Tuesday, September 16, 2008

Mari Memasak...part 1

Assalammualaikum wbt..

Ye tuan2 & puan2 sekalian, hari ni kita akan belajar pula cara2 memasak juadah berbuka puasa. Dari lauk pauk ke sayur mayur ye. Resepinya mudah dan boleh la di cuba untuk mengetahui hasilnya... Ahaks.. poyo ahh.. Chef la kunun...pegi daaa.. muekekekekee

K, le kengkawan.. kat sini saya try masukkan resepi yang di kirim melalui email oleh seorang kawan saya. Terliur sehhhh.. korunk try erk. Agak2 sedap tu.. jangan lupa jemput kiter p berbuka sama... kalau xsedap, makan sendiri je la..heheheee


Resepi Pertama

*** IKAN BAKAR TOMYAM***

Bahan-bahan
2 ekor ikan selar
daun limau purut
jus limau nipis atau kasturi
aluminium foil

Bahan Mesin
3 biji cili merah
5 biji ciliapi
3 tangkai serai
1 biji tomato
garam

Cara Memasak
1.. Gaulkan semua bahan mesin dan letakkan dalam aluminium foil.
2. Letakkan ikan dan daun limau purut. Bungkus kemas.
3. Bakar diatas dapur atau dalam oven suhu 200'C selama 20 minit.
4. Perahkan limau semasa menghidang.



Resepi Kedua

***HATI GORENG BEREMPAH***

Bahan-bahan
300 gm hati lembu [ potong kecil & nipis]
2 biji bawang besar - dihiris bulat2
2 biji tomato buah [belah 4]
3 biji lada hijau [potong 2 serong]
5 urat kacang panjang [potong pendek]
kobis bulat [potong kasar]
daun kari
minyak
garam

Bahan mesin
3 cm halia
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih2
s/b rempah kari daging
1 s/b jintan manis

Cara Memasak
1.. Panaskan minyak dan tumiskan daun kari . Masukkan bahan mesin dan kacau sehingga naik minyak.
2. Masukkan hati lembu.. Kacau sebati dan biarkan reneh sehingga naik minyak.
3. Masukkan kacang panjang dan kobis.
4. Masukkan bawang hiris, lada hijau, tomato dan garam.
5. Kacau lagi dan biarkan naik minyak semula.
6 Hidangkan dengan nasi atau roti.

NOTA:sesuai untuk masakan orang semasa mengandung dan juga dalam pantang melahirkan anak..


Resepi Ketiga

***DAGING LADA HITAM***

Bahan-bahan
500 gm daging lembu [potong kecil dan nipis]
2 s/b kicap pekat
2 s/b tepung jagung [ bancuh1 cawan air ]
2 s/b lada hitam [tumbuk]
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...

bahan tumis [mayangkan/hiriskan ]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia1 labu bawang besar

bahan hiasan
2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang [potong 1 inci]
1 biji tomato [belah 6]
2 biji cili merah
2 biji cili hijau

Cara Memasak
1.. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut.
3. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kicap pekat.
4. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
5.. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.


No comments: