Sunday, February 28, 2010

Azab Syafia

Oleh Wan Faizal Ismayatim
wfaizal@bharian.com.my


JENAZAH Syafia Humairah dibawa untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang, Kuala Kubu Bharu, semalam.

Pendarahan otak; Cedera parah di perut, ginjal; Luka, lebam seluruh badan

KUALA LUMPUR: Bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang mati dipercayai didera teman lelaki ibunya kelmarin, mendapati berlaku pendarahan otak, kecederaan parah di perut dan sekeliling buah pinggang akibat hentakan kuat di kepala dan abdomen mangsa.

Selain itu, bedah siasat terhadap Syafia Humairah Sahari di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), Hulu Selangor yang mengambil masa kira-kira tiga jam mulai 10.30 pagi, juga menemui kesan luka dan lebam seluruh badan, selain kesan penderaan lampau.


Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Rashid, berkata polis akan memanggil beberapa individu yang rapat dengan suspek, termasuk ibu mangsa bagi membantu siasatan.

"Polis percaya mereka mempunyai hubung kait atau tahu mengenai penderaan berulang yang dipercayai dilakukan suspek, seorang pemandu teksi berusia 28 tahun itu.

"Kita juga akan memanggil beberapa saksi yang mendakwa melihat suspek menendang kanak-kanak itu di padang berdekatan rumahnya pada hari berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bakhtiar berkata, bedah siasat yang mendapati kesan kecederaan lama akibat penderaan lampau, termasuk yang dikesan beberapa hari sebelum kematiannya menunjukkan mangsa didera secara berterusan.

"Kecederaan luaran yang baru dan lama itu dipercayai disebabkan pukulan dengan benda keras dan kesan hentakan kuat. Bahagian belakang tubuh mangsa juga ada kesan lebam selain leher, pipi dan bahunya," katanya.

Semalam, akhbar melaporkan, Syafia Humairah mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera teman lelaki ibunya di kediaman suspek di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam Khamis lalu.

Mangsa dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka di muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.

Syafia Humairah dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke HKKB ketika dibawa suspek dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun, pihak hospital mengesyaki berlaku penderaan terhadap mangsa selepas menemui banyak kesan luka dan lebam pada tubuh kanak-kanak itu dan polis menahan lelaki terbabit kira-kira jam 3 pagi kelmarin yang mengaku mencederakan Syafia Humairah.

Bakhtiar berkata, ujian air kencing terhadap suspek mendapati lelaki itu positif dadah jenis ganja.

"Suspek kini ditahan reman tujuh hari mulai semalam (kelmarin) dan kita akan memohon untuk melanjutkan tempoh tahanan reman sehingga 14 hari. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Jenazah kanak-kanak malang itu dituntut oleh keluarga ibunya di HKKB sebaik selesai bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, kira-kira jam 4 petang.

Terdahulu, suasana di pekarangan bilik mayat HKKB kecoh seketika apabila keluarga teman lelaki ibu mangsa turut datang menziarah jenazah kanak-kanak itu dan dikatakan mahu menuntut jenazah mangsa sebelum keadaan kembali reda beberapa minit selepas itu.


Kesal bertemankan lelaki kejam

Oleh Md Fuzi Abd Lateh
bminggu@bharian.com.my

SUNGAI BULOH: Ibu kanak-kanak yang menjadi mangsa dera teman lelakinya, Nurhanim Aziz, 25, menyuarakan rasa amat kesalnya berkawan dengan lelaki yang disifatkannya kejam dan tidak berperikemanusiaan sehingga menyebabkan kematian anaknya, Syafia Humairah Sahari, 3, kelmarin.

Malah dalam pertemuan dengan Berita Minggu semalam, ibu muda ini beberapa kali mengalirkan air mata sehingga sukar berkata-kata kerana terlalu sedih dengan kematian anak kesayangannya itu di tangan lelaki yang dipercayainya.

Namun pada masa sama, dia juga menyesali berkawan dengan lelaki yang disifatkannya panas baran, kurang sopan dan didakwanya turut minum arak.


Nurhanim yang bekerja ketika kejadian berkata, sukar baginya untuk menerima kenyataan yang penghibur hatinya itu sudah tiada lagi di dunia ini.

Lebih sedih lagi, memikirkan detik-detik bagaimana anaknya itu trauma dibelasah dan terpaksa bertarung nyawa sebelum menemui ajalnya.

“Saya kesal dan marah tindakan teman lelaki berhati binatang itu. Dia menjadi pembunuh. Apalah

dosa anak saya yang masih mentah itu? Peristiwa ini cukup memeritkan untuk ditelan.

“Pengajaran besar ini mengajar saya lebih berhati-hati memilih teman lelaki kerana ia boleh mengundang padah cukup mendalam,” katanya kepada Berita Minggu di rumahnya di sini, semalam.

Nurhanim berkata, selama enam tahun berkawan dengan lelaki 28 tahun berasal dari Batu 30 di Ulu Yam Lama itu, dia turut berasakan kesan akibat sikap panas baran teman lelakinya itu.

“Saya amat marah. Saya sudah ditipunya. Dia berbohong kononnya anak saya mati akibat kemalangan iaitu terjatuh daripada motosikalnya.

“Selepas mendapat tahu anak jirannya menyaksikan kejadian sebenar anak disepak dan dipukul, saya berasa menyesal memberikan peluang kepadanya menjaga anak bongsu ini.

“Ketika kejadian, saya bekerja di Sungai Buloh.

Saya diberitahu olehnya (suspek) bahawa anak sudah mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Bharu," katanya.

Mangsa, Syafia adalah anak kedua hasil perkahwinan Nurhanim dengan suaminya, Sahari Usol, 33, yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh kerana terbabit dengan kesalahan jenayah beberapa tahun lalu.

"Saya lemah dan tidak bermaya untuk menyambung hidup ini kerana jiwa begitu sepi tanpa arwah yang cukup manja dan menjadi penghibur hati ini.

“Semoga beliau (suspek) mendapat hukuman setimpal yang bertindak kejam meragut nyawa anak saya tanpa belas kasihan di rumahnya itu," katanya.



Syafiah alami kecederaan parah

HULU SELANGOR 27 Feb. - Betapa berat seksaan yang dihadapi oleh Allahyarham Syafiah Humairah Sahari sebelum dia menemui ajal, kelmarin.

Selain dipukul dan ditampar, kanak- kanak malang itu turut dipijak dan ditendang oleh teman lelaki ibunya tanpa belas kasihan, hanya disebabkan oleh kesalahan kecil yang dilakukannya.

Kanak-kanak berusia tiga tahun itu disahkan meninggal dunia akibat pendarahan pada otak dan mengalami kerosakan buah pinggang, akibat dihentak dan ditendang dengan kuat oleh suspek yang tidak berhati perut.

Hari ini, bedah siasat yang dilakukan ke atas mayat kanak-kanak itu di Hospital Kuala Kubu Bharu mendapati, kematian Syafiah Humairah akibat kecederaan serius termasuk kulit kepalanya terkoyak kerana dipijak.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Supritendan Bakhtiar Rashid berkata, bedah siasat mendapati, mangsa mengalami penderaan berterusan dan ia boleh dilihat berdasarkan kepada kecederaan yang terdapat pada tubuhnya.

"Terdapat kesan-kesan kecederaan luaran yang baru dan lama dipercayai akibat dipukul dengan objek keras pada tubuh mangsa.

"Kesan lebam turut dikesan di bahagian belakang tubuh mangsa selain di leher, pipi dan bahunya," katanya ketika ditemui di bilik mayat hospital itu di sini hari ini.

Kelmarin, Syafiah Humairah mati dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di padang bola berhampiran rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama dekat Batang Kali.

Kanak-kanak malang itu dihantar ke wad kecemasan Hospital Kuala Kubu Bharu kira-kira pukul 8.30 malam oleh teman lelaki ibunya, mendakwa dia terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Namun, pihak hospital yang curiga dengan tingkah laku lelaki itu menghubungi polis kira-kira pukul 11 malam untuk memaklumkan mengenai kemungkinan kematian kanak-kanak itu akibat didera.

Berikutan itu, suspek berusia 28 tahun kemudian ditahan pukul 3 pagi semalam bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, kematian Syafiah Humairah yang begitu kejam turut membongkar rahsia perhubungan haram antara ibu kanak-kanak itu dan teman lelakinya sejak enam tahun lalu.

Ibu kanak-kanak itu yang masih bersuami, disangkakan telah berkahwin dengan suspek kerana mereka memiliki seorang anak lelaki berusia setahun enam bulan, malah, wanita itu kini sedang hamil empat bulan.

Namun, rahsia perhubungan mereka yang hanya menyamar sebagai suami isteri itu terbongkar selepas siasatan polis mendapati pasangan itu tidak boleh berkahwin kerana wanita itu masih mempunyai suami.

Difahamkan, bapa kanak-kanak malang itu yang hanya dikenali sebagai Sahari ditahan di Penjara Sungai Buloh kerana didakwa terbabit dalam kes bunuh sejak tahun 2006.

Selain berhadapan tuduhan bunuh, suspek yang ditahan reman selama tujuh hari sehingga Khamis depan bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang syariah kerana bersekedudukan sehingga melahirkan anak luar nikah.


Saksi lihat Syafiah dicampak, dipijak

HULU SELANGOR 27 Feb. - Seorang saksi mendakwa, dia ternampak Syafiah Humairah Sahari disepak seperti bola selain dicampak dan dipijak oleh teman lelaki ibu kanak-kanak itu.

Kejadian itu, menurut Ahmad Fikri Khalis Zakaria, 19, berlaku di sebuah padang bola di Kampung Batu 30, Batang Kali di sini kira-kira pukul 6 petang Khamis lalu.

Ahmad Fikri Khalis berkata, pada masa itu dia ternampak kanak-kanak berusia tiga tahun tersebut sedang bermain bola di tepi padang berkenaan.

Katanya, suspek yang dipanggil Abang Mat tiba-tiba datang dengan memakai kasut but bola dan memarahi mangsa.

"Abang Mat kemudian menyepak mangsa seperti bola, selepas itu dia mengangkat Syafiah Humairah menggunakan sebelah tangan sebelum mencampakkan kanak-kanak itu ke atas padang.

"Tidak cukup dengan itu, suspek memijak perut mangsa dengan kasut bola dan menyepak beberapa kali bahagian belakang budak tersebut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Kuala Kubu Bharu di sini hari ini.

Kematian Allahyarham Syafiah Humairah mengundang rasa marah semua pihak kerana dia dibunuh teman lelaki ibunya secara kejam, kelmarin.

Akibat rasa marah dengan kejadian itu, penduduk setempat turut menconteng dinding hadapan rumah suspek dengan perkataan 'pembunuh' menggunakan cat merah.

Tambah Ahmad Fikri, mangsa yang tidak menangis ketika itu cuba berdiri tetapi jatuh semula kerana kecederaan yang dialaminya.

Seorang lagi saksi, Faleeq Hakim Zazali, 16, berkata, dia dan Ahmad Fikri cuba membantu mangsa namun dihalang suspek.

"Untuk memastikan Abang Mat tidak terus memukul mangsa, kami hanya mampu mengangkat kanak-kanak itu dan memasukkannya ke dalam teksi suspek.

"Namun, pada sebelah malam, kami dengar berita kanak-kanak itu telah meninggal dunia di hospital," ujarnya.


Takut setiap kali lihat suspek - Datuk

HULU SELANGOR 27 Feb. - Kanak-kanak mangsa penderaan teman lelaki ibunya yang meninggal dunia dalam keadaan sadis kelmarin, Syafiah Humairah Sahari sering ketakutan setiap kali melihat atau bertembung dengan suspek.

Kanak-kanak tiga tahun itu sanggup bersembunyi di kawasan semak di sekitar rumahnya bagi mengelak daripada ditemui oleh lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pemandu teksi.

Perkara itu didedahkan oleh datuk mangsa, Aziz Shahar, 50, yang memberitahu, sejak menyedari tingkah laku aneh cucunya itu, dia mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena.

Dalam nada sebak, Aziz yang ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Kuala Kubu Bharu di sini hari ini berkata, dia begitu sedih dengan kejadian yang menimpa cucunya itu.

"Saya pernah melihat kesan parut dan luka seperti dicucuh dengan puntung rokok di kaki dan bawah dagu cucu saya.

"Namun, setiap kali saya bertanya, Syafiah Humairah hanya mendiamkan diri," katanya.

Menurut Aziz, dia tidak dapat memaafkan sesiapa juga suspek yang terlibat dalam pembunuhan cucunya itu, termasuklah jika anak perempuannya sendiri terbabit.

"Saya tidak akan maafkan mereka, walaupun jika dia itu anak saya sendiri," katanya sambil menangis teresak-esak.

Aziz memberitahu, Syafiah Humairah dan abangnya, Mohd. Syafiq Sahari, 7, tinggal secara bergilir-gilir di rumahnya dan kekasih ibunya sejak tahun lalu.

Sementara itu, ibu Allahyarham Syafiah Humairah, Siti Norhanim, 25, ketika ditemui mendakwa, dia tiada di rumah ketika kejadian itu berlaku.

"Saya keluar bekerja sejak Rabu lalu dan tidur di rumah rakan di Cheras. Dia (teman lelakinya) menghubungi saya malam Khamis lalu memberitahu Syafiah mati akibat terjatuh motosikal," katanya yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di ibu negara.


Jenazah Syafiah selamat dikebumi


SITI Norhanim Aziz menyiram air mawar ke atas pusara anaknya, Syafiah Humaira di Tanah Perkuburan Islam Batu 17, Kuang, Selangor, semalam. Turut kelihatan datuk dan nenek mangsa, Aziz Shahar (dua dari kanan) dan Nor Azizah Boden (kiri) serta abang mangsa, Mohd. Syafiq Sahari (menabur bunga).


HULU SELANGOR 27 Feb. - Jenazah kanak-kanak malang, Syafiah Humairah Sahari yang mati didera oleh teman lelaki ibunya kelmarin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang, hari ini.

Sebelum itu, suasana pilu menyelubungi pekarangan bilik mayat Hospital Kuala Kubu Bharu, sebaik sahaja jenazah kanak-kanak berusia tiga tahun itu dituntut oleh datuknya, Aziz Shahar, 50, kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Jenazah Allahyarham Syafiah Humairah kemudian dibawa pulang ke rumah Aziz di Kampung Batu 16, Sungai Plong.

Suasana pilu semakin terasa sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikafankan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 17, Kuang pukul 4 petang.

Kelmarin, Syafiah Humairah mati akibat didera oleh teman lelaki ibunya di padang bola berhampiran rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama dekat Batang Kali.

Kanak-kanak malang itu dihantar ke wad kecemasan Hospital Kuala Kubu Bharu kira-kira pukul 8.30 malam oleh lelaki berkenaan yang mendakwa Syafiah Humairah terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Namun, pihak hospital yang curiga dengan tingkah laku lelaki itu menghubungi polis kira-kira pukul 11 malam untuk memaklumkan mengenai kemungkinan kematian kanak-kanak itu akibat didera.

Berikutan itu, suspek berusia 28 tahun kemudian ditahan pukul 3 pagi semalam bagi membantu siasatan.

Sementara itu, ketika proses bedah siasat sedang dijalankan, berlaku kekecohan di luar bilik mayat apabila keluarga suspek datang untuk menziarahi mangsa.

Saudara dan kenalan keluarga ibu mangsa yang tidak dapat menahan kemarahan cuba menyerang keluarga suspek.

Keadaan itu bagaimanapun kembali terkawal apabila keluarga suspek mendengar arahan supaya mereka meninggalkan hospital tersebut secepat mungkin.

nota kaki: semoga hak allahyarham dapat ditegakkan walau terpaksa menghukum ibunya. wahai seluruh hamba Allah dan umat Muhammad... insaf la..apa la dosa kanak2 sebesar tu hinggakan dia di bunuh dengan kejam... astagfirullah al azim..

Thursday, February 25, 2010

Outstation 22-25 Feb 2010 ..... Kuantan



Hari ni aku memulakan perjalanan bagi outstation... sekali lagi. tp destinasi kali ni adalah di Kuantan.

Memandangkan aku memandu so aku bawa mak dan ain skali sebagai peneman. Lokasi kali ni adalah di sekitar Beserah dan aku mmg awal2 lagi dh survey satu resort kt Pantai Batu Hitam... lokasi yang agak hampir dengan tempat kejer aku. Nama resortnya adalah Blackstone Resort, Pantai Batu Hitam, Beserah...

aku rasa resort ni sangat sesuai bg sesapa yang nak honeymoon atau perlukan ketenangan..kalo tempat lain... maybe bayaran semalam melebihi RM100 tp aku hanya dikenakan bayaran sebanyak... rm264 bg 3 malam. siap dengan bekpes tuk 2 org sehari. parking ada.... kolam renang ada. buka je pintu belakang bilik.. terus nampak laut. kalo malas2 bleh lepak kt balkoni... siap ada meja dan kerusi.. terus menghadap ke laut...

resort ni biliknya semua dibawah.. means, xde pun kener naik tingkat atas ke apa ... so, tayah risau la kalo sesapa yang sakit lutut or malas nk panjat tangga tu. kalo nk makan, bleh jalan kaki jer p kedai2 makan kt sebelah resort ni... juga tepi laut. best giler sambil makan sambil di belai bayu laut.. dengan kesegaran dan bau laut yang segar. air laut yang biru kehijauan ..perghhh.. tingat terus aku kt Teluk Yu... mmg best

bilik lak walau di hitung hanya rm88 semalam tp kemudahan setaraf dengan hotel yang berbintang. siap ada heater shower, heater air, kipas, aircond, refrigerator, tv berwarna (xde la astro erk), katil ikut kategori bilik, bilik air yang luas, 2 pintu bilik yang mana pintu belakang berlatar belakangkan sea view... mmg best. kalo buka pintu belakang, bayu laut direct masuk bilik.

aku ni kira cerewet gak pilih bilik hotel/ resort even budget hotel coz aku nk keselesaan dengan harga yang setimpal dr apa yang aku bayar....

skang ni aku blom donlod lagi gambar2 sekitar resort ni dan nnt kalo aku dh resort, korunk nilai la sendiri.

tuk mana2 kelab yang nak adakan family day ke apa ke.. aku rasa resort ni agak sesuai coz disediakan juga kawasan BBQ dan kalo xsilap aku... ada tapak2 khemah disediakan...


search jer... blackstone resort kuantan / beserah

Selamat Ulang Tahun Ke 50 ~ Mak~


Hari ni adalah hari ulang tahun mak yang ke 50... selamat ulang tahun mak.. Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat selalu, bahagia dan sentiasa berada di bawah keberkatanNya.

Kami semua sayang mak..... sampai bila2...

Friday, February 12, 2010

Finally... LCCT

Khamis, 11 Februari 2010, 9.40pm adalah waktu kami berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.... itu pun lepas 2 kali perubahan waktu.. ampehh
Masa kami datang last week.. aku cuma bawa satu beg sandang dan satu beg baju. Kak Dah kongsi beg dengan Eira...satu beg tarik... mak pun satu beg tarik, kongsi dengan Ain. Akmal & Talib satu beg galas. Ain pun satu galas dia yang cuma ada pampers tuk kegunaan seminggu. skang ni dia dh xpakai pampers since umur dia dua tahun setengah... kalo nk tido je baru dia pakai.
Tp biler time balik.. perghhh.. xhengat nyer beg.. kener tambah luggage lagi 30 kilo... rm60 melayang... mmg banyak la beg yang bertambah. blom campur g dengan plastik2 dr Idaman Suri yang besar2 gedabak tu... hehehehe. biasa la. nama pun holiday. bohong sangat kalo xde yang di borong..

malam tu.. Fuad & Fakrol amik kt LCCT.. disebabkan badan dh xlarat.. kami semua lepak rumah Art jerk.... dia pun awal2 lagi dh ajak balik rumah dia... Fakrol yang paksa2 aku balik pn xjadi balik...kekekkee.. aku pujuk dia.. pagi esok je la balik. aku hantar dia balik. Gpun esok aku xkejer.. mmg aku amik cuti selama seminggu.... pas raya cina baru aku masuk kejer




Thursday, February 11, 2010

Last Day.... Langkawi Holiday


sedih lak rasanya nak tinggalkan Langkawi.. (cam la xbleh datang len kali...)

memandangkan hari ni hari last... so kami kuar awal2... susun jadual padat2.. tp yang xbest, akmal skali lagi xmo ikut. dia ckp xsihat coz semalam berpanas masa kt air terjun.

tujuan kami hari ni adalah... melawat mak tam sebelum kami balik kl... then p pantai pasir hitam coz nk wat last shopping sourvinier... pastu p nek cable car n last adalah ke under waterworld langkawi sebelum destinasi paling akhir ke rumah mak andak...
aku rasa xbanyak kisah nk di ceritakan.. cuma masa otw dr pantai pasir hitam ke cable car, kami singgah kt teluk yu.. subhanallah.. pemandangan dia mmg membuatkan mata aku tertarik dengan keindahan pantai ni. walaupun xsemeriah pantai chenang tp air laut yang hijau kebiruan... mmg cantik sangat...

betapa besarnya ciptaan Allah... sangat indah.. terlalu agung tuk dibandingkan... hanya kita sebagai hambaNya sahaja yang kurang menilai... mungkin tahu tp xbanyak amik tau...

ruginya kita..............

Wednesday, February 10, 2010

Day Four.... Langkawi Holiday

Heeeerm.. sambung lagi.

Hari ni kami kuar lambat sbb nk tunggu pakcik n aiman balik dulu. rancangan hari ni adalah ..... pegi mandi air terjun kt telaga tujuh..

memandangkan cuaca skang ni amatlah panas jd ini adalah pilihan terbaik bg aku.... tp seyes ckp, mmg panas gilerrrr... sampaikan semasa berada di sana... aku terus rasa nk demam... paler dh berat sangat...

yg xbestnyer... nk kener panjat tuk sampai ke air terjun je aku rasa dh nk terbalik.. tinggi juga la. pastu disebabkan cuaca yang panas... air yang ada pn xbanyak.

acctually aku mmg xrancang tuk mandi coz aku xrasa air terjun tu best walaupun sebelum ni aku dh penah p sana.. (1996). so, xde la aku bawa baju salin. geng2 pompuan yang mandi cuma ain n eira jerk.. tp aku rasa puas hati la sbb akmal pun dpt ikut. dia dh sihat sket... kalo x, sik berkurung jerk.. bukan xajak tp dia sendiri xmo ikut.. huhuhu'

lepas dh puas bermandi manda... kami p makan laksa n bihun sup. pastu terus p pekan Kuah tuk beli bagasi.. ahakss.. aku mmg rembat beg yang sehabis besar tuk isikan barang2 yang nak di bawa balik. bkn satu tp 2... cuma yang bestnyer,.. beg kt sini murah... pastu memandangkan masa dh agak suntuk... kami terus p beli coklat sbb esok kami dh ada plan lain..

layan je la erk gambar2 nyer......


zassssssssss

Tuesday, February 9, 2010

Day Three... Langkawi Holiday


(asam pedas ikan kerapu... siam style... mmg power gilerss)
hermmm... hari ni kami kuar pn dh tengahari juga la. mak cik paksa kuar lambat sbb dia nk masak asam pedas ikan kerapu tp.... yang specialnya.. ini siam style. mak cik aku ni bekas tukang masak kedai makan.. dan dia adalah org siam...

kalo korunk nk tau.. family aku ni majmuk gak la.. asal usul keturunan kami ni pelbagai dan boleh dikatakan 1Malaysia.. blah tok ayah aku ada darah cina... tp moyang2 dulu la.. kami ni dh kira pure malay. blah mak aku ada darah mamak... pun dh berketurunan lepas.. dan sedara mara kami lak ada yang stay dan berasal dr siam... Wa aku misalnya... stay kt Narathiwat. bak kata pakngah aku.. kalo tersesat kt siam... jangan risau.. sedara mara ramai cuma kami adik beradik je xkenal langsung. ye la.. adik beradik abah yang lain kalo xstay kt perlis, ada yang stay kt kedah, perak atau penang.. kami je terbabas sampai pahang.

pak ngah aku lak kawen dengan org sarawak... pak cik aku kawen dengan org siam. yang bestnyer, balik kali ni... pak cik aku dh siap plan baik nyer. dia nk ajak kami semua.. keturunan tok ayah tuk konvoi pergi Phuket.. actually mak cik aku asal dr Krabi, sebuah tempat di Phuket. Kalo xsilap aku... Krabi ni cantik gak tempatnya. so, kalo kami p Phuket nnt,kiranya kami balik kg mak cik la. bila timenyer.. blom diputuskan lagi, tunggu waktu yang sesuai... kali ni konvoi berkereta.. ikut Wang Klian pak cik kata...

K, la.. hr ni plan kami seterusnya adalah rayau2 kt pekan Kuah. memula p Ismail Group.. biasa la.. survey barang... xbeli apa sangat la coz tetiba lak aku rasa barang2 mahal.. aku cuma beli sudu, garfu serba 6 dozen... bila mak tanya.. aku kata persiapan. ntah la. skangni meluap2 rasanya keinginan aku tuk stay kt rumah sendiri. dah 2 tahun aku bg sewa tp pa pe pun.. bergantung pada kewangan aku. then, aku beli coklat....

then kami ke Idaman Suri... coklat kt sini xmenarik sangat so aku xbeli la.. tp kakak n mak aku lak rambang mata... depa borong (barang2 hasil borongan kami 3 beranak... inipun setelah dipadat2kan.. dan ada yang disumbat masuk beg lain)
sampai aku sendiri pn xhengat nk amik gambar.. berapa punya banyak daa... sampai rumah baru aku teringat nk amik gambar barang2 yang dibeli. kalo buka kedai ni.. bleh gak la jd kedai mini.

tp kali ni mmg aku yang bocor poket.... hahahhaaa...

abah awal2 lagi td dh kuar dengan pak anjang. p mana ntah... hermmm.. dalam perjalanan td dok bincang2 nak kirim barang2 ni dengan abah coz keter kosong. elok je pas beli barang2... rupanya abah dh balik perlis.. uwaaaa..... abessss la.

Monday, February 8, 2010

Day Two... Langkawi Holiday

(ain melalak takutkan rusa.. aku rasa nk pecah perut ketawakan dia...)
memandangkan hari ni pak cik cuti n abah pn dh ada... kami xkuar awal sangat. kami kuar pas aiman balik skolah. abah ajak p rumah pak tam.. tengok mak tam. salah satu tujuan percutian kami ni adalah tuk melawat mak tam aku yang sakit.

rumah depa kt pekan Kuah... tp disebabkan maktam aku sakit n xdapat nk uruskan diri dia sendiri dengan baik. pak tam lak kejer so pak tam hantar mak tam kt rumah kakak mak tam tp xjauh sangat la. kebetulan hari ni pak tam nk bawa mak tam check up kt spital. pak tam takut kalau2 mak tam kener tahan kt wad so sbb tu pak tam ajak datang hari ni. (mak cik aku yang cute)

kami p dengan 2 buah keter. cam biasa la.. pak cik confirm jd driver abah n aku lak jd driver tetap fiat punto tuk seminggu ni. elok je kami sampai.... pak tam n mak tam dh bersiap nk gerak ke spital. rupanya pak tam nk guna keter fiat tu sbb keter tu rendah sket.. mak tam xlarat nk angkat kaki tinggi2..
(kak dah bergambar berlatar belakangkan pemandangan Pantai Pasir Hitam... cantik gak pantai ni walau agak sunyi)
lebih kurang 30 minit pas depa p.. abah ajak gerak. kami guna keter pak cik n keter pak tam tuk berjalan. memula kami p pantai pasir hitam... coz abah nk amik sket pasir dia... kata abah nk wat ubat.. aku pn xtau ubat apa. dalam perjalanan, pak cik citer la kisah pasir ni yang di seludup ke luar.... oleh org2yang tidak bertanggungjawab semata2 kerana duit. hermmmm... aku pun xpaham dengan manusia ni.. naper la disebabkan duit...mata bleh jd segelap2 nya. (4 beranak... eira bersama mama dan tok cik. klakar lak rasanya biler kener panggil mak cik n pakcik sbg tok cik eira coz cam xsesuai jerk. pak cik baru 37 tahun... dh jadi tok wan.. kekekeke)

kalo sbb duit maruah dan ketenteraman negara boleh dijadikan taruhan... aku xhairan kalo perkara yang sama bleh dilakukan ke atas maruah keluarga or maybe diri sendiri... guna la otak dengan sebaiknya. jangan sik guna paler jerk...

pas p pasir hitam.. kami ke cable car... kononnyer nk naik.. elok je sampai sana.. banyak sangat spekulasi pasal harga tiket. last2 kami p taman kt cable car tu jerk.. tengok rusa dr dekat.. free entrance.. lagi senang citer.. ain lak terjerit2 nangis takutkan rusa.. cakap kan men lagi berani.. kami xtahan sakit perut dok gelakkan dia... biler dh nk balik baru la pak cik berkesempatan tanya kt kaunter sbb td kaunter penuh. rupanya tiket cable car rm15 tuk local.. itupun kener tunjuk mykad / mykid. pelancong dikenakan tiket berharga rm30.. jauh gak beza tu.. tp disebabkan dh petang.. so, kami xnaik la. esok je datang balik dengan talib sbb dia xpenah lg naik.

then kami rayau2 je la dalam kawasan tu sambil bergambar.....

petang juga la kami sampai rumah.. terus ke rumah mak andak.. disebabkan kami xtido rumah dia pasal ain ni jenis yang xsuka pindah2 so kami kena la kerap ke rumah dia.. bimbang gak dia terasa. nasib baik rumah dekat. adik2 aku lak... lepas asar td mak andak ckp dh ikut Mat Lan.. sepupu kami ke laut... candat sotong

dalam pukul 10pm.. abah, pak cik n pak anjang p minum kt chenang. mak cik lak ajak kami p Awana Porto Malai.. bukan wat pe pun..lepak2 jerk sambil dengar lagu...

Sunday, February 7, 2010

1st day..... Langkawi Holiday

(menuju ke Dataran Lang dengan bekalan di tangan.. alah, bukan apa pn.. air jerk coz time ni Langkawi panas terik...)
malasnyer la nk bangun. best je perangkap yang mak cik n pakcik sediakan tuk tetamu depa... mana xnyer.. even bilik tido depan skali... langsir di pasang sampai menutup semua lubang2 dinding.. so, bangun la waktu mana pn.. selagi xtengok jam.. sure kata masih gelap..

nak2 dengan bilik ala2 hotel...lagi la meliatkan diri tuk bangun.. aku rasa ini mmg betul2 percutian buat aku terutamanya dan family members yang lain...

hari ni xtau mana lak destinasi kami... memandangkan percutian ni agak lama .. iaitu lebih kurang seminggu, aku rasa tayah la rushing sangat nk ke mana2..

kami lepak2 je depan tv. adik2 lelaki aku ikut pak tam balik Kuah semalam.. so, pg ni aku bangun tetiba dh tersadai kt rumah. waktu biler ntah depa ni sampai. agaknya ikut pak tam masa pak tam nk pegi kejer td kot.

lepas sarapan.. dok ngadap tv jerk...sambil2 mengemas n membasuh. mmg rasa cam rumah sendiri.. pak cik dh pegi kejer.. aiman dh p skolah. mak cik sambung tido sbb xde apa nk wat...

biler semua dh bangun... masing2 tanya nk pegi mana.. (aku xdaya nk menentang kepanasan matahari yang terik)
aku lak malas rasanya nk kuar hr ni.. kebetulan td abah call.. ckp nk datang sini. so, aku bitaw yang petang ni p amik abah je la. kalo sempat... lepas tu pegi pasar malam kt padang mat sirat lak...

ehikss.. cam tau jalan je kan.. sebenarnya aku bukan la slalu sangat balik Langkawi (gambar kenangan tp sorang lagi adik aku xikut. dia demam so, malas nk jalan2 katanya)
tp kali ni aku balik ... bring along my GPS.. so, sbb tu aku cam tau2 jalan jerk... walaupun sebenarnya mmg xtau langsung,... kekeke..

ambil2 tunggu abah kt jeti td.. sempat gak lak bergambar kt Dataran Lang...
(yang klakarnyer time sampai Dataran Lang.. ain ckp dengan mak.. "mak, jangan dekat dengan burung tu.. nnt dia berak dekat mak"... adehhh)
sebenarnya abah ckp dia akan bertolak dr kuala perlis dalam pukul 6pm tp kakak aku lak salah dengar so, kami mmg sampai awal kt sana....
(ala2 model tp xcukup inci.. wakakaka.. )

**xbleh post banyak2.. nnt aku try post kt muka buku lak

Saturday, February 6, 2010

Percutian ke Langkawi.. bermula


(muka penuh debar mak, kakak, adik2 n anak sedara coz 1st time nak naik flight)

Ahakss.. hari ni kami semua gerak ke Langkawi... memula nk pegi nek bas.. dh siap beli tiket bas dr KL Sentral ke LCCT tp last2 cam dh terlambat. so, minta adik2 hantarkan ke LCCT... abah lak.. puas kami adik beradik pujuk ajak pegi skali nek flite coz aku dh belikan tiket tp dia bg macam2 alasan... xmo katanya.
(debaran dh jd nyampah coz flight yang sepatutnya kol 9.15pm di tunda ke 9.45pm)

alasan paling logik.. dia nk balik sambil lawat sedara mara sbb tu dia nak naik keter. dia jumpa kami semua kt Langkawi je nnt.. hermm.. xbleh nk wat apa la kalo camtu..

sebelum kami semua gerak ke LCCT.. siang td abah call Yon bgtau yang dia dh sampai kt Perak.. mak aiii.. awalnyer sampai sana... (eira pn dh bosan so terpaksa la pak tih dia layan)

aku sebenarnya malas nk taip panjang2 coz mood xde tuk menaip... so, layan je la gambar2 sekitar LCCT td....

sebaik je sampai kt airport... kami di sambut oleh pak tam, pak cik, mak cik n aiman... actually aku pegi Langkawi ni cam aku balik kg gak le sbb sedara mara ramai kt sana...

penginapan n transport sure ditanggung beres... ehikss... Pak Tam bg aku guna keter Fiat Punto dia.. bermula dr ketibaan di airport sampai la hari berlepas balik nnt,.,... keter tu aku yang punya.

lepas semua beg dh punggah masuk dalam keter... kami gerak ke rumah mak andak kt chenang... mamam time walaupun dh lewat malam. sian mak andak masak banyak2... yang bestnyer... pak andak n sepupu2 aku ni mmg jenis suka ke laut so kami makan ikan fresh... manisnya.. best...

lepas dh makan n borak lebih kurang.. tiba la masa tuk titon. beria2 mak andak ajak tido rumah dia tp disbbkan mak cik n pakcik yang pick up kt airport rasa cam xbest lak kalo xtido rumah depa. so, kami pun gerak ke rumah mak cik........

kt rumah mak cik pun dok berborak lg.. si kecik dua org ni lak xmo tido... kol 2.30 am gak baru semua org tido... ZZzzzzZzz
(adik yang paling bagus... awal2 g dia dh pow aku semahunya. selagi xbeli gula2 tu...dia xmo berganjak.. ampeh. so terpaksa la aku laburkan rm9.90 tuk seketul gula2 pelangi dia...)
(ketibaan di Lapangan Antarabangsa Langkawi.. xlepas peluang amik kesempatan bergambar berlatarbelakangkan pesawat)