Penatnyer la.. semalam walaupun amik cuti n balik awal..lambat gak sampai kt rumah.
pas p amik adik kt bangi n amik barang kt kajang.. terus balik. merata2 jalan aku try.. semuanya jammed. last2 masuk kl.. kuar ikut kepong.. terus ke gombak.. kekekekee
sampai dh lewat so..penat. adik dok tep.. tido jer. mencikss aku. ntah biler la nk rasa depa lak drive tuk aku.. huhhhuuu. lepas sembang2 dengan mak, abah n adik2.. hari pn petang. lepas maghrib,.. aku n adik2 bakar satey..bestnyer la. persiapan rasa mak dh siapkan awal. sian mak. anak2 perempuan semua dh kuar kejer.. tinggal la ain yang kecik tu dok ngacau mak wat persiapan.
lepas dh abis makan..dh relaks2 semua... aku start wat sket2 persiapan tuk hantaran adik aku. biasa la.. memula mesti dengan bekas hantaran.. pueh la aku
Thursday, November 26, 2009
Persiapan kenduri...
Balik raya
Bismillahirrahmanirrahim....
Salam...
ahaks.. lately ni mmg aku malas giler nk memblogging. ikshh... nak kener anak dara ni
naper erk?? even aku outstation pn.. aku still galas beg pink aku yang asalnya beg baju tp aku dh wat beg laptop sbb dia ada compartment tuk laptop... hehehee
harap2 cuti raya 4 hari ni dapat la aku update sket2 blog aku. banyak citer aku nk kongsi sebenarnya...
hermmm.. disebabkan adik aku cuti rini, so aku decide amik cuti gak la. jap2 g.. bleh terus balik. tu pun lepas aku p amik dia kt bangi n amik satey yang aku order semalam kt kajang.... malam raya aku nk lanjer family aku makan satey.. kekkeekekee...
pa pepun.... pada korunk2 yang nk memulakan perjalanan rini, selamat menempuh perjalanan dengan selamat. ingatkan insan tersayang... dan ingat yang satu ni....."nyawa dan jiwa korunk dan orang2 lain.... xdijual kt pasar borong. so jaga lek lok. bkn jaga diri sendiri jerk. jaga diri orang lain gak...."
adiosss
Monday, November 23, 2009
Rehat seminggu
Memandangkan minggu ni minggu raya so kami semua xoutstation pn.. dok kat opis je. abiskan kejer apa yang patut dan prepare calon next year. minggu depan start balik....
Wednesday, November 18, 2009
Sambung Outstation..
Dr Kota Bharu td.. terus ke Kuala Lipis.
Hari ni hujan xhenti2 dr awal pagi lg. mungkin banjir dh nk melanda.... nasib baik la hari ni hari last kt Kota Bharu. kalau x, sure terperangkap dalam banjir.
Sampai kt pusat td.. dengar citer dr Datin Rahimah.. Kuala Krai dh mula air naik...adehh.. jangan la sampai banjir dalam perjalanan...
Hari ni calon xramai. maklum la.. hari akhir.. mmg selalu reduce calon..so,cepat sket abis dan cepat la kami gerak ke Kuala Lipis.. yang bestnyer... semua p Kuala Lipis naik bas.. termasuk la ASJ. walaupun terpaksa jaga tatasusila tp kadang2 terkuar gak pangai budak2 kami. ehiks. sib baik la ASJ ni semua layan..xbanyak cakap...
kami sampai Kuala Lipis pn dh lewat so,masing2 dh siap2 beli makanan sbb dh malas nk kuar. Biler dapat je kunci kt tangan...wahh.. xde benda lain yang difikirkan..tidooooooo...
Penat seh..jauhhhhhhhhhhhhhhhh
Monday, November 16, 2009
Outstation...
Minggu ni aku kt Kota Bharu dan Kuala Lipis...
So, skang ni aku kt Kota Bharu...sampai hari Rabu... sebelum sambung kt Kuala Lipis
Nampak cam best je kan tp ketahuilah... kejer camni penat. Yang best, dapat rasa kejer luar dr suasana pejabat, masa kejer yang agak pendek dan jumpa macam2 ragam...
Kami p dengan bas so dalam bas masing2 membuta... sementara nk sampai Kota Bharu.. sib bek la xbanjir..
Perjalanan kami smooth je.. thanks Abang I sbb drive dengan berhati2.. sehingga kami sampai ke destinasi.
Saturday, November 14, 2009
Xtvt Pagi...
Bismillahirahmanirahim..
Hermm...dh lama aku xupdate blog ni. Sebenarnya hari2 aku rasa ada je idea aku nk menaip benda2 baru atau at least topik2 yang selalu aku fikirkan tp haduyaiiii...biler dh ngadap pc... maleh lak rasanya.
Aku lebih suka menaip menggunakan laptop.. aku pn xtau naper aku maleh nk menaip lama2 gunakan pc. tp kalo ngadap benda lain.... boleh je
Agak2nya.. apa erk xtvt pagi yang wajib korunk buat... setiap hari atau at least pada setiap pagi bekerja... kalo aku... aku mesti baca paper xkisah la samada online atau thru surat khabar. aku akan pastikan benda tu aku wat setiap hari. biasanya aku akan baca utusan malaysia, berita harian dan harian metro. dan aku suka bandingkan ketiga2 isi kandungan paper ni. bukan apa, biasanya mmg nampak perbezaan penulisan dalam setiap artikel yang di tulis... samada dari segi fakta atau gaya penulisan. pernah sekali aku terbaca satu artikel dalam salah satu dari paper ni...
sepanjang pembacaan aku... artikel yang mempunyai lebih kurang 300 patah perkataan ini di tulis dengan gaya penulisan remaja 15 tahun....student PMR.
naper aku ckp camtu erk?? sbb nyer, aku bleh nampak penggunaan perkataan yang sama di ulang berkali2 walaupun hanya selepas 2 baris perkataan.padahal terdapat satu atau dua lagi opsyen tuk menggantikan perkataan yang digunakan yang membawa maksud sama. dan, kalau xsilap aku... ia diulang hampir sebanyak 20 kali. aku pun heran, editor dia xcheck ke gaya penulisan wartawan. nak je aku email kt wartawan tu.
bukan la aku nk ckp yang aku pandai tp aku rasa itu bukan gaya penulisan seorang wartawan.
satu lagi...pasal kes flet hijau kt Putrajaya yang dikatakan sebagai sarang maksiat. aku xtau la kebenarannya sbb aku pn dh lama xstay sana. last aku dok sana tahun 2005. itu pun xlama sangat. dalam 5-6 bulan je. gpun citer ni timbul dalam sebulan dua ni. dan aku lak baru je 4 bulan bertukar balik dari Sarawak so, aku xberani nk komen apa2 sbb yang pasti, aku stay kt kl. ehikss... berulang hari2 ke Putrajaya.
Aku bukan la nk komen isi kandungan artikel tu cuma masa aku dan kawan2 lain baca artikel tu, kawan2 yang stay kt Putrajaya menyuarakan rasa xpuas hati. Sebab??? aha... ni yang aku nk citer. Sbbnya gambar yang digunakan untuk diselitkan dalam artikel tu dikatakan adalah gambar kuaters di Presint 16. Hermm.. xbaik la camtu kan. Boleh mendatangkan salah faham. kalo nk citer pasal flet ijau, amik la gambar flet ijau. jangan la amik gambar lain. even aku xtau gambar tu adalah gambar kuaters dari presint mana (sbb Putrajaya ni banyak kuaters kerajaan) tp aku bleh tau yang tu bukan flet ijau sbb flet ijau, sah2 kaler ijau.
So, bagi aku... as a reporter... diaorang ni wajib laporkan sesuatu yang betul supaya xmendatangkan syak bg org lain. takut2 boleh mendatangkan dosa akibat syak wasangka dan salah faham. xperlu la melariskan jualan akhbar dengan benda2 yang panas tapi nonsense sbb aku yakin, seorang yang berakal... akan pandai menilai sesuatu yang baik dan buruk tanpa perlu ada hasutan.
sesungguhnya.... "hujung mata pena itu lebih tajam dari hujung sebilah pedang"............. jadikan rezeki dari kerja kita sebagai rezeki halal sbb rezeki halal itu walaupun sikit ...... lebih berkat.
Tuesday, November 3, 2009
Xcdent Ngeri.....

Monday, November 2, 2009
Surat Dari ALLAH
p/s: kredit to my fren from Jakarta... panca coz gave it to me.. thx my dear sis...
KEPADA : KAMU
TANGGAL: HARI INI
DARI : TUHAN
PERIHAL : DIRI KAMU
Referensi : KEHIDUPAN
Aku Tuhan, hari ini Aku yang akan menangani semua masalahmu.
Aku tidak perlukan bantuanmu.
Jadi, salam sejahtera dan Aku mencintaimu selalu.
Catatan: Dan ingat…
Bila dunia ini menyorongkan masalah yang tidak dapat kau tangani sendiri, jangan berusaha menyelesaikan masalah itu. Tetapi, letakkanlah masalah itu di dalam doamu (Untuk diselesaikan oleh Ku). Aku akan menyelesaikan masalahmu sesuai JADUAL yang Aku tentukan sendiri. Semua masalahmu PASTI akan Aku selesaikan, tetapi sesuai jadualKu, bukan jadualmu.
Setelah semua masalahmu kamu letakkan dalam doamu, janganlah kamu fikirkan dan khuatirkan. Sebaliknya, fokuslah kepada semua hal-hal baik yang sedang terjadi padamu sekarang.
Bila kamu terjebak kesesakan dijalan, janganlah marah, sebab masih banyak orang didunia ini yang tidak pernah naik kenderaan seumur hidupnya.
Bila kamu berhadapan dengan masalah di tempat kerja, berfikirlah bahawa masih banyak orang yang menganggur bertahun-tahun tanpa pekerjaan.
Bila kamu sedih kerana hubungan keluarga, fikirkanlah orang-orang yang belum pernah merasakan mencintai dan dicintai.
Bila kamu merasa bosan dengan akhir minggu, fikirkanlah orang-orang yang harus kerja siang malam tanpa henti untuk menyara keluarga & anak-anaknya.
Bila kereta kamu rosak & memerlukan kamu berjalan kaki, janganlah marah, fikirkanlah orang-orang cacat yang sangat ingin merasakan berjalan di atas kaki sendiri seperti kamu sekarang.
Bila kamu melihat di cermin rambutmu mulai beruban, janganlah bersedih, sebab mempunyai rambut hanyalah merupakan impian bagi orang-orang yang dalam perawatan kemeoterapi.
Bila kamu merenungi makna hidupmu didunia ini & merenungi apa tujuan hidupmu ini?
Bersyukurlah, kerana banyak orang yang tidak punya kesempatan hidup yang cukup lama untuk merenungi hidup mereka.
Bila kamu merasa tidak nyaman kerana terkena imbas dari kemarahan dan kekecewaan orang lain, ingatlah, situasi boleh menjadi jauh lebih buruk; iaitu kamulah yang merasakan kemarahan & kekecewaan tersebut!
Bila kamu memutuskan untuk meneruskan surat ini ke orang lain, terima kasih. Kamu telah menyentuh kehidupan mereka dalam banyak hal yang tidak pernah kamu bayangkan!
Salam sejahtera selalu,
TUHAN
God has seen you struggling,
God says it's over.