salam all..
ok kat melaka ni ade kilang yg buat seat ape2 jenis material...skrg ni tgk looking for projek dari scomi, proton, isuzu, innokom..tgh close deal...
shaz kat hq..skrg ni kilang shaz ni tgh buat development utk seat blm...mmg cun...cume kete ayie will next projek..skrg tgh buat guna fabrik kat blm advisor opis..
ade bermcm jenis kaler..korang just pilih kaler n kilang buat kan..korang leh buat site visit kat kilang tu jgk...
HARGA SEAT:
Fabric RM650
Pemasangan mengambil masa 2 hari
Semi Leather 70% kulit 30% PVC RM 1500
siap pemasangan. masuk pagi kuar tghari atau ptg.
Full Leather 100% pure cow leather RM 1800
siap pemasangan. masuk pagi kuar tghari atau ptg.
Jika berminat leh ltk deposit 10% pastu balance masa pemasangan seat cushion tuh. COD
nak htr weekend pun boleh. by appointment.
design mengikut sporty and stylish
kalau nak embroidery logo atau custom kat seat tu pun ok gak..leh buat...its free.
kalau nak bgtau shaz or ayie...kualiti jahitan mmg mabeles....percaya lah..
lagi satu nak selitkan ade juga dijual child seat for baby newborn 9 bulan and for baby sampai umur 9-11 tahun. harga akan diberi kendian. but mmg cun. sporty and stylish gak...gambar tgh ari saya akan upload.
Antara soalan yang telah ditanya:-
S-1) harga mcm?siap pasang ke?
J-1) harga siap pasang la..
S-2) sesiapa yg ada gambar seat gen 2 CPS bleh tlg upload gambar bleh tak?? aku nk buat seat aku camtu.. hehehe...
J-2) ok yang ni designer kilang shaz ade propose utk blm yg lebih kurang gen 2 cps. leather....dat one dah siap logo prosboc
S-3) variety of color lak camne shaz? errr... kalo cam akak ni yang kat sarawak... iksh, ada peluang ker erk??
J-3) colour leh pilih tapi design still sama mcm type a, b. c......kalau pasang sana if akak kumpulkan berapa org nak tkr (possible more than 8-10 kereta) then kt leh buat arrangement org dtg ke sana utk pemasangan
S-4) aku dummies skit pasal quality seat nie.. blh tlg explain skit x apa makna, quality dan beza:-
J-4) Fabric = high grade fabric dgn fire retardent property (setakat abu rokok jatuh ok lagi, jgn cucuh dahle)
Semi Leather = 70% is genuine kulit lembu dr Itali (nk kerbau pun boleh, tapi mahal skit) & 30% PVC utk tmpat2 yg x directly touching badan kita.
Full Leather = 100% genuine kulit lembu dr Itali.
S-5) Xde wat skim ansuran bulanan ker?? habis bayar baru dapat barang...
rasanya ramai berminat ni cuma maybe kekangan dari segi kewangan.. (kalo nk kuarkan sekaligus la)
J-5) Setelah berbincang, bayaran ansuran telah diluluskan. Last payment terus leh bayo...sapa nak cpt2 bgtau aku..sobab eh nak kumpul berapa ramai yg berminat nak buat skim ni..ni bkn skim cpt kaye..no interest. harga maintain
LAKARAN GAMBAR:-
Tuesday, March 31, 2009
Tawaran baik punya... only for PROSBOC Members
Thursday, March 26, 2009
Release Tension










Rasanya sejak ke sini.. blom penah lagi la aku merilekskan diri secara sepenuhnya...
balik rumah pn masih bawa balik kejer... uwaaa.. nasib baik blom berlaki, kalo x...confirm laki minta cerai...adehhh.. (Cettt...cabul tol jari..)
hermmm... that day member club ada call aku.. ajak p men boling dengan bebudk club yng lain.. so, walaupun masa tu sebenarnya hari Sabtu...n aku kat opis..
Aku setuju je la ..padahal aku bukan pandai pn men boling.
1st time aku main boling... 31 Ogos 2008...hari yang sama aku pasang bodykit keter kesayangan aku.
so.. ada la 3-4 org yang datang malam tu.. masing2 beraksi dengan bola masing2...
dalam bengong2 men tu... sempat gak la aku strike 4 kali dalam game 1st n 3rd. game 2nd.. mmg hancur.. wakakakaka
lepas blasah boling... kitaorang gerak ke Masjid Bahagian.. p blasah nasi ayam penyek... ntah apa la keistimewaannya tp malam tu... nang pedas la nya pn sambal... mok terbakar mek pn mulut... erkkk.. korunk paham x?? x erk.. xpe la. bahasa baku sarawak tu... muekekekee
aku kt sini menaip..menulis.. bleh la. tp kalo bercakap.. jangan harap. wat gelak dek orang jerk.
k ler.. nk sambung kejer.. nnt kalo boring2.. aku menaip lg
sebenarnya tengah banyak kejer tp aku rileks jap. mata ni cam dh kener tumbuk... lebam!!!!
Friday, March 20, 2009
Sunday, March 1, 2009
Majlis Bercukur Haziq
Hari ni hari ke-2 aku kt kg n hari ni gak mak wat majlis cukur rambut tuk cucu sulung dia. Agak besar gak la majlis ni... cam kenduri bertunang lak aku tengok... hehehee
Mmg excited la mak aku dengan kelahiran cucu pertama ni. Naik pangkat la katakan...
Penat nk taip so, korunk tengok je la gambar sekitar majlis ni erk. Actually bercukurnya dh awal cuma majlis lambat sket coz mak nk tunggu aku balik
Saturday, February 28, 2009
Ain vs Haziq
(Ain sedang mengusha Haziq tuk sembang dengan dia)
akhirnya aku sampai gak kat kg semalam
(tengok la betapa sayangnya Ain dengan Haziq)
punya la penat....
flight sepatutnya kol 6.50pm tp delay sampai 7.20pm
so, sampai sini pn lambat la...
(Ain cuba pujuk Haziq yang majuk)
pastu tunggu abang datang amik.. melangut la juga kat airport
then, p amik adik ipar abang kat rawang... balik tasik selatan jap... terus balik pahang
hari ni cuma rehatkan diri jer...
(Ain dh abis akal nk pujuk coz Haziq wat bo layan jerk... Ain start 'main' kasar...Haziq redha je la maksu)
sambil melayan pangai adik dan anak sedara...
kat sini aku attachkan sket aksi ain dan anak sedaranya... haziq
(ntah apa la disembangkan Ain sampai Haziq tersenyum)
Wednesday, February 25, 2009
Layakkah kakitangan awam naik gaji lagi?
MERUJUK kepada berita di Utusan Malaysia, semalam, saya berpendapat bahawa cadangan CEUPACS supaya kerajaan mengkaji semula gaji ahli-ahlinya sebagai melampau dan akan membebankan kerajaan.
Kenapa kesatuan itu tidak turun padang dan saksikan serta nilai sendiri prestasi kerja ahli-ahli CEUPACS. Adakah ia setimpal dengan gaji dan elaun yang dibayar sekarang? Rata-rata mereka ini dibayar lebih dari apa yang mereka lakukan.
Sebagai seorang pesara di Perkhidmatan Awam (bersara pilihan) saya rasa berdosa kepada umum kerana menerima gaji dan elaun yang tidak sepatutnya.
Pada usia persaraan sekarang 58 tahun, apa yang mereka boleh lakukan?
Di kebanyakan jabatan di peringkat umur ini mereka hanya berehat-rehat dan memikirkan masa persaraan sahaja.
Sikap melampau CEUPACS ini semacam satu ugutan kepada setiap Perdana Menteri baru.
Tengok-tengok sendiri berapa ramai dari penjawat awam yang betul-betul menyokong kerajaan.
Dengan alasan apakah permohonan kenaikan gaji yang dipohon kali ini?
WALLANG ANGGUN
Gerik, Perak
### SAYA SETUJU SANGAT!!! walaupun saya seorng kakitangan awam. "Kejer gomen senang.. terjamin... gaji every month masuk..." so, jenis2 manusia yang berfikiran camni la yang menghancurkan masa depan negara. Bukan setakat yang lama.. yang baru pn sama je. Saya MMG XSETUJU BILA CUEPACS MINTA BONUS MASA GOMEN BARU NAIKKAN GAJI, MINTA DIPANJANGKAN UMUR PERSARAAN, MINTA DIPANJANGKAN TEMPOH CUTI BERSALIN... masa CUEPACS minta semua ni... saya xtau dia tanya sapa.. saya rasa dia xde pn buat survey ke atas semua kakitangan kerajaan.. tetiba je kuar permintaan camni.. dan kami diperingkat bawah ni.. tertanya2 dan terpinga2.. naper perlu minta semua ni.
Kalau masuk kejer pagi..pastu punch.. then p cafe.. sampai 2-3 jam.. then... masuk opis balik...sembang.. pastu kuar lagi tuk lunch.. sebelum waktunya.. for 2-3 hours... then.. masuk sembang2.. main game.. tengok youtube.. pastu pakai tipon opis.. call sedara mara, kawan2, settlekan permohonan anak beranak..adik beradik.. pastu tepat waktu balik..punch out. esok masih ulang benda yang sama...
cukup bulan.. terima gaji. mmg xsemua orang lakukan perkara ni.. tp kebanyakkan.. saya rasa CUEPACS kener kaji semua benda ni dalam2 sebelum buat permintaan bukan2.
Saya sebagai kakitangan awam yang masih baru.. rasa terlalu 'xbermaruah' bila org mengata kami disebabkan apa yang kami xtau langsung.
Apapun yang CUEPACS nk minta... lain kali buat survey ke atas semua kakitangan awam... buat keputusan berdasarkan survey. kita hidup dengan gaji dari duit rakyat tp kalau jawab telefon pn malas.. cakap kasar2.. kejer tunggang terbalik.. berbaloi ke semua tu nnt... ingatlah.. kebanyakkan kakitangan awam adalah berbangsa Melayu... beragama Islam... semua tu akan dihitung kemudian hari.....mmg la alasan diaorang jaga kebajikan kakitangan awam peringkat bawah tp masalahnya.. jaga tu biarlah berpada dan jaga sampai kami masuk kubur nnt kalo bleh coz saham masing2 kongsi kalo dh tau kejer cam ampeh tp masih nk naik gaji.. sapa xnak kejer camtu... that's y la ada sesetengah kakitangan awam yang selesa kejer bertahun2 malah berpuluh tahun di sesuatu jabatan... tp bila kiter tanya pasal fungsi jabatan...ampeh xtau. cuba hantar p training kat mana2 GLC untuk tempoh beberapa bulan tengok.. confirm minta berhenti.... jangan terlalu selesa didunia RENUNG-RENUNGKAN.. Selamat Beramal ###
Wednesday, February 11, 2009
Yummy..
sejak aku try wafer kat Wisma Wan, aku jadi minat lak... yummy.. mmg lazat
memula dulu xtau pastu camne ntah aku bleh terlibat dengan wafer ni
... dulu abang aku pn slalu gak beli time kitaorang balik kg... beli kat Petronas Highway Karak-KL tp xde la sesedap yang ni. aku ni simple jer. kalo aku dh suka, aku xbanyak cakap n aku biasanya akn setia dengan yang tu je.
sejak kat sini, ada la 2-3 tempat yang aku mmg suka p makan.. orang cakap sini susah cari makanan halal.. maybe juga la tp itu mula2. dh lama2 ok la
xsusah sangat pn cuma kener selalu tanya orang la.
antara tempat yang aku slalu p makan atau tapau makanan adalah di Magic Bite, Wisma Wan
(waffer coklat+peanut butter), nasi ayam + air asam (SCR), mee jawa (Labu Labi), seafood (Top Spot). yang lain2 tu xde la sangat..... tp aku biasa gak le ke Simply Sedap dan JnJ Cafe. ni antara restoran yang biasa dikunjungi dalam area Kuching. selain tu... Cili Padi dan Chilli Peppers
Monday, February 9, 2009
End of CNY
aku baru je balik dari
makan malam..
hermmm..hari ni aku terima undangan makan malam sempena penutup CNY dari kung kung dan appo yanti... dia pn p skali.
actually, bila aku kat sini... aku boleh dikatakan ada keluarga angkat cina la. time CNY hari tu pun aku p gak rumah dia tp raya ke 4 . then..dapat ang paw g.. jangan jeles. masakan yang di sediakan tuk kitaorang, mmg kawan melayu dia yang masak n bekas pn bekas baru.. so xde ragu2 la.
macam malam ni.. mmg dia dh niat nk celebrate dengan kitaorng... makan seafood kat top spot
. ni 1st time la aku p sana. xsusah pn nak cari sebenarnya tp aku jarang drive kat kuching ni so, semedang la sesat. cam ari tu.. dari pasar satok.. bleh lak aku lepas ke pending industrial area... citer dengan bebdk kuching.. sesia je kitaorang kener gelakkan. time jalan2 dengan mmbr2 kat sini....lor, rupanya jalan yang kitaorang sesat tu xde la jauh pn dr kawasan kitaorang...ampeh tol tp kalo xsesat, xtau... xchallenging...kkekkeee
macam2 yang kitaorang bedal
malam ni.. 
last2 ada sket
la yang xabis. perut dh penuh... sedap2 lak tu.. huhhuuu... best. thanks appo n kung2.
dalam perjalanan balik... kitaorang lalu depan The Spring.. tengok je la. sepanjang aku kat sini, baru sekali kot aku ke sana.. aku xsuka sangat suasana dia. tp maybe akan datang, aku akan ke sana lagi la.. kalo p sana.. aku pasti akan tuju kedai coklat ...kekkee.. nang sik boleh ditangga la. mun di tangga juak... mok satu kedey mek borong ... tp bila p sana... automatik rasa nk balik langkawi....huhuhuu... rindunya pada coklat.
otw balik rumah... waaa.. banyaknya la kerdipan bunga api di angkasa... maklum le. malam last. itu blom lagi tengok malam tahun baru. 1st time aku betul2 berada dalam kawasan chinese yang sambut tahun baru... macam terkena kejutan juga la. meriah gila2.. walaupun bising yang boleh sampai tahap nk pecah gegendang telinga tp apa yang boleh aku katakan... mmg best
yang xbest adalah time raya cina.. seminggu kedai tutup. yang buka kat area aku ni.. cuma KFC n Sugar Bun jer.. adehhh... kononnyer satu petang tu aku nk la p beli wafer kesukaan aku kat Wisma Wan..last2 tengok.. perghhhh...mata aku ni cam xmo lak tertutup. semua kedai tutup. xpenah2 la aku tengok keadaan camni... pastu aku terus p one stop n kebetulan kikull call aku ajak p makan kat j n j cafeteria.. ada gak teman aku nak berborak.
eh....melalut lak. so, sepanjang lebih kurang 2 jam kami dengan kung kung dan appo tadi... ada la sket2 gambar yang aku sempat snap. yang nyata.. makanan malam ni... nang best la. Thanks appo dan kung kung... happy chap goh meh..
Sunday, February 8, 2009
My sister in law... finally delivered
ahaks... akhirnya petang tadi dalam pukul 6pm aku terima sms dari adik perempuan aku...
"kak long dh selamat bersalin. kiter semua dh naik pangkat. baby boy, berat hampir 3kg, lahir di hkl pukul 5.50pm, 8.2.2009". nama baby blom tau g tp tadi aku sms dengan adik perempuan aku. dia cakap dia penah sembang dengan kak long pasal ni. kak long cakap nnt nk letak nama wan mohd...... something la. heran gak aku. naper ada wan coz setahu aku keturunan aku xde wan. rupanya, baru2 ni masa abang aku balik kg dalam bln 1, pak ngah aku bagitau yang tok ayah aku (ayah abah) keturunan blah raja siam... perghhhhhhhh... aku ada darah siam ker?? adehhh.... xtau le plak selama ni. so, kebetulan kakak ipar aku nk bersalin, dia soh la guna nama wan tu... hermmm... ntah la. tengok camne nnt. xk isah apa2 pn. janji semua selamat. xsabarnya aku nk balik kg.
dan yang paling bangga tentulah abang aku coz what?? this is hadiah bzday dia yang paling berharga. hari ni juga adalah bzday abang aku ke 32. dan pada hari ulangtahunnya, dia terima putera sulung sebagai hadiah dari isteri tercinta... bangga beb
aku blom tengok pn gambar baby tu coz semua blom dapat tengok. mak pn sms bagitau yang dia belum tengok. esok kot. so, hari ni masing2 berkampung kat rumah abang di tasik selatan. nasib baik gak esk semenanjung xkejer. cuti thaipussam. so, kalo xde pa pe aral dan boleh kuar esok, abang akan terus bawa kak long balik pahang. coz aku m asih ada sorang g adik yang bersekolah. even dia bleh jaga diri, tp mak aku xbetah nk biar dia time hari skolah.
actually, aku suka gak sususan yang secara tak sengaja berlaku dalam family aku ni. mana xnyer. mak abah aku, masing2 anak ke dua dalam family (satu mak satu ayah coz atuk nenek aku kawen lebih dari skali). kebetulan gak, dalam adik beradik mak abah aku yang satu mak satu ayah ni... mmg ada 2 anak je. so, dedua kira anak kedua merangkap bongsu la. beza mak dan abah aku 7 tahun.
abang aku dengan kak ipar pn sama. beza 7 tahun. abang anak pertama, kak long pn anak pertama... dan baby yang lahir ni adalah cucu pertama kedua2 keluarga.
kakak aku dengan abang ipar?? herm... kedua2nya adalah anak kedua dalam family masing2. nnt bulan 4 ni kakak aku deliver, baby tu merupakan cucu kedua dalam family aku.
aku??? iksh... blom ada jawapan.
adik aku plak.. baru2 ni dia bertunang. kebetulan gak, tunang dia tu anak keempat. sama cam dia. so, aku nnt kener cari anak ketiga gak ler...ehikss
so, semua kebetulan ni mmg menyeronokkan. actually masa adik aku nk bertunang baru ni abah aku terperasan. kalo x, xde sapa pn amik port.
kebetulan lagi... sepatutnya kak long dijangka bersalin 14 feb tp maybe baby dh xsabar nak tengok ayah dia.. so, dia pn menjenguk dunia pada hari ni. sama tarikh lahir dengan ayah dia. rasanya berbaloi abang dan kak long menanti selama hampir dua tahun untuk melihat zuriat sendiri. semoga hidup mereka akan lebih berma
kna... tahniah.
*** yes... akhirnya dapat gak gambar baby dari ibu dia.. ehiks.. wahh..anak sedaraku. xsabar rasanya mak lang nak peluk cium. tunggu mak lang balik tau. tp nama blom tau lagi


