Tuesday, November 11, 2008

Innalillahiwainailaihiraji'un....

Petang semalam baru je sembang dengan ttm... uncle dia meninggal dunia jumaat lepas dan segalanya telah selesai.....

Pagi ni.. elok je sampai kat pejabat...masih dalam kereta mendengar gelagat penyampai Sinar FM.. tetiba mesej dr hp berbunyi.... mesej dari mak

Dengan sayunya.... mak inform yang Mak Long dan Pak Su Hajar telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi... Mak Long pada pukul 3pagi di Kedah dan Pak Su lebih kurang pukul 6pagi tadi....

Mak Long adalah jiran satu block aku di Pahang... dan juga merupakan guru mengaji Al Quran serta ibu angkat aku... aku amat merasakan kehilangannya. elok je baca mesej dr mak tadi.. aku rasa sebak sangat. Mak Long mmg dh lama sakit sebenarnya... sakit sendi tulang dan dah macam2 pembedahan dan rawatan yang di terima sehinggalah dr Pahang ke Pulau Pinang iaitu rumah anak sulung arwah.. dan akhir sekali.. mungkin arwah minta balik ke Kedah untuk berubat secara tradisional. Kalau tak silap aku... dh hampir setahun arwah pulang ke Kedah untuk berubat. Anak2 arwah pn xramai... 3 orang je dan setahu aku semuanya berada di utara tanah air. Anak sulung.. aku panggil Abang Mat.. kalau xsilap aku berada di Kedah, yang kedua aku panggil Abang Yunus... di Penang dan anak bongsu... Kak Idah di Lumut, Perak. Alhamdulillah... semua anak2 arwah sudah berumahtangga dan mempunyai anak. Sekurang2nya.. aku rasa arwah puas coz sempat tengok anak2nya berjaga dan berkeluarga...

Pak Su Abd Hajar... kenalan keluarga aku dari kampung di utara sehingga la sekarang. Di Pahang juga kami menetap di felda yang sama cuma block lain2. Mengusahakan sebuah kedai runcit dan mempunyai anak2 yang berjaya serta comel2... dan arwah juga sebenarnya telah mempunyai cicit. Seingat aku, xpernah pula aku dengar arwah sakit. Tapi itulah kehendak dan ketentuan Ilahi... setiap yang Dia mahukan...tiada yang dapat melawan...

Kepada keluarga kedua arwah.. aku dan keluarga mengucapkan takziah....

Al-fatihah......

No comments: