Thursday, September 11, 2008

Hadoiiii... penderaan

2 hari lepas kiter dapat email yang ada gambar2 ni didalamnya. Hadoyaiiii... bulan2 pose ni...mmg satu penderaan tol ler biler ngadap benda2 alah camni. Nasib baik le pompuan...so, ada time yang boleh layan tekak siang hari..ekekek.. korunk lak jangan ler makan siang hari erk kalo xde pa pe yang mengizinkan.

Xde maknanya nak kata gastrik time2 pose ni... semua tu alasan semata2. xboleh diterima.. muktamad....muekekekee

RFC vs KFC

Sebuah restoran makanan segera berasaskan herba telah di buka bagi memberi lebih pilihan kepada pengguna dalam memilih makanan segera yang lebih berkhasiat. Fast food restaurant tersebut adalah Radix Fried Chicken (RFC) dan maklumatnya adalah seperti berikut :-
Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Sg Petani, Kedah
Lot 95-97 Jalan Lagenda 1, Legenda Height, Sungai Petani,Kedah Darul Aman (Sebelah Maybank Legenda Height)


Interior design restoran tersebut juga menarik. Tema merah putih yang digunakan juga amat sesuai kerana boleh menarik minat untuk menikmati hidangan yang disediakan. Selain itu, bahan2 asas yang digunakan adalah dari ladang syarikat ini yang ditanam secara organik dan pastinya berkhasiat.


Jom.... kita layan....jangan lupa singgah tau


Wednesday, September 10, 2008

Kenapa Perempuan Mudah Menangis

Note: Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.


Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.

“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

Tuesday, September 9, 2008

Warkah - Bau

Takkan lagi aku menunggu
Kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
Puasku mengharapkan dirimu
Seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
Kau tempuhi penuh bahagia
Diriku mahu kau tahu
Pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
Seperti yang aku kenali dulu
Setiaku menantikan dirimu
Seperti setianya terhadap diriku

(*)
Tapiku melepaskan mu
Melangkah namun tak berdaya
Terusku terus menunggu
Cinta yang takkan pernah ada..
ooo..ooo..oooooo..ooo..ooo


(Ulang *) (2x)

Friday, September 5, 2008

Adakah ada yang Akan Mendoakan Kita?

Kisahnya.......

Seorang pengarah yang berjaya telah jatuh di kamar mandi dan akhirnya stroke. Sudah 7 malam dirawat di RS di ruang ICU. Di saat orang-orang terlelap dalam mimpi malam, dalam dunia roh seorang malaikat menghampiri si pengarah yang terbaring tak berdaya.

Malaikat memulakan pembicaraan. Kalau dalam waktu 24 jam ada 50 orang berdoa buat kesembuhanmu, maka kau akan hidup. Dan sebaliknya jika dalam 24 jam jumlah yang aku tetapkan belum terpenuhi, itu berertinya kau akan meninggal dunia!

Kalau hanya mencari 50 orang, itu sangat mudah.'kata si pengarah ini dengan yakinnya.

Setelah itu Malaikat pun pergi dan berjanji akan datang 1 jam sebelum batas waktu yang sudah disepakati.

Tepat pukul 23:00, Malaikat kembali mengunjunginya; dengan bangganya si pengarah bertanya, Apakah esok pagi aku sudah pulih? Pastilah banyak yang berdoa buat aku, jumlah pekerja aku punya lebih dari 1000 orang, jadi kalau hanya mencari 50 orang yang berdoa pasti bukan perkara susah.

Dengan lembut si Malaikat berkata, Anakku, aku sudah berkeliling mencari suara hati yang berdoa buatmu tapi sampai saat ini baru 3 orang yang berdoa buatmu, sementara waktumu tinggal 60 minit lagi. Rasanya mustahil kalau dalam waktu dekat ini ada 50 orang yang berdoa buat kesembuhanmu.

Tanpa menunggu reaksi dari si pengarah, si malaikat menunjukkan layar besar berupa TV siapa 3 orang yang berdoa buat kesembuhannya. Di layar itu terlihat wajah duka dari sang isteri, di sebelahnya ada 2 orang anak kecil, putera puterinya yang berdoa dengan khusyuk dan nampak ada titisan air mata di pipi mereka.

Kata Malaikat, Aku akan memberitahukanmu, kenapa Tuhan rindu memberikanmu kesempatan kedua? Itu kerana doa isterimu yang tidak putus-putus berharap akan kesembuhanmu.

Kembali terlihat dimana si isteri sedang berdoa jam 2:00 subuh, Tuhan, aku tahu kalau selama hidupnya suamiku bukanlah suami atau ayah yang baik! Aku tahu dia sudah mengkhianati pernikahan kami, aku tahu dia tidak jujur dalam kerjanya, dan kalaupun dia memberikan sumbangan, itu hanya untuk populariti dan menaikkan namanya saja untuk menutupi perbuatannya yang tidak benar dihadapanMu. Tapi Tuhan, tolong pandang anak-anak yang telah Engkau berikan pada kami, mereka masih memerlukan seorang ayah. Hambamu ini tidak mampu membesarkan mereka seorang diri.

Dan setelah itu isterinya berhenti berkata-kata tapi air matanya semakin deras mengalir di pipinya yang kelihatan cengkung karena kurang rehat.

Melihat peristiwa itu, tanpa terasa, air mata mengalir di pipi pengarah ini. Timbul penyesalan bahawa selama ini dia bukanlah suami yang baik. Dan bukan ayah yang menjadi contoh bagi anak-anaknya. Malam ini dia baru menyedari betapa besar cinta isteri dan anak-anak padanya.

Waktu terus berlalu, waktu yang dia miliki hanya 10 minit lagi, melihat waktu yang makin sempit semakin menangislah si pengarah ini,penyesalan yang luar biasa. Tapi waktunya sudah terlambat ! Tidak mungkin dalam waktu 10 minit ada yang berdoa 47 orang!

Dengan sedihnya dia bertanya, Apakah diantara pekerjaku, kaum kerabatku, teman kerja ku, teman organisasiku tidak ada yang berdoa buatku?

Jawab si Malaikat, Ada beberapa yang berdoa buatmu.Tapi mereka tidak ikhlas. Bahkan ada yang mensyukuri penyakit yang kau derita saat ini. Itu semua karena selama ini kamu mementingkan diri, sombong, mengainaya pekerja, kejam, ego dan bukanlah pihak atasan yang baik. Bahkan kau sanggup memecat pekerja yang tidak bersalah dan yang tidak setimpal dengan kesalahannya. Si pengarah tertunduk lemah, dan pasrah kalau malam ini adalah malam yang terakhir buat dia. Tapi dia minta waktu sesaat untuk melihat anak dan si isteri yang setia menjaganya sepanjang malam.

Air matanya tambah deras, ketika melihat anaknya yang sulung tertidur di kerusi hospital dan si isteri yang kelihatan lelah juga tertidur di kerusi sambil memangku si bongsu.

Ketika waktu menunjukkan pukul 24:00, tiba-tiba si Malaikat berkata, Anakku, Tuhan melihat air matamu dan penyesalanmu!! Kau tidak jadi meninggal,karena ada 47 orang yang berdoa buatmu tepat jam 24:00.

Dengan hairan dan tidak percaya, si pengarah bertanya siapakah yang 47 orang itu. Sambil tersenyum si Malaikat menunjukkan suatu tempat yang pernah dia kunjungi bulan lalu.

Bukankah itu Pusat Asuhan Anak Yatim? kata si pengarah perlahan. Benar anakku, kau pernah memberi bantuan bagi mereka beberapa bulan yang lalu, walau aku tahu tujuanmu saat itu hanya untuk mencari populariti saja dan untuk menarik perhatian kerajaan dan pelawat luar negeri.

Pagi tadi , salah seorang anak pusat asuhan tersebut membaca di surat khabar bahawa seorang pengarah terkena stroke dan sudah 7 hari di ICU. Setelah melihat gambar di surat khabar dan yakin kalau orang yang sedang koma adalah kamu, orang yang pernah menolong mereka dan akhirnya anak-anak yatim pusat asuhan sepakat berdoa buat kesembuhanmu.

Doa sangat besar kuasanya. Kita malas. Tidak ada waktu. Beban untuk berdoa bagi orang lain. Ketika kita mengingat seorang sahabat lama/keluarga, kita fikir itu hanya kebetulan saja padahal seharusnya kita berdoa bagi dia. Mungkin saja pada saat kita mengingatnya dia dalam keadaan memerlukan doa dari orang-orang yang mengasihi dia.

Disaat kita berdoa bagi orang lain, kita akan mendapatkan kekuatan baru dan kita boleh melihat kemuliaan Tuhan dari peristiwa yang terjadi. Hindarilah perbuatan menyakiti orang lain... Sebaliknya perbanyaklah berdoa buat orang lain.

Kerana pahlawan sejati, bukan dilihat dari kekuatan fizikal dan hartanya,tapi dari kekuatan hatinya. Katakan ini dengan perlahan, 'Ya TUHAN saya mencintai-MU dan memerlukan- MU, datang dan terangilah hati kami sekarang...!!!'


**sesungguhnya terlalu sombong seorang hamba itu apabila dia tidak berdoa dan merayu kepada Allah setiap kali selepas solatnya.

PROSBOC

Assalammualaikum wbt & Selamat Sejahtera,



As all of we know, Proton dh beberapa bulan kuarkan model terbaru iaitu SAGA BLM. So, seperti kebiasaan dengan setiap keluaran akan ada tertubuhnya kelab bagi pemilik kereta model tersebut. Bagi Proton Saga BLM, pemilik2 awal model ini telah menubuhkan satu kelab berdaftar dengan PROTON yang dinamakan sebagai PROton Saga Blm Owner Club atau singkatannya PROSBOC.



Keahlian bagi kelab ini adalah di alu-alukan dari kalangan pemilik kereta model terbabit samada yang baru atau lama. Yuran hanya dikenakan sebanyak RM20 dan pemilik akan memperoleh 2 sticker .



So far kelab ni aktif dalam menjalankan aktiviti seperti Teh Tarik , merikki barangan dan aksesori BLM, Gathering, Konvoi dan banyak lagi.



Untuk keterangan lanjut mengenai kelab ini dan sesi berforum... anda bolehlah melayari http://www.thesagaclub.com/ atau http://forum.thesagaclub.com/ . Terdapat juga satu blog mengenai model ini iaitu http://blog.thesagaclub.com/ .



Maklumat lanjut mengenai sticker terbabit adalah seperti berikut :-



PRICES FOR BOTH STICKERS
i) KL & Selangor: (1) By HAND - RM 20 (2) By POST - RM 25
ii) Other states: (1) By HAND - RM 25 (2) By POST - RM 28








Kisah Dari Penjara Sg Buloh...

source: forwarded email dari seorang rakan.

Malam tadi bertempat di Surau Jenaris aku telah menghadiri satu forum perdana sempena Maulidur Rasul. Ahli panel terdiri dari Uts Halim Din, Ust. Raihan & Utszh Dr. Sharifah Noor Hayati. Memang menarik kupasan ketiga3 ahli panel yg bijaksana tu. Ttg keperibadian Rasulullah yg mulia itu yg menjadi ikutan kita semua. Di penghujung rancangan tersebut salah seorang utz kalau tak silap aku utz halim din telah menceritakan sebuah kisah yg berlaku di penjara Sg. Buluh. Sebuah kisah benar.

Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pd banduan2 di sana , Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan menceritakan pd beliau ttg seorang banduan yg bernama AMIN iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Apa yg manarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain. Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.

Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah bau harum itu masih melekat pd pakaiannya. Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi jumaat. Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok. Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.

Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur. Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.

Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan. Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan. Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan spt org dlm solat dgn jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir.

Subhanallah. ......... mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung... ... Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya soleh dan sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua. Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

HUWALLAH HUALAM,

Thursday, September 4, 2008

*Perkara2 Yang Tidak Mengapa Dilakukan Oleh Mereka Yang Berpuasa*

source :- http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Seseorang hamba yang taat dan memahami al-Qur'an dan as-Sunnah tidak akan ragu bahawa Allah mengkehendaki kemudahan bagi hambanya dan tidak menginginkan kesulitan. Allah dan Rasul-Nya telah membolehkan beberapa hal bagi orang yang berpuasa, dan tidak menganggapnya sebagai suatu kesalahan jika beberapa perkara tersebut dilakukan. Berikut adalah beberapa contoh perbuatan tersebut beserta dalil-dalilnya:-

*1. Seorang yang berpuasa dibolehkan memasuki waktu subuh dalam keadaan masih berjunub.
............Di antara perbuatan yang pernah dilakukan oleh Rasulullah Shalallahu 'alaihiwa Sallam ketika telah masuk fajar (waktu subuh) adalah masih berada dalam keadaan junub setelah bercampur dengan isterinya. Kemudiannya baginda mandi di dalam waktu subuh dan melaksanakan solat. Dari Aisyah dan Ummu Salamah radhiallahu 'anhuma (yang ertinya):

"Nabi Shalallahu 'alaihi wa Sallam memasuki waktu subuh dalam keadaan junub kerana jima' dengan isterinya, kemudian ia mandi dan berpuasa." (Hadis Riwayatal-Bukhari (4/123), Muslim (1109))

*2. Seorang yang berpuasa boleh bersiwak (memberus gigi)*Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam bersabda (yang ertinya): "Kalaulah tidak memberatkan umatku niscaya aku suruh mereka untuk bersiwak setiap kali wudhu".
......(Hadis Riwayat Bukhori (2/311), Muslim (252))Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam tidak mengkhususkan orang yangberpuasa ataupun yang lainnya, ini sebagai dalil bahawa siwak bagi orangyang berpuasa dan selainnya ketika setiap kali berwudhu' dan solat. (Inilah pendapat al-Bukhari rahimahullah, demikian pula Ibnu Khuzaimah dan selain keduanya. Lihat Fathul Bari (4/158), Shahih Ibnu khuzaimah (3/247), Syarhus Sunnah (6/298))Begitulah juga berkenaan siwak ini, ianya bersifat umum untuk dilaksanakan seluruh waktu sama ada sebelum zawal (tergelincir matahari) atau setelahnya.Wallahu a'lam.

*3. Berkumur-kumur dan memasukan air ke hidung
..........Perkara ini adalah berdasarkan perbuatan Rasulullah Shalallahu 'alaihi waSallam berkumur-kumur dan beristinsyaq di ketika dalam keadaan berpuasa,tetapi melarang orang yang berpuasa berlebih-lebihan ketika istinsyaq (memasukan air ke hidung) Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam bersabda (yang ertinya):

"...bersungguh-sungguhlah dalam beristinsyaq kecuali dalamkeadaan puasa." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3/146), Abu Daud (2/308), Ahmad(4/32), Ibnu Abi Syaibah (3/101), Ibnu majah (407), an-Nasa'i (no. 87) dariLaqith bin Shabrah radhiyallahu 'anhu. Sanadnya sahih)

*4. Bercumbu dan mencium isteri dalam keadaan berpuasa
.......Aisyah radhiallahu 'anha pernah berkata: "Rasulullah pernah mencium dan bercumbu dalam keadaan berpuasa, akan tetapi beliau adalah orang yang paling kuat menahan diri (nafsu)." (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/131), Muslim(1106))Dalam soal ini, golongan muda dimakruhkan berbuat demikian berbanding yang telah tua.Abdullah bin Amr bin 'Ash berkata:

"Kami pernah berada di sisi Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam, datanglah seorang pemuda lalu berkata: "YaRasulallah, bolehkah aku mencium dalam keadaan sedang berpuasa? Beliaumenjawab: "Tidak", datang pula seorang yang sudah tua lalu dia berkata: "Ya Rasulullah, bolehkah aku mencium dalam keadaan sedang berpuasa?" Beliau menjawab: "Ya". Sebahagian dari kami pun saling memandang di antara satu dengan yang lain. Maka Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda(yang ertinya): "Sesungguhnya orang tua boleh menahan dirinya"." (HadisRiwayat Ahmad (2/185, 221))

*5. Mengeluarkan darah dan melakukan suntikan yang tidak mengandungi makanan
.........Semua ini bukanlah termasuk di dalam perkara yang boleh membatalkan puasa.

*6. Berbekam
...........Pada awalnya, berbekam adalah merupakan salah satu pembatal puasa, namun kemudiannya ia dimansuhkan. Terdapat hadis sahih yang jelas dari Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bahawa beliau berbekam ketika berpuasa. Ini adalah berdasarkan satu riwayat dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma:.

"Bahawasanya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam pernah berbekam dalam keadaan sedang berpuasa." (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/155 - Fathul Bari),lihat "Nasikhul hadis wa Mansukhuhu" (334-338) karya Ibnu Syahin)

*7. Merasai makanan
........Merasai makan adalah dibolehkan dengan syarat selagi mana tidak sampai memasuki tenggorokan (tekak dan salur makanan). Ini adalah berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma:

"Tidak mengapa merasai cuka atau sesuatu yang lainnya dalam keadaaan sedang berpuasa selagi mana tidak sampai ke tenggorokan." (Hadis Riwayat al-Bukhari secara muallaq (4/154 -Fathul Bari), dimaushulkan (disambungkan/disebutkan sanadnya) oleh Ibnu AbiSyaibah (3/47), al-Baihaqi (4/261) melalui dua jalan. Hadis ini hasan, lihat"Taqliqut Taqliq" (3/151-152))

*8. Bercelak dan menitiskan ubat mata dan lainnya yang masuk seumpama
........Semua perkara tersebut tidaklah termasuk ke dalam perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa, sama ada rasanya dapat dirasai sehingga ke tenggorokan atau tidak, inilah yang dikuatkan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah di dalam risalahnya yang bermanfaat "Haqiqatus Shiyam" serta muridnya Ibnul Qoyyim didalam kitabnya "Zaadul Ma'ad". Imam al-Bukhari berkata di dalam kitab"Shahihnya", Anas bin Malik, Hasan al-Bashri dan Ibrahim an-Nakhai memandang tidak mengapa bagi yang berpuasa."

*9. Menyiramkan air dingin ke atas kepalanya dan mandi*Imam al-Bukhari menyatakan di dalam kitab Shahihnya "Bab Mandinya Orang Yang Berpuasa" bahawa, "Ibnu Umar pernah membasahi (membasahi dengan air, untuk mendinginkan badannya kerana haus ketika puasa) bajunya kemudian dia memakainya ketika dalam keadaan berpuasa." Asy-Sya'bi juga pernah memasuki ke bilik mandi dalam keadaan sedang berpuasa. Al-Hasan berkata: "Tidak mengapa berkumur-kumur dan mendinginkan badan dalam keadaan sedang berpuasa."Dalam suatu riwayat disebutkan,Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam pernah menyiramkan air ke kepalanya dalam keadaan sedang berpuasa kerana dahaga atau kepanasan yang mengeringkan." (Hadis Riwayat Abu Dawud (2365), Ahmad (5/376, 380, 408,430). Sanadnya sahih)

Wednesday, September 3, 2008

CiNta....

Cinta tidak pernah meminta. Ia sentiasa memberi. Cinta membawa penderitaan tetapi tidak pernah berdendam, tidak pernah membalas dendam.

Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih-sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

Cinta tidak memberi apa-apa melainkan dirinya dan tidak mengambil apa-apa melainkan daripada dirinya. Cinta tidak mengawal sesiapa dan tidak boleh dikawal sesiapa kerana cinta lengkap dengan sendirinya.

Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan sentiasa menyala di mana-mana jua pun yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangai tempat kita sendiri, iaitu rasa cinta dan kasih sayang pada segala yang bernyawa.

Jangan menerima cinta seseorang kerana kepentingan diri atau terpaksa. Terima dengan ikhlas sepertimana si dia menyintaimu. Manakala mencintai juga jangan terlalu melebihi batas sehingga melebihi cinta pada diri sendiri. Apa sahaja yang dilakukan dalam hidup perlu seimbang termasuk bercinta.

Andai kata dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan andai kata ia akan menolaknya, ia juga tak akan kuasa, kerana cinta itu suatu anugerah, bukan suatu hasil usaha.

Saturday, August 30, 2008

New Look Of My BLM

Assalammualaikum wbt,


Hai kengkawan,

Hari ni saya happy sket coz BLM saya dh berubah wajah. Dan yang lebih menggembirakan adalah kerana kosnya adalah kos yang saya mampu. Actually, last wednesday saya dan kakak ada hal so, saya amik halfday. Dalam pukul 2pm, saya kerumah kakak di Bukit Jalil tapi di sebabkan hujan lebat, kami terpaksa membatalkan niat asal kerana masa dh lewat.



Then, saya dapat sms dari member BLM... remando. he ask me "berminat nak pasang bodykit n spoiler. siap cat n istall rm700 tp twrn cuma untuk hari ni".... hermm... tawaran yang mmg sukar tuk di tolak. kami decide tuk jumpa dan ke kilang yang dimaksudkan. tempatnya di balakong


kat sana kami jumpa tokey kilang tu. barang tu actually adalah percubaan diaorang yang pertama tuk design ni so diaorang perlukan satu keter BLM tuk dijadikan model. kalau ikut pasaran skang, memandangkan BLM masih baru so barang2 mahal tapi saya kira bertuah kerana saya mendapat at least half price dari member lain. so, lepas berbincang dan bayar deposit.... kami gerak balik.


Kebetulan hari ni saya ada hal lain so semalam saya dh pas kan keter tu kepada remando tuk diuruskan. tengahari lebih kurang, Aa sms bagitau keter saya dh ada dengan diaorang (hari ni PROSBOC adakan konvoi dari Bukit Jalil ke Stadium Shah Alam). perghh... macam2 gak le dia puji.. nak2 pasal skirting. adehhh.. makin teruja rasanya nak tengok coz orang lain dh tengok dulu... huhuu..sungguh xadil!


lepas abis hal tersebut, saya terus ke Putrajaya dengan kereta lama tuk amik keter tu tapi diaorang masih kat Shah Alam. xpe la, tunggu dulu. lebih kurang kol 6.30 petang, mando dan arepeace hantar keter.. Herm... lawa juga cuma calar tu mencacatkan pemandangan. one more, keter tu tengah kotor... hehehhe...xpe, slow2...


lepas dapat keter.. terus mulakan perjalanan balik Pahang dengan adik n member dia......

"SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN & SELAMAT BERPUASA"


---End---