KESERASIAN PASANGAN
Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:-
* Sulung dengan sulung*
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.
(abang dengan kak long...ehiksss)
* Sulung - Tengah*
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika sitengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.
* Sulung - Bongsu*
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.
* Tengah - Tengah*
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu,mereka berdua dapat saling melengkapi. Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.
(kak dah dengan abang lan - tp cam xbetul jerk)
*Tengah - Bongsu*
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.
* Bongsu - Bongsu*
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan.Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.
** yang penting..tau tanggungjawab masing2.. insyaallah selamat dunia akhirat.
Friday, November 28, 2008
Yang mane tahap keserasian anda?
Thursday, November 27, 2008
Sebahagian Semenanjung mungkin 'bergelap'
Oleh SUWARNI MOKHTAR dan SARAH NADLIN
KUALA LUMPUR 26 Nov. - Selangor, Kuala Lumpur dan sebahagian besar kawasan selatan pantai barat Semenanjung berdepan dengan risiko terputus bekalan elektrik dalam tempoh tiga hingga empat bulan akan datang jika projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) di Rawang, Selangor gagal disiapkan sepenuhnya.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, pihaknya bagaimanapun benar-benar berharap perkara itu tidak akan berlaku dan sedang berusaha untuk mengelakkannya.
''Sebenarnya TNB tidak dapat berbuat apa-apa lagi kecuali bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlaku gangguan kerana segala urusan pengambilan tanah di Kampung Sungai Terentang melibatkan bidang kuasa kerajaan negeri,'' katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di sini, hari ini.
Beliau menambah, projek CAR yang bernilai RM400 juta dan sebahagian besar daripadanya telah pun dibelanjakan, tidak dapat diteruskan ekoran terdapat bantahan segelintir penduduk di kawasan berkenaan.
Projek CAR adalah usaha TNB untuk meningkatkan bekalan elektrik ke Lembah Klang daripada 33 kiloVolt (kV) dan 125kV kepada 275kV membabitkan laluan Bukit Tarek dan Chubadak sejauh 60 kilometer.
Che Khalib menjelaskan, sebanyak 98 peratus daripada projek itu berjaya disiapkan dan hanya tinggal dua peratus atau satu kilometer sahaja lagi yang masih tergendala.
Katanya, projek tersebut hanya memerlukan penanaman empat menara jenis monopole (bertiang satu) sebelum tenaga elektrik dapat disalurkan kepada hampir 6.5 juta isi rumah yang sudah tertangguh sejak setahun lalu.
Che Khalib berkata: ''Keadaan (masalah bekalan elektrik) semakin kritikal seperti seurat getah yang sudah terlalu lama ditarik, sudah genting. Kalau getah ini terputus, seluruh Selangor, Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan. Bukan itu sahaja, gangguan ini boleh berjangkit sehingga ke Johor."
Seperti yang sedia dimaklumi, menurut beliau, Selangor dan Kuala Lumpur merupakan kawasan perindustrian utama.
"Kalau terputus bekalan, ramai terpaksa menanggung kerugian berpuluh-puluh juta ringgit atau lebih. Mengikut penilaian teknikal kami, bekalan elektrik boleh terputus dalam tempoh tiga hingga empat bulan lagi.
''Saya tidak tahu apa isu yang sebenarnya dan saya hanya memberikan kenyataan sebagai seorang profesional. Apa yang saya minta ialah tolong berfikir secara rasional. Jika tidak, saya cuma boleh berharap agar getah tersebut tidak putus,'' ujarnya.
Ditanya adakah negara akan mengalami gangguan bekalan elektrik sebagaimana yang pernah berlaku pada tahun 1992, beliau enggan meramalkan sebaliknya sekadar mengulangi harapan agar kejadian seumpama itu tidak berulang.
Che Khalib menjelaskan, tanah kampung tersebut merupakan tanah milik TNB tetapi telah bertukar milik selepas berlakunya kejadian yang tidak dapat didedahkan kepada media.
Sebelum ini, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor memberitahu, projek itu tergendala dipercayai berpunca daripada hasutan pihak-pihak tertentu.
Menurutnya, kementerian bersedia untuk membayar ganti rugi sehingga berjumlah RM10.4 juta kepada pihak yang terbabit, selain mengambil Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina San Yuk sebagai sekolah angkat demi memastikan projek CAR dipersetujui penduduk di kawasan berkenaan.
Peringkat-Peringkat Isteri
40 TIPS UNTUK JIMAT PETROL KERETA
1. Servis kereta ikut jadual - kereta yg di maintain dgn baik akan beroperasi pada kecekapan maksimum
2. Penapis udara dan penapis minyak petrol kena check! (Penapis minyak petrol kene tukar 40 000 km sekali)
3. Spark plug perlu dlm keadaan baik ( Tak hitam & gap OK )
4. Tayar perlu diisi angin dgn pressure yg betul, kalu tayar tak cukup angin, minyak makan...
5. Pakai kereta yg CC rendah tapi kalau nak pakai yg CC tinggi pun boleh cuma system kene bagus la macam Honda i-VTEC, Toyota VVTi atau pakai sistem
6. Jangan tarik pick-up lebih 3000 rpm setiap gear , tapi sekali-sekala boleh la takut engin lemau
7. Go slow man ! jangan speeding .90-100 km/j tu kira ok la.., tapi kalau terbakar sebab ada orang ajak race - kejar.. jgn tak kejar
8. Elakkan kesesakkan jalan raya, lagi lama tersangkut (engin idle) lagi makan minyak (kene tukar gear selalu)
9. Kalau parking menunggu tu, matikan engin
10. Berkongsi kereta
11. Naik motor (4 lejang)
12. Naik Basikal
13. Naik pengangkutan awam
14. Guna tayar kereta yang low profile dan ada special rubber compound (Grip tinggi rintangan kurang)
15. Pakai rim tayar biasa dah le, kalu nak pakai sport rim biar sesuai dgn kereta (dapat pakai macam rim motor lagi bagus - ringan maa... macam kereta klasik)
16. Isi minyak kat stesen minyak yang pakai meter analog
17. Tingkatkan tahap kecekapan pembakaran engin, kalau kereta biasa - 80% daripada campuran bahan api dibakar dgn sempurna. Kalau nak tingkatkan ke 90% pakai high frequency converter dlm sistem spark plug seperti Stromberg ataupun pakai special magnet pada talian minyak (Dah terbukti !!!)
18. Isi minyak slow-slow masa kat stesen minyak. Isi minyak sambil minum kopi dan borak-borak
19. Elakkan jalan berbatu dan tanah merah
20. Gunakan engin Hybrid (gas-electric)
21. Guna engin Electric (pakai bateri)
22. Gunakan tenaga solar
23. Kurangkan penggunaan air-con,
24. Kalau kat highway tu, cucuk angin kereta lain (follow belakang kereta lain utk kurangkan daya tolakan angin (Di sarankan cucuk angin kereta yg power sahaja seperti Mercedes, BMW, EVO )
25. Buang Catalytic converter pada system ekzos dan ganti dgn free flow center bullet (Tapi sebelum buat pastikan tahap kecekapan pembakaran engin anda ditingkatkan, kalu tidak banyak asap keluar beb)
26. Ganti ekzos belakang dgn free flow ekzos (Kalu takut bising, cari yg brand baik punyeee, mesti marii)
27. Loweredkan kereta anda
28. Pakaikan kereta anda skirt labuh tapi jangan cecah jalan dah la.Ini bertujuan untuk kurangkan rintangan angin, tapi skirt tampal tak main sebab takut angin tembus
29. Kalau nak pergi kedai kat rumah tu, jalan kaki lagi bagus, boleh exercise
30. Cari tempat kerja dekat dgn rumah, kalau dapat tidur,makan, berak,mandi kat office lagi best.
31. Petrol mudah terpeluwap, jadi kalau nak isi minyak isi time pagi atau waktu sejuk dan kalau dapat parking tempat redup lagi best. Cuba korang kene jemur.. masak dibuatnye.
32.. Kalau nak isi petrol kat stesen minyak pastikan isi penuh, tak payah nak ulang alik cari stesen minyak
33. Jangan bawak banyak barang. Kalau boleh bawak yg perlu sahaja. Penggunaan minyak bergantung kepada weight/power ratio - power kereta dah fix, bila berat bertambah - nisbah meningkat dan penggunaan minyak pun meningkat. Lagi satu, cuba-cubalah kuruskan badan tu sikit dan turunkan perut tu....
34. Tinted cermin kereta anda (Semua cermin). Lagi kurang cahaya matahari masuk, lagi bagus (cthnya gold dust 95% block heat) sebab ia berkaitan dgn penggunaan air-con dan emosi anda. Contohnya, kalau air-con kurang guna atau guna pada tahap minimum, minyak pun save dan anda pun kurang terbakar atau kurang nak marah sebab ada kajian menunjukkan cuaca panas akan meningkat tahap kebrutalan seseorang itu Bila dah 'panas' mula la jadi samseng jalan raya
35. Terdapat juga teknologi baru dimana kadar ketembusan cahaya pada cermin kereta anda boleh diubahsuai (Kat negara kita belum dikomersialkan) menggunakan tenaga elektrik drp bateri anda. Bila nak parking - gelapkan cermin kereta, bila nak drive cerahkan balik. Rujuk [ fcp://@fc.ramunia.com,%2318476420/ MailBox/_ blank/home.howstuffworks. com/smart- window.htm ]http://home.%20howstuffworks.%20com/smart-%20window..htm
36. Gantikan Air filter kereta anda dengan filter K&N sebab filter K&N diperbuat daripada gentian kapas dimana kadar aliran udara adalah lebih tinggi daripada filter biasa yg diperbuat dari kertas dan mudah tersumbat
37. Boleh cuba pakai micro-compressor (http://www.micro-compressor.com/) atau Air Injector (http://www.air-injector.com/)
38. Kalau nak pergi kerja tu, keluar la awal sikit, takde la terkejar-kejar. Rilek je drive dan tak sakit kepala.
39. Perbanyakkan stesen Petronas
40. Pasang intercooler pada enjin anda (bila suhu enjin diturunkan, power meningkat dan boleh save minyak)
***yang no 7 tu susah nak dielakkan...waakkakaaaa
Kisah tadika .. .. disebalik nama SmartKids
Berhati2lah sblm register anak masuk tadika, berkorbanlah sedikit, carilah yg dapat menjamin masa depan islam dan keluarga kita sendiri. Semoga kita semua dilindungi Allah, dunia dan akhirat .. Amin
Assalamu'alaikum saudara/saudari sekelian. Diharap dapat mengesan jika anak-anak saudari belajar di Tadika Smartkids sekarang ini di tukar nama kepada JC Kindergarten (JC maksudnya Jesus Christ) ini diakui sendiri oleh pemilik ini.
Juga pemilik k/gerten ini beritahu bahawa ia (tadika) ini milik syarikat Singapura yang mengembangkan modulnya di Malaysia ..
Tujuan saya mengutarakan isu ini berbangkit daripada seorang guru melayu Islam di k/garten ini yang memberitahu bahawa beliau dibayar gaji sebanyak RM900 sebulan. Tetapi, di tempat beliau mengajar, beliau ditekan dan dipaksa menganut agama kristian. Beliau akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Sebelum berhenti kerja, beliau diugut dengan kata "nak ambil nyawa seorang bukan susah sangat".
Perkara ini telah dilaporkan ke Jabatan Agama Islam untuk tindakan selanjutnya. Oleh itu, saudari sedarlah jika guru itu seorang dewasa dipaksa berbuat demikian, bagaimana pula anak-anak kita yang masih kecil yang menelan semua pesanan, ajaran ajakan guru di situ dan bagaimana pula dengan guru yang lemah imannya kerana gajinya boleh tahan dgn kerja sebagai guru tadika.
Zaman sekarang mcm2 cara digunakan utk menyesatkan kite org islam. Maka kita kena extra precaution. Takutlah! gerakan2 diorang ni dapat sponsor yg besar dari badan2 tertentu..
****prestij is nothing kalau nak dibandingkan dengan akidah.
Jemputan Perkahwinan


Monday, November 24, 2008
Ladang babi sistematik selesai masalah rakyat - Pas
KUALA LUMPUR 23 Nov. - Dewan Pemuda Pas menganggap cadangan mewujudkan ladang babi sistematik di Selangor dan Kedah adalah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat dalam isu penternakan haiwan itu.
Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, masalah yang berpunca daripada penternakan babi yang tidak terurus telah lama wujud di negara ini iaitu sejak 51 tahun lalu dan kerana itu, ia perlu dimodenkan.
''Soal penternakan babi tidak perlu diungkit, kita nak selesaikan masalah rakyat dan itulah isu yang kita bincangkan sama ada mampu atau tidak untuk kita sediakan kawasan penternakan yang sistematik mengikut piawaian antarabangsa," katanya sewaktu dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan Pas kini tidak mampu bersuara malah banyak tindak-tanduknya hanya untuk memuaskan parti lain termasuk membenarkan penternakan babi di kawasan kampung orang Melayu.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, orang Melayu sudah tidak boleh mengharapkan Pas mempertahankan hak mereka, malah parti itu juga tidak lagi berani bercakap mengenai penubuhan negara Islam.
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, pihak yang mendakwa Pas tidak mempertahankan keistimewaan Melayu perlu merujuk kepada dokumen penubuhan pakatan pembangkang yang ditandatangani Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Katanya, dokumen itu mengandungi pendirian Pas untuk mempertahankan kontrak sosial dan hak istimewa orang Melayu yang terkandung dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
***nak buat... buat la. dh xbleh nak kata apa sbb nak juga kan?? tp korunk p la buat kat area 100% orang yang makan binatang haram tu. yang hang nak p buat kat area orang Islam tu apa kejadahnya. Orang depa pn xmo buat area depa... awat hangpa nak aniaya orang yang xdak sangkut paut langsung. Itu je sbb orang bising.... ada PAHAM PAKCIK2??????????
Pewaris anjur jelajah pertahan hak bumiputera
Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
Anggota Majlis Pemuafakatan Ummah melaungkan Hidup Melayu pada majlis pelancaran siri jelajah Pewaris di Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 23 Nov. - Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bagi meminta pihak berkuasa mempertahankan kedaulatan agama Islam serta hak kaum Melayu dan bumiputera seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Jurucakapnya, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, siri jelajah yang akan bermula bulan depan di Selangor sebelum diperluas ke seluruh negara itu, bertujuan menjamin kesejahteraan hubungan kaum dan keamanan di Malaysia.
Menurutnya, siri jelajah itu penting bagi menyedarkan semua pihak bahawa terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab kini cuba menggugat keistimewaan Islam, Melayu dan bumiputera, seterusnya mengancam keharmonian masyarakat berbilang kaum.
Kata beliau, siri jelajah itu bertujuan mendapatkan persefahaman di antara semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi mengadakan resolusi dan memberi penjelasan kepada rakyat mengenai ancaman-ancaman tersebut.
''Selepas itu, memorandum dan resolusi yang terhasil akan dihantar kepada Perdana Menteri dan wakil Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada pemberita selepas pelancaran siri jelajah itu di sini hari ini.
Dalam majlis itu, kira-kira 500 ahli gabungan Pewaris berarak dari Wisma Sejarah ke balai polis Jalan Tun Razak di sini, bagi membuat laporan polis meminta siasatan dijalankan ke atas lima perkara antaranya Hindraf dan penghinaan ke atas Islam.
Laporan penghinaan ke atas Islam itu dibuat apabila sebelum kumpulan itu mula berarak kira-kira pukul 1.50 petang tadi, seorang wanita berdiri di atas jejantas di situ sambil melemparkan kata-kata kesat ke atas agama Islam dan bangsa Melayu.
Kekecohan berlaku dan beberapa anggota polis yang berada di situ terpaksa mengiringi serta melindungi wanita berkenaan ke kenderaannya.
*** Sapa2 yang berminat, boleh la join tp pastikan ilmu didada dahulu sbb nak buat benda baik ni bukan senang.. orang akan banyak soal... cam statement kat bawah ni ...
Sementara itu. menjawab satu soalan, Maamor berkata, Sisters in Islam patut bermuhasabah diri sebelum membuat sebarang teguran ke atas perkara yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai isu pengkid.
''Ketetapan majlis itu mengikut lunas Islam, al-Quran serta hadis dan Allah sendiri melaknat golongan perempuan yang membawa perwatakan lelaki dan sebaliknya," tegasnya.
Laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan semalam menyebut, Pengurus Acara Sisters In Islam, Norhayati Kaprawi mendakwa, pengharaman pengkid dikhuatiri bersifat diskriminasi terhadap golongan perempuan beragama Islam di negara ini.
*** Diaorang ni xtau la nak kata apa... Sisters tu kalau xsilap.... orang K******* selalu gunakan tuk kaum perempuan mereka. Naper la depa ni guna nama tu.. then ada lak tu perkataan ISLAM.... Ya Allah Ya Tuhanku... Kau tunjukkanlah kebenaranMu.
Drama wanita ancam terjun bangunan
SELAMAT... Akhirnya wanita ini berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital untuk rawatan.- Gambar AZLAN BAHRUM
HULU TERENGGANU 23 Nov. - Baru dua hari seorang gadis mengancam untuk terjun bangunan kerana ditinggalkan kekasih, seorang suri rumah berusia 38 tahun pula cuba mengambil tindakan yang sama kerana menyangka suaminya berkahwin lain.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, wanita itu yang dikatakan bekas pesakit mental didakwa bertengkar dengan suaminya, di Ajil dekat sini, sebelum menunggang motosikal ke Bandar Kuala Berang.
Dia yang merupakan isteri kedua itu kemudiannya naik ke bumbung sebuah bangunan yang dalam pembinaan dan mengugut menikam empat pekerja Bangladesh dengan pisau ketika mereka cuba menahannya.
Pihak polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat yang bergegas ke tempat kejadian cuba memujuk wanita tersebut yang ketika itu kelihatan sudah hilang pertimbangan apabila membuka baju kurungnya sambil mengacu-acu pisau.
Sepanjang usaha memujuk, ibu kepada seorang anak lelaki itu menghabiskan tiga batang rokok, dua air kotak dan dua air mineral yang diberikan anggota bomba.
Keadaan bertambah cemas kira-kira pukul 3.15 petang, apabila wanita itu yang berundur sedikit demi sedikit tergelincir di tebing bangunan tersebut.
Mujur tindakan pantas anggota bomba berjaya mengelakkannya daripada terjatuh.
Kejadian tersebut disaksikan ribuan orang ramai termasuk suami dan ahli keluarganya.
Menyambar
Anggota bomba yang hanya ingin dikenali sebagai Zahari berkata, dia sempat menyambar tangan wanita tersebut yang ketika itu hanya berpaut pada tebing bangunan tersebut.
"Sebaik sahaja saya mencapai tangannya, anggota bomba lain memegang rambut dan bahagian badan lain. Kalau lambat sesaat tentu dia sudah jatuh," katanya yang memberitahu seorang rakan setugasnya cedera akibat terjerut tali di leher.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Deputi Supritendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah mengakui wanita itu mungkin meniru aksi remaja perempuan di Kuala Terengganu tiga hari lalu.
Katanya, wanita berasal dari Bukit Sawa, Marang itu berbuat demikian kerana masalah rumah tangga ekoran suaminya sudah lama tidak pulang ke rumah.
"Pihak polis akan membuat siasatan lanjut sebelum mengambil tindakan termasuk mendakwa wanita berkenaan," ujarnya.
Sisters In Islam pertikai keputusan Majlis Fatwa
KUALA LUMPUR 23 Nov. - Sisters In Islam (SIS) menolak keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan senaman yoga kerana tiada sebarang bukti dikemukakan bagi mewajarkan yoga diharamkan.
Pengurus Program SIS, Norhayati Kaprawi berkata, sehingga kini negara tidak pernah menerima apa-apa aduan atau bukti yang mengatakan ada individu beragama Islam bertukar kepada agama Hindu selepas mengamalkan senaman yoga.
''Jadi, mengapa perlu ia diharamkan? Mengapa terburu-buru untuk meletakkan undang-undang terhadap aktiviti senaman itu sedangkan ia tidak mengancam kedudukan agama Islam setakat ini?" soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, yang mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik kerana dibimbangi akan menghakis akidah jika pengamalnya meneruskan amalan itu ke peringkat lebih tinggi.
Menurut Norhayati, pihaknya mempunyai alasan kukuh mengapa pengharaman itu tidak patut dilakukan memandangkan amalan yoga tidak lebih daripada sekadar satu senaman untuk kesihatan.
''SIS tidak nampak ia boleh memesongkan akidah seseorang pengamalnya sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam.
''Ini kerana yoga tidak lebih dari sekadar senaman untuk kesihatan jasmani, sama juga seperti senaman Tai Chi dan Qigong, '' katanya.
Sambil menyifatkan ia sebagai satu pengajaran, beliau bagaimanapun meminta supaya Majlis Fatwa lebih peka sebelum membuat sebarang tindakan membabitkan isu-isu sensitif seperti itu.
Dalam pada itu, beliau berkata, SIS juga akan memberi sokongan penuh sekiranya Majlis Fatwa mengambil langkah untuk mengkaji semula perkara tersebut bagi mengelak kekeliruan masyarakat.
***alahai pompuan... tahu xhalal dan haram tu apa?????? faham la dulu maksud fatwa tu kalo nak bersuara pn.. sedihnya tengok anak2 Melayu yang mengaku beragama Islam skang ni.... buka minta .. tutup mata. mesti faham. Kalau pun fatwa dh kata yang benda tu haram.. korunk nak buat.. korunk buat juga kan???? so, tayah la nak bising2 dan kelirukan orang lain.
Fatwa tu dikeluarkan bagi orang2 yang nak buat tp still memikirkan akidah mereka. So, that's y la dalam penyataan berkaitan fatwa tu, mereka mengatakan masih boleh melakukan yoga tapi tidak secara sistematik... FAHAM BETUL2 DULU YE MAKCIK!!!!! Rasanya SIS ni dalam komuniti IFC. Kalau betul la korunk nak bersuara, naper xpersoalkan permintaan IFC tentang Islam yang 14 perkara tu. U all guna nama Islam dalam pertubuhan so, jangan pertikaikan perkara berkaitan agama kalau ilmu agamanya paras buku lali. Sepatutnya korunk bersama2 perjuangkan agama bukannya pertikaikan agama.

