Friday, July 23, 2010

Cara Rasulullah saw mengekalkan keharmonian rumah tangga

1-Tidur dalam 1 selimut meskipun isterinya haid

Dari Ata' bin Yasar: Sesungguhnya Rasulullah saw & Aisyah r.a biasa mandi
bersama dalam bekas. Ketika baginda sedang berada dalam 1 selimut tiba tiba
Aisyah bangkit. Baginda bertanya, "Kenapa engkau bangkit?”, jawab Aisyah,
"kerana saya haid". Sabda Rasulullah saw, “kalau begitu pergilah, lalu pakailah
kain & dekatlah kembali padaku”. “Aku pun masuk lalau berselimut dengan
baginda”.
(Hadis riwayat Said b Mansur)

2-Menyembur wangian pada bahagian aurat


Dari Aisyah r.a, beliau berkata: sesungguhnya Nabi saw apabila mewangikan
badannya, baginda akan memulai dengan bahagian auratnya menggunakan
nurah (sejenis pewangi), & isterinya akan meminyaki bahagian lain tubuh
baginda.
(Hadis riwayat Ibn Majah)

3-Mandi bersama sama isteri


Dari Aisyah r.a beliau berkata: "Aku biasa mandi bersama Nabi saw dalam 1
bekas. Kami bersama sama memasukkan tangan kami dalam bekas tersebut".
(Hadis riwayat Abdurrazaq & Ibn Abu Syaibah)
Menyikat rambut Nabi
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: Saya biasa menyikat rambut Rasulullah saw,
ketika itu saya sedang haid.
(Hadis riwayat Ahmad)

4-Meminta isteri meminyakkan badan


Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Saya meminyakkan badan Rasulullah saw pada
hari raya Aidil Adha setelah baginda melakukan jamrah aqabah.
(Hadis riwayat Ibn Asakir)
Minum bergantian pada tempat yang sama
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Saya biasa minum dari cawan yang sama
walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawa tersebut & meletakkan mulutnya di
tempat saya meletakkan mulut, lalu menghirup airnya.
(Hadis riwayat Abdurrazaq & Said b Mansur)

5-Mencium isteri walaupun sebelum solat


Dari Aisyah r.a, beliau berkata: Nabi saw biasa mencium isterinya setelah
mengambil wudu', kemudian baginda bersembahyang & tidak mengulangi
wuduknya.
(Hadis riwayat Abdurrazaq)

6-Memanggil dengan panggilan mesra


Rasulullah biasa memanggil Aisyah dengan panggilan yang disukai seperti Aisy &
Humaira (pipi merah delima)
Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra
Nabi saw biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & baginda berkata, Wahai
Uwaisy, bacalah doa "Wahai Tuhanku Tuhan Muhammad, ampunilah dosaku,
hilangkan kekerasan hatiku & lindungilah aku dari dosa fitnah yang
menyesatkan”.
(Hadis riwayat Ibn Sunni)

7-Membersihkan titisan darah haid isteri


Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Aku pernah tidur bersama Rasulullah saw di atas
1 tikar ketika aku sedang haid. Apabila darahku menitis di atas tikar itu, baginda
mencucinya & tidak pula berpisah dari tempat duduk itu, lalu baginda kembali
baring disisiku, apabila darahku sekali lagi menitis, baginda mencuci lagi titisan
darah & tidak berpindah dari tempatnya, kemudian baginda pun bersembahyang
dari tempat itu.
(Hadis riwayat Nasai)

8-Memberikan hadiah pada isteri


Dari Ummu Kalthum bin Abu Salamah, Rasulullah saw bersabda padanya.
"Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah
pakaian berenda & beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui Raja
Najasyi telah meninggal dunia & aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan.
Jika ianya dikembalikan aku akan memberi kepada isteri isterinya masing
masing 1 botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi & pakaian berenda
tersebut baginda berikan pada Ummu Salamah.
(Hadis riwayat Tirmidzi)

No comments: