Saturday, March 29, 2008

Penatnya!!!

Seminggu kat Kota Bharu... penatnya la. Bg sesetengah orang, bila outstation cam best je kan tapi kiter memang kureng sket bab2 kuar outstation ni but tugasnyer pasal so, pegi juga la. Maybe ada orang kata, bila kuar outstation ni untung, bleh claim banyak2. Erm.. confirm orang yang cakap camtu adalah orang yang xpenah p outstation atau memang jenis yang suka tipu claim. Ketahuilah wahai umat, kalau stakat nak claim lebih tu..maybe lebih kat elaun makan jer. Itupun kalau yang jenis xkuat makan la. Kalau jenis kaki lantak tu, confirm rm40 sehari xcukup.

K la, kita citer pasal interview kat KB erk. Kitaorang jalankan interview ni kat Hotel Sutera Inn, Kota Bharu. Kepada sesapa yang bukan orang Kelantan dan xpernah sampai sana, ketahuilah bahawa hotel ni betul2 kat simpang jalan. Tepi jalan besar. Bersebelahan dengan Wisma Persekutuan dan berhampiran hospital besar dan wad psikitri. Hari ketiga kat sana, kiter sempat la p merayau2 kat MPKB dan beberapa kawasan lain. Time balik, kiter n my best fren Faty.. amik keputusan tuk jalan kaki je balik ke hotel. Kitaorang jalan betul2 tepi wad psikitri tu, pastu dengar ada mamat ni nyanyi. Best gak suara dia.... kitaorang pn join nyanyi skali.. ekekekee. Besak le kan... mamat ni nyanyi lagi kuat. Sian plak tengok dia kener kurung kat situ. Tapi xper la, at least kita dah tau nasib dia kan. Nasib kiter???

Sambung pasal interview tu. Kitaorang dari KLIA, Sepang berlepas dengan flight MH 1396 ke Kota Bharu. Flight penuh. Kebanyakkannya orang gomen la. Risik punyan risik, rupanya orang KPM yang ramai dalam tu. Ada seminar agaknya kat KB sampai rabu dan rabu nanti ada plak yang lain datang. Masa p, dua beg beratnya dalam 21kg. Ok la kan. Anyway, thanks to all MAS crew yang memastikan perjalanan kitaorang selamat.

Sampai kat KB..sure la flight landing kat Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, KB. 1st time kiter landing kat sini. Biasa la.. domestik airport memang xbanyak kemudahan. Lepas amik baggage, kat luar staff2 JPN Kelantan dah tunggu. Punya la banyak kenderaan yang datang. Maklum la, minggu ni tetamu diaorang ramai. Kitaorang yang nak uruskan interview ni + staff KPM yang attend seminar tapi rasanya hotel lain2. Kitaorang naik la kenderaan yang dipandu oleh Tuan Haji Hassan. Baik pak haji ni. Ramah dan jaga kitaorang cam anak2 dia je.

Sampai je kat hotel, terus check in. Penat la katakan. Yang paling best tu.. dapat je letak paler kat atas bantal..dua2 hanyut. Masa ni la baru tau yang badan ni memang letih sesangat dek kejer semingguan (ekekekeek.. sebab lately ni kiter kejer 7 hari seminggu) yang non-stop.
Malam tu saja la nak rasa masakan kat Kelantan ni...so, kitaorang pn berjalan la kuar dari hotel cari kedai makan. Mak ai, susahnya la nak cari kedai makan kat KB ni. Puas la merayau.. hampir2 1km ke depan baru kitaorang jumpa. Itupun kat stadium. Perut dah lapor so, makan je la. Sempat gak le rayau sat kat fun fair tepi tu. Fun fair kecik je. Orang pn xramai. Pastu jalan balik. So far, xada yang menarik sangat la. Rupanya bukan kitaorang je yang merungut susah nak cari makan.. our officers pn cakap camtu. Diaorang lelaki pn merungut, inikan pula kitaorang yang perempuan ni.

Hari kedua kat sana adalah hari pertama interview. Mak ai, ramai tol calon yang datang. Kiter kener handle 2 board dalam 78 orang calon. Yang xdatang kurang dari 10 orang. Everyday camtu..selama 4 hari. Masak la time balik nanti. Mana nak sumbat semua dokumen diaorang. Yang kiter agak bengang dengan calon2 kat sini ialah attitude diaorang. Dari segi pakaian tu, boleh la walaupun ada yang xok cuma dari segi penampilan diri yang lain. Ada ke masuk interview guna loghat negeri. Dah le dengan urusetia pn main panggil 'abe' & 'kak' je. Very poor attitude. Kalau la pemarkahan penampilan tu kiter yang isi, confirm separuh hilang. Hey guys, wake up. U all datang interview kejer gomen bukannya kejer swasta. Sijil pn xsusun. Pastu ada yang xsahkan sijil. Mostly memang sambil lewa la. Selama 4 hari interview kat situ, itu la sikap calon yang saya nampak. Dan, kepada sesapa yang terbaca artikel ni dan ada masa kitaorang kat sana, ketahuilah..awek yang garang tu (kat bilik menunggu 1,2,3 & 4 adalah saya..ekekeke). Bukan sengaja tapi terpaksa. Kalau x, kener pijak paler.

Petang tu konon2 nak le kuar p ronda2... alih cam 1st day la. Letak je paler terus out. Malam tu xkuar pn, kitaorang makan meggi je. Lepak2 dalam bilik sambil settlekan kejer siang tu and prepare tuk esok. Itu la rutin kami kalau kuar interview. Orang kata rileks tapi suruh la diaorang kuar sekali, tengok apa feedback nya. Penat sesangat! Bukan siang je kejer. Malam pn sambung lagi. Kalau bernasib baik, cepat la habis. Tapi kalau calon datang semuanya, silap2 melepasi waktu kejer kat opis. Selagi xabis calon, kitaorang xbleh rehat. So, duduk je la kat situ.

Rutinnya tetap sama. Sampai la hari last, Jumaat 28.03.2008. Hari ni pn ada lagi calon. Even kelantan cuti, kami tetap kejer. Time cuti ni, lagi la ramai calon yang datang. K, by the way..kepada calon2 yang 'direject' sebelum masuk bilik temuduga, minta maaf la erk. Kami terpaksa sebab kalau u all masuk pn, confirm jawapan sama. Daripada nak tunggu turn yang ntah bila2 tu.. lebih baik la kitaorang reject sebab dah tau result kan?? Ada antara calon yang datang tu dari gred jawatan yang sama dan berjawatan tetap. Maybe u all kata ada beza antara gred c & n tapi tetap 17 so, jawapannya tetap xboleh. Lain la kalau u all sambilan atau kontrak. Itu memang kami akan benarkan.

Last day, calon akhir adalah pada pukul 12.45tengahari. Itu pn lambat juga. Flight kitaorang kol 4.50petang so minta jasa baik pihak hotel tuk sambung sampai kol 2pm sebelum check out. Sebelum ke airport, kitaorang singgah kat Yati Ayam Percik. Memang best nasi kerabu dia. Pastu dianyer ayam percik pn, creamy la.. lain dari biasa. Ramai kawan2 yang pernah datang sini kata, kalau datang Kelantan.. memang rugi xdatang kat kedai ni. Cuma yang xbest, kalau kita xada kenderaan. Nak naik teksi, dari hotel ke mana2 destinasi...10 minit=rm10. Mahal giler!!! Kalah KL. Nasib baik la keter sapu yang hantar kitaorang p airport tu sanggup hantar kat situ. Siap tunggu lagi.

Masa nak check in kat airport, member kiter plak ada problem dengan tiket dia. Ntah camne, staff yang kat pintu masuk tu bleh tukar tiket dia dengan tiket orang lain. Dah masuk dalam flight, kitaorang rasa xpuas hati so kuar balik. Lama gak ler kitaorang 'menggengsterkan' diri kat situ. Dapat je nama staff tu terus kitaorang blah.. Jahat siot pangai. Ekekeke.. Alah, ntah tahun biler plak nak datang lagi kan. Dia pn dah lupa masa tu.

Pastu lepak je la kat dalam flight. Penerbangan ok la. Siap rembat kacang dia sampai tiga. Jangan xtau, kiter memang suka makan kacang n coklat. Masa nak landing, kat Sepang cuaca berawan. Plane dah turun masa tu tapi xtau apa sebab, maybe pilot xnampak jalan bawah so, dia naikkan balik. Pergh... memang cuak siot masa tu. 2-3 kali juga la. Tapi yang 1st time tu memang terasa sesangat. Anyway, at last semuanya selamat. Kitaorang selamat landing kat KLIA, Sepang.

Itulah sedikit sebanyak catatan perjalanan selama lebih kurang seminggu di KB. Sapa cakap outstation xpenat.... try la p skali. Jangan la p yang dekat. Kuar cam kitaorang kuar ni. Masa p, dua beg baru 20kg++. Time balik, 1 beg dah lebih 40kg. Nasib baik ada staff lain yang bleh topup kan. Kalau x, confirm kener bayar pastu susah plak nak claim.

Huhu... penat dah ni. Nak balik dah.. bye

No comments: