Monday, November 17, 2008

Aku sebuah kerusi.....

(wajahku setelah dibuka baju)
Hermmmm... kadang2 aku rasa macam dh xberguna sejak 7 tahun aku di rumah tuan aku... dengan keadaan aku yang semakin lusuh... aku seperti tak bernilai lagi. namun ..tuan aku tidak sedikitpn meminggirkan aku. xtahu la samada aku masih disayangi atau aku hanya dipergunakan..

3 tahun lepas... tuan aku dengan baik hati telah memberikan aku 'baju' baru... yang lebih bermakna adalah kerana 'baju' tersebut dijahit sendiri oleh tuan aku.... namun.. tahun berlalu.. kini 'baju' tersebut telah lusuh sepenuhnya. keadaan tuan aku yang sekarang bekerja jauh juga menyukarkan beliau untuk menjahit 'baju' baru untukku... tambahan lagi, kerja2 menyukur, menggunting dan menjahit 'baju' ku agak sukar.. aku xsalahkan tuan aku...

sebelum raya baru ni...aku dikejutkan dengan sesuatu yang aku sendiri xterduga. adik beradik tuan aku telah bercadang untuk membuang aku kerana kelusuhanku walaupun aku masih kuat untuk memberi jasa....... aku sedih.. teramat2 sedih. aku tahu. kalau tuan aku tahu perkara ini.. mesti dia membantah kerana aku di beli dengan hasil titik peluhnya.. sejak 7 tahun yang lalu....


beberapa hari sebelum raya.. tuan aku balik. kemudian adiknya balik. adik tuan aku bawa beberapa gulung kain pembalut kusyen.. banyak jenis kainnya dan aku terdengar perbualan mereka...

"apa kata kita pasang balik je kain sofa ni. ok lagi sofa ni cuma sarung dia je yang dh teruk. ni pn semua kejer kucing2 dulu la... dari nak buang...sayang. dh la kak yang beli"... kata tuan aku memulakan perbualan.

"hang buat la kalau rajin".... adiknya menjawab. "alah.. bukan susah pn. kiter tayah la jahit cam sarung yang kak buat ni. kiter pakai stapler atau gun.. senang sket. tembak je.. warna hitam ni pn ok gak.. banyak sket dier nyer kain.. lepas ni kalau nak buat. sementara awal lagi ni.. bleh la buat. raya ni dh ada kerusi baru".... tuan aku masih mempertahankan untuk mengekalkan aku di sini. terasa sedikit lega. (lapisan luar yang asal mula di tanggalkan)
jadi.. bermula lah kerja tuan aku.. dari awal... membuka 'baju' ku dari badan.... terserlahlah betapa buruknya aku waktu ini.. kemudian mengukur baju baru aku... 'badanku' mula di ukur dan dipadankan)
memotong.. menjahit di bahagian tertentu dan seterusnya memasang pakaianku yang baru... tuan aku sanggup bersengkang mata sehingga jam 2 pagi selama 3 hari untuk menyiapkan aku.. betapa terharunya aku..
kini...aku kelihatan seperti baru kembali... bahagianya aku bertuankan tuan ku.. kini dan selamanya... (wajah terbaruku... masih belum siap sepenuhnya)

No comments: