Monday, June 23, 2008
I'm Specky Now
Thursday, June 12, 2008
Uwaaa...Sadis & Sedih...
Monday, June 9, 2008
12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
Beza Antara Mamak Ori & Mamak Ciplak
Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya:
Adakah terdapat masakan berlaukkan daging lembu. Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak Muslim dengan bukan mamak yang berlagak Muslim. Kenapa daging lembu?
Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama hindu tergamak hendak menyembelih, memasak dan menghidangkan "tuhan" mereka! Di dalam agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang dianggap tuhan mereka. Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan dihidangkan oleh restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim yang menyamar Muslim. Mungkin mereka boleh menipu pelanggan dengan menggantungkan poster-poster al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India Muslim yang mampu menjawab salam apabila disapa, tetapi mereka tidak akan sekali-kali menggadaikan "aqidah" mereka dengan menyembelih, memasak dan menghidangkan tuhan mereka itu.
Saya pernah membuat kajian rambang di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur , dengan cara begini; Saya memasuki restoran dan meninjau-ninjau di kaunter lauk-pauk. Selalunya akan tercatat pada lauk daging "daging lembu" atau "daging kambing". Sekiranya terdapat daging masakan daging lembu semestinya tuan restoran tersebut adalah mamak Muslim. Seandainya, tidak terdapat sebarang tulisan / tanda pada lauk berkenaan, saya akan bertanyakan kepada pelayan restoran tersebut; "ada lauk daging tak?"
Pernah terjadi, pelayan tersebut menjawab, "kambing ada, daging lembu tiada". Apabila mendengar jawapan tersebut, saya akan bertanya kembali, "kenapa tiada lauk lembu?". Selalunya, pelayan restoran Mamak Muslim palsu akan terperangkan dan tergagap-gagap untuk menjawab. Seterusnya, cabut sahaja daripada restoran tersebut. Antara restoran yang saya dapati memang sebenar-benar mamak Muslim dengan cara ini adalah Restoran Thaqwa di Sri Gombak, dan Restoran Mamak (saya tak ingat namanya) di hadapan Bank Muamalat di Kuala Lumpur.
Sementara restoran yang saya kira sebagai bukan restoran bukan mamak yang menyamar Muslim adalah restoran Mamak (pun saya tidak ingat namanya) di kawasan jalan pudu/jalan pasar, dan sebuah restoran mamak (pun saya tidak ingat namanya) di deretan Bangunan Plaza UMNO di Batu Caves. Restoran-restoran ini menggunakan nama Restoran Muslim, dan restoran tersebut terdapat ayat-ayat Quran dan poster-poster keislaman, tetapi apabila ditanya tentang lauk daging lembu, mereka tergagap dan terpinga-pinga. Anda boleh cuba di tempat anda!
***copy & paste from my email received. tq to the sender.
Kenali Handphone Anda
*Semak Kualiti Handphone ANDA
Adakah handphone anda sebelum ini selalu rosak? Ataupun sejak beli drpd 5tahun lalu masih lagi berfungsi dgn baik??Sekarang, mari kita semak kualiti handphone masing2 agar sesuatu tindakandpt diambil dgn segera...
Langkah 1-Sila taip *#06# pd kekunci handphone anda utk melihat Serial Number.
Langkah 2-Sila semak nombor apakah yg berada pada Serial Number yg bilangan ke tujuhdan lapan (XXXXXX??XXXXXX. ....)
Langkah 3-Berdasarkan perincian di bawah, sila semak dgn nombor yg ke tujuh dan kelapan pd Serial Number handphone anda td.
>>>Perincian 1Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 02 atau 20,
--->ini bermaksud handphoneanda telah dipasang di Emirates & kualiti sgt teruk .
>>>Perincian 2Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 08 atau 80,
--->ini bermaksud handphoneanda telah dipasang di Germany & kualiti biasa .
>>>Perincian 3Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 01 atau 10,
--->ini bermaksud handphoneanda telah dipasang di Finland & kualiti agak baik .
>>>Perincian 4Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 00,
--->ini bermaksud handphone andatelah dipasang di negara pengeluar handphone tersebut & kualiti sangat baik.
>>>Perincian 5Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 13, --->ini bermaksud handphone andatelah dipasang di Azerbaijan & kualiti paling teruk *
Saturday, June 7, 2008
Ahaks... Really supprised....uhuhuu
7 Jun 2008... pepagi lagi abang n adik aku dh bangun. kalo x, bukan men liat g diaorang ni nak bangun...huhuhu..aku ni dh le tido lambat... biler tengok diaorang bangun awal.. blur je rasa paler ni..dh xbleh nak pk...
tapi aku bangun je le. aku tanya abang..."nak balik kol baper bang?" ... "kol 8" ..ringkas jawapan abang... rasanya semalam pn aku ada tanya dia. kalo xsilap dia kata kol 10am.. erm.. xkisah la. blom sempat aku tanya... dia dh bagitau "abang nak p opis, amik barang dulu. kalo lambat satg.. takut lambat lak sampai" ...agaknya abang aku dh nampak aku blur2 kura kot sebab tu dia xtunggu aku tanya dulu... xpe la. dalam blur tu pun.. aku capai tuala terus p bilik air. kakak aku pn awal lak siapnya..... maleh nak pk coz aku mmg tengah mamai. layan forex nyer pasal la ni.
aku bukan jenis yang control ayu...ringkas je. pakai jeans, t-shirt n tudung... make up.. jangan harap la.. sapu bedak powder jer kat muka. lipstick pn xde... mmg simple giler. jap g kuar rumah..aku sarung sliper fish bone aku je.. ringkas n selesa.. kuang kuang kuang.
masing2 bawa la barang2 yang aku dengan kakak dh borong last week.. kakak aku pun siap nak tumpang p kejer... patut la bangun awal.. aku ngantuk g ni... sebelum kol 8am g kitaorang dh gerak kuar rumah. nek keter aku.... kalo nek keter kakak... (kancil), mmg xmuat la nak sumbat barang2 ni...
then, cam abang cakap semalam n pagi tadi... kami singgah opis abang. dia kata nak amik barang... so, aku dengan kakak lepak dalam keter je le tapi yang pelik sket...walaupun cuma keter kami je yang ada... abang tetap masuk parking.. heran gak sebab sebelum ni... kalo nak amik barang pn...dia lepakkan keter tepi showroom je.
erm... dari jauh, aku nampak keter warna putih... waaaaa....SAGA lol. aku cam nak jerit je. tapi tetiba terbantut bila teringat kata2 abang last monday... erm..slow je aku cakap dengan kakak "tu le keter orang nak. saga putih... tapi naper la depa bagi kat orang lain dulu..ampeh toi" ... kakak aku diam je. dia pn xkuar. sama je dengan aku..lepak dalam keter. abang dengan adik je yang dok sibuk panggey budak security tu soh buka pintu opis. tetiba abang pusing belakang n jalan ke keter ... port kitaorang la. "ya, hang kata nak tengok keter. jom arr.." aku pn bukan la excited sangat tapi p je la. sebab color keter tu....putih. mmg color yang aku berkenan sesangat.
then.. aku pn masuk la dalam showroom tu bersama2 abang, kakak n adik aku. belek2 la keter saga tu..cam jakun pn ada kalo aku ingat balik.. kuang kuang kuang.. pastu aku try la buka pintu..ahaks.. xkunci..adeh.. keter kat showroom mmg la xkunci.. sengal!! aku try la masuk...mak ai.. tinggi lol keter ni. bila duduk..adeh.. tenggelam la plak aku.. huhuhu... satu je aku xberkenan...lock stick dia.. xlawa. luasnyer la keter ni. acctually, aku beli keter dulu..xpenah test drive pn. aku men tanya abah, abang n adik aku je. diaorang kata ok..aku beli le..ekekeke.. masa aku tengok kat pasar malam putrajaya pn...aku main2 gitu je.. ni ler 1st time aku belek betul2... tapi apakan daya.. bukan keter aku...uwaaaa... sadis
pastu dh puas aku dok menjakun sorang2 dalam keter tu...abang datang. dia soh aku p tengok bonet. aku ni dh le xde semangat... slamber je aku cakap "alah..dh tau bonet dia luas. david arumugam dh bagitau.. bleh masuk 50 biji durian" ... abang aku diam je..then, dia cakap.. "alah, p je la tengok..." sebagai adik yang baik...aku pn p je la tengok. "wah..luas sungguh. bleh tido dalam ni" kui kui kui...
tetiba mata aku nampak plat no. uiksss.... "keter showroom pn ada plat no ke bang?" ... "ni keter yang dah ada orang, mmg la ada plat no" ... abang aku jawab...ringkas tapi sakit hati aku sebab aku teringat balik kata2 dia last monday. "ooo.. ni la keter orang yang potong 'q' tu" ... sinis aku jawab. sakit hati lol. keter yang aku patut dapat...depa bagi kat orang lain.. "wrk 5..."....waaa... naper la dapat kat orang lain.. mencinyer.. elok je plat no tu tersusun dalam bonet... aku perati je.. pastu aku belek balik bonet tu..acctually dalam bonet tu..ada plat no (depan & belakang), toolbox n sehelai kertas tapi sebab sakit hati nyer pasal..aku tengok plat no je.
agaknya kakak aku bengang tengok adik dia yang blur ni...dia datang kat aku.... "cuba hang tengok kertas tu...nama sapa?" ... "nama tuan keter la" .. blur nyer jawapan aku... mmg la nama tuan keter..xkan nama aku lak.. hahahahaa.. sengal skali g.. adeh.. "tengok je la.. baca skali".. kakak aku xpuas hati.. aku pn amik la kertas tu n baca...
terbeliak mata aku (O_O)... "erk... keter orang ke??" ... uwaaa..cam nak nangis je. aku pandang abang, kakak n adik aku..semuanya senyum n sengeh... waaaaa.. ni ler supprised paling best aku dapat.. terharu giler.. cam nak menitik je air mata aku.. mula la aku excited... waaa...best... mmg best giler. xsangka adik beradik aku wat supprised camni...terharunyer.... huhuhuuu
pastu abang n adik amik plat no tu sorang satu n pasang... abang hulur kat aku salinan geran keter.. iskh...cam xcaya je. mmg aku xbleh percaya lagi ni. abang amik kunci n kuarkan keter dari showroom.
pastu mula la operasi punggah barang dari keter lama ke keter baru. aku mmg terbelek2 keter tu. aku rasa cermin dia semacam je.. belum sempat tanya... adik aku buka mulut "tengok, abang siap tinted g keter ni.. " .. uiksss..padan la pun. "biler dapat keter ni bang?" aku tanya. "isnin" ... mak ai.. padan la isnin lepas abang call... ampeh.. sorok rupanya..
so.. kitaorang p hantaq kakak kat sogo n terus balik kg.. banyak kali gak abang soh aku drive tapi aku xmo..risau lol.. keter baru. biar la diaorang yang drive...
woooooowwweeeeeeeeeeeeeeee......best.... finally, aku dapat juga keter SAGA color PUTIH yang aku idam2kan selama ni... BESTTTTTTTT
Friday, June 6, 2008
Balik kg...adeh, xjadi la plak
6 Jun 2008... Jumaat. abang cakap nak balik kg time aku tanya semalam tapi dia xnak lak balik malam ni cuma dia cakap.. nak balik nek keter aku. xmo nek keter kakak so, balik kejer petang ni... jawabnya aku kener la p sana. ye la, kalo xguna keter aku pn..aku tetap kener balik kl dulu sebab semua kumpul kat sana. erm... maybe sebab keter aku luas sket kot n kali ni aku pn nak bawa balik banyak barang. hantaran kakak aku yang kami p beli kat nilai 3 last week.
Puas gak le aku menunggu abang balik kejer. adik aku dh balik, abang je blom. so, sementara nak tunggu...aku pn layan le forex dulu. kui kui kui... mmg dh terkenan dengan forex aku skang ni. nak2 baru seminggu nfp so, best gak tengok market.
Malam sket baru abang aku balik. lepas dia makan..ada gak aku tanya, bila nak balik. dia kata nak balik esok sebab dia tertinggal barang kat opis. malam ni opis dh tutup so, aku pn teruskan le layan forex...sampai malam. best gak... maklum le... member2 kat room havoc...ahaks
Dah ngantuk sangat baru aku tido... tu pun adik aku dh berpusing2 tido...
Wednesday, June 4, 2008
Minyak oh Minyak
Salam... Petang semalam masa tengah belek2.. Berita Harian & Utusan Malaysia online.... aku terbaca pasal PM panggey reporters tuk announce something...oil price. aku xle heran sangat pasal sebelum ni aku baca, depa kata harga minyak ikut harga pasaran start Ogos...
.jpg)




.jpg)

Monday, June 2, 2008
A phone call
pagi ni aku dapat call dari abang. lebih kurang camni la :-
aku: "hello, assalammualaikum".
abang: " waalaikummussalam".
aku: "naper bang?"
abang: "ya, plat 1980 xdak la. kalo lain2 plat boleh x? "
aku: "lor, ingatkan dh lupa pasal plat tu (senyum). xpe bang, amik je pa pe pn. xkisah. errr... keter dh ada ke?"
abang: "ada tu mmg la ada tapi depa bagi kat orang lain pulak. sepatutnya turn hang. tengok la nanti, abang cari lain ke"
aku: "hermm... (mode patah semangat)
abang: "confirm balik ni. ok ke no lain selain no tu?"
aku: "xkisah pn. kalo ada 1980 ok juga tapi kalo xde amik je la apa2 pn. skang ni plat apa bang?"
abang: "wrk... "
aku: "banyak lagi x? pasni plat apa lak?"
abang: "xtau la. skang ni pn dh masuk 5000. pasni wrl"
aku: "ermm.. wrl? cam xbest je. nak sebut pn susah"
abang: "dh tu hang nak plat mana?"
aku: "kalo amik wrk.. ada ke keternya?"
abang: "kalo hang nak, abang cuba la cari"
aku: "wrk la ok bang. wrl nak sebut pn cam xbest je. naper la depa bagi keter tu kat orang lain. ampeh sungguh"
abang: "erm.. xpe la. t abang try cari kat branch lain. color putih kan?"
aku: "haah. antara 3 color. putih, hitam or silver"
abang: "nanti la abang cari. kalau ada nanti, abang habaq"
aku: "erm.. ok. assalammualaikum"
abang: "waalaikummussalam"
so.. berakhir la perbualan aku dengan abang pagi tu. ampeh toi, sapa la potong 'q' aku...
'Dating' reramai...
Ermm... monday bluess... besak la. dah 2 hari cuti...pastu kener masuk opis laks.. hari isnin mmg hari yang xbest tuk masuk opis tapi aku happy2kan juga diri.. nnt buatnya xceria seharian.. baru tau.
2 jun 2008..nama aku tersenarai tuk ke perhimpunan bulanan JPM.. so, hari ni aku kuar awal dari rumah..tapi awal xawal juga la.. cam biasa je kot...huhuuuu. fuhhhhhhh..sib baik la 'parking aku' masih kosong...kalo x, mau puas gak aku melayan cari parking. actually, xde pn ditetapkan parking lot tuk sesiapa cuma aku dah selesa parking kat situ. xkira la.. samada parking motor atau keter.. aku selesa tuk parking kat tempat yang sama.. kira cam setia pada yang satu la ni..mukekekeee... bercinta dengan parking lot la plak.
masuk opis aku terserempak dengan Kak Nora...then berlaku la perbualan ringkas kat punch card 'mechine',
aku : "hari ni nama akak naik gak kan p perhimpunan? nnt akak ajak saya erk."
Kak Nora: "ok. nnt kak nora bagitau. ari ni kener berjalan je la...driver dah kener culik bawa p taman negara".
aku: "k la tu. exercise" then aku senyum ...kak nora senyum... aku lajak g masuk bahagian aku...
drop all my stuff kat atas meja.. kemas pa pe yang patut.... then bancuh milo...instant je.. kekeke.. sambil2 tu cam biasa la.. awal2 g dah on pc... check email.... kalo yang perlu di reply.. reply terus then yang xperlu tu.. lepas baca..delete je. xpn...tayah baca..terus je delete. maleh.
erm.. abis satu bab. sambil2 hirup milo panas ni.. belek2 kejer pe yang nak disettlekan ari ni... erm.. xla banyak sangat tapi bukan leh caya pn.. isnin ni selalu mood malas nak kejer tu datang xpayah nak ajak...ampeh.
tepat kol 7.45am.. kitaorang memulakan perjalanan ke JPM (parcel A). hari ni xde bas coz driver p Taman Negara so kener la jalan kaki. xpe la.. bukan selalu pn. aku jalan dengan Kak Nora. yang lain2 dah xtau katner. Sampai je kat sana.. Dato' SU n TSU(K) dah sedia menunggu. cam biasa la. kitaorang nyer line ditengah2 antara MARITIM dan JAKIM. bangga je tengok geng2 MARITIM dengan uniform diaorang. aku dah la minat orang beruniform..ekekekee.
Tepat kol 8.15am... Pak Lah dan menteri2 di JPM dah tercegat kat depan kami. tapi sesuatu yang xbest ari ni ialah.. pepagi g dah panas gilos. dah le angin xdo. mmg paneh..huhuu.. then aku minta la kipas mini dengan cik dah.. alahai.. mmg halus giler. xrasa angin pn...
lepas nyanyi lagu Negaraku dan satu lagu lain...koir dari jabatan mana ntah.. (aku rasa berterabur je diaorang nyanyi)... then, terus Pak Lah berucap... tapi ada satu ayat tu yang wat aku menegur..(aku rasa aku cakap slow je tapi Pak Lah bleh lak dengar...maybe ada menteri di JPM yang perbetulkan..huhuuu). ayat dia lebih kurang camni la...
Pak Lah : "syukur alhamdulillah. bertemu lagi kita dalam acara tahunan kita ini.....bla bla bla..."
waaaaa... dari jauh aku memperbetulkan....
"bukan tahunan la Pak Lah... tapi bulanan"
...aku mmg yakin sesangat yang aku cakap slow je.. kalo dengar pn maybe dak2 MARITIM dan JAKIM je.. tapi tetiba aku dengar kat depan nun...Pak Lah dah betulkan ayat dia...huhuuuuLepas lebih kurang menyampaikan ucapan yang berkisar dari pengalaman beliau semasa di Jepun.. kami dilepaskan... huh... amannyer. dah la panas... angin lak xde. maybe Pak Lah pn rasa apa yang kitaorang rasa.... mmg paneh sesungguhnya...
time balik...mak ai.. bersesak tol staff2 ni nak kuar. maklumlah..wakil2 jabatan dibawah JPM. then Cik Dah n Kak Farah ajak lalu ikut depan.. perghhhhhhhh jauh tu. erm. xpe la.. exercise. tapi xlama pn. kitaorang jumpa Kak Liha.. dengan xsegan silu.. Cik Dah minta tumpang bas opis dia ...huhuhuuu... anyway.. tq Kak Liha n staff2 B7..
dah abis rasanya.. maleh nak taip panjang2.....