Friday, October 9, 2009

Herrrmmm... biarlah aku yang sentiasa di hentam

Hari ni... kesekian kalinya aku di hentam dek kerana kuasa orang lain...
Apa lagi aku nk ckp erk?? aku ni cuma golongan bawahan... kawan2 plak tu so, walaupun hubungan dh semakin xharmoni... aku masih berdiam.

Aku sedar sapa aku... melukut ditepi gantang. Aku pn dh malas nk bersuara atau pertahankan diri dek kuasa veto yang ada pada mereka..... apa pn korunk nk buat.. korunk punya pasal sbb seyes talk... aku dh malas nk masuk campur.. totally back off....

Lagi banyak aku ckp.. lagi banyak orang pertikai... so, xguna tuk aku bercakap dengan orang yang xpandai nk berfikir.... aku ni bukan jenis yang pandai nk menipu tuk pengaruh orang... aku jenis yang ckp apa yang betul2 aku buat dan bg aku.... amatlah penting untuk orang tu berfikir dengan akal yang dh dibekalkan kepada dia....

Biarlah orang nk hentam aku semahu diaorang.... sbb bagi aku... kalo dh ada penjelasan... tp xbleh nk terima... itu hak peribadi....

Sebenarnya aku agak terkilan sbb banyak benda yang aku ditugaskan tuk buat dr awal ... ditengah2nya telah dialihkan kepada orang lain... tanpa pengetahuan aku. dan kemudiannya dialihkan kepada pihak ke 3 tanpa pengetahuan aku dan pihak ke2... last2 orang still ingat aku yang handle keseluruhannya... biler jd sesuatu yang xmemuaskan hati orang2 lain.... semuanya dilemparkan kt aku.... sama lah cam kes terbaru ni,......

mmg nampak perjalanannya slow sbb yang dr awal beria2 nk membantu... di sekat, di halang dan mendiamkan diri sehingga tinggal beberapa kerat... bila dh hampir ada kata putus... pihak ke2 ditarik masuk dan usaha awal di lenyapkan begitu sahaja... bagi aku... setiap usaha yang dibuat.. adalah dengan niat ikhlas dan suka2 tp kalo ianya dibunuh tanpa sebab..... aku xkan menyalahkan sesapa sahaja yang luntur semangatnya...

biarlah.... aku yang sentiasa dihentam sbb xde sapa pn yang bertanyakan hal sebenar....

Sunday, September 20, 2009

::~Selamat Hari Raya Aidilfitri~::




yahoooo... akhirnya

Raya pn tiba... alhamdulillah... sekali lagi aku dan korunk semua sempat sambut raya

best kan.. even tahun ni aku masih lagi solo tp disebabkan semua adik beradik balik Pahang tahun ni.. dengan pertambahan 2 ahli keluarga... iaitu anak2 sedara aku... suasana rumah mak ni semakin meriah.. riuh rendah dengan suara tangis bdk2 ni... dedua dh pandai naik walker so.. seronok tengok diaorang berkejar2... mmg best la. bkn selalu bleh tengok diaorang balik serentak...
macam tahun2 sebelumnya...

tahun ni pn kami bergambar sekeluarga. meriah lak tengok gambar tahun ni... makin ramai. hujung tahun ni tambah sorang lagi tapi tahun depan semua balik rumah mertua...
raya tahun ni pn ramai yang aku nampak balik sini. dan kebetulan ada rezeki sket... tahun ni aku wat kenduri tahlil dengan adik beradik yang lain. bukan apa... biasanya mak wat sebelum pose tp tahun ni kecoh sket dengan anak sedara... xde sapa nk membantu so, kami decide wat pagi raya.... alhamdulillah... semuanya berjalan dengan lancar. juadah pn cukup.. xde apa la sangat cuma wat nasi tomato, ayam masak merah, acar dan kuih muih juadah raya.... serta air anggur..

rezeki di kongsi bersama2...

persiapan raya tahun ni aku wat ala kadar jer tp bila dh sorang hulur sket2.... nampak meriah la plak... cuma sediakan duit raya tuk disedekahkan kepada bdk2 yang datang... pastu tuk adik n anak2 sedara. tuk mak abah... belanja dapur sket... itu je la. hermmmmmmm....

sebelum kawen ni boleh la lagi aku bantu mak abah.. dh kawen nnt, xtau la camne so, selagi aku bleh bantu mak abah dan family... insyaallah aku akan buat. xde la nnt aku terkilan. g pn aku rasa dengan membantu mak abah dan keluarga... rezeki aku lebih berkat. even dh berkurang.. ada je yang bleh aku cari sana sini.. alhamdulillah... Allah tu mmg menepati janjinya...

dua tiga hari sebelum raya aku tengok MHI... citer pasal anak yang 'buang' mak dia kt pusat penjagaan orang tua sebab xmo bawa balik mak dia kt rumah. aku nk komen pn xberani tp aku terbaca dalam paper sehari dua lepas tu.... komen seorang pakar motivasi..... kisah macam ni selalunya berlaku bila mak ayah xberi kasih sayang kepada anak2... dan melebihkan hal2 metarialistik kepada anak2. seyes... aku xberani nk komen... tp seyes aku sedih dengan citer2 ni....

alhamdulillah... sejak aku kecik sampai la skang... mak abah dan keluarga xpenah kurang bagi kasih sayang. dan alhamdulillah juga.. sehingga hari ni dan insyaallah, sampai bila2.. jiwa aku mmg terlalu menyayangi keluarga aku. aku bukan la lahir dari keluarga yang kaya raya tp masa aku kecil2.. family aku boleh dikategorikan dalam kategori orang ssh. dengan jumlah keluarga yang ramai... kami hidup dalam rumah felda yang dh usur. bkn xmampu nk buat rumah baru... tp abah lebih utamakan makan minum dan pendidikan anak2. kisah aku lebih kurang kisah mawi.. kami sama2 anak felda.. bila orang kiri kanan dh start wat rumah besar.. rumah buruk kami ditengah2... orang mengata. mmg ada kebenaran dalam kata2 orang tu.. kami semua dh semakin besar tp orng xtau camne kami harungi hidup ni. kami hidup susah pn... xde sapa pn yang nk bantu.. kami xharap tp jangan la sampai mengata... tp alhamdulillah.. berkat usaha dan kesabaran kami semua... akhirnya kami dapat rasai hidup yang lebih senang.. masih xkaya tp agak senang sket.. dah lebih selesa dari sebelumnya...

mak dan abah xpenah manjakan kami. kalo wat salah... sah2 kener hukum. abah pn garang masa kami kecil2 dulu... badan ni slalu kener pukul. xkisah la walaupun wt salah yang kecil. tp aku tau... abah xpenah benci anak2 dia. dan alhamdulillah... akal aku masih berfungsi.. aku tau dan dapat nilai apa yang baik dan buruk. bagi aku... xsemua mak ayah pandai tunjukkan kasih sayang diaorang tp percaya la.... semua mak ayah... terlalu sayangkan anak2 dia. cuma kita je yang kener pandai menilai sbb mak abah kita hantar kita p skolah dan mak abah kita sanggup jaga kita sampai kita dh dewasa camni... kalo ada yang menyalahkan mak ayah dalam setiap kesalahan diaorang... aku rasa... amat xpatut sbb aku yakin yang mak ayah kita dh didik kita sebaiknya. macam aku pn... setiap yang baik aku wat.. sah2 dr didikan mak abah aku dan setiap yang sebaliknya... sure2 dr akal fikiran aku sendiri... sbb xsemestinya yang baik di mata orang lain.... baik di mata aku. pokok pangkalnya... kita sebagai manusia... diberi akal dan gunakanlah sebaiknya. jangan salahkan orang lain atas kesalahan yang kita dh buat. setiap yang kita lakukan... adalah tanggungjawab kita sendiri..... fikir2kan la...

uiksss.s... aku cam dh off topic je.. kekekekek.. xpe la..

apa2 pn.. aku mewakili diri sendiri dan keluarga... mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..... maaf zahir dan batin. jemput la datang rumah.

Friday, September 18, 2009

Nk balik kg....

lallallaaa... xsabarnyer nk balik kg...

tunggu kakak balik kerja je lagi ni.. pastu terus nk pecut balik kg...
bestnyer... xsabar... xsabar....


Friday, September 4, 2009

Letih... Penat.....

Hari ni last aku kt Melaka.. bengkel pun semua dh settle so, tengahari tadi aku drive bersama Kina balik ke Putrajaya..


Perjalanan lancar walaupun dipertengahan jalan, hujan bukan men lebatnyer.. sib bek la aku xcuak masa drive.. bukan apa, jenis hujan kabus ni mmg wat aku nyampah nk drive...

sampai opis, aku antar semua barang2 yang patut dan terus drive balik kl.. mantoks, penat n letih.
aku nk rilekss.... huhuhuu

malam ni aku ada hal so kener kuar lak ... better aku rileks dulu.....

Tuesday, September 1, 2009

Outstation........

Hari ni sampai Jumaat ni.. aku kt Melaka..
kalo aku dapat rembat laptop sesapa.. maka wujud la aku tengah2 malam..
kalo xde tu.. maknanya mmg aku wat taik mata je la.. xpun, aku p merayau dengan Mr000 & Mrs000 serta anak2... ehiksss

ni la yang wat aku nk cepat2 baiki laptop ni.. arghhhhhhhh...
duitt.. hang ktner? meh la sini cepat.. bosannya...

banyak benda yang aku nk citer sebenarnya.. nk2 kisah sepanjang perjalanan aku dr Pahang ke KL semalam.. aku sure.. banyak giler perkataan bangang dan bodoh yang kuar nnt.. hik hik hik hik....

Info H1N1

Salam all..
cam biasa la.. hujung minggu yang panjang... aku mesti balik kg..
dan pagi ni, lepas sahur aku terus berkemas tuk ke Melaka ari ni. tu pun blom abis gik sbb semalam aku sampai KL lambat.

Pas subuh, aku terus kuar ke tempat kejer.. ingatkan dh lambat tp biler drive.. tengok jalan lengang gik. ramai yang sambung cuti ker? xkisah la.

Hari ni... aku punch kol 6.58am.. kekekee.. cam tido kt opis lak. padahal dr KL ke Putrajaya... agak jauh gak la. xkisah, janji xlewat.. time kejer aku sebenarnya adalah kol 7.30am. awal kan?? caya lah.. tahniah tuk aku.

Actually banyak benda yang aku nk kongsi tp lately ni aku malas sket nk menaip... nk2 lepas laptop aku problem.. pc kt rumah lak berkongsi.. ikshh,,.. malas tol aku. aku lebih suka meniarap. keekekekee

K la. hari ni aku ada benda menarik nk kongsi. maybe ramai yang dh tau tp aku yakin, ramai gik yang xtau. ni pasal H1N1... info yang aku dapat dr forum.. thanks to koben sbb kongsi info yang berguna ni..

So kawan2.. jom la kiter baca bersama erk...

************************************************

Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih di atas keprihatinan Pn Zuriani.

Saya dapat tahu daripada doktor pusat kesihatan USM bahawa Bunga Lawang digunakan untuk membuat ubat Tamilflu iaitu anti-virus untuk H1N1.
Jadi saya buat sedikit kajian dan mendapati bahawa ia adalah benar - sila rujuk kepada Lampiran pdf.

Image

Isteri saya terus beli bunga lawang (50sen sepeket), rebus dan paksa semua orang minum - rasa payau.

Satu keajaiban adalah antara kesemua mangsa maut H1N1 di Malaysia, tiada satu pun dari kalangan kaum India..... Ini mungkin kerana kaum India mengamalkan penggunaan bunga lawang secara meluas dalam masakan mereka.

Semoga boleh kita amalkan
(Nanti harga bunga lawang melambung)

Shahrom
PPSains Fizik
USM


:wondering: :wondering:

Allahualam ..

p/s: mencegah lebih baik dari mengubati

Friday, August 28, 2009

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN

petikan dr email......


1) Sakit kepala selepas waktu asar keatas.

2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila

Al-Quran sebagai hantaran

macam biasa.. pg2 aku mesti buka forum tuk melihat kalau2 ada sesuatu yang baru... yang memerlukan perhatian aku...

dan... setelah beberapa ketika aku xbuka thread ni... tetiba hari ni terdetik tuk aku tengok.. apakah kandungan terbarunya... dan.. inilah yang menarik perhatian aku tuk di kongsi bersama.. semoga kita sama2 mendapat sesuatu darinya.. insyaallah...

*************************************

HANTARAN AL QURAN

Semoga kita mendapat manfaat dari kandungan cerita ni.....

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil.

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad


Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaani rrahim..ALL. .MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Tit.. Tit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

Wednesday, August 26, 2009

Eira dah jadi anak dara



wow.. terkejut aku biler tengok eira...

makin comel.. comel cam anak cina... mmg lain sangat dr eira yang aku tengok sebelum ni...
comel sangat.. ayu.. jelita.. geram betul

baru2 ni call mak.... mak ckp eira dh pandai meniarap...
tadi mak sms... bitaw nenek eira yang sorang g nk antar eira balik.. baru 4 hari amik... ekekkekee... xsanggup nk jaga kot sbb dia mmg xbiasa jg cucu.. xpenah rasanya...
padahal eira bkn wat pangai pun.. xpe la..
abah yang paling happy sbb nampak sangat abah berat hati nk bg eira ari tu ,.. nk wat camne kan.. eira pn cucu diaorang gak so, walau berat hati.. kener gak benarkan.
mulanya nenek dia nk amik sebulan.. pastu down ke 2 minggu.. last2 td mak cakap dia call.. bitaw yang dia nk antar eira esok...
berkembang balik la senyum masing2... nk2 skang ni eira dh mula 'cerdik'... lagi la.

Saturday, August 22, 2009

Telahanku silap....

aku ingatkan bila aku dh mampu bangun.. mampu duduk dan mampu berjalan.. aku dh sihat sepenuhnya....

nyata.. telahanku silap
malam tadi.. kak dah call... soh ke rumah dia. ada benda dia nk tunjuk. bibah pn dh sampai sana.. so, lepas mandi dan alas perut sket.. aku pun kuar sehelai sepinggang... tp still bawa beg merah jambu aku tuk aku isi benda2 yang aku rasakan perlu....

masa drive ke sana.. dr tasik selatan ke bkt jalil yang anggaran masa hanya 10 minit aku rasakan cam berjam2 lamanya... ntah baper kali plak time tu aku cam ssh nk bernafas... aku xpenah ada asma.. xpenah dalam sejarah family aku ada asma.. dan ini yang wat aku cuak... tp aku kuatkan semangat.. aku cuba tumpukan perhatian.. hingga aku sampai ke rumah kakak...

seyes... langkah aku mmg terlalu slow.. 1st time aku rasa slow macam ni. biar la orng nak kata apa pun. nk kata aku reka cerita ke .. apa ke... tp sekurang2nya.. sekiranya aku 'pergi' dalam masa terdekat.. ada gak sesiapa yang bleh jadikan blog ni sebagai rujukan kepada puncanya...

sampai rumah kakak.. aku rasa terlalu mengah. sampai tercungap2 aku bernafas. last2 aku masuk tido. itu pun siksa aku nk lelap. aku minta tolong adik sapukan balm kt belakang. dia cakap belakang aku banyak bintik2 merah.. muka aku pn.... badan aku panas.. tp aku xrasa pn panas tu. ntah kol baper baru aku terlelap....

sahur.....
berkali2 adik n kakak aku kejutkan... aku dh sedar awal2 lagi cuma bila diaorang panggey.. aku xkuat tuk menyahut. last2 kol 5am.. baru la aku bangun. aku cuba telan nasi walaupun sket. sebagai alas perut tuk pose hari ni... aku tengok slamber jer diaorang telan lauk ayam masak kacang tu... tp aku nk telan... punya la siksanya... bkn sbb xsedap atau apa tp aku rasa ayam tu terlalu masin.. aku tanya kakak n adik... diaorang cakap, rasa dia biasa jerk. hermmmm... naper aku yang rasa bkn2 ni??

sebelum habis sahur.. aku minum sket 100plus. seb bek kt umah kakak ada... harap2 aku dapat teruskan pose hingga waktu berbuka....

napas aku makin sesak.... tp aku cuma sedaya mungkin tuk bernafas seperti biasa......