Wednesday, September 3, 2008

CiNta....

Cinta tidak pernah meminta. Ia sentiasa memberi. Cinta membawa penderitaan tetapi tidak pernah berdendam, tidak pernah membalas dendam.

Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih-sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

Cinta tidak memberi apa-apa melainkan dirinya dan tidak mengambil apa-apa melainkan daripada dirinya. Cinta tidak mengawal sesiapa dan tidak boleh dikawal sesiapa kerana cinta lengkap dengan sendirinya.

Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan sentiasa menyala di mana-mana jua pun yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangai tempat kita sendiri, iaitu rasa cinta dan kasih sayang pada segala yang bernyawa.

Jangan menerima cinta seseorang kerana kepentingan diri atau terpaksa. Terima dengan ikhlas sepertimana si dia menyintaimu. Manakala mencintai juga jangan terlalu melebihi batas sehingga melebihi cinta pada diri sendiri. Apa sahaja yang dilakukan dalam hidup perlu seimbang termasuk bercinta.

Andai kata dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan andai kata ia akan menolaknya, ia juga tak akan kuasa, kerana cinta itu suatu anugerah, bukan suatu hasil usaha.

No comments: