib baik le rambut lebat, kalau x... confirm botak.. uwaaaa...xsanggup.

Uppss...terlebih sudah. Silap citer ni.. k, berbalik kepada double happiness. K, lepas dh check semua, kitaorang pergi giant tuk beli barang2 nak masak malam ni. So, hari tu kitaorang adik beradik berbuka kat rumah kakak. Masa balik tu, dia mmg xde citer pa pe pn. Cuma dia kata, doktor soh dia p buat check up kat klinik sakit puan atas masalah dia.

Tup tup....semalam kiter berym dengan kakak ipar...dia bagitau

"aya, betul ke shidah dah mengandung? hari tu aya kata xde pa pe masa p HUKM dengan dia tapi tadi abang dengan Fuad kata shidah dh ngandung"...

"uiksss.. ye ke kak long. hari tu dia xcakap pa pe pn. Xpe, sat g aya call dia"......

" nnt pe pa ...aya bagitau kak long tau. fuad nak guna tenet lak"

"ok"

"hello, assalammualaikum. Betul ke hang pregnant?"

"waalaikummussalam. mana tau ni?"

"kak long habaq tadi. hari tu hang kata xde pa pe g. biler p check lain?"

"hari tu dah ada sebenaqnya. tapi orang saja xmo habaq kat hang. suprised"

"ampeh. mak abah dah tau ke? baper bulan dah?"

"dah...dah habaq kat mak abah. dah dua bulan"

"waaa... bunting pelamin. mesti mak abah happy giler. tahun depan dapat dua cucu. Abiss la ain nak mendodoi anak menakan dia.. wahahaha"

"bukan bunting pelamin la. kosong sebulan. nasib ain la.. jangan dia lak yang pening...cukup"

"uikss. ye la. kan hang kawen bulan 7..skang bulan 9... dah 2 bulan.. bunting pelamin la tu."

"ntah..member orang kata x. "

"hang dok muntah2 ke ni? jaga diri lek lok. jangan lasak sangat. kalau ada pa pe...call je. nnt orang p sana"

"hermm.. tu la. asyik nak muntah je ni. xlarat orang. k le, orang nak muntah ni. Assalammualaikum"

"waalaikummussalam"

....sms kak long... "salam. kak long, confirm shidah ngandung. 2 bulan. hari tu lg tau tp dia nak buat suprised".

Maka bermula hari ni,... kiter akan jadi orang kedua yang sibuk membebel tuk dua orang perempuan yang sedang ngandung ni...ehikss.. kalau hujung tahun ni ada tambah sorang lagi kawen..silap2 tahun depan... jadi triple happiness.

Itu pun kalau dapat sorang satu.. buatnya ada yang termurah rezeki...waaaaa... best2.. serta merta bertambah ahli keluarga dalam jumlah yang banyak..

Jom la kita sama2 doa...semoga semuanya selamat....amin. Buat Abang & Kak Long dan Kak Shidah & Abang Lan....Tahniah!!!

Happy...Happy....

Thursday, September 11, 2008

Renungan Bersama.....

Paparan saya, Tafsiran anda…

Dalam kedamaian sahur, dan kedinginan sepertiga malam, setelah selesai melabuhkan tahajjud dan kini tenang menjamah makanan…, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhitung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…Mungkin kita terlupa pada isteri Nabi Musa a.s yang kesejukkan di bawah kaki bukit Tsur, bersama anak-anaknya, yang tabah menunggu suami serta ayah mereka, yang telah pergi mengambil api dari puncak bukit, tapi suami yang di tunggu tak muncul tiba, kerana hakikatnya si suami sudah di lantik menjadi Nabi, dan bermulalah sebuah pengorbanan dalam mencari nikmat berugama..…

Dalam kemeriahan kita berbuka puasa, sedang asyik menjamah makanan dan menjamu selera…, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…Barangkali kita terlupa pada Isteri Nabi Ibrahim a.s yang kepanasan dan kehausan, serta kelaparan dan keletihan dalam mencari air di Lembah Safar dan Marwah.. sedang anak masih dalam susuan, lalu tinggalah dua beranak di lembah Mekah tanpa suami di sisi kerana suaminya sedang berkorban dalam mencari nikmat berugama…

Hari ini kita bersolat berlangitkan kipas syiling, dan berdiri di atas karpet yang lembut lagi tebal, serta masjid yang sungguh indah saujana mata, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Mungkin kita terlupa pada Summayah r.aha yang di tombak di kemaluan kerana ugama ini, atau keluarga Yassir yang mati di seksa, atau Nabi zakaria a.s yang di gergaji dan juga Nabi Yahya a,s yang di pancung, semuanya kerana ugama!Nampaknya, demi ugama, Allah sanggup melihat kekasihNya terkorban dan di korbankan....

Dalam kemeriahan kita semua berbuka puasa, makan bersama kicap cap ‘Bilal’ penyedap rasa, sebenarnya kita telah terlupa pada Bilal bin Rabah yang hidup di seksa, di jemur di padang pasir sedang di dadanya di pasak dengan batu sebesar raksasa, saban malam di cemeti bergilir-gilir pula...Tak lupa juga akan kita yang berbuka dengan roti Khebbab yang enak dan menyelerakan, danging panggang dan roti pital yang empuk.., sedang Khabbab bin Alarat r.a telah di seksa kerana ugama ini, beliau di seret atas bara api sehingga lemak dan darahnya telah memadamkan bara api.. semuanya kerana ugama.... berkorban dalam mencari nikmat berugama…!

Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, sebenarnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Jika kamu mahu mengenang cerita dan derita,Izinkan aku titipkan beberapa lembaran kisah mereka yang telah menderita kerana ugama, berkorban dalam mencari nikmat berugama…!Pada suatu waktu di saat zaman dan kurun yang terbaik, terdapat cerita seorang sahabat Nabi SAW yang baru kematian isterinya sedang beliau masih mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun, namun sahabat ini telah datang berjumpa Nabi SAW untuk menyertai jihad menegakkan ugama Allah...

Nabi menasihatinya supaya duduk di rumah bersama anaknya yang masih kecil itu.., tapi dia mendesak juga untuk menyertai, barangkali beliau telah tercium bau syurga. Dan Nabi Muhammad SAW telah benarkan beliau pergi..

Si anak yang di bernama Basyir ini pun bukan calang calang budak. Walaupun baru berusia 5 tahun telah sanggup berpisah dan di pisahkan demi semata mata kerana agama Allah.Malahan si anak-anak para sahabat Baginda ini akan saling berbangga terhadap ayah dan bapa mereka yang telah turut sama menyertai peperangan bersama Baginda SAW. Allah jua yang mencampak kefahaman dalam diri mereka tentang nilai ugama..Setelah beberapa masa berlalu, terdengarlah khabar berita akan kepulangan tentera islam dari luar kota Madinah, Nun di sana kelihatan segerombolan habuk dan debu yang berterbangan menjulang ke langit kesan hentakan tapak kaki kuda dan unta milik tentera islam.

Di sempadan Madinah, sebaik kuda dan unta menghentikan tapak kakinya, dan dalam suasana debu debuan yang masih berterbangan, si anak-anak sahabat sudah tidak sabar menunggu untuk bertemu dengan bapa-bapa mereka. Dalam larian kasih sayang, Basyir bin Abarkah telah mendahului kesemua perindu yang lain, walaupun usianya baru 5 tahun, tapi beliaulah yang paling maju, katanya:

ingin menyergah ayahnya..maklumlah, Mereka baru belajar erti rindu.Debu debu pun mulai turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terpancullah wajah kuda dan wajah unta yang setia.Dan debu debu pun masih terus turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terlihatlah wajah bapa bapa mereka.

Maka si anak mula menerkam si bapa, dan bapa mulai menerpa si anak, mereka saling berpelukan menangis gembira melepaskan rindu dendam seolah olah seperti baru terlepas dari hukuman mati. Bapa mana yang tidak rindu pada anak? Anak mana yang tidak gembira bertemu bapa? Lantas terdengar suara takbir di sini sana, memuji Allah sambil menangis kesyukuran..Memuji Nikmat Allah..Tidak lama kemudian.. sempadan Madinah itu telah menjadi daerah sepi dan sunyi, yang tinggal hanyalah kesan tapak kaki manusia dan binatang tunggangan.

Namun yang terlihat pada waktu dan ketika itu, Basyir budak berumur 5 tahun seorang diri sedang melilau mencari ayahnya. Sudah puas ke kiri dan ke kanan… sudah jauh mata memandang, sudah penat menunggu, namun si ayah yang di rindu, tidak datang-datang!. Tidak kunjung tiba!Ke mana ayah pergi?Kenapa masih belum pulang?

Dalam debu debu yang masih tinggal, terlihat satu kelibat lelaki sedang berjalan ke arah Basyir Abarkah budak berumur 5 tahun itu,Lalu si Basyir menerpa lelaki itu kerana disangkanya bapanya sudah pulang. Namun lelaki itu bukanlah bapanya, sebaliknya lelaki itu adalah Nabi Muhammad SAW .Lantas Basyir bertanya:Mana ayah ku?.Lalu Nabi memalingkan wajahnya ke kanan kerana tidak sanggup untuk berkata kata.Si Basyir lantas bergerak kekanan Baginda dan terus bertanya:“Mana ayah ku?”.Sekali lagi Nabi memalingkan wajahnya ke kiri lantaran tidak sanggup untuk menuturkan kata kata sedang air mata mulai berlinangan di pipi. Si Basyir tidak berputus asa dan terus bergerak ke kiri Baginda."Mana ayah ku?”.Lalu Nabi duduk sama tinggi dan menjawab dengan nada sedih dan pilu sedang tangan baginda di pipi Basyir....“Anak.., Ayah mu telah syahid.”Air mata anak terus mengalir hangat, di kala darah yang mengalir dari badan ayahnya sudah lama lenyap di telan bumi....

Dalam kedamaian sahur kita pagi ini, dan kemeriahan berbuka puasa petang nanti, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di waktu malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah… Sesungguhnya mereka telah mewarnai bumi Mekkah dan Madinah dengan darah..Sekurang-kurangnya, kenanglah pada Basyir budak berumur 5 tahun itu..Jika kita masih terlupa, biarlah aku ceritakan kisah Mus’ab bin Umair, yang hidup dalam kesempitan telah berjalan melewati Baginda SAW sedang beliau hanya memakai sehelai kain yang telah koyak di beberapa bahagian. Salah satu bahagian yang terkoyak telah di tampal dengan kulit binatang kerana tidak cukup kain, lalu sambil menangis Rasululullah bercerita kisah Mus’ab bin Umair kepada sahabat yang lain, bahawa sebelum islam, Mus’ab bin Umair adalah anak orang kaya dan hidup dalam kemewahan, di sayangi dan di manjai, hidup ditatang bagai minyak yang penuh, pakaiannya sahaja berharga 200 dirham dan hidup dengan penuh perhatian dari ibu bapa.

Tapi sebaik beliau memeluk ugama islam, beliau telah di murkai oleh ibu bapa, di ikat dan di kurung, satu hari beliau dapat melepaskan diri dan lari mengikut sahabat Nabi lalu hidup dalam keadaan zuhud dan miskin.Di hujung pengorbanan, dalam perperangan Uhud, mayatnya di lihat terbujur tanpa ke dua-dua tangan, di potong musuh selangsung tugasnya yang memegang bendera.., dan baginda SAW telah menutup mayatnya dengan kain tapi tidak cukup lalu di tutup dengan daun-daun Izkhar..

Dalam hidangan berbuka puasa yang enak dan meyelerakan, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di sepertiga malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…Dan ada juga cerita lain seorang ibu kepada beberapa anak lelaki yang di beritahu tentang kematian suami di medan perang, tentang kematian anak sulung, tentang kematian anak nombor dua dan seterusnya anaknya yang bongsu. bila terdengar semua ahli keluarganya mati di jalan Allah dia masih bertenang, tapi bila mendapat tahu anaknya yang bongsu juga mati , si ibu ini terpegun dan menangis…dia dipujuk orang, supaya bersabar dengan ujian Allah..

Tapi si ibu berkata: “janganlah kamu semua ucap takziah pada aku, tapi ucapkanlah tahniah kepada aku, …, aku menangis bukan kerana semua ahli keluarga ku telah mati, tapi aku menangis kerana aku sudah tiada anak lelaki lagi untuk di korbankan di jalan Allah.!!!!”

Dalam kerehatan kita bertarawaikh, dan sedang menikmati juadah sejurus lepas solat witir, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Seorang sahabat ketika hendak di campak ke dalam api oleh seorang kafir telah menangis sambil berkata: “aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa sahaja, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!!! "

Dalam keseronokkan kita membuat persediaan hari raya, bertepuk tampar, dan saling bergembira, bertakbir di sini sana, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…Mungkin kita terlupa pada awal kerja Nabi di jalankan, ketika Nabi Muhamad SAW keluar dari rumah dengan baju yang bersih, tapi bila petang nanti pulang, baju Nabi sudah kotor, di jalanan beliau di pukul orang, di sepak terajang dan di baling batu serta najis..,

Dari celah daun pintu Fatimah r.aha anak Nabi mengintai perlakuan ayahandanya yang tercinta, lalu bergenanglah air matanya melihat penderitaan ayahnya, namun sebaik Nabi pulang, lekas-lekas beliau menyampu air mata dan menyambut Baginda dengan senyuman, menyembunyikan kesedihan demi memberi sokongan moral dan sedikit hiburan kepada jiwa luhur bapanya yang teramat tabah itu..Namun hati anak mana yang tahan melihat ayahnya di seksa? Lantas suatu hari beliau telah mengikut di belakang Nabi, melihat perlakuan ayahnya secara langsung, di jalanan beliau melihat ayahnya berdakwah dan di hina, di layan seperti pengemis dan binatang, di sakiti, di caci, di maki, di pukul, dan di baling batu...

Kemuncak penghinaan, ketika Nabi bersolat di hadapan Kaabah, Abu jahal dan sekutunya telah membuang najis dan perut unta ke belakang badan baginda yang sedang sujud.., dengan linangan air mata Fatimah r.aha datang membersihkan najis di badan ayahnya..Di suatu hari yang lain, Fatimah r.a telah menyambut kepulangan Nabi Muhammad SAW dengan linangan air mata., Lalu Baginda bertanya: kenapa menangis?Dengan air mata yang bergenang, melihat penderitaan ayahnya, Fatimah r.aha berkata:“Aku menangis kerana ku lihat telah bertukar warna kulitmu dan kotor pakaianmu.., ”

Nabi menjawab (lebih kurang maksud)“Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, satu hari nanti, ugama yang aku bawa ini, akan pergi menuju ke setiap rumah walaupun rumah itu berada di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumah seperti tersebarnya malam…”Maka kita semua pada hari ini, Dalam kedamaian pagi dan ketenangan petang atau kesejahteraan malam, sedang kita menikmati nikmat berugama, mungkin di suatu hari akan datang wakil Nabi mengetuk pintu rumahmu, tidak kira di mana kamu berada, di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumahmu seperti tersebarnya malam… dan bukakanlah pintu hatimu.., kerana mereka sedang mengzahirkan hadith Nabi Muhamad SAW.Ziarah mereka bukan kerana hari raya, atau kerana menuntut hutang, tapi semata mata kerana Allah, mudah-mudahan kamu dan mereka akan dapat menikmati ruang di bawah arasy berkat amalan ini, dan semoga Allah kasihan pada kamu dan mereka lantaran amalan yang mulia ini lalu mengekalkan kita semua dalam iman, dan menyebarkan hidayat ke seluruh alam, sehingga akhirnya kesemua lelaki akhil baligh dapat menikmati solat berjemaah, dan kesemua wanita akhil baligh dapat menikmati solat di awal waktu serta tutup aurat dengan sempurna, kemudian, anak-anak akan taat perintah ibu bapa, dan isteri-isteri akan taat perintah suami dan semua mahkluk akan taat perintah Allah lalu menyembah Allah dengan cara yang paling layak selayak-layaknya Dia di sembah!...Sesengguhnya, Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Selamat menyambut malam Lalatul Qadar, Lalilatul Jaizah, dan selamat menyambut Hari raya..

Wasalam…