Tuesday, April 7, 2009

Anak saudara ke--2

Hermmmm....
Semalam mak sms bagitau yang Kak Dah dah masuk wad. Actually, saja nk pergi check (monthly checking) coz due dia lambat lagi. Skali check, doktor cakap dah buka 2cm... so, sbb tu la dia kener tahan...pelik gak coz due dia sebulan lagi tp xpe la. maybe sbb dia banyak sangat bergerak kot

Malam semalam sempat juga la aku bercakap dengan dia. Ketar semacam je suara. Dia cakap dia sakit pinggang... nk tido pn xselesa... tp xlama sangat la kami sembang coz dia xtahan sakit..

Then, pagi tadi aku try sms dia lagi. Call.... tp xberjawab. Risau gak aku. Then... aku call husband dia. Husband dia call pn dia xjawab.. maybe tido gik kot. Pastu aku call mak. Rupanya mak on da wat ke KL. Naik bas je....huhuhuu... coz semua org kejer n xdapat balik kg amik mak.

Masa mak dalam perjalanan, cam biasa la. Aku sms mak... mak cakap Ain dalam bas duduk sorang2 satu kerusi coz org xramai. Aku dapat bayangkan camne lebarnyer senyum dia... alahai, rindunya aku dengan family.

Dalam pukul 10am lbh adik aku, Fakrol call. Tengah sibuk2 bersembang, aku dengar suara baby. Aku tanya dia, kat mana? Dia cakap kt HUKM. Aku cam dh bleh agak sesuatu.. then xpayah tanya pn, dia bagitau yang Kak Dah dh bersalin pagi tadi...

Lebih kurang 15 minit pastu abang ipar aku sms, "Dah jadi ayah pn". Hehhehehee.. tp yang hampehnya, kakak aku masuk labour room... sapa pn dia xinform. Termasuk la husband dia. Sabar je la.... mmg supprise giler kakak aku ni. Sapa yang datang jenguk dia kat spital je yang tau dia dah bersalin.

Pastu mak plak call.... diikuti adik perempuan aku. Ya Allah, berderet2 call masuk. Cam aku lak yang bersalin... adehh.. excited betul family aku. Ye la, cucu kedua dalam satu tahun. Betul2 sebulan selepas cucu pertama coz Haziq lahir pada 8.2.2009 dan cucu kedua ni pada 7.4.2009.

Bila baby ni lahir, maka kelahiran bulan 2 dan 4 dalam family aku = seri. Bulan 5 masih mendahului dengan 4 org termasuk abang ipar aku. Heheheee.. yang masih belum berteman adalah abah aku, bulan 10.

Sempat juga la aku dengar suara baby ni... perempuan. Kuat bukan main bila dia nangis tp masa adik sms bagitau berat dia, rasa cam xmatching lak dengan suara. Baby perempuan dengan berat 2.8kg. Mmg xcukup bulan tp alhamdulillah... semuanya selamat dan baik. Kakak aku pn cam Kak Long juga, bersalin normal tp Kak Long dulu sakit agak lama.

Then... inilah wajah comel baby perempuan kedua dalam family aku yang memakai pangkat anak sedara dan cucu. Happy abah dengan mak coz dapat sepasang cucu dalam setahun. Yang klakar nya, cucu ke2 ni bila lahir baru tau jantina coz masa kakak mengandung dulu, setiap kali p scan.... ada je problem.

Aku dengan sepantas kilat bila tau berita ni... cam biasa la, sms semua org2 yang berkenaan (habis satu kg aku sms) bagitau tentang kelahiran baby ni... happy2 tp lambat lagi aku nk dapat tengok...

Gambar kt atas tu adalah gambar ehsan dari adik aku, Fakrol. Macam anak cina. Ikut mama dengan papa dia juga. Tp kecik jerk... geramnyer aku tengok. Itu gambar masa umur baby 2 hari. Macam juga dengan Haziq dulu .... bila umur 2 hari baru dapat tengok.

No comments: