Monday, November 24, 2008

Sisters In Islam pertikai keputusan Majlis Fatwa

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Sisters In Islam (SIS) menolak keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan senaman yoga kerana tiada sebarang bukti dikemukakan bagi mewajarkan yoga diharamkan.

Pengurus Program SIS, Norhayati Kaprawi berkata, sehingga kini negara tidak pernah menerima apa-apa aduan atau bukti yang mengatakan ada individu beragama Islam bertukar kepada agama Hindu selepas mengamalkan senaman yoga.

''Jadi, mengapa perlu ia diharamkan? Mengapa terburu-buru untuk meletakkan undang-undang terhadap aktiviti senaman itu sedangkan ia tidak mengancam kedudukan agama Islam setakat ini?" soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, yang mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik kerana dibimbangi akan menghakis akidah jika pengamalnya meneruskan amalan itu ke peringkat lebih tinggi.

Menurut Norhayati, pihaknya mempunyai alasan kukuh mengapa pengharaman itu tidak patut dilakukan memandangkan amalan yoga tidak lebih daripada sekadar satu senaman untuk kesihatan.

''SIS tidak nampak ia boleh memesongkan akidah seseorang pengamalnya sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam.

''Ini kerana yoga tidak lebih dari sekadar senaman untuk kesihatan jasmani, sama juga seperti senaman Tai Chi dan Qigong, '' katanya.

Sambil menyifatkan ia sebagai satu pengajaran, beliau bagaimanapun meminta supaya Majlis Fatwa lebih peka sebelum membuat sebarang tindakan membabitkan isu-isu sensitif seperti itu.
Dalam pada itu, beliau berkata, SIS juga akan memberi sokongan penuh sekiranya Majlis Fatwa mengambil langkah untuk mengkaji semula perkara tersebut bagi mengelak kekeliruan masyarakat.


***alahai pompuan... tahu xhalal dan haram tu apa?????? faham la dulu maksud fatwa tu kalo nak bersuara pn.. sedihnya tengok anak2 Melayu yang mengaku beragama Islam skang ni.... buka minta .. tutup mata. mesti faham. Kalau pun fatwa dh kata yang benda tu haram.. korunk nak buat.. korunk buat juga kan???? so, tayah la nak bising2 dan kelirukan orang lain.
Fatwa tu dikeluarkan bagi orang2 yang nak buat tp still memikirkan akidah mereka. So, that's y la dalam penyataan berkaitan fatwa tu, mereka mengatakan masih boleh melakukan yoga tapi tidak secara sistematik... FAHAM BETUL2 DULU YE MAKCIK!!!!! Rasanya SIS ni dalam komuniti IFC. Kalau betul la korunk nak bersuara, naper xpersoalkan permintaan IFC tentang Islam yang 14 perkara tu. U all guna nama Islam dalam pertubuhan so, jangan pertikaikan perkara berkaitan agama kalau ilmu agamanya paras buku lali. Sepatutnya korunk bersama2 perjuangkan agama bukannya pertikaikan agama.

No comments: