Monday, June 21, 2010

SIMBOL 'PEACE' - MILIK SIAPA!??

* Petikan dr email yang di terima.... hayatinya

IMBOL 'PEACE' - MILIK SIAPA!??
Blabber t' yer mates
Day o' the Sun roundabouts 4:46 in the evenin'
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs613.snc3/32247_119321098104129_100000787178560_109885_416996_n.jpg


Salam hormat kepada seluruh ummat Islam,

Sila perhatikan isyarat jari seperti gambar diatas.Mungkin anda pernah melihatnya dan ikut melakukannya terutama ketika bergambar.Ya,itu adalah simbol 'PEACE/KEAMANAN' seperti yang digembar gemburkan diseluruh dunia.Kita biasa melakukannya sebagai isyarat spontan terutama ketika bergambar.Tetapi berhati-hatilah,kerana ada sesuatu maksud terhadap 'simbolik' pada perbuatan tersebut ('V').Sekiranya anda belum mengetahui,sila ambil tahu sekarang.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs540.snc3/30597_119322198104019_100000787178560_109893_7850598_n.jpg


Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Britain ).

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya.Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud ; Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri)

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs540.snc3/30597_119322421437330_100000787178560_109895_3357164_n.jpg
Gambar sebelah kiri adalah simbol yang telah diubahsuai dan digunakan sekarang, gambar tengah adalah cabang asal 3 rukun gerakan syaitan atau kedamaian oleh syaitan dan gambar sebelah kanan adalah logo asal kumpulan Gereja Syaitan. Lihat gambar kecil berbentuk bunga di atas palang, ia adalah logo nazi.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs560.snc3/30597_119322608103978_100000787178560_109907_6267733_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs560.snc3/30597_119322668103972_100000787178560_109909_2064489_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs560.snc3/30597_119322698103969_100000787178560_109910_7752560_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs560.snc3/30597_119322721437300_100000787178560_109911_4291772_n.jpg


Oleh itu berhati-hatilah,berpesan-pesanlah pada mereka yang belum mengetahui..krn jgnla kita membiarkan walau perkara yg sekecil ini,menjadi amalan dan budaya ummat Islam tanpa kita sedari.

WALLAHUALAM

Sumber : IbnuYaacob
Prepared By : PermataDunia

Demonstrasi Anti-Yahudi yang nyata Sia-Sia

*Petikan email yang diterima dari En Chopi... thanks

Demonstrasi Anti-Yahudi yang nyata Sia-Sia

by admin on 08/06/2010
Share997

Artikel dari Ustaz Pahrol ini amat menarik dan mungkin akan terpalit betul-betul di dahi majoriti orang Melayu kita yang sibuk dengan kempen boikot dan demonstrasi yang kononnya menunjukkan gelagat tidak puas hati terhadap Israel . Kami kongsikan artikel ini untuk bacaan pembaca Oh! Islam yang berminat (nyata tiada paksaan).

**********

Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.

“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel . Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.

“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”

Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.

“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”

Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”
“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”
“Kenapa Pak Cik?”
“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”
“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.
“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”
“Winston from America ?” bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.

“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.
“ Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.
“Apa dia?”
“Solat Subuh berjemaah.”

“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.
“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”
“Kita mesti sanggup memikul senjata.”
“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”
“Saya tak faham.”

“ Pak Cik , Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”
“Apa yang menyakitkan mereka?”
“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”
“Jadi?”
“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cik tersebut dengan senyuman.

“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”
“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza !”
“Awak sindir saya?”

“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”
“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”
“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”

“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”
“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”
“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”
“Contoh?”
“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”

Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”
“Ketiga-tiga isme itu sama.”
“Sama?”
“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”
“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”

Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.
“ Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”
“Misalnya?”
“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”
“Lagi?”
“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”
“lagi?”

“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”
“Idola Amerika?”
“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”

Pak Cik itu batuk-batuk.
Saya urut belakangnya.
“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.
“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”
“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”
“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”

“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “

“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”
“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”

Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?

Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!

Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:
“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”

Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?

OHISLAM: SAMPAIKANLAH ILMU WALAU HANYA DENGAN SATU AYAT

Wednesday, May 26, 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Video Klip)

Shahir AF8 – Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Monday, May 3, 2010

Takziah.. Perginya mereka tanpa di sangka

Petikan dari Kosmo Online

Bayi antara lima maut kemalangan

KUANTAN - Bayi lelaki berusia empat bulan merupakan salah seorang daripada lima sekeluarga yang terbunuh dalam kejadian kemalangan di Kilometer 88, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur dekat Kampung Karak Setia, Karak kira-kira pukul 4 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Rosli Abdul Rahman berkata, bayi tersebut, Mohd. Hakim Abdul Wafi maut di tempat kejadian akibat parah di kepala, muka dan beberapa bahagian badan yang lain.

Ahli keluarga bayi tersebut yang turut maut ialah bapanya, Abdul Wafi Faujan, 41; ibunya, Noraini Ahmad, 29; ibu serta bapa saudaranya, Norhayati Ahmad, 39, dan suaminya, Zulkefle Jalil, 54.


Petikan dari Berita Harian Online

5 sekeluarga maut kereta bertembung
Oleh Irwan Shafrizan Ismail dan Shahrul Nizam Mohamad
bminggu@bharian.com.my
2010/05/02

Bayi empat bulan antara terbunuh

KUANTAN: Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi lelaki berusia empat bulan apabila kereta Proton Wira yang dinaiki bertembung dengan kereta jenis Honda Civic dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 88 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, berhampiran Kampung Karak Setia, Karak semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, dua daripada mangsa disahkan meninggal dunia ialah di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala manakala tiga lagi mangsa meninggal dunia di Hospital Bentong.
Mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu Proton Wira, Abdul Wafi Faujan, 41, dari Jalan Raja Ali Kampung Baru, Kuala Lumpur; penumpang hadapan yang juga isterinya, Noraini Ahmad, 29, dari Felda Kumai, Triang; anak mereka, Mohd Hakim Abdul Wafi, 4 bulan; penumpang belakang yang juga kakak ipar pemandu, Norhayati Ahmad, 39 dan suaminya Zulkefle Jalil, 54, masing-masing dari kampung Sementeh, Lanchang.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman berkata, seorang lagi penumpang kereta Proton Wira itu dan dua orang yang menaiki kereta Honda Civic yang masih belum dikenal pasti, turut mengalami kecederaan.

Beliau berkata, ketika kejadian, Proton Wira terbabit dikatakan dalam perjalanan dari arah pekan Karak ke Lanchang.

"Siasatan awal mendapati Proton Wira terbabit dipercayai cuba memotong sebuah kereta lain di depannya yang dipercayai memandu terlalu perlahan.
"Bagaimanapun, ketika cuba memotong kenderaan terbabit, tiba-tiba sebuah Honda Civic datang dari arah bertentangan menyebabkan kedua-dua kereta terbabit bertembung," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Rosli berkata, akibat pertembungan itu, dua mangsa yang menaiki Proton Wira terbabit maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, muka dan badan.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Bentong turut dipanggil untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta terbabit.

“Siasatan lanjut masih dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222.


Petikan dari Utusan Malaysia Online

5 sekeluarga termasuk bayi terbunuh

KUANTAN 1 Mei - Lima sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia empat bulan maut apabila kereta Proton Wira yang dinaiki mereka bertembung dengan kereta Honda Civic dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 88, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur berhampiran Kampung Karak Setia, Karak hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 4.30 petang itu, dua daripada mangsa terbabit menemui ajal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala tiga lagi mangsa meninggal dunia di Hospital Bentong.

Mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu Proton Wira, Abdul Wafi Faujan, 41, dari Jalan Raja Ali, Kampung Baru, Kuala Lumpur serta isterinya, Noraini Ahmad, 29, yang berasal dari Felda Kumai, Triang.

Turut maut ialah bayi mereka, Mohd. Hakim Abdul Wafi serta penumpang belakang yang juga kakak ipar pemandu, Norhayati Ahmad, 39, dan suaminya, Zulkefle Jalil, 54, masing-masing dari Kampung Sementeh, Lanchang.

Seorang lagi penumpang kereta Proton Wira itu dan dua orang yang menaiki kereta Honda Civic hanya mengalami kecederaan, namun identiti mereka masih belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Rosli Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, ketika kejadian Proton Wira terbabit dikatakan dalam perjalanan dari arah pekan Karak ke Lanchang.

Menurutnya, kereta yang dinaiki keluarga itu dipercayai cuba memotong sebuah kereta lain di hadapannya yang memandu terlalu perlahan.

"Bagaimanapun, ketika memotong kenderaan terbabit, sebuah Honda Civic datang dari arah hadapan menyebabkan kedua-dua kereta terbabit bertembung," katanya.

Menurutnya, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Bentong membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di dalam kereta terbabit.

Katanya, polis menjalankan siasatan kes itu mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09- 2222222.



Saksikan kemalangan keluarga sendiri

BERA 2 Mei - Ahli keluarga kepada mangsa kemalangan ngeri di Kilometer 88, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, Norliza Ahmad tidak menyangka kemalangan yang disaksikannya ketika dalam perjalanan pulang ke Lanchang petang semalam melibatkan ahli keluarganya sendiri.

Menceritakan kembali tragedi tersebut yang meragut nyawa lima anggota keluarganya termasuk seorang bayi, Norliza, 34, berkata, dia tergamam apabila mengetahui kemalangan negeri yang dilihatnya itu membabitkan kakak, adik dan iparnya.

''Ketika itu saya dan suami dalam perjalanan pulang ke rumah di Lanchang sebelum suami saya memberhentikan kenderaan setelah melihat satu kemalangan.

''Saya terkejut apabila mendapati adik, kakak dan ipar saya yang terlibat," katanya ketika ditemui di rumah bapa angkat mereka di Felda Kumai di sini hari ini.

Dalam kemalangan ngeri kira-kira pukul 4.30 petang semalam, lima sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia empat bulan maut apabila kereta Proton Wira yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta Honda Civic berhampiran Kampung Karak Setia Karak.

Mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu Proton Wira, Abdul Wafi Faujan, 41; isterinya, Noraini Ahmad, 29, dan bayi mereka, Mohd. Hakim.

Turut terkorban, penumpang belakang yang juga kakak kepada Noraini, Norhayati Ahmad, 39, dan suaminya, Zulkefle Jalil, 54.

Menceritakan lebih lanjut, Norliza yang masih bersedih dengan kejadian itu berkata, dia bersama ahli keluarga lain segera membantu mengeluarkan mangsa dari kenderaan dan menghantar mereka ke Poliklinik Karak.

''Saya melihat Noraini dan suaminya tersepit di dalam kereta dan dia meraung kesakitan manakala Kak Yati sudah tak sedarkan diri. Kami cuba mencari bayi yang didukung olehnya tetapi tidak ditemui.

''Selepas berjaya mengeluarkan mereka, saya dimaklumkan bahawa semuanya telah meninggal dunia kecuali anak kedua kak Noraini iaitu Nasrul Amana Shafri, 6 tahun," jelasnya.

Norliza berkata, Nasrul Amana kini dalam keadaan stabil di Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh, walaupun mengalami patah tulang pinggul dan kaki.

Sementara itu, adiknya Norhasnah, 24, berkata, dia tidak menyangka kejadian seorang anak saudaranya hampir lemas ketika mandi di Air Terjun Sungai Chamang sebelum kejadian, petanda buruk bahawa insiden lebih tragis bakal berlaku.

''Kami sekeluarga sudah merancang sejak dua minggu lalu untuk berkelah di Air Terjun Sungai Chamang di Bentong.

''Semalam, kami lima beradik bersama keluarga masing-masing berkumpul di rumah Allahyarham Noraini di Lanchang sebelum ke Bentong dengan menaiki tiga kereta," katanya ketika ditemui di Hoshah.

Jelasnya, sampai ke pusat peranginan itu, mereka mandi-manda di air terjun tersebut sebelum seorang anak saudaranya lemas.

''Nasib baiklah isteri kepada abang saya berjaya menyelamatkan Noradriana, anak sulung kepada Allahyarham Noraini daripada lemas," katanya.


Nota : aku rasa ramai yang tau pasal kemalangan ni.. yeap. mereka yang terlibat...Noraini & Norhayati adalah adik beradik. dan.. kedua2nya adalah org kg aku. rumah kami dekat sangat... selang 3-5 buah rumah je.. adik beradik ni dulu la kawan2 aku masa zaman kanak2.. kami mengaji di tempat yang sama.. pergi dan balik mengaji sama2... kedua2nya adalah anak yatim piatu. Arwah Kak Yati merupakan anak ke 2 dan arwah Noraini adalah anak ke 5 dari 7 beradik. Mak dan ayah kedua2 arwah sudah lama kembali ke rahmatullah.. aku rasa sejak zaman aku skolah lagi. selepas semua adik beradik arwah habis sekolah, diaorang berpindah kuar dari Kumai dan hidup berumahtangga dengan pasangan masing2. kami semua terkejut dan amat sedih dengan kehilangan keduanya. walaupun kedua2 arwah nampak garang tp diaorang baik sangat. sama cam arwah mak ayah diaorang. seingat aku, arwah Noraini betul2 ikut macam mak dia. dan... sungguh aku xsangka, announcement lepas subuh pagi ahad lepas rupanya membawa kepada berita kembalinya kedua2 beradik ni ke rahmatullah. padan la malam tu aku dan mak gelisah semacam je.. susah nk tido. sejak berpindah, kami dh jarang berjumpa dan xsangka jumpa dalam keadaan macam ni. jenazah Noraini, suami dan anak dikebumikan di Kumai.. maybe atas permintaan dari keluarga arwah memandangkan rumah pusaka mak ayah diaorang ada lagi kt Kumai dan arwah Kak Yati dan suami dikebumikan di Kg Sementeh, Lanchang. maybe atas permintaan keluarga arwah suami Kak Yati. bila sebut nama Kg Sementeh, tetiba aku teringatkan member kelas aku yang sama2 belajar kt SMDB dulu. apa la khabar kawan aku tu...

since berita kehilangan kedua2 beradik ni.. facebook Generasi Kumai terus mendapat perhatian anak2 Kumai yang berada di seluruh Malaysia dan dunia. banyak kenangan aku bersama arwah dan aku akui... terasa kehilangan keduanya coz aku kenal sangat2 dengan keduanya. kebetulan rumah kawan aku, norzilahayu sebelah rumah arwah so masa sekolah dulu aku mmg selalu lepak kt rumah arwah. arwah mak n ayah arwah jga suka melayan kami.

semoga arwah sekeluarga aman dan tenang di sana... semoga roh kesemuanya di cucuri rahmat ilahi... Al-Fatihah.....

Monday, April 5, 2010

Sebak lagi..........

ntah naper hari ni aku rasa rajin sangat nk menjelajah blog kawan2. xtvt yg dh lama sangat aku tinggal... dan hari ni aku jelajah blog odah...

baca entry2 yang menarik kt blog dia dan content2 yang tersusun.. sometimes aku rasa terbawa2 tuk berada dalam setiap post dia. heran gak aku ni... lately ni aku mudah sangat terasa. mudah sangat sebak. naper aku jd camni erk. aku pn xtau..

tp yg aku pasti.. biler sesuatu yang melibatkan keluarga.. aku mudah terasa... terasa sangat2 dan kadang2 biler air mata tumpah pn aku xsedar. aku xtau la.. kalo satu hari nnt, ditakdirkan aku kehilangan keluarga.... camne la kehidupan aku coz aku terlalu sayangkan keluarga aku......... dan aku harap org yang bakal hadir dalam hidup aku juga akan merasai perasaan yang sama supaya aku juga dengan ikhlasnya akan menyayangi keluarganya...... insyaallah

ehikkss.. teruja2..

.. aahkass.. cam skema la plak... teruja bagai kan.. kekekee

actually td abang ada inform yang SC dh start buka keter aku. sabtu lepas abang bitaw SC baru order barang.. cepat lak sampai barangnyer.. dan kalo xde aral... insyaallah, minggu depan keter aku siap tp back to standard la. aku pn ada ckp dengan abang semalam, kalo mmg rear n front bumper dh xbleh nk guna... tayah letak balik. kalo saja2 x nak letak balik pn x pe.. janji side skirt ada.. bukan pe. side skirt tu sebenarnya menampakkan keter aku lowered. aku suka.. hehehe

cuma aku teruja nk tengok keter aku yang 'dilahirkan' kembali. standard manakah agaknya keter tu nnt erk?? actually, pas hari accident hari tu... mmg skali pn aku xpenah p tengok keter aku. just tanya khabar thru abang je. ada gak la ura2 nk p usha tp ye la, tempat org. gpn kawasan tu bukan senang2 bleh masuk. slalunya kalo p pun, aku p dengan abang. gpn skang ni aku sik outstation je. bz memanjang.. mmg xde masa nk usha line. hermmmm.... xkan aku xcaya abang sendiri kan??.. aku tau,.. dia mesti wat yang terbaik tuk adik dia. ehiksss..

terujanya nk tengok keter aku back to standard coz masa dengan aku dulu.. umur keter tu kt tangan aku 2 bulan 25 hari je dia berada dalam keadaan standard. pada 31 Ogos 2008, aku dh pasangkan dia 'renda' kaki.. kekkeee...

pa pen pun.. sabar2 coz skang ni aku nk tido.. esok kener bangun awal2 pagi. sebelum subuh aku dh kener gerak balik pahang coz aku ada kejer kt kuantan.....

nite............... zassssssssss

1st time.....naik flite

tengah2 aku godek2 almari cari sijil adik aku... tetiba aku terbuka satu beg. dalam beg tu banyak gak la dokumen berkaitan aku....... ye la, dh beg aku. xkan dokumen orang len kot... hheheheee :)

dalam banyak2 dokumen tu... ada satu dokumen yang kecil je saiznya.. tp berhelaian... iaitu my 1st flite ticket.. ni la kenangan pertama aku menaiki flite.. MAS lagi. maklum je la kan.. kejer gomen so sure la MAS cuma skang ni je aku dh pandai nek AirAsia.. sbb baru pandai beli sendiri.. keh keh keh..

k, berbalik pada pengalaman pertama aku masa menaiki flite dulu. tarikh pelepasan yang tertera kt tiket ni adalah pada 22 March 2006 iaitu selepas setahun 15 hari aku bergelar kakitangan kerajaan. flite no MH2504 berlepas dr KLIA ke KIA (Kuching International Airport) pada pukul 0815. perghhhhhhh... details sehhh... mau nyer x, benda alah tiket ni dok ada depan aku je... kekkeke...

k, sebenarnya time ni aku bersama seorang bos dan seorang cc ke Kuching atas urusan kerja... naziran ke JPN Sarawak. bernasib baik la coz aku terpilih tuk ke seberang lain sedangkan kawan2 lain hanya di semenanjung... tp xlama pn, 2 hari je. keesokkannya kitaorang dh balik semula ke KL...

disebabkan pertama kali menaiki flite dan pertama kali ke Kuching so aku agak teruja walaupun sebenarnya xde pa pe pn yang buatkan aku teruja.. kekeke. cuma aku syok dok usha awan je. pastu masa lalu kt lautan... juruterbang bitaw sebenarnya kitaorang berada di atas Pulau Pangkor... mmg takjub giler pemandangan... cantik sehhh... subhanallah... terindah...............

tp lepas 3 tahun dr tarikh pertama kali aku ke Kuching tu... ntah baper kali aku berulang alik dr KL ke Kuching... terutama masa aku kejer kt sana selama 8 bulan...last year.kalo org semenanjung lain ke Sarawak or Sabah.... confirm kener wat pasport sementara tp aku.......... mmg xpenah apply pn kalo xsilap coz blom cukup 3 bulan (seperti yang disyaratkan dengan tidak mempunyai pasport sementara)... aku dh balik semula ke KL.. dan camtu la seterusnya sehingga kali terakhir aku di sana..

dan MAS juga la yang menjadi pilihan aku. bukan berlagak pn.. cuma selesa je. g satu, disebabkan penerbangan dr Kuching ke KL memakan masa melebihi satu jam so ada makan berat. tayah la aku susah2 nk cr makan lagi. kekekeke....... dan kalo nk wat culculation pn, aku rasa harga tiket xjauh beza dengan Airasia coz biasanya tiket aku p balik....kurang dr RM150.. murah kan?? haaa.. jangan jeles coz masa aku kt Sarawak, aku slalu mengusha website MAS... sbb tu aku selalu dapat tiket murah. aku wat Kuching tu cam KL balik kg aku je... kekekkeee..

tp sejak aku meninggalkan Kuching tuk kerja balik di Putrajaya, sekali je baru aku ke sana. itupun bulan pose last year. kebetulan tiket murah... gpn kawan2 ajak p cari kek lapis sarawak. mmg agak sengal gak la tahap keberatan bagasi masa nk balik berbanding masa sampai...

kadang2 biler kita xmemulakan langkah pertama.... kita xkan mampu tuk atur langkah seterusnya....... cam gak dalam kehidupan kita.. kalo kiter xmulakan sesuatu, kita xkan tau apa sudahnya... (motivasi tuk diri aku coz aku ni mmg jenis yang teramat2 rendah diri................................)

hehehehe.. tetiba lak cam lost kt perenggan kedua akhir tu... wakakakaa..

Sunday, April 4, 2010

Kehilangan yang dirasai ramai....

Yanie Mentor & Din Beramboi... hermmm.. dua nama yang rasanya agak glem tp kurang diberi perhatian semasa hayat mereka.. tp apabila ketiadaan mereka.. buat selamanya, hampir semua yang mengenali mereka begitu merasai akannya.... termasuk aku

sebenarnya aku bukan orang yang tergila2kan selebriti. jarang aku nak syok giler2 kt seseorang artis... dan rasanya aku bukan jenis manusia yang fanatik kepada manusia yang lain. aku bukan jenis tu. aku pn bukan jenis yang suka amik port satu2 hal... cuma aku akan pastikan sesuatu yang penting, at least aku tau...

Yanie,
sebagai seorang selebriti (penyanyi dan pelakon).. bakat arwah dicungkil dr program realiti...Mentor. aku ikuti gak perkembangan semasa mentor dulu. maklum la, rancangan baru dan mereka ni plak dapat tunjuk ajar secara direct dr artis2 berbakat... walaupun aku xlayan tiap2 mggu tp aku amik tau masa tu. aku rasa ramai yang ingat camne arwah hampir tiap2 kali persembahan akan di kritik hebat tp arwah ni ... betul la kata Fara Fauzana.. seorang yang suka belajar dan memperbaiki kelemahan diri. dan lepas sehari kembalinya arwah ke Rahmatullah, aku baca berita secara online... aku dapat la baca komen2 dan imbasan kenangan kawan2 yang pernah rapat dengan arwah.. hermm... bila baca komen Fara tetiba air mata aku bergenang... dan menitis.. hanya satu gabungan perkataan sahaja yang diluahkan oleh Fara... membawa kepada tumpahnya air mata aku bila teringatkan arwah. aku xpenah jumpa arwah tp aku pernah menjadi peminat setia siri Fara... dan bila Fara katakan yang arwah adalah sama karektornya dengan Wanda dalam siri tersebut... seorang yang lurus bendul... bayangkan camne Wanda dalam siri tu..terlalu naif dan sering di buli. ditambah arwah adalah artis baru dan berasal dr kampung so aku rasa.... mmg xakan tidak.. arwah juga menghadapi situasi tu. aku ni bukanlah seorang yang terlalu baik.. sebagai manusia yang terlalu biasa... aku sama cam orang lain tp aku bayangkan yang arwah ni sama dengan Wanda so, dapat aku rasakan arwah seorang yang sangat baik... sbb tu la air mata aku menitik tanpa paksaan.... aku xbleh kalo orang baik kener buli... aku cepat sebak...

Din Beramboi,
yeap... aku mengenali arwah since siri kartun Din Beramboi kt Majalah Ujang g... bukan secara personal tp karektor tersebut... aku masih ingat g camne suatu ketika dulu arwah pernah 'bertelingkah' dengan majalah tersebut mengenai hak cipta majalah dan siri kartun tersebut... kesudahannya je yang aku xtau coz pas kisah tu aku rasa cam dh malas nk layan majalah Ujang. aku juga pernah kenal arwah semasa arwah mengendalikan rancangan di THR... xlama pastu aku rasa arwah cam menyembunyikan diri.. senyap je. lately ni je arwah cam kuar balik dan impactnya agak terasa... sehinggalah ke akhir hayatnya.
since Era banyak kisah2 yang xbest, aku dh xlayan Era.. aku beralih ke Hot.. dan since 2 tahun ni aku banyak mendengar Sinar.... tp kadang2 kalo aku oustation... tercari2 gak la station radio lain dan biasanya aku dengar time pagi2 je coz pas kol 8.30am... kedudukan aku adalah di dalam opis. pernah la beberapa kali aku termasuk channel Era fm dan aku sempatla mendengar Riuh Pagi di Era.... sempat gak la senyum sorang2 melayan betapa riuhnya arwah melayan panggilan pendengar.. dan betapa Pak Nil berbahak2.... xterkata2 melayan celoteh arwah...
aku juga dengar segmen Sawan Cara ...betapa arwah menjawab dengan jawapan yang kadang2 xmasuk akal... dan satu segmen lain di mana arwah dan pendengar 'bertikam lidah' mengenai isu2 yang diajukan. kadang2 kedengaran agak kasar tp aku rasa dan terlalu yakin yang pendengar Era dah faham sangat.....siapa DIN BERAMBOI... jujur plak aku rasa kenyataan Pak Nil yang mengakui bahawa Riuh Pagi di Era adalah milik arwah.... sbb mmg itulah hakikatnya.
aku juga masih ingat camne arwah membawakan kisah ALONG dalam lagunya yang dalam perancangan untuk di angkat ke filem oleh arwah dan Abang Afdlin Shauki yang akhirnya xkesampaian .... dimana Abang Afdlin bercadang menjadikan arwah sebagai teraju utama... iaitu lagu Along Bukit Beruntung... kalo xsilap aku.. lagu tu sebenarnya dh lama.. sebelum rancangan AHHA lagi... or maybe aku yang silap. dan aku pn seperti Abang Afdlin mengakui bahawa mmg xde orang lain yang lebih layak memegang watak tersebut. Lawak arwah mmg lawak yang asli... terlalu spontan...

dan... sejak arwah pergi meninggalkan kita semua buat terakhir kalinya................ berkali2 air mata aku tumpah. padahal aku bukanlah antara insan yang rapat dengan arwah.. aku je kenal arwah tp arwah mmg xpenah kenal aku pn... cuma rasa tu kuat coz betul la kata Pak Nil ... arwah adalah ubat kesedihan kita......... sejak peninggalan arwah juga, aku banyak surf tenet mengorek kisah2 yang berkaitan dan aku dapat rasakan yang sebenarnya ramai menyayangi arwah.

Al Fatihah.........

Saturday, April 3, 2010

Belasungkawa Din Beramboi: Lawak spontan pasti dirindui

Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my
2010/04/03

LUMRAH hidup, sampai masanya pasti ajal menjemput juga. Begitulah dengan Din Beramboi, 43, yang cukup dikenali dengan sikap lucunya dan celoteh lawak spontan.

Kini, apa yang ditinggal hanyalah nama dan jasa Din atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri. Malah, gandingannya bersama pengacara terkenal, Aznil Nawawi mengemudi slot Riuh Pagi Era pasti akan dirindui.


Tentunya tiada lagi segmen Drama Sebabak dan Sawan Cara yang menghiburkan pendengar setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 6 pagi hingga 10 pagi. Bahkan, tiada lagi kelibat Raja Kapoor yang mencuit hati dalam program Mandi di Astro Warna.


Mandi yang disiarkan di Saluran 132 (Warna) adalah program bercorak permainan yang dihoskan Din dengan disertai sekumpulan artis. Sesiapa yang gagal menjawab soalan diberi akan dimandikan. Malah, Din juga mengacarakan Wuhai Beramboi. Jika Mandi menemui penonton setia Isnin, jam 9.30 malam, program Wuhai Beramboi pula disiarkan setiap Selasa jam 9.30 malam juga di saluran Warna.


Cuma, Wuhai Beramboi berupa program bual bicara yang santai dan banyak humour.


Ada kalanya kelibat Allahyarham Din juga muncul dalam sitkom Spontan bersama rakan pelawak seangkatannya seperti Afdlin Shauki dan Harith Iskander. Malah, ia turut diceriakan dengan gabungan bekas peserta Raja Lawak.

Bukan itu saja, pada saat nama Din berada di puncak populariti, Allahyarham pernah terbabit menjadi seorang juri Raja Lawak 4 (RL4) yang berakhir baru-baru ini. Menerusi program itu juga, Din mencetuskan sensasi.


Komen diberikannya kepada peserta mungkin dianggap kasar, tetapi diterima dengan hati terbuka. Menarik pula tugasan 'Bila Sudah Tua' yang menjadi cabaran kepada peserta pada minggu kesembilan RL4, Din tampil dalam studio dengan gaya orang tua nyanyuk.


Ia sangat melucukan dan Din ternyata kreatif. Malah, ada kalanya idea lawak Din itu tidak pernah difikir dek akal. Jiwa pelawak sejati sebati dalam dirinya kerana bukan saja mimik muka, tetapi gerak badan dan apa saja dilakukan Din mencuit hati.


Oleh itu, tak hairanlah apabila namanya mampu tersenarai dalam calon top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009) yang berlangsung esok. Siapa sangka, individu yang kurang mendapat liputan media mampu menarik kelompok peminatnya.


Ternyata aura Din di slot Riuh Pagi Era membantu dirinya diterima peminat. Sekalipun, sudah lama bergelar pelawak, baru sekarang ini bakat sebenar Din disedari ramai. Cuma, sayangnya bakat itu hanya seketika dan kini industri seni hilang sebutir permata.

Tidak ramai yang mampu berlawak spontan seperti Din. Walaupun gila-gila ia tetap menghiburkan dan membantu menghilangkan tekanan pendengar. Jelas hasrat Din untuk meluangkan masa bersama keluarga selepas ABPBH2009 hujung minggu ini tidak kesampaian.


Ternyata cuti selama 10 hari yang diberitahu arwah kepada isterinya, Suhaini Che Man, 43, seolah-olah cuti yang terakhir. Din disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang pada jam 12.30 tengah malam semalam (Jumaat) selepas menghidap demam denggi berdarah.


Allahyarham mula demam sejak 23 Mac 2010 dan dimasukkan ke Hospital Selayang sejak Isnin lalu selepas keadaannya semakin teruk dan kemudian terus koma. Arwah pada mulanya dikatakan terkena virus air kencing tikus sewaktu menjalani penggambaran di zoo, baru-baru ini. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan Tanah Perkuburan Islam, Taman Ehsan, Kepong, Selangor kira-kira jam 11.30 pagi semalam. Arwah meninggalkan seorang balu serta tiga anak, Nil Aina Adibah, 17, Mior Shafiq, 12, dan Nir Ain. Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah.


Nota: walaupun aku bukanlah dr kalangan peminat setia atau org terdekat tp aku xnafikan yang kehilangan arwah amat dirasai. sejak berita arwah dimasukkan ke hospital lagi, aku selalu mengikuti perkembangan kesihatannya. dan facebook abang afdlin shauki menjadi salah satu sumber tuk aku mengetahui perkembangan terkini tahap kesihatan arwah. semasa menjadi juri dalam rancangan Raja Lawak 4, aku akui yang arwah sering mengutarakan pandangannya yang sangat jujur.... walaupun kadang2 terasa agak kasar sbb aku teringat kata2 Roslan Aziz semasa menjadi juri Malaysian Idol kalo xsilap aku... "penilaian yang dibuat secara terus adalah penilaian yang paling jujur".. lebih kurang la. apa2 pn, semoga sekarang roh arwah bersemadi dengan tenang di sana.. dan ditempatkan di kalangan umat Nya yang disayangi... dan dirahmati. Amin...