Wednesday, February 25, 2009

Layakkah kakitangan awam naik gaji lagi?

MERUJUK kepada berita di Utusan Malaysia, semalam, saya berpendapat bahawa cadangan CEUPACS supaya kerajaan mengkaji semula gaji ahli-ahlinya sebagai melampau dan akan membebankan kerajaan.

Kenapa kesatuan itu tidak turun padang dan saksikan serta nilai sendiri prestasi kerja ahli-ahli CEUPACS. Adakah ia setimpal dengan gaji dan elaun yang dibayar sekarang? Rata-rata mereka ini dibayar lebih dari apa yang mereka lakukan.

Sebagai seorang pesara di Perkhidmatan Awam (bersara pilihan) saya rasa berdosa kepada umum kerana menerima gaji dan elaun yang tidak sepatutnya.

Pada usia persaraan sekarang 58 tahun, apa yang mereka boleh lakukan?

Di kebanyakan jabatan di peringkat umur ini mereka hanya berehat-rehat dan memikirkan masa persaraan sahaja.

Sikap melampau CEUPACS ini semacam satu ugutan kepada setiap Perdana Menteri baru.

Tengok-tengok sendiri berapa ramai dari penjawat awam yang betul-betul menyokong kerajaan.

Dengan alasan apakah permohonan kenaikan gaji yang dipohon kali ini?

WALLANG ANGGUN
Gerik, Perak

### SAYA SETUJU SANGAT!!! walaupun saya seorng kakitangan awam. "Kejer gomen senang.. terjamin... gaji every month masuk..." so, jenis2 manusia yang berfikiran camni la yang menghancurkan masa depan negara. Bukan setakat yang lama.. yang baru pn sama je. Saya MMG XSETUJU BILA CUEPACS MINTA BONUS MASA GOMEN BARU NAIKKAN GAJI, MINTA DIPANJANGKAN UMUR PERSARAAN, MINTA DIPANJANGKAN TEMPOH CUTI BERSALIN... masa CUEPACS minta semua ni... saya xtau dia tanya sapa.. saya rasa dia xde pn buat survey ke atas semua kakitangan kerajaan.. tetiba je kuar permintaan camni.. dan kami diperingkat bawah ni.. tertanya2 dan terpinga2.. naper perlu minta semua ni.
Kalau masuk kejer pagi..pastu punch.. then p cafe.. sampai 2-3 jam.. then... masuk opis balik...sembang.. pastu kuar lagi tuk lunch.. sebelum waktunya.. for 2-3 hours... then.. masuk sembang2.. main game.. tengok youtube.. pastu pakai tipon opis.. call sedara mara, kawan2, settlekan permohonan anak beranak..adik beradik.. pastu tepat waktu balik..punch out. esok masih ulang benda yang sama...
cukup bulan.. terima gaji. mmg xsemua orang lakukan perkara ni.. tp kebanyakkan.. saya rasa CUEPACS kener kaji semua benda ni dalam2 sebelum buat permintaan bukan2.
Saya sebagai kakitangan awam yang masih baru.. rasa terlalu 'xbermaruah' bila org mengata kami disebabkan apa yang kami xtau langsung.
Apapun yang CUEPACS nk minta... lain kali buat survey ke atas semua kakitangan awam... buat keputusan berdasarkan survey. kita hidup dengan gaji dari duit rakyat tp kalau jawab telefon pn malas.. cakap kasar2.. kejer tunggang terbalik.. berbaloi ke semua tu nnt... ingatlah.. kebanyakkan kakitangan awam adalah berbangsa Melayu... beragama Islam... semua tu akan dihitung kemudian hari.....mmg la alasan diaorang jaga kebajikan kakitangan awam peringkat bawah tp masalahnya.. jaga tu biarlah berpada dan jaga sampai kami masuk kubur nnt kalo bleh coz saham masing2 kongsi kalo dh tau kejer cam ampeh tp masih nk naik gaji.. sapa xnak kejer camtu... that's y la ada sesetengah kakitangan awam yang selesa kejer bertahun2 malah berpuluh tahun di sesuatu jabatan... tp bila kiter tanya pasal fungsi jabatan...ampeh xtau. cuba hantar p training kat mana2 GLC untuk tempoh beberapa bulan tengok.. confirm minta berhenti.... jangan terlalu selesa didunia RENUNG-RENUNGKAN.. Selamat Beramal ###

No comments: