Sunday, March 21, 2010

Lagi premis jual peralatan seks diserbu

LUMUT 20 Mac - Selepas kegiatan menjual gajet seks di beberapa buah premis di sekitar ibu negara didedahkan dalam akhbar, kawasan pinggir bandar di negeri tidak terkecuali diserbu pihak berkuasa kerana menjalankan kegiatan yang sama.

Sepasukan anggota polis yang menyerbu sebuah premis perniagaan di Taman Sejati II di Sitiawan dekat sini, berjaya merampas hampir 50 peralatan seks lelaki dan wanita bernilai lebih RM5,000 baru-baru ini.

Dalam serbuan tersebut, polis turut menahan dua lelaki masing-masing berusia 20 dan 40 tahun untuk siasatan lanjut.

Serbuan pada Isnin lalu itu dilakukan sebaik sahaja polis menerima laporan daripada orang awam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd. Jamil Osman berkata, berikutan laporan itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung melakukan intipan sebelum bertindak menyerbu premis terbabit.

"Dalam serbuan pukul 10.35 malam itu, kesemua peralatan yang dirampas tidak dipamerkan secara terbuka, namun hasil pemeriksaan lanjut ke atas premis berjaya menemui hampir 50 peralatan seks," katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Jamil, peralatan seks berkenaan dipercayai diimport dan mempunyai pembeli tersendiri di kalangan penduduk di kawasan ini.

Difahamkan, premis yang turut menjual barangan seperti kondom dan pakaian itu dipercayai sudah beroperasi sejak beberapa bulan lalu.

"Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan. Kedua-dua lelaki berkenaan sudah dituduh di mahkamah pada 9 Mac lalu," katanya.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda RM3,500 atau maksimum tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Kata Mohd. Jamil, polis akan mempergiatkan operasi dari semasa ke semasa selain mengharapkan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat dalam usaha membanteras kegiatan tidak bermoral tersebut.


Nota selipar : MELOYAKAN....eyyyaaakkkkkkkk !!!!

No comments: