Tuesday, July 29, 2008

Dan KESANNYA...

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

K, saya dah perlihatkan kepada anda semua apa itu KONTRAK SOSIAL secara lengkap dan ringkas. Kini saya ingin menarik perhatian anda mengenai kesannya apabila KONTRAK SOSIAL ini dihapuskan.

KONTRAK SOSIAL adalah satu perjanjian lisan dan tidak ditulis di mana2 kertas secara sendirinya tetapi ia di zahirkan melalui APERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. 4 perkara yang diterima oleh kaum Melayu diperjelaskan di dalam Perkara 3, Perkara 18 (1), Perkara 152 & Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan 1 perkara yang diberi oleh orang Melayu di jelaskan di dalam Perkara 14 perlembagaan yang sama.

Sekiranya KONTRAK SOSIAL ini dimansuhkan, dengan sendirinya kelima-lima perkara ini akan mansuh. Jadi, antara kesannya adalah :-

1) Malaysia kembali kepada sistem beraja seperti zaman sebelum merdeka. Tiada lagi kerajaan persekutuan.

2) Kaum Cina dan India luput hak kewarganegaraan dan terpaksa kembali ke negara asal.

3) Semua kakitangan awam akan lucut penjawatan dengan sendirinya kerana tiada lagi kerajaan persekutuan yang memerintah.

4) Tiada lagi negara MALAYSIA di atas muka bumi.

5) Tanah Melayu mungkin akan kembali di JAJAH.


Ini adalah antara kesan sekiranya KONTRAK SOSIAL dimansuhkan. Jadi, sebagai seorang rakyat yang CERDIK dan pemikir, kita seharusnya lebih prihatin mengenai sesuatu perkara yang hendak kita perkatakan.

Saya sendiri yang merasakan diri telah mengetahui segalanya tentang negara, rasa terlalu kerdil apabila didedahkan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Jadi nasihat saya kepada semua rakan-rakan, apabila kita bercakap biarlah kita bercakap based on fact dan proof... bukan hanya mendengar dan mempercayai. Saya bukanlah seorang fanatik politik but apabila saya bercakap atau mengatakan mengenai sesuatu, saya akan pastikan yang saya bukan seorang yang dungu. Dengan pendedahan ini, saya berazam untuk menjadi seorang rakyat yang lebih prihatin dengan Perlembagaan Persekutuan kerana hanya itu naskah yang mendedahkan di mana hak saya sebagai seorang rakyat.


Fikir-fikirkan lah... wassalam

No comments: