Wednesday, July 30, 2008

InterFaith Commission (IFC)

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Maybe ramai yang pernah dengar tentang InterFaith Commission atau IFC. Satu ketika, ia sering dilaung2kan terutama oleh rakyat MALAYSIA dan kadang kala melibatkan campurtangan kuasa asing tapi adakah kita tahu apa sebenarnya IFC.

Setelah melalui satu kursus baru2 ini, saya tertarik untuk berkongsi info mengenai IFC ini. Dan hari ini, di awal pagi lagi, saya telah google didalam internet untuk mencari maklumat mengenai IFC walaupun sebenarnya pendedahan dan info awal saya perolehi dalam kursus tersebut.

Petikan dari internet ini tidak sekali2 saya edit dan sekiranya anda berminat, bolehlah layari http://www.aliran.com/oldsite/monthly/2005a/6g.html untuk maklumat yang lebih lengkap.

Berikut adalah petikan dari web terbabit. Semoga kita sama2 beroleh kesedaran:-

Apa itu InterFaith Commission???

----> “…sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: Islam) akibat desakan penganut agama lain."

“Badan ini berfungsi mirip sebuah Mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit.”

Apakah agenda tersembunyi IFC?

----> The IFC attempts to bypass and usurp the powers of State Islamic Religious Bodies
(IFC cuba untuk melangkau dan merampas kuasa Badan Agama Islam Negeri)

---->The IFC will bypass the Shariah Courts
(IFC akan melangkau kuasa Mahkahmah Syariah)

---->The IFC wants to use Civil Courts to decide on Islamic Religious Matters
(IFC ingin menggunakan kuasa Mahkamah Sivil bagi membuat keputusan mengenai perkara-perkara berkaitan agama Islam)

---->The formation of IFC is an interference in Intra-Muslims Affairs (NOT the Inter-Religious Affairs)(sic)
(Pembentukan IFC adalah bertujuan untuk campurtangan urusan hal ehwal dalaman Islam dan bukannya urusan hal ehwal antara agama)

---->The IFC will eventually infringe the Muslims’ rights to practise Islam in accordance with the Teachings of the Holy Qur’an and the Hadith”
(IFC akhirnya akan mencabul hak orang Islam untuk mengamalkan Islam berpandukan ajaran Kitab Suci Al-Quran dan Hadith)

Mengapa IFC dikatakan begitu :-

“Pihak Penaja jelas menunjukkan sikap yang anti-Islam. Ini adalah kerana beberapa memorandum yang dikeluarkan oleh mereka sebelum ini seperti berikut:-


1) Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2) Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3) Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4) Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5) Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam.
6) Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
7) Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
8) Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pesakanya selepas kematiannya.
9) Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.
10) Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
11) Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
12) Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
13) Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
14) Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
15) Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.”


Setelah anda mengetahui apakah itu IFC, sebagai seorang Islam... apakah perasaan anda. Perkara-perkara ini tidak akan timbul sekiranya sebagai seorang Islam berbangsa Melayu yang percayakan kewujudan ALLAH tidak mempertikaikan apa yang disuruh dan di larang oleh Allah S.W.T dan mengikut ajaran Nabi Muhammad S.A.W tanpa banyak persoalan.

Fikirkan lah... wassalam

No comments: