Saturday, March 22, 2008

::Coretan Perjalanan::

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Nama penuh saya ialah Rohaya binti Abd Razak. Dilahirkan pada 16 April 1980 di Kemayan Oil Palm, Pahang Darul Makmur. Anak ke-3 dari 10 adik beradik (termasuk seorang anak angkat).

Dilahirkan, dibesarkan dan disekolah di Pahang. Sekolah pertama saya adalah Tadika Kemas pada tahun 1986. Kemudian memasuki tahun satu hingga enam di Sek Keb LKTP Kumai, Triang mulai tahu 1987 hingga 1992. Alhamdulillah, atas keputusan UPSR yang baik, saya ditawarkan memasuki Kelas Rancangan Khas (KRK) di Sek Men Datuk Bahaman, Lanchang bermula Jan 1993-Mei 1996 sebelum bertukar ke Sek Men Bera, Bandar 32, Triang pada Jun 1996 hingga 1997.

Memandangkan masih ramai adik yang belajar so, saya tidak menyambung study selepas SPM kerana ingin mencari pengalaman bekerja dan kerana ingin sambung belajar dengan duit sendiri. Kerja saya yang pertama selepas SPM adalah sebagai Asst Supervisor di Foto Zzoom, Subang Jaya. Kemudian saya bertukar ke Nilai, Negeri Sembilan. Saya di tawarkan sebagai Quality Control staff di Hualoon Corp, Nilai, Negeri Sembilan. Pada tarikh yang cantik tahun 1999 iaitu 9.9.1999, saya mendapat tawaran di Chung Hwa Picture Tube (M), Shah Alam, Selangor sebagai Quality Assurance staff. Disanalah tempat paling lama saya berkhidmat iaitu sehingga Jan 2002 sebelum saya kembali menyambung study di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang acctually pada Nov 2001 (saya skip study n kejer dengan mengambil cuti sebab nak dapatkan bonus tahunan...hehehehe) dalam jurusan Data Processing hingga Oktober 2003. Sepanjang study di POLISAS banyak pengalaman yang baru saya perolehi dan hampir sebahagian dari impian saya telah tercapai. Actually semasa sekolah rendah lagi, saya memang berharap saya akan dapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dari SPM. Semesta ke-3 di POLISAS adalah semesta praktikal bagi student sijil dan saya tidak terkecuali.

Saya memilih Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Pendidikan Teknikal, KPM sebagai tempat untuk saya applykan apa yang telah saya belajar di POLISAS. Waktu tu JPTek berada di Pusat Bandar Damansara, KL. Banyak pengalaman kerja yang belum pernah saya perolehi sebelum ini telah saya terima semasa sesi praktikal. Saya bukan setakat di latih menggunakan ilmu yang telah saya pelajari malah saya juga di ajar office management. Pegawai2 saya semasa di sana juga sangat2 baik dan sehingga kini saya masih terkenangkan kebaikan mereka terutama semasa saya di ragut dalam perjalanan ke tempat kerja. Itu merupakan antara pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Namun semua tu adalah sebahagian dari titik2 perjalanan kehidupan....

Selepas tamat study di POLISAS, saya ditawarkan sebagai cashier di Giant Hypermarket Kelana Jaya, Selangor. Saya berkhidmat disana selama setahun. Namun dalam masa setahun, alhamdulillah rezeki saya murah. Bermula dari cashier, saya dioffer sebagai IT Receiving Clerk sebelum sekali lagi ditawarkan sebagai Purchasing Clerk. Genap setahun saya sebagai staff GHKJ iaitu mulai 06.03.2004 hingga 06.03.2005, saya mendapat tawaran sebagai kakitangan awam. Saya mulai melapor diri pada 07.03.2005 dan alhamdulillah sehingga sekarang dan insyaallah sampai akan datang.

Itulah serba sedikit catatan perjalanan hidup saya...

1 comment:

Puteri Nuur At-Terawis said...

semasa di POLISAS lah kita saling mengenali, dan saling berkongsi rasa 'gila' bersama.

aya, i really missed the good old days with you..