Saturday, March 27, 2010

Seksanya mayat bayi ini

Oleh ASSIM HASSAN
jenayah@utusan.com.my


Bahagian sebelah tangan mayat bayi lelaki (dalam bulatan) yang ditemui berhampiran sebuah kilang simen di Jalan Padang Tembak, Kampung Melayu Subang, semalam.

KUALA LUMPUR 26 Mac - Belum pun cukup seminggu kes seorang bayi perempuan ditemui di tempat pembuangan sampah di Ipoh, Perak, negara sekali lagi digemparkan dengan penemuan mayat seorang bayi lelaki dalam keadaan yang tragis hari ini.

Jika bayi perempuan yang ditemui itu selamat dan diberikan nama Mahsya Kurnea, nasib yang dilalui bayi lelaki ini tidak sama.

Sebaik sahaja dilahirkan, bayi yang masih bertali pusat itu diisi dalam plastik lalu dibuang di tepi jalan berhampiran sebuah kilang simen di Jalan Padang Tembak, Kampung Melayu Subang.

Sebelah tangan bayi malang yang telah bercerai dari badan itu kemudiannya digonggong oleh salah seekor daripada sekumpulan anjing yang menyelongkar bungkusan plastik itu.

Sukar untuk digambarkan betapa seksanya mayat bayi tidak berdosa itu diperlakukan.

Mujurlah ada seorang insan yang prihatin, kebetulan melalui jalan tempat kejadian kira-kira pukul 4 petang, ternampak kejadian menyayat hati itu.

Lelaki itu pada mulanya ternampak seekor anjing sedang menggonggong sesuatu berhampiran sebuah kilang simen.

Setelah dihampiri, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati apa yang digonggong oleh anjing itu adalah tangan kecil bayi.

Dia juga berasa pelik apabila ternampak sekumpulan anjing sedang mengerumuni satu bungkusan plastik.

Lelaki itu kemudian menghalau anjing-anjing tersebut dan apa yang menimbulkan kebimbangan dalam hatinya terjawab - bungkusan plastik itu berisi mayat seorang bayi.

Dia kemudiannya segera memaklumkan penemuan itu kepada polis yang bingkas datang ke lokasi mayat bayi tersebut ditemui.

Sabtu lalu, Mahsya Kurnea ditemui dalam kawasan semak berhampiran tempat pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh Satu di Ipoh.

Malah, tidak tahan dengan isu pembuangan bayi ini - Utusan Malaysia menganjurkan kempen 'Kami Prihatin' bagi membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap gejala tidak berperikemanusiaan ini.

Melalui program amal itu, barisan artis terkenal tanah air akan bergabung merakamkan sebuah lagu khas 'Harapan Tanpa Suara'.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, bayi malang itu dibuang sebaik sahaja dilahirkan kerana masih terdapat tali pusat.

Beliau mengesahkan hanya tangan bayi itu yang terputus manakala anggota lain masih lengkap.

"Terdapat kecederaan pada anggota badan bayi berkenaan dipercayai akibat gigitan anjing liar. Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Masih terlalu awal, katanya, untuk mengenal pasti bila bayi itu dilahirkan tetapi polis tidak menolak kemungkinan ia dibuang pagi ini.

Sehubungan itu, Arjunaidi meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran.

Nota dari hati: "Ya Allah, kau laknatkan lah ke atas org yang melakukan perbuatan ini dan perbuatan seumpama ini serta kepada mereka yang sering melakukan kemungkaran. juga ke atas mereka yang berniat melakukannya...Amin"

Nota jari: ayat pertama yang kuar dr mulut masa tengok Buletin Utama semalam pasal kes ni... "MMG BANGSAT SAPA YANG BUAT BENDA NI.. SETAN !!"

Thursday, March 25, 2010

Salam Takziah

Kepada keluarga allahyarham juruterbang pesawat Pilatus

Detik2 cemas yang sempat dirakamkan oleh pelajar UUM

Monday, March 22, 2010

Video tuk senaman

hahahhaaa... maybe korunk gelakkan tp hakikatnyer ni la video paling aku suka time excersice. tp tu dulu la...5 tahun lepas. masa aku dok giler myspace. pastu aku tengok myspace ni banyak sangat benda2 kurengnyer so aku delete terus acc tu. dengan ini berkuburlah video yang aku suka sangat2 ni. hari ni tetiba aku dengar lak time adik aku buka acc tagged dia. terus aku rembat... hehehe..

aku suka sbb muzik dalam video ni sangat menarik... mmg syok digunakan tuk senaman...

kalo korunk rasa2 nk try.. jom la



Sunday, March 21, 2010

TAY 1 nombor plat paling mahal

KUALA TERENGGANU 20 Mac - Nombor pendaftaran kenderaan TAY 1 memecah rekod sebagai nombor pendaftaran termahal di negara ini apabila ia dibeli dengan harga RM220,000.

Pengarah Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, walaupun sudah ada pembeli namun pembeli yang berjaya memperolehi nombor pendaftaran tersebut diumumkan minggu depan.

Beliau berkata, jika nombor pendaftaran TAN 1 merupakan harga nombor pendaftaran kenderaan termahal pernah dijual oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum ini, berharga RM200,090 dan namun kini 'tewas' kepada nombor pendaftaran kenderaan TAY 1 pula.

Katanya, nombor pendaftaran kenderaan TAY 1 telah dibeli dengan harga RM220,000 dan ia merupakan harga paling mahal setakat ini.

''Sebelum ini, nombor pendaftaran kenderaan tersebut dibida seramai enam yang terdiri daripada orang awam seluruh negeri," katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar bersama Ketua Pengarah JPJ di sini hari ini.

Mengulas lanjut Abdul Rahman berkata, sejak nombor pendaftaran kenderaan TAY 1 hingga TAY 9999 dibuka untuk tempahan, ia mendapat sambutan menggalakkan daripada orang awam.

Jelasnya, sebanyak 534 nombor pendaftaran kenderaan telah dibida oleh 1,119 pemohon yang ingin memiliki nombor pendaftaran tersebut.

"Selain nombor pendaftaran kenderaan TAY 1, nombor pendaftaran kedua yang menjadi rebutan ialah TAY 8 apabila dibeli harga RM62,000,"jelasnya.

Nota kaki: Kalo sedekah ke.. wat skolah ke.. bantu org miskin ke... rasanya lagi berfaedah..hhhuhhuuuu... manusia...manusia. kalo dh banyak sangat duit.............

Lagi premis jual peralatan seks diserbu

LUMUT 20 Mac - Selepas kegiatan menjual gajet seks di beberapa buah premis di sekitar ibu negara didedahkan dalam akhbar, kawasan pinggir bandar di negeri tidak terkecuali diserbu pihak berkuasa kerana menjalankan kegiatan yang sama.

Sepasukan anggota polis yang menyerbu sebuah premis perniagaan di Taman Sejati II di Sitiawan dekat sini, berjaya merampas hampir 50 peralatan seks lelaki dan wanita bernilai lebih RM5,000 baru-baru ini.

Dalam serbuan tersebut, polis turut menahan dua lelaki masing-masing berusia 20 dan 40 tahun untuk siasatan lanjut.

Serbuan pada Isnin lalu itu dilakukan sebaik sahaja polis menerima laporan daripada orang awam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd. Jamil Osman berkata, berikutan laporan itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung melakukan intipan sebelum bertindak menyerbu premis terbabit.

"Dalam serbuan pukul 10.35 malam itu, kesemua peralatan yang dirampas tidak dipamerkan secara terbuka, namun hasil pemeriksaan lanjut ke atas premis berjaya menemui hampir 50 peralatan seks," katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Jamil, peralatan seks berkenaan dipercayai diimport dan mempunyai pembeli tersendiri di kalangan penduduk di kawasan ini.

Difahamkan, premis yang turut menjual barangan seperti kondom dan pakaian itu dipercayai sudah beroperasi sejak beberapa bulan lalu.

"Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan. Kedua-dua lelaki berkenaan sudah dituduh di mahkamah pada 9 Mac lalu," katanya.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda RM3,500 atau maksimum tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Kata Mohd. Jamil, polis akan mempergiatkan operasi dari semasa ke semasa selain mengharapkan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat dalam usaha membanteras kegiatan tidak bermoral tersebut.


Nota selipar : MELOYAKAN....eyyyaaakkkkkkkk !!!!

15 maut dalam 8 nahas


Anggota Bomba dan Penyelamat Baling memeriksa kereta yang terlibat dalam kemalangan yang meragut dua nyawa di Kilometer 59.1 Jalan Kulim-Gerik dekat Kuala Pegang, Kedah, semalam.


KUALA LUMPUR 20 Mac - Nahas jalan raya tidak mengira waktu dan tempat. Dalam tempoh 24 jam lalu, seramai 15 maut dalam lapan kemalangan di seluruh negara.

Tragedi yang meragut paling banyak nyawa berlaku di BETONG, SARAWAK- lima terbunuh apabila sebuah Land Rover polis yang membawa mayat seorang mangsa kemalangan motosikal bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Citra.

Kejadian berlaku di Kilometer 100, Jalan Sarikei-Sri Aman kira-kira pukul 2.15 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Supritendan Mohd Bukhori Saffai berkata, lima yang terbunuh dalam kemalangan itu ialah Omar Bilu, 67; Ngalambang Ranggau, 30; Robert Unya Mathew Intai, 33; dan Chaong Rangau, 39, manakala Lans Koperal Lee Kui San, 57, pula meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Ngalambang memandu Naza Citra itu dan ketika kejadian dia bersama dua rakannya iaitu Robert Unya dan Chaong manakala Kui San memandu Land Rover terbabit.

"Land Rover itu dalam perjalanan menghantar jenazah mangsa kemalangan motosikal ke Hospital Betong iaitu cucu kepada Omar, Zainul Zuhri Amit, 20.

"Empat ahli keluarga Zainul Zuhri yang menaiki kenderaan itu cedera parah dan kini dirawat di Hospital Umum Sarawak," katanya.

Menurutnya, Zainul Zuhri sebelum itu maut apabila motosikal yang ditungganginya merempuh tiang di Simpang Senggalang, Jalan Debak Laut kira-kira pukul 11.20 malam tadi.

Di KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN, tiga daripada enam sekeluarga terbunuh apabila kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 17, Jalan Kuala Pilah-Seremban, tidak jauh dari Taman Rekreasi Ulu Bendul malam tadi.

Dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, kereta Proton Saga yang dinaiki dalam perjalanan dari Felda Serting Hilir 1 ke Seremban bertembung dengan kereta Proton Iswara Aeroback dari arah bertentangan.

Mereka yang terbunuh ialah pemandu, Roslley Hassan, 48; isterinya, Roziah Shamsudin, 42, dan cucu mereka, Mohamad Danish Zaquan Mohd. Zaidi yang berusia setahun lima bulan.

Roziah dan Mohamad Danish maut di tempat kejadian manakala Roslley pula meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Supritendan Jaafar Baba berkata, kemalangan pukul 9.30 malam itu turut mencederakan dua lelaki dan seorang wanita yang menaiki kereta Iswara Aeroback.

Di Kilometer 269, Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Seremban, seorang wanita warga Britain, Mariam Roslan, 72, terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabas, pukul 2 petang ini.

Di BALING, KEDAH, dua pemandu kereta maut apabila kenderaan mereka bertembung antara satu sama lain di Kilometer 59.1, Jalan Kulim-Gerik dekat Kuala Pegang malam tadi.

Kedua-dua mereka ialah Mohd. Ishafudin Mohd. Razali, 32, yang berasal dari Felda Teloi Timur dan Mohd. Hisham Che Hashim, 25, dari Labu Besar Kulim.

Ketua Polis Daerah Baling, Supritendan Mat Daud Mat Hassan berkata, kejadian berlaku pada pukul 11.30 malam apabila kereta Proton Saga dipandu Mohd. Ishafudin bertembung dengan Proton Wira dipandu Mohd. Hisham.

"Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Baling untuk menerima rawatan tetapi disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian," kata beliau.

Di KUALA LUMPUR, dua terkorban dalam kemalangan berasingan yang berlaku di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Dalam kejadian pertama, seorang pemandu MPV Toyota Unser meninggal dunia apabila kenderaannya merempuh sebuah lori yang diletakkan di lorong kecemasan lebuh raya itu berdekatan Kepong.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, Sikandar Hayat Khan Abdul Rahim, 19, dari Kajang, Selangor maut manakala rakannya, Muhammad Kamil Hasnafar Ali Khan, 18, cedera parah dalam kemalangan yang berlaku pukul 8 pagi itu.

Dalam satu lagi kemalangan yang berlaku di MRR2 berhampiran Zoo Negara, pukul 4.30 petang, seorang wanita maut manakala tiga lagi parah apabila sebuah Proton Iswara terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Proton Waja.

Menurut Ketua Trafik Daerah Ampang Jaya, Deputi Supritendan Nordin Mahmod, Nurul Adibah Mohammed Hazim, 19, dari Alor Gajah yang menumpang Iswara itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari kenderaan itu yang gagal dikawal sebelum terbabas.

Di KUANTAN, Pahang, seorang juruteknik maut selepas kereta Proton Satria yang dipandunya terbabas ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah Proton Wira di Kilometer 210, Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan berdekatan persimpangan Bunga Cengkih hari ini.

Mohd. Fariz Mohd. Nor, 30, dari Ulu Ceka, Jerantut meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Sementara itu, seramai 41 penumpang nyaris maut apabila bas yang mereka naiki terbabas sebelum terjunam ke dalam tali air di Kilometer 42, Jalan Kuantan-Kemaman, awal pagi ini.

Kemalangan pukul 3.45 pagi berlaku ketika bas terbabit dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Berang, Terengganu.


Nota kaki: Takziah kepada semua keluarga mangsa....

Nota jari : huhuuu..banyaknyer keter PROTON terlibat

Tuesday, March 16, 2010

Biarkan saya berehat – Azean

KUALA LUMPUR 15 Mac – “Tolonglah. Biarkan Kak Yan berehat. Sejak Khamis lalu, Kak Yan tidur tak lena. Kepala dan badan teramat sakit. “Kak Yan tak mahu sakit lama Kak Yan (kanser) berulang.”

Demikian rayu dramatis terkenal, Azean Irdawaty tau Kak Yan yang meminta semua pihak agar tidak mengganggunya dengan bertanyakan tentang berita penangkapan anaknya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 32, atau Benjy.

Kata Azean, apa yang dilaluinya ketika ini ibarat ‘mimpi ngeri’ dan dirinya masih terlalu lemah untuk berbicara mengenai Benjy.

“Kak Yan tidak mahu stres. Bukan Kak Yan mengelak (bicara tentang Benjy) kerana malu atau takut.

“Cuma Kak Yan tidak mahu ambil risiko,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Pada 12 Mac lalu, Benjy ditahan bersama seorang wanita kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penemuan sebuah makmal mini memproses dadah di Kepong.

Semasa ditahan, polis juga menemui 850 gram kokain bernilai RM650,000 dan 140 gram syabu bernilai RM2,000 di kondominium tersebut.

Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Benjy telah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Pelakon itu juga pernah memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik (telefilem) pada Anugerah Skrin beberapa tahun lalu.

Ujar Azean, sebelum ini dia sudah berhabis beratus ribu ringgit untuk menjalani rawatan kanser.

“Kalau Kak Yan stres dan penyakit lama berulang, Kak Yan tidak mampu berubat lagi. Duit pun sudah habis.

“Lagipun, dada Kak Yan macam hendak pecah. Oleh itu, biarlah Kak Yan berehat dahulu. Sekarang masih lemah (untuk berbicara). Insya-Allah, mungkin sikit hari lagi,” jelasnya.

Mengenai cucunya yang berusia empat tahun iaitu anak Benjy, Firdauz Juan Khaeryll Benjamin, Azean berkata, cucunya itu sentiasa mencari dan bertanyakan mengenai Benjy.


Nota: Simpati dengan nasib Azean Irdawaty. semoga beliau tabah dan kuat menghadapi dugaan ini.

Monday, March 8, 2010

Xcdent ....

Hari ni betul2 aku xcdent. buat pertama kalinya, aku yang melanggar org ... maksud aku.. keter org.. setelah di langgar dr belakang... huhuhuu.. Allah je tau camne perasaan aku time tu...

menurut citer budak yang aku langgar tu.. sebenarnya ada 2 lagi kenderaan di depan dia. sebuah kancil dan satu lagi aku xpasti. lokasi kejadian adalah di susur masuk ke balakong dr tol mines di highway Besraya. kancil tu depan skali... berada di line laju so kanan skali la. sepatutnya dia ke kiri... ke susur menghala balakong tp bengong xbengongnyer.. dia berada di kanan skali. pastu dia pasan yang di tersilap jalan so, dia brek mengejut menyebabkan keter di belakang dia mengelak ke kiri... (masa ni lepas sket dr susur tu... di atas highway Besraya menuju ke UPM/Putrajaya). then keter yang aku langgar ni mengelak ke kanan dan aku plak mengelak ke kiri tp time aku elak tu.. nasib aku xbaik. ada keter lain di laluan sebelah. dalam masa yang sama.. yang aku pasan, ada van kt belakang aku. so, dia pn dh terlajak ... dia hentam blakang keter aku.. tp xkuat sangat dan keter aku terdorong ke depan.. last2 nk xnak aku terpaksa menghentam keter depan. tp yang aku geramnyer.. van tu plak lari camtu jerk..
sebelum kejadian tu... lepas bayar tol, ada sebuah waja cucuk rapat dr belakang. so aku speed la sket coz nk bg laluan kt dia tp aku kener amik jarak jauh sket ke depan coz time tu sebelah kiri aku ada keter berbaris. elok je aku bg dia laluan ..rupanya dia nk ke kiri. mmg gampang tol la. kalo dh nk ke kiri.. pe kejadahnya dia nk cucuk aku sebelah kanan.. then aku tukar balik laluan ke kanan skali so lepas ni la kejadiannya.. tension sehhhh

berlaku la pepatah yang berbunyi... "sudah jatuh ditimpa tangga" kepada aku. dh la keter aku remuk kt bahagian depan sebelah kanan... blakang pn kener. pastu saman sah2 la aku yang kener... blom lagi kener claim insurans aku.. huhhuuu.. mmg aku cuak giler time kejadian tu...

even sampai skang pn masih lagi rasa xstabil perasaan ni. keter yang dilanggar tu pn bleh tahan gak. aku terlanggar myvi so bumper n bonet blakang mmg agak teruk la. kemek n pecah sana sini.

nk wat camne.. dh nasib aku nk terkena. so, hari ni aku terpaksa merehatkan diri dan menenangkan jiwa. cuti la maknanya tu.. pa pe pun... alhamdulillah, aku dan bebdk yang aku terlanggar keter depa tu semua selamat. cuma skang ni aku rasa tangan kiri aku je lenguh2 sket. effect kot. aku sian kt mak je coz dia risau sangat. berkali2 call aku ...

keter pn dh hantar balik eon tuk dibaiki. masa aku p tengok balik kt eon lepas wat report td... aku rasa nk nangis pn ada gak coz time tu bumper semua dh jatuh. bonet depan depa dh angkat ... nampak cam keter yang terlalu teruk sangat. harap2 semuanya siap cepat la. so, wat masa ni aku terpaksa guna keter abang coz itu je keter auto yang ada. manual mmg aku terpaksa tolak tepi awal2.....

lokasi kejadian... http://www.ijm.com/infrastructure/toll/BESRAYA/map.asp <-- susur ke Balakong.. simpang yang paling hampir dengan tasik
masa : lebih kurang 7am, 8.3.2010

Tuesday, March 2, 2010

@ Kota Bharu

minggu ni sambung lagi outstation.. kali ni kt KB..

petang semalam aku sampai sini. betapa penatnyer badan ni drive non-stop melebihi 8 jam.. hanya badan je dapat rasa. tp nk rehat, jangan harap la. ain mmg pantang kalo aku atau mak baring... adehh.. sampai la hari ni.

petang td pn.. kejap je aku dapat rileks.. nk wat camne.. dh adik. layan kan jerk..

skang ni aku nk settlekan kejer aku ... even xde kt opis pn.. aku xbleh lepas tangan. jap2 g biler semua dh settle, aku kener terus email. esok nk minta tolong ida handle kt opis.. thanks to ida coz banyak tolong aku masa aku outstation.

dan thanks gak kt kawan2 lain... aku dh tetapkan... 2 minggu oustation.. 2 minggu kt opis tuk aku jalankan kejer2 hakiki aku..

Sunday, February 28, 2010

Azab Syafia

Oleh Wan Faizal Ismayatim
wfaizal@bharian.com.my


JENAZAH Syafia Humairah dibawa untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang, Kuala Kubu Bharu, semalam.

Pendarahan otak; Cedera parah di perut, ginjal; Luka, lebam seluruh badan

KUALA LUMPUR: Bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang mati dipercayai didera teman lelaki ibunya kelmarin, mendapati berlaku pendarahan otak, kecederaan parah di perut dan sekeliling buah pinggang akibat hentakan kuat di kepala dan abdomen mangsa.

Selain itu, bedah siasat terhadap Syafia Humairah Sahari di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), Hulu Selangor yang mengambil masa kira-kira tiga jam mulai 10.30 pagi, juga menemui kesan luka dan lebam seluruh badan, selain kesan penderaan lampau.


Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Rashid, berkata polis akan memanggil beberapa individu yang rapat dengan suspek, termasuk ibu mangsa bagi membantu siasatan.

"Polis percaya mereka mempunyai hubung kait atau tahu mengenai penderaan berulang yang dipercayai dilakukan suspek, seorang pemandu teksi berusia 28 tahun itu.

"Kita juga akan memanggil beberapa saksi yang mendakwa melihat suspek menendang kanak-kanak itu di padang berdekatan rumahnya pada hari berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bakhtiar berkata, bedah siasat yang mendapati kesan kecederaan lama akibat penderaan lampau, termasuk yang dikesan beberapa hari sebelum kematiannya menunjukkan mangsa didera secara berterusan.

"Kecederaan luaran yang baru dan lama itu dipercayai disebabkan pukulan dengan benda keras dan kesan hentakan kuat. Bahagian belakang tubuh mangsa juga ada kesan lebam selain leher, pipi dan bahunya," katanya.

Semalam, akhbar melaporkan, Syafia Humairah mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera teman lelaki ibunya di kediaman suspek di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam Khamis lalu.

Mangsa dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka di muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.

Syafia Humairah dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke HKKB ketika dibawa suspek dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun, pihak hospital mengesyaki berlaku penderaan terhadap mangsa selepas menemui banyak kesan luka dan lebam pada tubuh kanak-kanak itu dan polis menahan lelaki terbabit kira-kira jam 3 pagi kelmarin yang mengaku mencederakan Syafia Humairah.

Bakhtiar berkata, ujian air kencing terhadap suspek mendapati lelaki itu positif dadah jenis ganja.

"Suspek kini ditahan reman tujuh hari mulai semalam (kelmarin) dan kita akan memohon untuk melanjutkan tempoh tahanan reman sehingga 14 hari. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Jenazah kanak-kanak malang itu dituntut oleh keluarga ibunya di HKKB sebaik selesai bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, kira-kira jam 4 petang.

Terdahulu, suasana di pekarangan bilik mayat HKKB kecoh seketika apabila keluarga teman lelaki ibu mangsa turut datang menziarah jenazah kanak-kanak itu dan dikatakan mahu menuntut jenazah mangsa sebelum keadaan kembali reda beberapa minit selepas itu.


Kesal bertemankan lelaki kejam

Oleh Md Fuzi Abd Lateh
bminggu@bharian.com.my

SUNGAI BULOH: Ibu kanak-kanak yang menjadi mangsa dera teman lelakinya, Nurhanim Aziz, 25, menyuarakan rasa amat kesalnya berkawan dengan lelaki yang disifatkannya kejam dan tidak berperikemanusiaan sehingga menyebabkan kematian anaknya, Syafia Humairah Sahari, 3, kelmarin.

Malah dalam pertemuan dengan Berita Minggu semalam, ibu muda ini beberapa kali mengalirkan air mata sehingga sukar berkata-kata kerana terlalu sedih dengan kematian anak kesayangannya itu di tangan lelaki yang dipercayainya.

Namun pada masa sama, dia juga menyesali berkawan dengan lelaki yang disifatkannya panas baran, kurang sopan dan didakwanya turut minum arak.


Nurhanim yang bekerja ketika kejadian berkata, sukar baginya untuk menerima kenyataan yang penghibur hatinya itu sudah tiada lagi di dunia ini.

Lebih sedih lagi, memikirkan detik-detik bagaimana anaknya itu trauma dibelasah dan terpaksa bertarung nyawa sebelum menemui ajalnya.

“Saya kesal dan marah tindakan teman lelaki berhati binatang itu. Dia menjadi pembunuh. Apalah

dosa anak saya yang masih mentah itu? Peristiwa ini cukup memeritkan untuk ditelan.

“Pengajaran besar ini mengajar saya lebih berhati-hati memilih teman lelaki kerana ia boleh mengundang padah cukup mendalam,” katanya kepada Berita Minggu di rumahnya di sini, semalam.

Nurhanim berkata, selama enam tahun berkawan dengan lelaki 28 tahun berasal dari Batu 30 di Ulu Yam Lama itu, dia turut berasakan kesan akibat sikap panas baran teman lelakinya itu.

“Saya amat marah. Saya sudah ditipunya. Dia berbohong kononnya anak saya mati akibat kemalangan iaitu terjatuh daripada motosikalnya.

“Selepas mendapat tahu anak jirannya menyaksikan kejadian sebenar anak disepak dan dipukul, saya berasa menyesal memberikan peluang kepadanya menjaga anak bongsu ini.

“Ketika kejadian, saya bekerja di Sungai Buloh.

Saya diberitahu olehnya (suspek) bahawa anak sudah mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Bharu," katanya.

Mangsa, Syafia adalah anak kedua hasil perkahwinan Nurhanim dengan suaminya, Sahari Usol, 33, yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh kerana terbabit dengan kesalahan jenayah beberapa tahun lalu.

"Saya lemah dan tidak bermaya untuk menyambung hidup ini kerana jiwa begitu sepi tanpa arwah yang cukup manja dan menjadi penghibur hati ini.

“Semoga beliau (suspek) mendapat hukuman setimpal yang bertindak kejam meragut nyawa anak saya tanpa belas kasihan di rumahnya itu," katanya.



Syafiah alami kecederaan parah

HULU SELANGOR 27 Feb. - Betapa berat seksaan yang dihadapi oleh Allahyarham Syafiah Humairah Sahari sebelum dia menemui ajal, kelmarin.

Selain dipukul dan ditampar, kanak- kanak malang itu turut dipijak dan ditendang oleh teman lelaki ibunya tanpa belas kasihan, hanya disebabkan oleh kesalahan kecil yang dilakukannya.

Kanak-kanak berusia tiga tahun itu disahkan meninggal dunia akibat pendarahan pada otak dan mengalami kerosakan buah pinggang, akibat dihentak dan ditendang dengan kuat oleh suspek yang tidak berhati perut.

Hari ini, bedah siasat yang dilakukan ke atas mayat kanak-kanak itu di Hospital Kuala Kubu Bharu mendapati, kematian Syafiah Humairah akibat kecederaan serius termasuk kulit kepalanya terkoyak kerana dipijak.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Supritendan Bakhtiar Rashid berkata, bedah siasat mendapati, mangsa mengalami penderaan berterusan dan ia boleh dilihat berdasarkan kepada kecederaan yang terdapat pada tubuhnya.

"Terdapat kesan-kesan kecederaan luaran yang baru dan lama dipercayai akibat dipukul dengan objek keras pada tubuh mangsa.

"Kesan lebam turut dikesan di bahagian belakang tubuh mangsa selain di leher, pipi dan bahunya," katanya ketika ditemui di bilik mayat hospital itu di sini hari ini.

Kelmarin, Syafiah Humairah mati dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di padang bola berhampiran rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama dekat Batang Kali.

Kanak-kanak malang itu dihantar ke wad kecemasan Hospital Kuala Kubu Bharu kira-kira pukul 8.30 malam oleh teman lelaki ibunya, mendakwa dia terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Namun, pihak hospital yang curiga dengan tingkah laku lelaki itu menghubungi polis kira-kira pukul 11 malam untuk memaklumkan mengenai kemungkinan kematian kanak-kanak itu akibat didera.

Berikutan itu, suspek berusia 28 tahun kemudian ditahan pukul 3 pagi semalam bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, kematian Syafiah Humairah yang begitu kejam turut membongkar rahsia perhubungan haram antara ibu kanak-kanak itu dan teman lelakinya sejak enam tahun lalu.

Ibu kanak-kanak itu yang masih bersuami, disangkakan telah berkahwin dengan suspek kerana mereka memiliki seorang anak lelaki berusia setahun enam bulan, malah, wanita itu kini sedang hamil empat bulan.

Namun, rahsia perhubungan mereka yang hanya menyamar sebagai suami isteri itu terbongkar selepas siasatan polis mendapati pasangan itu tidak boleh berkahwin kerana wanita itu masih mempunyai suami.

Difahamkan, bapa kanak-kanak malang itu yang hanya dikenali sebagai Sahari ditahan di Penjara Sungai Buloh kerana didakwa terbabit dalam kes bunuh sejak tahun 2006.

Selain berhadapan tuduhan bunuh, suspek yang ditahan reman selama tujuh hari sehingga Khamis depan bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang syariah kerana bersekedudukan sehingga melahirkan anak luar nikah.


Saksi lihat Syafiah dicampak, dipijak

HULU SELANGOR 27 Feb. - Seorang saksi mendakwa, dia ternampak Syafiah Humairah Sahari disepak seperti bola selain dicampak dan dipijak oleh teman lelaki ibu kanak-kanak itu.

Kejadian itu, menurut Ahmad Fikri Khalis Zakaria, 19, berlaku di sebuah padang bola di Kampung Batu 30, Batang Kali di sini kira-kira pukul 6 petang Khamis lalu.

Ahmad Fikri Khalis berkata, pada masa itu dia ternampak kanak-kanak berusia tiga tahun tersebut sedang bermain bola di tepi padang berkenaan.

Katanya, suspek yang dipanggil Abang Mat tiba-tiba datang dengan memakai kasut but bola dan memarahi mangsa.

"Abang Mat kemudian menyepak mangsa seperti bola, selepas itu dia mengangkat Syafiah Humairah menggunakan sebelah tangan sebelum mencampakkan kanak-kanak itu ke atas padang.

"Tidak cukup dengan itu, suspek memijak perut mangsa dengan kasut bola dan menyepak beberapa kali bahagian belakang budak tersebut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Kuala Kubu Bharu di sini hari ini.

Kematian Allahyarham Syafiah Humairah mengundang rasa marah semua pihak kerana dia dibunuh teman lelaki ibunya secara kejam, kelmarin.

Akibat rasa marah dengan kejadian itu, penduduk setempat turut menconteng dinding hadapan rumah suspek dengan perkataan 'pembunuh' menggunakan cat merah.

Tambah Ahmad Fikri, mangsa yang tidak menangis ketika itu cuba berdiri tetapi jatuh semula kerana kecederaan yang dialaminya.

Seorang lagi saksi, Faleeq Hakim Zazali, 16, berkata, dia dan Ahmad Fikri cuba membantu mangsa namun dihalang suspek.

"Untuk memastikan Abang Mat tidak terus memukul mangsa, kami hanya mampu mengangkat kanak-kanak itu dan memasukkannya ke dalam teksi suspek.

"Namun, pada sebelah malam, kami dengar berita kanak-kanak itu telah meninggal dunia di hospital," ujarnya.


Takut setiap kali lihat suspek - Datuk

HULU SELANGOR 27 Feb. - Kanak-kanak mangsa penderaan teman lelaki ibunya yang meninggal dunia dalam keadaan sadis kelmarin, Syafiah Humairah Sahari sering ketakutan setiap kali melihat atau bertembung dengan suspek.

Kanak-kanak tiga tahun itu sanggup bersembunyi di kawasan semak di sekitar rumahnya bagi mengelak daripada ditemui oleh lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pemandu teksi.

Perkara itu didedahkan oleh datuk mangsa, Aziz Shahar, 50, yang memberitahu, sejak menyedari tingkah laku aneh cucunya itu, dia mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena.

Dalam nada sebak, Aziz yang ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Kuala Kubu Bharu di sini hari ini berkata, dia begitu sedih dengan kejadian yang menimpa cucunya itu.

"Saya pernah melihat kesan parut dan luka seperti dicucuh dengan puntung rokok di kaki dan bawah dagu cucu saya.

"Namun, setiap kali saya bertanya, Syafiah Humairah hanya mendiamkan diri," katanya.

Menurut Aziz, dia tidak dapat memaafkan sesiapa juga suspek yang terlibat dalam pembunuhan cucunya itu, termasuklah jika anak perempuannya sendiri terbabit.

"Saya tidak akan maafkan mereka, walaupun jika dia itu anak saya sendiri," katanya sambil menangis teresak-esak.

Aziz memberitahu, Syafiah Humairah dan abangnya, Mohd. Syafiq Sahari, 7, tinggal secara bergilir-gilir di rumahnya dan kekasih ibunya sejak tahun lalu.

Sementara itu, ibu Allahyarham Syafiah Humairah, Siti Norhanim, 25, ketika ditemui mendakwa, dia tiada di rumah ketika kejadian itu berlaku.

"Saya keluar bekerja sejak Rabu lalu dan tidur di rumah rakan di Cheras. Dia (teman lelakinya) menghubungi saya malam Khamis lalu memberitahu Syafiah mati akibat terjatuh motosikal," katanya yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di ibu negara.


Jenazah Syafiah selamat dikebumi


SITI Norhanim Aziz menyiram air mawar ke atas pusara anaknya, Syafiah Humaira di Tanah Perkuburan Islam Batu 17, Kuang, Selangor, semalam. Turut kelihatan datuk dan nenek mangsa, Aziz Shahar (dua dari kanan) dan Nor Azizah Boden (kiri) serta abang mangsa, Mohd. Syafiq Sahari (menabur bunga).


HULU SELANGOR 27 Feb. - Jenazah kanak-kanak malang, Syafiah Humairah Sahari yang mati didera oleh teman lelaki ibunya kelmarin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang, hari ini.

Sebelum itu, suasana pilu menyelubungi pekarangan bilik mayat Hospital Kuala Kubu Bharu, sebaik sahaja jenazah kanak-kanak berusia tiga tahun itu dituntut oleh datuknya, Aziz Shahar, 50, kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Jenazah Allahyarham Syafiah Humairah kemudian dibawa pulang ke rumah Aziz di Kampung Batu 16, Sungai Plong.

Suasana pilu semakin terasa sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikafankan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 17, Kuang pukul 4 petang.

Kelmarin, Syafiah Humairah mati akibat didera oleh teman lelaki ibunya di padang bola berhampiran rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama dekat Batang Kali.

Kanak-kanak malang itu dihantar ke wad kecemasan Hospital Kuala Kubu Bharu kira-kira pukul 8.30 malam oleh lelaki berkenaan yang mendakwa Syafiah Humairah terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Namun, pihak hospital yang curiga dengan tingkah laku lelaki itu menghubungi polis kira-kira pukul 11 malam untuk memaklumkan mengenai kemungkinan kematian kanak-kanak itu akibat didera.

Berikutan itu, suspek berusia 28 tahun kemudian ditahan pukul 3 pagi semalam bagi membantu siasatan.

Sementara itu, ketika proses bedah siasat sedang dijalankan, berlaku kekecohan di luar bilik mayat apabila keluarga suspek datang untuk menziarahi mangsa.

Saudara dan kenalan keluarga ibu mangsa yang tidak dapat menahan kemarahan cuba menyerang keluarga suspek.

Keadaan itu bagaimanapun kembali terkawal apabila keluarga suspek mendengar arahan supaya mereka meninggalkan hospital tersebut secepat mungkin.

nota kaki: semoga hak allahyarham dapat ditegakkan walau terpaksa menghukum ibunya. wahai seluruh hamba Allah dan umat Muhammad... insaf la..apa la dosa kanak2 sebesar tu hinggakan dia di bunuh dengan kejam... astagfirullah al azim..