Sunday, May 11, 2008

Selamat Hari Ibu

(",) Assalammualaikum
Bismillahirahmanirrahim...

Erm.. dah 11 may kan?? cepatnya la masa berlalu..pejam celik pejam celik dah nak masuk tengah tahun.
1st of all, bangun pagi2 tadi saya terus call mak.. "SELAMAT HARI IBU" itulah ucapan pertama selepas salam diberi. dapat dengar mak ceria kat hujung talian dah cukup menggembirakan hati saya. maklum la, call dari kejauhan. xdapat nak balik bersama2 mak menyambut hari ibu. apa pn saya rasa mak faham. dan seronok dapat sembang2 dengan mak. saya dengan mak beza umur cuma 20 tahun so, xbanyak masalah. cam kawan2 cuma respect must put at the 1st place la.
Beruntung rasanya masih ada mak. sekurang2nya masih dapat berteduh kasih dan bermanja2 walaupun umur semakin naik. hehehee... nak tumpang kasih mak mertua belum tahu bila so, ambil kesempatan dulu la dengan kasih hakiki seorang ibu yang melahir dan membesarkan saya serta memberi kasih sayang xberbelah bahagi antara semua anak.
Kalau saya balik kampung, selalu lepak2 dengan mak. Sembang2 pasal hidup masa lampau dan akan datang cuma kadang2 suspen gak bila mak buka citer pasal kawen. hehehee... maklum la, anak dia yang sorang ni blom buka mulut pun citer pasal kawen so, sambil2 sembang tu, kadang2 mak berkias gak le. cuma buat xtau. tapi saya bersyukur sebab mak saya faham dan kenal sapa anak dia yang sorang ni. dan saya amat2 bersyukur sebab mak xpernah halang atau paksa saya buat sesuatu keputusan. sebab tu dalam banyak2 hal yang memerlukan saya membuat keputusan, perkara pertama yang saya pk adalah family. saya xde pa pe melainkan keluarga yang menjaga dan menyayangi saya sejak lahir lagi. baik buruk susah senang yang kami alami, insyaallah kami akan bersatu sebagai sebuah keluarga.
Citer2 pasal hidup seorang ibu, saya pn teringin nak jadi seorang ibu sebab saya memang suka budak2. nak juga rasanya camne menghadapi detik2 menjadi seorang ibu. mesti excited kan. benda paling saya cemburu dalam dunia adalah apabila melihat perempuan mengandung. memang saya teramat2 cemburu masa tu. seronok tengok perempuan mengandung. cahaya pada muka diaorang ni pn lain. orang kata, kalau perempuan mengandung seri dia lagi indah dari seri seorang pengantin baru. best kan?? hehehee. cuma maybe masa saya belum sampai. so, keep praying.
K la, kepada yang membaca artikel ni... saya mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu2 didunia. hargailah ibu kita selagi berkesempatan. seronok tau ada mak ni... apapun panggilan kita kepada ibu kita... HARGAILAH IBU SEBAIK MUNGKIN...amin

wassalam (",)

No comments: