Tuesday, July 29, 2008

Secara Ringkasnya ....

K, rasanya kalau anda adalah golongan yang rajin membaca dan sukakan ilmu... anda dah baca post saya yang terdahulu. Petikan tersebut maybe terlalu panjang kepada yang xberapa rajin membaca...macam saya. So, saya ringkaskan disini...apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan KONTRAK SOSIAL

----> Secara umumnya.. KONTRAK SOSIAL merupakan PAKATAN MURNI diantara UMNO,MCA dan MIC dalam membentuk perpaduan kaum ke arah kemerdekaan MALAYSIA. Dalam kontrak sosial ini, kaum melayu MEMBERI SATU perkara dan MENDAPAT EMPAT perkara. Bunyinya macam xadilkan??? tapi perhatikan pula maklumat dibawah. By the way, saya suka nak bagitau disini bahawa bila terlalu dibincang dan dicabar, KONTRAK SOSIAL ini boleh berubah menjadi perkauman kerana kewujudannya adalah untuk membina PERPADUAN.

Kandungan KONTRAK SOSIAL adalah seperti berikut :-

MELAYU MENDAPAT 4 PERKARA iaitu :-

1) Agama Islam diiktiraf sebagai AGAMA PERSEKUTUAN
(Dalam masa yang sama, kaum2 lain tidak dipertikaikan hak beragama mereka. Mereka bebas mengamalkan agama dan cara hidup mereka)

2) Bahasa Melayu di jadikan BAHASA KEBANGSAAN
(Kaum lain terus boleh menggunakan bahasa ibunda mereka tanpa ada sekatan)

3) Hak-hak keistimewaan orang MELAYU
Dari segi :-
a) Pendidikan
b) Ekonomi
c) Tanah Rezab
d) Perkhidmatan Awam

(Dalam masa yang sama,kaum lain turut mendapat apa yang diperolehi mengikut peratusan tertentu)

4) Kedudukan Raja-raja Melayu dalam Perlembagaan Malaysia


MELAYU MEMBERI 1 PERKARA iaitu:-

1) Hak kewarganegaraan kepada kaum cina dan india

Kalau anda baca secara tidak berfikir, anda akan nampak perkara ini tidak adil tetapi sekiranya anda seorang yang berhati2 dan pemikir, anda akan dapat lihat apa sebenarnya KONTRAK SOSIAL ini dan mengapa ia perlu dipertahankan dan kenapa ia tidak harus di nafikan.

Wassalam

No comments: